Wednesday, December 30, 2009

Sebelum semster baru bermula....







Nikmatilah hiburan daripada Band Salina

Tarikh : dah lupe
Tempat : Fakulti PJ UPM
Event : Alumni Dig Ijazh UPM batch tak engat dah...
credit : En haris (pensy PJ IPIK)

*Gua main Bass..ehem2...

Wednesday, December 16, 2009

Tunggakan : Kalaulah Plore itu Debat Perdana..

Kenapa aku ke CM??
Kenapa aku masuk lambat??

Weh bodoh, tu gaji tu walaupun sejam ko lewat.

Ah apa ada hal..!! Gua nak pergi PLORE jugak. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting gua tak terlepas event PARADOKS ni. Gua memang dah klik "ATTEND" dah dalam invitation kat laman Facebook.

Wah..!! Berjumpa lagi dengan geng PARADOKS. Bro Aloy macam besa la sibuk dengan aturcara majlis beliau. Nak ejas mamat yang baca sajak hari tu lagi (mamat selekeh tu) Hehehehe...

Bro Mamai pun ada??Wahhh..!!! Tak perasan. Segan pulak sebab dia yang tegur gua. Padahal dia lagi gempak dari gua. Adusss..!!! Sowie la weh, gua tak perasan. Sapa lagi??? Neon pun ada. Lumut pun ada. Hmm.....Kalau akak Patungcendana, Azza dan sapa2 la lagi yang datang kan mesti lagi bertambah meriah kot..

Apa-apa pun sempat gak bergambor dengan bloggerz yang hadir walaupun tak dapat dengan geng-geng Paradoks. Takpe, lain kali leh bergambor lagi kan ??

Wahyu lambat sikit Sampai. Bro ADDyaholix pun lambat. Gua dah lambat nak masuk keje. Jadi terpaksa chow dulu. Kepada sapa-sapa yang ada bergambor hari tu, tolong lah muatnaikkan dalam laman lu orang. Leh gak gua nak copy kan. Simpan wat kenangan untuk anak cucu nanti.

Kesimpulan..
Harap-harap ada klagi event dari PARADOKS. Macammana pun selagi gua mampu gua sokong. Gua masuk keje kol 7 kot hari tu, PLORE punya pasal. HAhahaha...

Tahniah buat Bro Aloy dan geng PARADOKS.

p/s: MIMPI 4 nanti jemput la bro yang bersajak hari tu. Hahahaha... Yang baju biru.. Ingatkan member Dark Ray dengan En.Adam tadi..Huhuhu.. Gua tulis ringkas ~ Mengantuk balik kerja.



Tuesday, December 8, 2009

Tentang Semua...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
aku di lahirkan,
aku membuka mata,
aku di azankan,
aku di Iqamahkan,
aku di susukan,
aku di dukung,
aku melihat dunia,

Kini sudah aku tinggalkan....
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kehidupan...

Dilahirkan,
Aku tinggalkan kelahiran dengan seribu kehidupan,
Aku tinggalkan kehidupan untuk satu kematian,
Aku tinggalkan satu kematian untuk kebangkitan,
Kebangkitan yang tidak dapat aku tinggalkan,

Melihat dunia,
Aku sudah mula mengenalinya,

Agama,
Mungkin secebis amalan kebaikan dapat ku kaut,
Lantaran desakan keegoan memenuhi naluri dan nafsu,
Jahil..!!!

Ibunda,
Bukan selamanya sentiasa ku kenangi,
Kadang nikmat membuat ku terleka,
Lalai..!!!

Bukan aku berubah,
Mungkin masa yang mengubah,
Bukan semua ku tinggalkan,
Mungkin masa yang meninggalkan..


Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang Layang...

Wednesday, December 2, 2009

Apa nak jadi.... Macam-macam dah jadi...

*************************************************************************************
Bengang !! Cibai !! Babi !!



Semalam singgah ATM CIMB dalam kol 6 pagi.

"Sila masukkan kad anda" gua nampak realistiknya tulisan kat skrin ATM tu, memang menggambarkan yang mesin tu elok dan sihat walafiat je.

Gua tekan butang "accept/terima"

"Pilih bahasa - Bahasa Malaysia"

"Masukkan no akaun - o61500********"

"Masukkan wang kedalam mesin- Rm 200"

"Wang anda sedang di proses - skreetttttttttttttttt..."

"Sila keluarkan wang yang tidak di terima dan tunggu sehingga penghadang di tutup - RM50 renyuk sangat kot"

"Sila sahkan pembayaran - terima / tambah wang "

"Tambah wang - masuk balik RM 50 tadi."

"Bissmillah...."


"Wang anda sedang di proses - skreetttttttttttttttt..."

"Sila keluarkan wang yang tidak di terima dan tunggu sehingga penghadang di tutup - RM50 renyuk sangat kot"

"Aik???Tak terima jugak??"

Pengadang di tutup. Tapi tak bukak-bukak dah. Bangang betul.

"Mesin in tergendala buat sementara waktu. Sila hubungi pihak bank berdekatan"

Rm 150 - kena telan.
Rm 50 - selamat.

Hikmah ATM tadi tak terima not RM 50 gua tadi - sebab Allah nak bagi gua guna duit tu sementara tunggu duit kena telan tadi di masukkan semula kedalam akaun gua. Seminggu dari sekarang.Hahaha.....
**************************************************************************************
Jam 10.00 am

Gua pergi buat report kat CIMB Taman Connougt.
Park motor Ego depan bank.
Masuk dalam.

"Sorry sir, camna nak buat report duit kena telan ATM??"
"ATM mana ?"

"Bandar Tun Razak. Baru je tadi kol 6"
"Situ mana ada ATM maaaa..."

"Ada lah. Kan baru renovate"
"Aik?? Takpa lah, u tulis nama dan akaun u dulu "

Gua tulis.

"Mohd Z******** B. Mohd *** - 061500*******"

"Nah bro..."
"Ini u punya no akaun ke?? Bank mana ??"

"CIMB la..."
"Aiyooo..itu Cimb sebelah maaa..Ini Public Bank..."

Gua cepat-cepat blah. muka hitam gua bertukar merah padam. Bukan merah cute.
*************************************************************************************

Gua kat CIMB sebelah Public Bank tadi.

"Salam kak, camna nak buat report duit kena telan ATM??"
"ATM mana ?"

"Bandar Tun Razak.."
"Oooo adik pergi kat akak kat kaunter depan tu.."

Gua kat kaunter depan yang akak tu cakap.

"Salam kak, camna nak buat report duit kena telan ATM??"
"ATM mana ?"

"Bandar Tun Razak.."
"Err report adik kena buat dekat CIMB Jalan Saujana. Seberang CIMB ni je..."

"Pulak...!!!"
*************************************************************************************

Gua kat CIMB Jalan Saujana.
Gua buat report.

"Kalau adik nak cepat, adik bagitau la no mesin ATM tu yang mana. Lagi senang."
"Ok bang. Saya pergi check no ATM tu jap."
*************************************************************************************

Gua kat ATM CIMB Bandar Tun Razak balik.

"Hello, bang Rizal. No ATM tu S180...Kat tepi kan??"
"Aah. Ok nanti abang faks kan secepat mungkin.."
*************************************************************************************

Macam kerja kena buat buat...Ap nak jadi....







Sunday, November 22, 2009

Cerita anak wayang : But the light is on...!!

*************************************************************************************
Hening betul malam minggu tu sebab hujan yang baru je berhenti. Tapi sebab penonton dah ramai nak mampos, suasana hening jadi genting. semua berebut nak masuk hall masing-masing Gua macam biasa lah, dah punch kad gua, gua terus jalankan tanggungjawab gua sebagai anak wayang. Gua amek port kat check-point.

Jam 9.00 pm.

Tetiba je...

Sorang mamat Arab datang, selamba tunjuk tiket, konon boleh masuk. Gua pelik, apasal mamat ni datang gak, padahal lampu hall dia belum menyala lagi. Tiket dia kol 9.15 pm, Hall 12, tempat duduk F05. Biasa 10 minit sebelum wayang start gua baru buka hall. Kalau tak mampos la lama menunggu penonton-penonton.

"Errrr sir, sorry, the hall is not ready yet. They still clean the hall. Just wait another 1o minutes or less ok?? Thank you sir for your cooperation....!!" sampuk gua selamba.
"But..." belum sempat mamat tu habiskan ayat dia, gua menyampuk balik....

"Sir, actually you must wait for the light over there, if the light is on, then you can enter here.."
"But the light is already on. I saw it, you see there..." balas mamat Arab tu.

Gua dah pelik, padahal baru dua hall je gua buka, hall 4 dengan hall 5. Mana ada hall 11. Gua semak balik dua kali. Betul..!!

Hall 11
Sit F05
Jam 9.15


Gua tengok lampu kat atas.

11 = tak menyala
05 = menyala
06 = menyala..


"No sir, i dont see number 11 is on sir...."
"11?? Is it my cinema is 11?? "

"Yeah sir, your cinema is 11, at 9.15 pm, and your sit is F05. Now you must wait about 10 minutes or the light is on..Thank you sir..." balas gua sopan je macam anak pak imam kampung Tualang...
"Owh, sorry i guess my cinema is here, 05 (F05 - sit). Sorry, i come here later. Thank you.."

Takpelah, sebab lu warga asing, maka gua tak heran sangat la. Arab pun ada 1 je panggung wayang. Patut la sengal sikit. Tapi gua tergelak jugak la, mamat Arab ni muka yakin je datang.
**************************************************************************************






p/s: Gua cuma Band-3 je MUET. Banyak salah kot ayat kat atas...

Sunday, November 15, 2009

Lu orang tau tak ???

*************************************************************************************
Malam tadi Samad tipon gua. Gua dah takut kot-kot Samad ajak gaduh walaupun gua baik dengan dia. Hahaha...Gua memang dah gugup beb.

"Hello beb, lama tak dengar berita. Hidup ke dah mampos??Hahaha..kurang ajar tak aku ??"
"Ahhh salam tak bagai, bismillah apatah lagi kan???Hahaha...gua sihat je beb, lu apa cerita??Gua kan memang tau lu kurang hajor sikit, tapi tahap gaban dah la. Sikit je lagi nak sama dengan pakcik jual cendol kat tempat gua...!!"

"Ko memang nak ngata aku ek. Haha..Semalam aku bukak blog ko, apahal tak balas komen kawan-kawan ko???Cian diorang. Mesti ingat ko dah mati.."
"Baik sikit beb. Hahahaha...kalau dah mati gua tak angkat kol lu beb. Hahaha...Eh lu baca ke blog gua??"

"Aku kan pengikut setia ko punya blog, tak tau ke??Apa da...Tak amek canang langsung. Patut la blog lu tak balas-balas komen. Ntah-ntah blog member ko pon ko tak jengah ek. Cian diorang tau"
"Ala, sowie la, bukan gua sengaja,. Gua sibuk sangat. Lu tolong gitau blogger-blogger yang leh tak ?? Minggu lepas gua bizi banyak, dengan gua punya exam, bola lagi, pastu internet pon kureng la beb. Lu tau tak Jumaat hari tu pasukan gua pergi IPRM, kat Seremban, ada friendly bola. pastu tetiba keawan gua, budak bola gak la, ajak teman dia balik ke Pahang, lepas game beb. Tengah letih-letih, gua pun follow la kan. Dah member mintak tolong, takkan gua buat dekkk kan?? Bapak die sakit, so boleh gak la gua pergi tengok bapak dia. Dah lame tak jumpa. "

"Dah tu ko sekarang ni kat mana??"
"Laaaa...!!! Gua kat Pahang la..Ikut member gua ni. Tu yang tadak masa nak balas komen, nak tengok blog kawan-kawan tu. Mintak maaf sangat-sangat la kat kawan-kawan blogger aku. Lu tolong la taip dalam blog gua, lu kasitau gua bizi, boleh ??"

"Ko ni buduh ke bangang??Nak aku sepak laju-laju??"
"Apsal lak gua lak nak kena sepak ??"

"Ye la, baik esok je ko tulis dalam blog, ko kasitau diurang apasal ko tak leh nak berblog sekarang ni..."
"Betol gak kan??Apsal lu ni kadang-kadang je bangang???Kadang-kadang ok??"

"Mana aku tau, sebab kawan ngan ko kot..!!"
"Babi lu..!! Hahaha..!!!"

Tipon gua padam. Bateri takda. Pengecas bateri pulak tak bawa.

Pasrah.
Padah..
Parah..
Ahhh...!!
**************************************************************************************



P/s : Pahamkan??Pahamkan?? Bahasa mudah je tuh..Hehehe....

Tuesday, November 10, 2009

Kisah Debikk....!!!!




**************************************************************************************
Debik 1:

Pian tengah bersedih sebab kena tinggal dengan awek dia. Tak macam Samad, awek Jawa cun melecun, bukan cun melecur. Pian termenung tepi eskelator kat GSC, Level 6m. Monyok je Samad ni tengok Pian. Niat di hati hendak menegur, takut dia pulak yang tak bertegur. Last-last Samad ni buat-buat macho, pergi lepak tepi Pian.

" Sabarlah Pian, aku paham. Alaaaa...Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..."


Debikkkk...!!!!! Nah ko..!!!!


*************************************************************************************
Debikkk 2

Samad termenung, mengenangkan nasib dia hari tu. Gaji baru masuk, tapi tak masyuk macam selalu. Esok besday awek, janji nak bawa awek pergi Genting Highland, nak main salji buatan manusia. Ye la, nak pergi Eropah, tak mampu sangat kan. Last-last handphone pulak boleh hilang, siap dengan tunai RM 200 lagi tu kat bilik staff. Pergghh...Gaji tak masyuk, barang hilang, duit pulak nak kena keluar esok. Pian datang menghampiri Samad. Nak di tegur takut nanti dia pulak yang tak nak bertegur. Last-last Pian buat macho pergi lepak dengan Samad.

" Sabarlah Samad, yang patah boleh tumbuh, yang hilang akan berganti...Gua paham laa..."

Debikkkk...!!!!! Nah ko..!!!!




*************************************************************************************
Debikkk 3


Pian dengan Samad termenung, monyok dan nampak memang macam orang tak betul. Ye la dah kena debik masing-masing kat muka. Hilang kemachoan beb. Samad mata kanan, Pian mata kiri. Molek benar la gitu. Gua tengah lapang, takde kerja nak buat. Penonton semua dah masuk Hall. Gua nampak dua-dua ekor mamat ni tak bercakap. Masing-masing ego. Niat di hati gua nka bertegur, tapi takut diorang plak tak nak bertegur. Last-last gua machokan diri, terus pergi lepak dengan Pian dan Samad.


" Dah la beb..!! Luorang ni pon, pasal bendda kecik pon nak debik sana. debik sini. Rileks-rileks sudah kan.. Tengok gua, rileks jek... Ni dah sampai tak bercakap, apahal kan.. Kang dua-dua gua debik..!!! Baru...."

Debikkk...!!! Nah gua..!!!


Tak sempat bagi ayat penamat dah kena. Padan muka gua...!!!

*************************************************************************************



p/s: gua tatau bunyi tumbuk sebenar macam mana...

Friday, November 6, 2009

situasi: Gua tanak terus terang, Lu orang pikir la sendiri..

Sebelum gua nak kecoh jap lagi, gua nak ucap tahniah kat pengikut blog gua yang ke-150. = MISS ?? anda baru je memenangi hadiah 'Nasihat' dari gua. Nanti kalau lu jumpa gua, gua bagi nasihat-nasihat tu OK..Hahahaha

**************************************************************************************
Situasi 1:

Lu orang ader akaun bank,
Lu orang dah kerja,
Tak kisahlah berapa RM pun dalam tu,
RM 2 juta ke,
berjuta-juta-juta ke??
Tapi kalau lu orang guna je duit tu,
Mesti lama-lama duit tu kering gak kan??
Mesti lama-lama habis gak kan??
Tak pun mesti berkurangkan??
Pastu bila korang nak hapdate balik duit dalam tu mesti lambat kan??
Pastu dah tadak duit pun mesti korang pegi cek gak kan ??
Buat-buat macam ada duit.....



*************************************************************************************
Situasi 2,

Ok,
Luorang ada kolam,
Kolam lu orang kolam kat tanah je,
Mula-mula memang lah banyakkan air,
Penuh sampai Daniel Bigo terjun pun boleh lemas,
Pastu lama-lama korang tak top up air die,
Hujan pun tak turun,
Takkan air kolam tu penuh je kan..??
Mesti berkurang kan??
Pastu kalau nak tunggu hujan,
Mesti lama kan??
Lainlah kalau lu orang ader nak hapdate air tu dengan air paip ke,
Kan??



*************************************************************************************
Situasi 3:

Lu orang bawa air botol pergi kelas,
Pastu luorang dahaga kan??
Lu orang minum seteguk-seteguk,
Lama-lama mesti habis kan,
Takkan pas kena seteguk-seteguk tak habis-habis kan??
Pastu kalau nak penuhkan balik??
Mesti kena tunggu lama kan ??
Nak tunggu masa rehat,
Nak tunggu masa balik??
Lainlah kalau ada watercooler dekat kelas lu orang kan..??

*************************************************************************************

p/s; agak-agak korang dapat tak apa yang gua nak sampaikan?? Hehehehe....




Sunday, November 1, 2009

Sepinya seorang yatim...

Di tanah gersang itu,
Tandus ku sendiri,
Meratapi sepi,
Menyelubungi diri,
menyentap tersentuhnya hati.

Mimpi itu,
Ku sandarkan harapan yang seribu,
Agar kelak hari mendatang,
Ku akan ditemankan,
Tidak lagi keseorangan.

Pernah jua,
Aku membisu,
Menutupi kelabu taman kalbu,
Meliputi sepi yatim diri,

Pernah jua ,
Aku tersenyum,
Membuang kelam hati yang terpendam,
Menyaluti hati di landa sepi,

Ku sering tertanya,
Bilakah akan kembali,
Mereka yang telah hilang,
Mereka yang telah pergi,
Ku sering menanti ,
Bila pula semua nanti,
Menjadi bahagia,
Tanpa derita,
Sediakala.

Di sudut hati itu,
Pernah ku terpanggil,
Untuk mengusari hidup ini,
Biar tiada sepi,
Biar tiada lagi,
Diri sendiri yang di onak lara hati,
Di cengkam sepi yatimnya diri...


p/s: Ini perasaan menjadi Yatim sejak dari kecil. Ini luahan sebenar. Bukan mudah menjadi seorang Yatim. Walaupun namamu YATIM..hahaha....

Friday, October 30, 2009

Betul jugak ek cakap Samad...

Gua baru balik keja dengan Samad. Gua tengok Samad walaupun tak hensem macam gua, tapi gua tengok dia dah berjaya, bisness, aweks, duit dan macam-macam lagi. Walaupn awek dia yang Jawa sorang tu je. Gua tau la ader aweks sekarang yang pandang poket kalau nak kapel kan. Tapi kalau pakai seluar Melayu mana ada poket daaa... Haha....

Gua pun terfikir nak tanya di samad ni pasal aweks ni.

"Samad, lu besh la ek. Ada duit jek, awek pandang beb..!! Tak macam gua," gua buat ayat kesian.
"Eh mana ada, aku pun kira rezeki baik la ni.. Kalau ko lagi best, cikgu, awek lagi pandang beb..!!"balas Samad.

"Mana ada, cikgu tak kaya pun. Duit pun tadak. Lu lain la. Bisness..!! Asal aweks tanya je, lu cakap bisnessmen, terus awek tu pandang beb..!!" puji gua lagi.
"Ye ke?? Tak la biasa je. Aweks mesti pandang ko nanti. Ko kan cikgu..Hehehe..."

"Gua rasa tak la," gua degil.
"Ye K****, kalau aweks tu tanya, ko gitau ko cikgu, diorang mesti pandang beb..!! Tak caya gua berani kerat jari beb..!!" balas Samad lagi.

Huh.!! Yakin je Samad ni jawab.

"Tapi takkan diorang pandang aku sama amcam pandang lu beb??" tanya gua lagi, nak kepastian.
"Haaaa... Yang tu lain sikit, sebab kalau ko gitau ko ni cikgu, kompom diorang pandang. Tapi pandang lain sikit..!!" spontan mamat ni balas kat gua.

"Apa yang lainnya??" gua dah pelik.
"Ye la kalau ko gitau ko cikgu mesti aweks tu pandang, tapi dia pandang sambil tertanya betul ke ko ni cikgu???Tak macam cikgu pun..!! Hahahaha...!!!"

Samad berlalu naik motor sambil ketawa besar macam kena loteri sebab gelakkan gua, dah tu siap tarik spender die yang tersedut kat bontot..!!




Tuesday, October 27, 2009

Buletin Utama :

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Cheras; 27 Oktober 2009;

Sari berita utama:

Seekor ibu dan anak ular Tedung Sela (betul ke eja macam ni??)telah dijumpai orang ramai di sekitar Taman Tenaga berdekatan Majid Az-Zubair, Cheras. Ular yang terkenal dengan suntikan bisa yang kedua terkuat di dunia itu telah menyorok di dalam semak samun sebelum orang ramai dan sepasukan bomba membuat kerja-kerja menangkap dan menyelamat.


Argghh..!!! Tak best betul gua buat ayat skema macam kat atas. Dah la. Berita tamat..!! petang tadi gua lepak-lepak cek gua punya komen dari Bro Addyaholix, tetiba kawan gua cakap ada gaduh kat bawah umah. Gua pun apa lagi, menyelit la kat celah-celah tingkap nak tengok geng mana yang gaduh. Pelik gak gua kenapa gaduh tapi bomba yang datang berlumba-lumba. Akhirnya gua tau gak, ada ular tedung Sela beb..!! Kecoh..!! Ye la dah tengah-tengah bandar kan tetiba ada ular besar lak tu. gua pun turun la pergi tengok. Dah la gua ketandusan idea nak taip apa dalam entri nanti. Dah 3 hari tak hapdet. Hahahaa....Tengok la gambar kat bawah ni. Tapi tak berapa nak terang, ye la kamera HP Samsung gua ni 2.0 MP je. Nanti klu ader SLR gua try cari balik lokasi yang ader berita macam ni. Hehehehe...Jangan marah beb..!!



Bomba yang cuakk..!!!






Ni la mak dia.. Panjangg beb.!!



Tapi yang gua terkilan tu sebab Bomba tu jerut anak Ular tu sampai putus. Sian beb..!! Memang la bahaya dan susah nak letak dalam bekas. Kesian la guatengok, putus kepala anak ular tu. Yang mak dia sah-sah la tak putuskan. Mula-mula anak dia dah kena tangkap, pastu masa nak masukkan ibu dia pulak, dia boleh lari keluar. Nasib baik masuk longkang balik, kalau di kejarnya orang ramai kat situ, tak ke mengekek semua nak lari...Hahahaha...Berapok semua orang lari, tu pun baru Bomba tu berjaya bawa naik dari longkang. Kalau terlepas...perghhh...!!!


Saat kematian..Putus Kepala..!!






Gua ala-ala Aris Ariwatan sempat ke lokasi berkenaan...!!








P/s : Jaga-jaga la, kat bandar pun Ular Tedung Sela ada tau. Jangan ingat ular ni kampung sangat. Semua skang dah educated tau..!!! Hahahaahah...!!!

Sunday, October 25, 2009

Serabut Macam Sabut...

Duit ngah susut,
Otak lak khusut,
Rambut dah serabut,

Tak tau nak buat apa yang patut,
Nak makan dok terkentut,

Nak cari aweks gua ni kontot,

Tipon kawan pompuan semua tak sambut,

Idea dah terbantut,
Memang tak patut,

Nak kuar sakit perut,
Kat luar pun ribut,

Motor pulak semput,

Lupa pulak kawan pinjam kasut,

Susahlah nak jalan-jalan atas rumput,
Pastu kaki pulak sakit sepak perabot,
Lainlah kalau gua ni robot,
Kalau tak boleh gak pergi mengurut,

Dari tadi tersedak je member dok sebut,

Dah la kutuk-kutuk lagi la tak patut,

Yang lain pulak jadi pak turut,
Tau lah gua ni kiut-miut,
Ada ke cakap gua macam kambing badut,
Ingat gua ni hidup kat padang ragut,
Memang lu buat gua terkejut,

Mintak kawan belanja cendol pulut,
Kawan pulak kedekut,

Baik masak je jemput-jemput,

Tak
best pulak takleh sedut-sedut,
Nak kunyah lagilah sakit mulut,


Nak isap tembakau tadak curut,

Last2 gua lepak rumah jaga bontot,
Takyah dok kalut-kalut,
Takyah dok kelam-kabut,

Taktau nape dok terkemut-kemut,
Bukan kene gigit semut,

Garu sampai naik parut,

Bontot pon penuh selut,

Sampai kulit pon dah kecut-kecut,
Dah tegangkan pun dok berkedut,
Dah la takleh nak balut,

Eh apa yang gua dok ngarut??!!!

Serabut macam sabutt..!!!!!

Thursday, October 22, 2009

Gua bengong ke Samad yang bengong???




**************************************************************************************
Lama dah gua tak kutuk Samad. Walaupun kebodohan tu gua yang lakukan, tapi gua tetap nak kutuk si Samad ni. Hahaha..
**************************************************************************************
Minggu lepas gua jumpa Pian kat Pusat Snuker Platinum, Atas Klinik Alia, Tmn Tenaga. Gua tanya pasal Samad. Sebab dah lama gua tak jumpa Samad, gua pun mintak no Samad kat Pian.

"Pian, lu tau tak Samad apa cerrr skang?? Gua lama tak jumpa dia...!!" gua buat-buat macam ambil berat la konon.
"Entah la..Aku pun dah lama gila kot tak kontek dia.." balas Pian malas.

"Eh lu ader no. telefon dia ke?? "mintak gua dengan muka sposen.
"Ader jek..ni ha....." kata Pian sambil menghulurkan telefon bimbit beliau jenis NOKIA 2100.


Gua pun amik no tu dan terus simpan dalam buku telefon SAMSUNG gua yang boleh 3g ni.

"Samad Maxis..." bisik gua dalam hati.

Gua simpan no Samad. Harap-harapp dapat sembang dengan beliau malam ni.

Sampai je rumah, gua terus tepon Samad.

"Samad Maxis...Harap-harap lu ader la Samad..." bisik hati gua.


"Tut tutttt....tut tutttttt...." mula-mula dapat. Tapi takde orang jawab. Hampa...

"Tutttttttt....tuttttttttt....tuttttttttttttt.." kali kedua engage plak. Hampa campur kecewa.

"Tut tutttttttt...tut tutttttttt.." kali ketiga dapat, tapi takde orang jawab jugak. hampa, kecewa campur Babi..!!! Bengang gua..!!!

"No yang anda dail, tidak dapat di hubungi.." tiba-tiba suara awek yang jawab. Gua baru nak layan. Tapi dia dok cakap benda yang sama jek. Bengang gila gua..!!


Akhirnya gua kecewa, gua hempas telefon member gua kat lantai, walaupun gua tak pakai pun tipon tu. Saje je gua hempas. Sayang beb nak hempas telefon gua.
**************************************************************************************

Semalam gua jumpa Samad, dekat Q Bistro, belakang Kayu Nasi Kandar dekat Bandar Permaisuri. Samad tak meniaga jagung dah. Dah kaya.

"Weh Samad, buat pa lu kat sini?? Lama gua cari lu nak kutuk-kutuk..." tegur gua kurang ajar ngan beliau.
"Laaaa...K**** ke...Lama beb tak jumpa ko..Gua buat bisnes skit sekarang ni.." balas beliau dengan muka bangga.

"Hohoo..Lu dah kaya ke...." Gua terus sembang dengan Samad sampai gua bosan tengok muka dia. Sampai gua nak bla, gua mintak no tipon dia. Tapi...

"Arghhh..!!! Lupa bawa tipon plak...Jammm..!!!" marah gua sendirian.
"Takpe ko bagi no tipon ko, nt aku miskol.." cadang Samad.

"0..1..7......bla..blaa..blaa.... jangan lupa miskol tau..Miskol sekarang arr...Senang skit"
" Ok dah simpan, dan miskol..." balas beliau lagi.

Gua pun blah meninggalkan samad sorang-sorang kat Q Bistro. Gua balik rumah.
**************************************************************************************

Sampai rumah gua tak buka tipon sampai malam. Bukan ada orang mesej pun kalau buka pon.
Malam tu lepas maghrib gua bukak tipon, ada miskol...Samad..!!!! Samad tipon gua..!!!
Gua terus dial no beliau kembali dan tanpa segan silu gua cakap bila lepas dia angkat..


"Ahhh Samad, apahal lu tipon gua..??? Gua kuar tadi..." selamba gua cakap.

Dengan perasaan marah, Samad pon balas..

"Bodoh punya bangang, yang lu suruh miskol petang tadi apa..??!!"
*************************************************************************************



p/s: gua lupa gua yang suh miskkol, dan gua lupa gua dah save no dia..free gua dapat Bodoh...




Tuesday, October 20, 2009

Mimpi lagi...Nasib baik tak ngigau..

**************************************************************************************
Mengorak langkah lagi geng-geng Paradoks, menyelami mimpi smeua insan yang ingin menceburi bidang kegiatan mereka, menyingkap semula semangat kesenian di kalangan sekecil-kecil umat, sehingga ke sebesar-besar umat. Pakatan radikal ini sememangnya bersemangat berpijak di bumi yang nyata, di bumi sendiri menghidupkan hiburan santai bertema, dan bermotif walaupun tiada luahan sewaktu sibuk mengedarkan poster-poster.

Gamit malam itu dengan meriahnya, dengan semua para penghibur amatur, semi-pro dan juga professional. Semua bergabung tenaga mengorak satu pola percaturan dalam mengembangkan bakat, memperjuangkan seni dan menaikkan puisi sastera di mata masyarakat walaupun dalam kelompok yang kecil (hampir 500 orang). Gua tak menafikan yang gua memang seronok terlibat dengan lu orang semua, Penggerak Paradoks. Walaupun gua sibuk macam mana pun, kalau ada undangan, gua akan tetap menghabiskan sisa-sisa kesibukan gua dengan memberikan komitmen kepada program lu orang.
**************************************************************************************
Terima Kasih;

Terima kasih buat Bro Aloy yang sudi menjemput gua lagi (Siela Band) walaupun gua tahu gua punya persembahan taklah sehebat band lain seperti Kristal ataupun Nirvana. Sebab gua tau gua tak sehebat Ramli Sarip mahupun M.Nasir. Tapi gua cuba juga nak jadi macam Naser Bilal Khan.



Minta Maaf;

Mintak maaf banyak-banyak sangat kepada yang hadir dan kepada penganjur terutamnya sebab band Siela tak dapat perfom malam tersebut kerana pelbagai konflikasi dan juga permasalahan berlaku di samping dengan beberapa peristiwa yang agak memilukan berlaku. Maaf juga kalau persembahan kami hanya sekejap sahaja ( 1 lagu je ) sebab kami menghadapi situasi yang agak rumit di Cheras. Tapi gua harap lu orang semua terhibur dengan band yang gua bawa malam tu "Salina" iaitu band gua sendiri. Bukan senang nak dengar kawan gua ( vokalis ) tu nyanyi depan orang macam tu...Hahahahaha... Jadi kalau ada apa-apa kekurangan harap di maafkan dan akan di perbaiki di masa akan datang.
**************************************************************************************
**************************************************************************************

Tapi malam tu best la kan sebab walaupun bercanggah dengan jadual program yang lebih besar, seperti konsert Sua Rasa TV9, disamping situasi pelajar-pelajar UiTM yang dalam dilema (nak study ke nak pergi MIMPI BERAT) sebab esok ada test. Ke Final?? Gua tak tau.... Ramai juga yang hadir, terima kasih sebab menyokong pergerakan pakatan ini.

Gua suka sangat;

Gua dapat jumpa Sofi Jikhan. Gua dapat bergambar dengan dia. Sebab selama ni dalam TV ngan CD original cerita arahan Mamat Khalid je yang gua nampak beliau melayari layar perak tu. Tapi semalam depan-depan. Sempat gua mengajuk dialog beliau dalam 'Zombi Kampung Pisang';

"Susah saya nak percaya perkara ni..."

Hahaha..jangan marah bro Sofi. Gua tengok citer tu dah dekat beratus kali dah. Pergh....!!! Best..!!!


Gua suka sangat jugak;

Gua dapat jumpa bloggers yang selama ni asyik dok sembang dalam alam maya jek. Bias, Dark Ray, Momo, Aloy, Wahyudi, Patung Cendana, Pita pelekat, Dzulfixi, En.Adam, XXXmalaya, Addyaholix, pentoi, dan banyak lagi la. Tak terkira nak sebut. Takpe Lu orang tengok sendiri la gambar kat bawah yang member gua dah ambik. Tapi memang gua seronok sangat. Aka Patung yang sangup apply cuti sanggup datang. Dulu datang tak sempat jumpe ek. jadi sekarang dah jumpe, dan bakal akan jumpa lagi di lain waktu. Gua memnag saje tunggu sampai balik sebab nak bergambor dengan lu orang semua. Dapat gak akhirnya.
**************************************************************************************


**************************************************************************************

TERIMA KASIH MIMPI DAN PARADOKS..!!!!



p/s : gambar nanti gua upload dekat fbook ok..


Tuesday, October 13, 2009

Tipulah kalau aku tak nangis...Hanya spekmata hitam jadi penyelamat.....

ISnin (mlm selasa) 12.30 am:

Baru sampai dari Taiping, pengkebumian sahabat gua Arwah Jafni (Jep). Letih, lesu, penat, ngantok, dan macam-macam. Hp dari pagi habis bateri. Lupe nak cas.
***************************************************************************************

Tepat jam 5 pagi kami berkumpul di kedai mamak Rizkhan kat bawah rumah gua. Sementara menunggu sahabt yang lain, minum-minum pekena roti canai. Selesai makan, semua bergerak ke kereta.

"Brapa keta pi ni Apit??"tanya gua inginkan kepastian.
"4 biji, Aku, Aus, Zakwan ngan Mut. Satu keta 4 orang." jawab Apit.


"Mirul ngan awek dia bawa Stylo ngan Salaman. Jumpa kat Cangkat." sampuk Aus.

Kami bergerak menuju ke R&R Rawang untuk berhenti solat subuh. Kemudian bergerak ke Ipoh. menunggu sahabat lain Midon, sebagai jurupandu arah kami.

" Kami tunggu ko kat Tol Ipoh ok..."beritahu Aus kepada Midon dalam phone.
"Ok, tunggu k..!!" balas Midon
***************************************************************************************
Kedai Mamak;

"Korang tunggu kat sini tau. Makan la apa yang patut, aku nak gi amek Apai dengan Din. Diorang kita.." beritahu Midon.

"Ok.."


Mula bergerak ke Taiping sebanyak 5 buah kereta. Singgah di R&R apa ntah sebelum Taiping.

"Ko kat mana??"tanya Midon.
"Dah nak sampai..Tunggu je kat R&R tu ok..." Nik menjawab.


Nik sampai. 5 orang.

Mula menuju ke Taiping. Berhenti di susur keluar Changkat kot. Cari Mirul ngan awek die. Ada.

mula menuju ke rumah arwah sebnyak 7 buah kereta.
***************************************************************************************
Rumah arwah;

"Assalamualaikum" salam di beri.
"Walaikumussalam" jawab pakcik kepada arwah (adik ayah arwah)

Perbualan di teruskan dengan hidangan kuih raya dan air jus oren. Terima kasih. Sempat beraya. Keluarga arwah tiada di sini. Semua di Melaka. Masih menemani Jenazah.

"Diorang kol tadi. Jenazah dah mula berangkat dalam pukul 11.30 tadi" beritahu pakcik arwah.
"Ok, kirenye sampai petang gak la kan. Kebumi lepas asar la jwabnya." sampuk seorang rakan kepada pakcik tersebut.
***************************************************************************************
Surau Kampung Boyan;

Mengerjakan ibadat wajib. Zuhur. Jamak.

"Ada apa-apa pakcik nak kami tolog??potong bawang pon ok jek.." Tanya MUz baik-baik.
"ERh tak apa nak. Kamu pergi je berehat. Penat tu kan. Bio pakcik-pakcik ni yang menguruskan kerja memasak ni," selamba uncle surau tu menjawab.


Ramai yang menolong juga walau tak di pinta pakcik-pakcik surau tersebut. Kejasama..!!

Bas sampai. Rombongan seramai 42 orang para sahabat arwah tiba. Serentak dengan masakan yang sudah boleh di hidangkan.Sesi bersalaman. Sesi ucapkan takziah. Mula sebak.

Makan..!!!

"Weh jenazah dah nak sampai dah. cepat..!!"

Semua bergerak ke rumah arwah. Berjalan je. Dekat.
***************************************************************************************

Kau tiba jua akhirnya,
Kau muncul jua akhirnya,
Aku sambut hadirmu walau dengan sedikit khudrat,
Aku hulur tangan walau sejengkal pendek untuk mengusungmu,
Aku majukan diri walau kerdilku di celah saudaramu,
Sebak melanda dada,
Pilu meresah jiwa,
Mata memandang jasadnya,
hati berdetik duka,
Jantung berdegup gempita,
Air mata bergenang di kelopak,
Menanti bah melanda kelak,
Akhirnya mengalir jua,
Walau tak dipinta.

Aku kerahkan lagi khudrat,
Aku hulurkan lagi khidmat,
Dari pelapik,
Di pindah ke katil,
Menanti saat wajahnya di tatap,
Semua sahabat,

Saat itu aku berpina,
Terkesima,
Kelu lidah untuk berkata,
Kaku kaki untukku mara,
Mata kuyup digenangi permata,
Jatuh jua akhirnya.

Kapan dibuka,
Mata tak kelip seketika,
Badan tak gerak sementara,
Bibir mengorak langkah berdoa,
Pantas jantung dug dap di dada,
Kecut perut kosong semuanya,
Lemah lutut tak terkata,
Memang benar berita diterima,
Wajah itu aku kenali benar.

Mata mula meliar memandang kujur tubuhmu. Sebak mula melanda di dada. Sayu mula meresahkan jiwa. Pilu menyentap hatiku yang lara. Kini baru aku percaya semua berita yang aku terima. Saat aku melihat wajahnya, hati terdetik terkenangkan kenangan bersama. Aku tidak dapat menahan lagi. Jernih air mula menyusut turun ke pipi. Biar ku kenakan kaca mata hitam, tetap nampak sebak dan duka. Aku menangis. Menangis dalam diam. Walaupun sepi tangisan itu, namun ia penuh dengan perasaan. Kosong daripada kepalsuan. Kau dah tiada. Terus terang aku katakan disini, memang sayu hatiku. Seorang sahabatku benar-benar terkkujur kaku di depanku. Berkapan. Tidak bergerak. Aku menangis lagi.
***************************************************************************************

Baca Yassin. Tapi macam tak baca. Suara tersekat-sekat. Teresak-esak. Ingin sahaja aku mencium muka mu itu. Agar dapat aku meras bersama mu buat kali yang terakhir.

Teruskan bacaan Yassin kedua. Sama. Tak lancar. Mataku asyik meliar memandangnya. Bagai tidak pecaya, tapi sudah di depan mata. Sayu pilu hati melihat wajahnya.

Teruskan bacaan ketiga. Tak sempat habis. Pergi menunaikan solat jenazah pula.
***************************************************************************************

Alhamdulillah. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jambu. pemergianmu Jafni telah di saksikan oleh ramai sahabatmu yang kekal di sisi mu untuk terus memanjatkan doa keatasmu. Mendung yang menemani petang tatkala jasadmu disemadikan membawa seribu erti. Keberkatan. ketenangan. Wallahhualam.
***************************************************************************************

Terima Kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir. Untuk pengetahuan, rakan -rakan yang hadir adalah seramai hampir 100 orang. Pemergian beliau sememangnya amat di rasai dan di tangisi oleh kami semua di IPIK. Biar habis duit pergi jauh-jauh semata-mata untuk menatap wajahnya buat kali yang terakhir. Terima Kasih rakan-rakan semua. Terima Kasih keluarga dan waris mangsa yang melayan kami penuh mesra. Terima kasih pihak surau yang melayan kami dengan heti terbuka. Terima kasih warga yang hadir tanpa mengenal bangsa dan agama. Terima Kasih.
***************************************************************************************


p/s: Insyaallah majlis doa dan tahlil untuk arwah akan di adakan di Surau IPIK dalam masa terdekat. jemput hadir semua. Yang tak dapat hadir boleh lah berdoa dan bertahlil di rumah. AL-Fatihah.......

Sunday, October 11, 2009

Nak nangis...: Gua, JAFNI dan ajal....





Kenapa dugaan berlaku?? Kelmarin baru aku bersama ko...Hari ni ko pergi selamanya...Ya Allah...Rahmatilah ROHnya...Amin...Al-Fatihah

**************************************************************************************
Khamis; 16.59 pm
Seri Mas Condo.



"Truttt..........truttttttttt" phone gua berdering. Panggilan JAFNI.

"Arghh...!!! Malas aku nak pergi jadi REFREE bola. KSPK plak tu. " angkuh gua menjawab dalam hati. Gua tahu JAFNI yang menelefon gua. Tapi bukan gua tak mahu jawab, tapi gua letih sangat. Baru je selesaikan amali Seni.

"Takpe la Jep (JAFNI) Nanti aku pergi padang. Maaf la aku tak nak jadi reff untuk KSPK" seloroh hati gua lagi. Lagi pun petang nanti gua kena hantar baju Iqbal gak.Nak kena ambil kete Kadok pulak. Nanti gua jumpa lu kat sana.

Gua teruskan tido nyenyak gua tanpa menghiraukan panggilan beliau.


Letih..!!
Malas...!!!
KSPK...!!!!

*************************************************************************************
Khamis;18.46 pm
Padang Institut Perguruan Ilmu Khas

Gua pinjam motor Endang. Modenas Kriss 100. Gua kerahkan tenaga dan khudrat gua menuju ke padang. Biar la apa nak jadi pun. Gua memang tak nak jadi Reff..!! Gua bawa seluar pendek Quickssilver, baju Roma dan baju Inter Millan. Baju yang Iqbal pesan kat gua

Sampai kat padang,...

"Weh K****, hang nak duduk ka??" tanya Aichoo.
" Boleh gak " balas gua yang baru je park motor depan dia.

Gua meneruskan perbualan dengan Aichoo. Sambil-sambil tu gua layan gak perlawanan persahabatan bola sepak antara KSPK dengan budak-budak SIPMA IPGM.

"Hang tak jadi reff ke kimie??" tanya Aichoo. Penuh hairan. Sebab JAFNI seorang je yang jadi reff petang tu (penjaga garisan).

"Hang kan dah tau aku kalau melibatkan KSPK...."

Belum habis gua cakap Aicho menyampuk plak,"Haa..!! Aku tau aku tau. Lupe plak ko ade kes dengan diorang"

Tau pun.
Selesai perlawanan, gua tunggu JAFNI kat luar padang.

"Weh sorry la bro aku letih dowh amali seni tadi. Ala ko sorang pun power pe jadi reff," gurau gua dengan JAFNI.

" Ah ko memang, saje jek..Aku sorang je jadi..hahaha," balas beliau dengan nada gurau senda yang selalu dia buat dengan gua.

"Aku tido la...Lagi pun ko bukan tak tau aku ngan KSPK kan..."


Gua teruskan perbualan dengan beliau sampai gua nak balik. Sebelum balik, gua sempat salam beliau.

Gua teruskan aktiviti gua kat padang.

Gua balik rumah.


*************************************************************************************
Sabtu; 00.00 a.m;
Kedai nasi lemak meriah.

Gua pergi makan dengan Kakcik. Tiba-tiba lapar nak makan nasi lemak pulak. Gua jumpa Shawn, Joe, Ajim dan member Shawn. gua bergurau senda dengan diorang semua. Tiba-tiba gua teringat nak mesej JAFNI ajak makan nasi lemak. Lepak malam-malam ni best gak.


*************************************************************************************
Ahad; 11.45 a.m
Seri Mas Condo,

"Kimie, Jep (JAFNI) eksiden. Masuk ICU," beritahu Aus, housemate gua.
"Ko bior betul?? Kat mana?? Bila??" gua teruskan soal siasat sebab tak percaya. Dah la siap parah lagi tu masuk ICU.

"Kat Tangkak, pagi tadi, tapi sekarang hantar kat hospital Melaka, sebab dah dekat," balas Aus lagi.

"Jef Jef..Laju kot die bawa.." sempat lagi gua tuduh dia. Bodoh betul gua.


Gua tido. Lepas tu bangun pergi Jamuan 1 Malaysia DATO NAJIB kat bawah rumah gua.

*************************************************************************************
Ahad jugak; 18.15 p.m
Condo gua gak.

"K****, Jep (JAFNI) meninggal dah. Baru je. Rai bagitu aku," sekali lagi Aus membawa khabar berita.

"Bior betul..!! Ko jangan main-main dowh.." balas gua secara kurang ajar sebab gua tak caya apa yang gua dengar.

"Betulla. Baru je Rai tipon aku bagitau ," bentak Aus pulak,

Perrgghhh....!!!!!! lemah lutut gua beb. Bukan sebab kawen, tapi sebab berita hambar yang gua dengar ni.

Gua tak caya...
Gua cuba nak percaya jugak....



Bangsat...gua tak leh terima beb...
Sape nak percaya kan kawan baik dah pergi menemui ILLAHI.

*************************************************************************************
Ntah macam mane la Family, awek dan kawan-kawan kelas dia. Gua yang rapat gitu-gitu je pon tak dapat terima kenyataan. Tapi sekarang dah ok dah sikit gua. Tapi still sebak lagi.
*************************************************************************************




Arwah JAFNI merupakan pelajar OUM di INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS. Beliau yang bakal menghabiskan pengajian beliau di IPIK pada penghujung tahun initelah kembali ke Rahmatullah pada hari entri ini di post. Antara jam 5.00-6.30 petang tadi. Arwah adalah seorang pelajar yang ramah dan suka membantu rakan-rakan termasuk saya sendiri. Kehilangan beliau amat terasa dan amat memilukan kepada semua pelajar yang mengenali beliau. Terutama kepada pelajar-pelajar OUM dan pelajar IPIK.

Pemergian beliau juga amat terasa dan di tangisi kami semua iaitu pemain-pemain bola sepak IPIK yang menyertai Liga Kuala Lumpur. Arwah merupakan ketua pasukan kepada pasukan bola kitorang dan banyak menyumbang sepanjang penglibatan beliau dalam pasukan ini. Banyak kenangan yang mungkin sukar untuk di lupakan oleh kami semua. Alhamdulillah, hasrat beliau untuk bermain bola dalam LIGA KL, Kagum dapat di capai sebelum meninggalkan kita.

Walaupun gua tak serapat mana dengan arwah, tapi kehilangan beliau tetap di rasai. Kalau dahulu selalu sahaja arwah ajak gua pergi cari barang-barang kereta. Pergi Putrajaya nak beli Turbo time, pergi Downtown tengok spare-part Kelisa, dan macam-macam lagi. Hari tu beliau ajak gua cari antena kereta L2 yang panjang macam kat kereta kancil gua. Gua sempat ukur je saiz lubang kat tapak antena tu dengan dia. Tapi sekarang, tiada lagi sahabat baik yang hendak di ajak ke sana kesini mencari kereta, bersembang tentang bola, dan yang paling kerap, tiada lagi sahabat yang nak bergadoh (bergurau la) dengan kitorang tentang Arsenal.

Kepada rakan-rakan seperjuangan diharapkan banyak berdoa, tabah, dan sabar atas semua yang berlaku. Semoga roh beliau di rahmati Allah. Yang pergi tetap pergi, yang hidup mesti teruskan. Sama-samalah kita memanjatkan doa dan Al- Fatihah.
















p/s: Takziah Buat Keluarga arwah. Harap bersabar dan tabahkan diri.

Saturday, October 10, 2009

.....kenapa dan kenapa..???

Kenapa biar ia datang?
Kalau tak hendak,
Tolak lah awal..

Kenapa biar ia hadir?
Kalau tak sudi,
Jangan la main tarik tali...

Kenapa biar ia wujud?
Kalau tak suka,
Nyahkan sahaja...

Kenapa biar ia berputik,
Kalau tak minta,
Biarkan saja..

Kenapa??
Kenapa??


Entahlah..
Itulah..
Kalaulah..
Hmmm...
Akhirnya..
Musnahlah....











p/s:..hehehe...teror tak gua jadi jiwang seminit...bukan selalu gua jiwang2..hahaha...

Wednesday, October 7, 2009

...dia....

***************************************************************************************
Dia tak perlu tersenyum,
Di setiap raut wajahnya,
Aku lihat kepuasan,
Abadi kasih sejatinya sentiasa di hati ku,

Dia tak perlu ketawa,
Di setiap likur-likur ukiran bibirnya,
Aku nampak kegembiraan,
Korban jiwa raga,
Gigih menjulang kejayaanku,

Dia tak perlu menangis,
Di setiap tingkahnya berlalu,
Aku sedar akan setiap kesilapan,
Maaf diberi walau kuulangi,
Jemu di buang jauh dari hati....

Dia tak perlu apa-apa lagi,
Di segenap raut wajahnya,
Aku sentiasa dampinginya,
Dengan doa yang ku panjatkan pada Illahi,
Dengan bekalan yang ku teruskan untujnya,

Di takperlu apa-apa lagi,
Di setiap mimpi aku temuinya,
Terima kasih dia......................
**************************************************************************************




p/s: gua mencuba, dan terus mencuba, walau banyak cubaannya, gua tetap mencuba sampailah suatu masa, cubaan gua menjadi cubaan untuk gua terus mencuba....

Thursday, October 1, 2009

..Monolog dalam gelap...

*************************************************************************************
Di situ dia menjerit..
Dia menjerit pedih..
Dia pedih menggigil..
Dia menggigil perit..

"Tolong aku..!! Tolong aku..!! Bukan aku..!! Bukan aku.......!!!!!!!!"

"Tolongg...!!!!"

*************************************************************************************
Kata mata,
"Tolong, akulah yang bersalah. Kalau aku tidak memandangnya, tentu jasad ini tidak akan ke tempat maksiat itu."

Kata tangan,
"Akulah yang bersalah. Kalau bukan sebab aku, jasad ini tidak akan melakukan maksiat."

Kata kaki,
"Bukan tangan, aku lah yang bersalah. Kalau aku tidak melangkah ke tempat maksiat, jasad ini tidak akan melakukan maksiat."

Kata Akal,
"Sudah..!! Ini semua salah aku. Kalau aku berfikir waras dan bijak, kamu semua tidak akan melakukan perbuatan ini. Bukankah aku yang mengawal kamu semua???

Semua terdiam.
Kaku.
Kaget sebentar.
siapa yang bersalah??


Sepi..!!!
Masih sepi menanti jawapan..

Tiba-tiba..

"Diam wahai kamu semua. Kamu semua tidak bersalah. Aku lah yang bersalah. Aku lah punca segalanya. Bukan salah mata, bukan salah tanga, bukan salah kaki, dan bukan salah kau akal.!!Cuba fikirkan...Kalau dahulu aku tidak minta untuk masuk ke jasad ini, sudah tentu jasad ini tidak akan melakukan dosa-dosa. Mungkin jasad ini mendapat nyawa yang lebih baik dariku........." kata Nyawa.

*************************************************************************************

Wednesday, September 30, 2009

...JATI...metaforaku

*************************************************************************************
*************************************************************************************

Jati. Pertemuan aku dengannya membuatkan hidupku lebih bermakna. Pertama kali melihatnya, hatiku terpaut dan tertarik, bukan kerana parasnya, bukan kerana tingginya. Tetapi kerana keteguhan dan kekuatanya berdiri tegak mendongak langit yang membiru.

Tegap.
Teguh.
Kuat...!!!

Di Lembah Klang itulah tempat bermula segala episod. Banyak lagi spesis yang sama. Tapi hatiku tetap tertarik dengan Jati. Entah kenapa. Seribu persoalan bermain di benak fikiranku.

"Bukan apa pun si Jati ni. Sama je macam yang lain kot." bisik hati kecilku yang masih di serbu seribu persoalan.

Bagi rakanku yang lain mungkin mereka memandang Jati hanya seperti apa yang mereka nampak. Tidak bagiku. Dia lain. Aku mengaku. Pertama kali ketemu dengan Jati aku dapat merasakan banyak persamaan. Memang sesuai bagiku untuk menjadikannya teman di dalam rumahku bersama-sama perabot-perabot yang lain.Lantas aku pertaruhkan nyawaku untuk mendapatkan Jati . Walaupun ada ramai lagi yang mahukannya. Malah ada antara penduduk di sekitar itu, memang mula menyukai Jati lebih sekian lama.

Satu..!!!
Dua....!!!!
Tiga....!!!!

Gedebukk..!!!

Aku dapat Jati. Jati milikku. Orang lain tiada hak untuk merebutnya lagi.
*************************************************************************************

Di luar kawasan aku bertemu Jati, aku mula memproses Jati. Ku tilik segenap ruang dan pelusuk bahagian Jati. Cantik. Sama macam Jati yang lain. Tiada pecahnya. Tiada celanya. memang indah di pandangan mata gerangan-gerangan manusia seperti ku.

Kulitnya sama.
Kerasnya pun sama.
Warnanya apatah lagi sama.

Pendek kata, kau memang serupa dengan yang lain. Sama. Memang cantik dan indah di pandang. Itulah juga membuatku tertarik dengan mu Jati.

Tapi...........


Ku tatap, ku renung, ku belek sekali lagi. Baru aku tau masih ada silapnya. Masih ada kelemahannya. Aku nampak lubang di batang mu. Aku nampak parut di kulit mu. Walaupun kecil dan sudah lama, namun aku tetap sangsi dengan setiap kecelaan yang ada di situ. aku belek lagi.

Lubang tupai dah ada.
Lubang burung belatok pon dah ada.
Mungkin lubang manusia je yang belum ada.

Warna hitam getahmu dah kelihatan.
Warna kelabu kulitmu makin pudar.
Mungkin warna ini dapat ku lunturkan terus dan menggantikan dengan satu kilauan warna yang cantik dan lebih suci dari warna hitam.

Tak apa. Kau dengan aku, aku takkan tebuk lubang apa-apa pun. Walau secalit parut pun tidak akan ku tinggalkan. Malah akan ku betulkan setiap lubang, parut, warna yang cacat itu dengan satu kebenaran dan satu nilai estetika yang tinggi serta hakiki di pandangan mata kasar manusia. Akan ku calitkan kembali kotoran-kotoran di setiap bahagian mu tu dengan seribu kebaikan dan keistimewaan. Aku takkan memperlakukan kau seperti tupai-tupai dan si belatok itu. Tiada tanggungjawab membinasakan benda lain.

*************************************************************************************

Ya, pada mulanya amat sukar untuk aku memproses kau Jati.

Keras,
Liat,
Padat,
Mampat,
Jati...................

Aku usahakan juga. Ramai yang datang pada kau Jati untuk mengambil kau daripada ku. Tetapi aku ingkar dan tidak pernah akur pada setiap permintaan mereka. walaupun dalam sesekali kau sering menunjukkan respon yang baik pada orang-orang yang datang, aku tetap mahukan kau Jati. Aku tau, kau sering berguling-guling di dalam stor simpanan aku kerna ada yang datang mahu mengambil kau. Ada yang menawarkan segalanya untuk mendaptkan kau. Walaupun aku tau kau sudah ada perasaan sedikit padaku Jati, namun bagiku mereka yang hadir tanpa di undang ini banyak membuatkan hati aku sakit dan terguris. Aku ingin jadikan kau kerusi yang cantik, menarik dan indanh sekali. Agar semua orang yang mengata pada kau sewaktu kau di ambilku tempoh hari menjadi satu kisah yang lupus di telan zaman.


Aku tidak pernah memikirkan soal bahagian-bahagian kau yang tidak sempurna itu. Kalau berlubang, boleh ku tampal. Kalau pudar, bolehku warnakan kembali dengan warna yang berseri-seri lagi. Usah kau khuatir semua itu. Hatiku ikhlas menjadikan kau teman dalam rumah ku.
*************************************************************************************

Di rumahku, rakan-rakanku banyak persoalkan tentangpilihanku.

"Kenapa ko amek Jati yang ni?? Kan ada banyak lubang tu. Banyak pulak compang nye..."

Arghh..!!!

Biarkan. Apa yang diorang nak cakap, cakap lah. yang aku tahu aku sudah buat pilihan. dan pilihan hatiku adalah kau Jati..!! Kau..!!!
*************************************************************************************

Ya walaupun sekali-sekala ada juga perkara yang membuatkan aku marah dan sakit hati dengan kau. Walaupaun sesekali ada juga perkara yang kau sakit hati dengan aku, namun itu semua dugaan. Semua itu ujian darinya untuk aku lebih bersabar. Aku harus menjaga kau dengan sempurna agar kelak kau tidak lagi di perkatakan oleh rakan-rakan ku lagi. Biar kau jadi perabot kerusi yang cantik dan satu-satunya di hatiku. Bukan lagi almari cemaraku, meja cengal ku, rak kasut besi ku dan lain-lain.

Alhamdulillah.

Sekarang kau sudah jadi satu kerusi ruang tamuku yang paling cantik dan lawa. Entah apa lagi yang hendak aku catatkan di setiap sudut dirimu. kau berubah sepenuhnya. Kalau dulu terdapat cacat cela padamu,, namun sekarang tidak lagi. walaupun kau tidak seratus peratus mencapai piawaian sebagai kerusi mewah, dan sempurna, namun bagiku sudah memadai sekadar kau berubah menjadi kerusi, berbanding dahulu. Kau lebih baik dari dahulu.
*************************************************************************************

Namun segalanya hancur lebur. Di balik tabir itu aku terlihat raut rupamu Jati. Walaupun kau keras dan kuat suatu masa dahulu, tidak ku sangka kau berubah menjadi lemah. Banyak pula kerenah kau. Bukan aku sakit hati pada kau. Tapi aku mengharapkan kau mengerti bahawa setiap tingkah laku mu di ruang tamu, walaupun hanya berbunyi apabila tubuhku menghempap mu, membuatkan aku terfikir sejenak. Kau seakan-akan tidak pernah menerima ku untuk melabuhkan diri di atas mu. Bukan ku pinta untuk tidur di atas mu. Hanya ingin menumpang rehat tubuh lesu ku sahaja.

"Krekk...krukk....!!"

Seakan-akan kau tidak lagi mahukan aku menjadi tuan pendampingmu. Sebelum kau meluluhkan hatiku, lebih baik aku undurkan diriku. Biarpun sakit hati dan sukar untuk aku membuat keputusan ini, namun bagi ku biarlah kau bahagia di rumah lain. Biarlah kau menjadi perabot berkelas tinggi.

Aku pinta kau untuk menghargai aku sebagai pendamping kau. Walau seketika dulu kau tidak sebaik sekarang, aku tetap menerima mu. Hargai aku. Berbaktilah padaku. sedangkan sewaktu kau menjadi kerusi ruang tamuku, tidak pernah aku melalaikan mu. Tidak aku hiraukan perabot lain di rumahku.

Kau dirumah,

Almari aku lupa untuk menguncinya,
Meja aku lupa untuk lap,
Rak kasut lupa untuk aku kemas,
Syiling rumahku pun aku biarkan bersawang.

Semata-mata untuk membersihkan kau Jati.
Untuk mencantikkan kau.
Untuk mengilapkan kau.
Untuk memastikan kau tidak seperti perabot ku yang lain.
*************************************************************************************

Mungkin bagimu amat mudah bagiku untuk melepaskan mu kepada orang lain. memang pedih untuk ku melepaskan mu. Apatah lagi untuk meletakkan harga dan nilai terhadap dirimu. Bagiku, kau sememangnya taidak ternilai untuk di tukar ganti. Tapi apakan daya......

Aku terpaksa melepaskanmu.

Aku cuma berharap agar kau tidak kembali menjadi seperti dahulu. Kau sudah menjadi kerusi Jati yang berkilau, bersinar malah cantik. Kekalkanlah sifat-sifat baikmu ini. Jangan sesekali biarkan tupai-tupai dan belatuk menebuk bahagian mu lagi. Kau bukan lagi di hutan seperti dahulu. Bebaskanlah dirimu bagi mendapatkan kehidupan yang baru di tempat yang baru. Aku juga mengharapkan agar warna kau tidak lagi pudar dan sentiasa berkilau. Agar kelak paling tidakpun dapat juga aku berbangga dengan hasil kerjaku terhadapmu. Tidak lagi kawan-kawanku memperkatakan tentang mu lagi. walupun kau bukan lagi dengan ku.
*************************************************************************************

Semalam, aku terjumpa dengan mu. Tapi bukan di mana-mana rumah. Kerna aku tau mungkin kau tidak mahu lagi berada di mana-mana. Aku sedar dengan prinsip kau tidak mahu bersama tuan rumah yang baru. Apatahlagi berada di tempat yang baru.

Aku lihat kau semalam, mungkin tidak seperti dahulu sebelum menjadi kerusi, namun ada sedikit perubahan padamu. Aku sempat melihat sedikit calar-balar pada mu walaupun kecil dan sedikit. Aku tau mungkin kau tidak dapat menerima keputusan aku melepaskan kau suatu ketika itu. Bagiku, bukankah kau pernah berjanji untuk mengekalkan dirimu sekarang walaupun bukan lagi berada di dalam rumah ku??

Tapi semalam......................













p/s: Jati tetap jati, tak mungkin menjadi cengal atau meranti. Tapi Jati tetap boleh menjadi perabot yang tinggi nilainya sehinnga ia reput di dalam rumah.....

Saturday, September 26, 2009

.....pejam celik- pejam celik.....

Raya..

Jadi semuanya masukkan entri raya. Gua pun nak tuliskan entri raya. Tapi seminggu gua tak buka dan melayari blog gua. Entah dah bersawang ke tidak gua tak tahu. Bukan apa, gua tak nak libatkan hal-hal kerja dengan hal-hal raya. Hahahaha.. seminggu ni macam-macam yang gua lalui. Smeinggu beraya, tak semeriah raya sebelumnya. Mungkin sebab beberapa perkara yang gua rasa telah pun berlaku sepanjang gua beraya sakan tahun ni.




Raya,

Semua tahu kan, masa yang sesuai untuk bermaaf-maafan sesama kita, bukan sahaja sesama sanak saudara. Jadi dengan kesempatan yang gua ada, gua telah bertemu kembali dengan rakan-rakan gua yang dah lama terpisah secara teorinya. Walaupun ada yang gua dapat kontek dengan telefon tangan gua, tapi tak semestinya segembira pertemuan yang telah kami adakan.



Raya,

Mungkin yang menyifatkannya sebagai kemenangan umat Islam mngerjakan ibadah puasa. Tapi bagi gua bukan itu sahaja, peranan dan fungsi raya amat luas sehingga mampu memupuk kembali tali persaudaraan dan sillaturrahim sesama manusia. Raya setiap tahun, tapi perkara yang sama kita semua lakukan. Apa salahnya??


Sepanjang raya seminggu, gua tak buka blog, gua tak bukak facebook, gua tak bukak myspace, gua tak bukak tagged dan gua tak bukak friendster. Bukan malas, tapi sebab gua nak habiskan masa raya gua betul-betul untuk menghargai masa yang gua ada bersama family, sedara mara dan juga rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, semuanya dapat berjalan dengan lancar dan meriah bertambah pula dengan keseriaan hari dengan kehadiran rakan-rakan lama.



Pasal rakan-rakan lama gua,

Bukan sennag nak dapat jumpa, masing-masing dah besar panjang. Dah bekerja, dah berkereta, dah berbini, yang dah beranak pun ada. Bagus lah. Rezeki masing-masing kan. apa yang ua jumpa sepanjang raya ni membuatkan hati gua berdetik.

"Waktu sekolah bukan waktu yang sepenuhnya bakal menentukan masa depan kita"

Yalah, waktu sekolah, gua nampak ramai budak-budak termasuk rakan-rakan gua yang suka melepak, monteng kelas, gaduh, pukul budak, dan macam-macam lagi. Tapi bila gua dah ketemu kembali dengan diorang semua, perghhhhh...!!!


Meleleh beb kalau nak kenangkan semula dengan perangai korang termasuk gua kan. Sekarang ada yang dah jadi pegawai JPJ, pegawai Imegresen, Polis, bakal cikgu, kontraktor, bomba, arkitek, jadi nurse, suri rumah, ibu mithali, dan macam-macam lagi. Bukan gua nak cakap ape kan, tapi bagi gua, cukup lah sekadar kita semua menjadi MANUSIA. Bukan ORANG semata-mata. Kalau sekalipun kerja kita tu sekadar balaci-balaci orang, kerajaan ke, syarikat swasta ke, bagi gua tak penting asalkan kita tak jadi SETAN...!!!


Tahiah kawan-kawan....


Terkejut jugak ada yang bakal bertunang, ada yang bakal berkahwin, ada yang bakal menjadi suami dan isteri, adayang sudah pun bermasjid, ada jugak yang sudah menjadi ayah dan ibu untuk anugerah Allah. begitu lebih baik, biarpun ada yang cakap terlampau muda untuk usia kitamendirikan masjid. Tapi kan lebih elok daripada bergelumang dengan dosa haramjadah tu kan.

Tahniah kawan-kawan...

Apa yang gua nka sampaikan sebenarnya adalah perasaan gua. Dah 5 tahun kita semua tak berjumpa, bersama bergelak ketawa, bersuka ria, bergurau senda. Akhirnya tahun ini membuka satu lagi lembaran baru dalam setiap inci tali persaudaraan dan sillaturrahim sesama kita. Biarpun kita memang bersahabat, namun ianya taidak mungkin akan kekal kalau kita tidak mengimarahkan setiap ruang-ruang yang kosong dalam pertalian ini. Hari tu gua dah jumpa dah dengan sebahagian kawan-kawan lama gua. Memang terharu sangat beb. Gembira gua dah macam gua jadi bapak pulak kan. 5 tahun beb. Terima kasih la kawan-kawan yang sentiasa mengingati dan berterusan menjalinkan hubungan persahabatan dengan gua. Memang bukan semua dapat gua jumpa kan. Tapi yang seadanya sudah memadai mengubat segala rindu dan pasrah gua sepanjang bersahabat.


Salam Aidilfitri semua, bukan sahaja untuk mengenali diri gua, tapi buat semua yang menyambut nya. Maafkan jika ada kesalahan dan kesilapan sepanjag jasad dan nyawa gua bersahabat dengan kalian semua.


Maaflah sebab lama tak update dan masukkan entri baru. Maaf juga kerana tidak berkesempatan menjengah blog rakan-rakan smeua. InsyaAllah nanti dah balik KL akan kembali aktif seperti dahulu.




"Pahala dapat di tambah dengan memaafkan dosa. Tapi dosa akan bertambah kalau kita tak mahukan pahala. Dosa akan dapat di hapuskan kalau kita gandakan pahala berlimpah kali ganda."




Thursday, September 17, 2009

Lu kosong...wa kosong...lu satu...wa.....???

***********************************
Macam main bola,
Lu skor 1 wa kosong,
Pastu wa skor 1 lu tak skor dah,
Kita seri,

Lu skor 2 wa 1,
Wa skor balik 1,
Kita seri,

Lu skor la berapa pun,
Wa pun skor la berjuta sekalipun,
Bila di luar padang,
Anggaplah ia cuma permainan,
Jadikannya 0-0 balik,

Walaupun hakikatnya,
Lu mungkin 5,
Wa mungkin 0,
Wa mungkin 5,
Lu mungkin 0.

Lu 0,
Wa pulak 5..6..7..8...,
Bila dah keluar padang,
0-0 balik,
Tamat episod itu.


Apa salahnya....



SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI

MAAF ZAHIR BATIN

0-0 ok..!!

***********************************

Tuesday, September 15, 2009

Entri luahan : aku mula menyukainya...

Aku suka tulis lirik. Aku suka tulis puisi yang tak puitis. Aku suka memetaforakan sesuatu yang ingin aku katakan. Aku suka menjadikan suatu hal benda itu sebagai suatu yang tersirat. Tapi aku tidak suka dan tidak mahu menghiperbolakan sesuatu perkara . Aku suka menjadikan suatu hal yang sederhana menjadi sebesar-besar dunia. Tapi bukan fitnah. Juga bukan gosip bodoh. Aku suka membuatkan suatu perkataan menjadi satu ayat yang lengkap apabila di gabungkan dengan perkataan lain. Aku juga suka menjadikan sesuatu ayat yang lengkap sebagai suatu kehairanan, suatu perkara yang pelik. Bolehkah aku katakan sebagai klise?? Aku juga sering meluahkan sesuatu perkara yang aku suka. Aku juga mampu meluahkan suatu perkara yang aku tidak suka. Bukan merujuk diriku kepada seni puisi dan seni penulisan. Tapi hanya untuk melambangkan betapa perasaan aku itu adalah sesuatu yang dapat di simpulkan serta di luahkan kepada kalian semua mahupun mereka di luar sana. Aku tidak memerlukan kata-kata puitis seperti seorang pujangga, seperti seoarang cendekiawan, seperti seorang penulis novel untuk berkata dan untuk menulis. Kerna aku tahu aku bukan seperti mereka. Memiliki anugerah sebaik-baik pengkarya. Memiliki kelebihan-kelebihan untuk menyoroti setiap jiwa dengan luahan kata-kata indah dan mesra pembaca. Dulu aku juga gusar akan kelebihan memiliki jiwa puitis dan berseni sastera. Dulu aku beranggapan sastera dan puisi hanya mainan karya agung dalam meningkatkan perlembagaan bahasa, perjuangan merdeka, kedaulatan di raja, kesempurnaan bermetafora dan sebagainya. Kerna kau alpa, aku leka, aku terlupa. Setiap manusia mempunyai naluri yang berbeza dalam setiap selera. Sumpah aku katakan, bukan mudah menjadi seperti mereka si pengkarya. Bukan mudah menghasilkan satu karya yang berwibawa seolah-olah manusia yang sedang berkata-kata, walhal ianya hanya kepingan kertas yang di penuhi dengan dakwat berlingkuran tulisan-tulisan puisi dan sastera. Walau apa pun, apa yang cuba kunyatakan di sini, biarlah diri kita bukan siapa, diri kita tidak seperti mereka, diri kita tiada anugerahnya, diri kita tiada puitisnya, asal setiap yang di lempar dalam kata-kata dapat di sampaikan mesej-mesej dan nasihat yang banyak gunanya. Peduli saja siapa yang membaca. Jangan nanti di murka-Nya, menyinggung agama, mengguris bangsa, mengkhianat negara, tak apa kan...??

Aku mengaku,

Aku suka bersajak,
Walaupun berseorangan sahaja,
Aku suka memelodikan suatu puisi,
Walaupun tidak berteraskan teori-teori musik,
Aku suka menulis lirik,
Walaupun lirik aku seperti jelik,
Aku suka melagukan apa-apa saja lagu,
Walaupun suaraku tak semerdu buluh perindu.

Tapi...
Itu semua hanya sekarang,
Hanya setelah aku mampu berfikir,
Puisi dan sastera juga umpama pengukir,
Yang dapat meluakkan setiap benih kata-kata sehingga membentuk suatu arca,
Arca metafora yang membangkitkan tindak-tanduk pemikiran yang serius,
Arca pemikiran yang di perlukan untuk akal-akal yang di beri percuma,
Cuma tiada sudut 360 sahaja untuk di teroka dengan pandangan mata.

Aku mengakuinya,















Aku mula menyukainya.....

Kelip-kelip..!!