Thursday, October 1, 2009

..Monolog dalam gelap...

*************************************************************************************
Di situ dia menjerit..
Dia menjerit pedih..
Dia pedih menggigil..
Dia menggigil perit..

"Tolong aku..!! Tolong aku..!! Bukan aku..!! Bukan aku.......!!!!!!!!"

"Tolongg...!!!!"

*************************************************************************************
Kata mata,
"Tolong, akulah yang bersalah. Kalau aku tidak memandangnya, tentu jasad ini tidak akan ke tempat maksiat itu."

Kata tangan,
"Akulah yang bersalah. Kalau bukan sebab aku, jasad ini tidak akan melakukan maksiat."

Kata kaki,
"Bukan tangan, aku lah yang bersalah. Kalau aku tidak melangkah ke tempat maksiat, jasad ini tidak akan melakukan maksiat."

Kata Akal,
"Sudah..!! Ini semua salah aku. Kalau aku berfikir waras dan bijak, kamu semua tidak akan melakukan perbuatan ini. Bukankah aku yang mengawal kamu semua???

Semua terdiam.
Kaku.
Kaget sebentar.
siapa yang bersalah??


Sepi..!!!
Masih sepi menanti jawapan..

Tiba-tiba..

"Diam wahai kamu semua. Kamu semua tidak bersalah. Aku lah yang bersalah. Aku lah punca segalanya. Bukan salah mata, bukan salah tanga, bukan salah kaki, dan bukan salah kau akal.!!Cuba fikirkan...Kalau dahulu aku tidak minta untuk masuk ke jasad ini, sudah tentu jasad ini tidak akan melakukan dosa-dosa. Mungkin jasad ini mendapat nyawa yang lebih baik dariku........." kata Nyawa.

*************************************************************************************

29 comments:

  1. hebat kimisai... aku terpaku terpana membaca n3 mu ini...

    ReplyDelete
  2. selalu yang kita dengar, mata, tangan, akal saling salah menyalahkan tapi ni terbalik.

    tapi kan, aku rasa ending tu macam menyalahkan pemberi nyawa. kalau difikirkan, nyawa kita diberi olehNya suci bersih tanpa ade niat ape2 tapi kita ni yang mengotorkannye.
    ni yang aku rase la..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ouch..!Its touche..again..!!
    haih..i was spellbound...

    ReplyDelete
  5. salam..

    saudara, jikalau nyawa yg bersalah, mknanya semua salah allah kerana memberi nyawa kepada kite?

    ReplyDelete
  6. patung:
    bkn gua yg bermonolog...siapa yg sllu bermonolog dan menjertit di dalam gelap??? fikirkan siapa yer....

    hehehe






    sayu pilu:
    yg penting pengajaran...kan??





    Naddy:
    Tiada nyawa menyalahkan penciptanya,
    cuma menyalahkan dirinya untuk berebut memiliki jasad..Nyawa semata tidak berguna kalau tiada jiwa dan akal...Ibarat hidup di ICU bergantung pada mesin hayat..Nyawa tidak menyalahkan Penciptanya tetapi menyalahkan dirinya kerna meminta2 untuk ahir di dunia....

    ReplyDelete
  7. nasib baik nyawa mahu mengaku bertanggungjawab ...!

    ReplyDelete
  8. takut...
    hmmm..

    kalau takut tp x insaf buat ape kan?
    isk

    ReplyDelete
  9. menggetarkan jiwa,
    menimbulkan keinsafan.

    :)

    ReplyDelete
  10. ABCDEFtyyhahh:
    Fahami kembali frasa ayat yg berkaitan di atas k.. nyawa tidak bersalah, di cuma menyalahkan diri sendiri.. Dan nyawa tidak menyalahkan penciptanya...Macam merendah diri je la senang ckp..



    al-lavendri:
    Mungkinkah salah nyawa?? apa2 pun, renungan utk kita semua..




    lumut:
    taku tak insaf mmg sllu berlaku..
    Tapi dengan ketakutan lah biasanya yang menggorakkan langkah ke arah keinsafan..



    sir zul:
    yeke nak tobat??g mayang jumaat tak tadi..??



    azza:
    cuak2, jagn terlepas pandang..heheh




    Bro aloy:
    gua menyampaikan sahaja..cuak bro??insaf2..!!
    haha




    Farah:
    semoga getaran itu menginsafkan diri..
    semoga taubat kita di terima Illahi...




    Bias:
    DAHSYAT..!!! bukan Dasat..!!
    hahaha

    ReplyDelete
  11. yoro okino:
    lagi satu...
    DAHSYAT...
    bukan dasaaattttt..
    hahahaha...hahahah....

    ReplyDelete
  12. nak cakap macam mana nie yer takut pun ada teruja pun ada

    ReplyDelete
  13. yg bersalah adalah jasad yg menurut hawa nafsu..

    ReplyDelete
  14. mamai:
    teruskan teruja dengan perasaan taku itu wujud kerna ia membawa kepada keinsafan....




    nursarah:
    tapi akal perlu berfikir dahulu sebelum bertindak...

    ReplyDelete
  15. bro addyaholix:
    mungkin...
    tp mereka berbicara sesama mereka...bkn kita...

    ReplyDelete
  16. bermonolog dalam gelap...siapa ya...

    re:...pasal minum kat kedai kopi tak kena bunuh?

    ReplyDelete
  17. hehhe
    faham2 la..kekke


    minum tak bayar kene bunuh r..

    takut r lu tulis bunuh2..

    ReplyDelete
  18. adakah nyawa yg bersalah?? atau pun mungkin hati... kalau hati x nak, takkan jadi...
    :)

    ReplyDelete
  19. rintihan perih saat taubat tak terbuka lagi, rintihan kuat hingga suara tak terdengar lagi,tangisan sakit tak berairmata,...entah apakah waktu itu masih berasa sesal atau tidak? kalau masih pun, tiada berguna.
    Mungkar dan Nangkir tak kan silap mengenal salah...

    ReplyDelete
  20. salam.....

    terpaku saya membaca entri ni...hebat..!
    tq singgah anaklaut

    ReplyDelete
  21. lavender wind:
    btol,
    saat jasad terpisah dengan nyawa,
    yg tggl hanya nama dan amalan kita...





    anaklaut:
    salam

    terima kasih bro..gua sentiasa menyokong anak laut..

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!