Yang sudi menjengah...TQ

Friday, June 26, 2009

Gua dah lambat pergi kerja

Gua dah janji dengan bos nak datang awal sebab ader function filem AUSTRALIA tajaan salah satu air kencing syaitan ; ARAK. Gua tak suke sebenarnya, tapi dah gua makan gaji kan, jadi nak taknak kena la juga kerja. Samad dah kol tanya kat mana. Gua tak tau nak jawab ape. Motor ok, badan sihat tapi gua lambat gak. Sebab apa??!!Tunggu mamat nie; PIAN..!!!

Pian..!!
Pian..!!!
Pian..!!!!

Perghhh...!!! Mamat ni kalau berciap memang macam babi nak pergi pasar. Gua dah 10 minit tunggu. Tak siap2 lagi. Nak marah dah besar. Dah la menumpang orang pulak, buat lambat lagi. Kang tak pasal2 gua pulak yang kena sekali. Gua dah panas!! Baran gua dah menyentap nak maki beliau.

"Woi mangkuk!! dah la tu. nak bersiap apa lagi. Dah lambat ni," jerit gua walaupun gua cuma berada 2 kaki dari pintu bilik beliau.

"Ok2...Dah siap..!! Jom, dah lambat gila ni..!!!" balas Pian.

Uiks, boleh pulak dia cakap macam tu. Gua yang tunggu dia. Pian Babi..!!!

Gua dengan Pian pun turun la pergi kat parking motor. Gua amek helmet. Pian pun amek helmet. Gua duduk, tekan butang hidupkan skuter EGO keluaran YAMAHA milik member gua. Lupa bagitau skuter kaler hitam. Kadok punya. Belum sempat gua nak ajak Pian naik, tiba2 beliau bersuara..

"K****, bagi aku bawak la. Aku dah lambat ni,"
"Apahal pulak. Ko lambat aku pun lambat. Sama je la sapa bawak pun," balas gua dengan penuh kehairanan.

Dengan muka yang serius gila babi, macam babi tengah jawab MUET, Pian terus duduk kat tempat penunggang. Gua terpaksa ke belakang. Gua pelik.!!! Pelik lagi..!!!

Huh.!! Sampai tempat kerja. lambat 30 minit dari jadual asal. Sampai parking motor, gua tanya Pian lagi. Muka gua memang ketat habis la bengang punya pasal dengan Pian tadi.

"Pian, apahal lu nak sangat bawak motor ni tadi?" tanya gua.
"Ko takpa, asal masuk kerja malam. Lambat takpa. Aku ni memang kena masuk sekarang. Tak leh lambat. So aku kena bawa motor" Pian jawab.

Pelik..!!
Pelik gampang..!!

"Huh??!! So apa kaitannya dengan masuk kerja lambat?" tanya gua lagi dengan tahap kehairanan gila memuncak.

Dengan selamba, siap senyum sinis lagi Pian jawab:

"Kalau aku dok depan, aku sampai dulu. Kalau aku dok belakang, ko yang bawak motor nanti ko yang sampai dulu. So sekarang ni aku yang sampai dulu. Aku awal sikit la dari ko.Paham??"


Walaupun gua tergelak jugak, tapi gua sempat bagi bonus penyepak kat bontot Pian tu. Pian babi..!!!




Free Signature Generator

Wednesday, June 24, 2009

KBSM : Gua, Hayat dan Cikgu Rhalpino

*Ini bukan kisah lucu;tapi kisah benar..!!!Sekadar berkongsi pengalaman..Hahaha...!!
************************************************************************************
Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin;
Tingkatan 5B

Gua penat. Ngantuk. Pening. Apa yang mampu gua buat??!! Lepak kelas la. Malas gua nak pergi perhimpunan pagi2. Dah la tiap2 hari. Bosan gua. Bukan gua je, semua pelajar bosan. Cikgu pun bosan. Kalau tukang kebun tu kena pergi gak, memang die pun bosan. Kucing yang kat kantin pun bosan gak. Argghhh..!!!Aku dah melalut.

Selasa; 07300 -

Gua tengah lepak sorang2 malas nak pergi perhimpunan. Nak tido.!! Semalam gua fly samapi kol 3. Tak tahan. Nak tido gak. Tetiba datang member gua. Bukan Samad!! Tapi Hayat.

"Woi K****!! Ooooo...ponteng ea..tak ajak aku pun..!!" tegur Hayat dengan nada perlahan walaupun ader tanda seru kat situ. Ye la taku kantoi pulak . Perhimpunan dah la bawah kelas gua je.

Argghh..!!! Babi..!!! Baru nak tido. Takpa, naseb baik Hayat. Bestfren. Ada gak yang sudi menemani gua kan.

"Gua letih la Yat. Lu semalam blk fly lamabat ngan gua takkan tak letih?"
"Arhhh mu alasan je. Aku rileks je,"

"Rileks tengkoghak ko!! Hahaha..kalau ko rileks wat pe tak pergi perhimpunan.."
"Hehehe..biasa la bro,"ujarnya lagi.

Lepas 6-7 minit perhimpunan bermula, gua masih lagi rancak berborak dengan Hayat. Suara perlahan. Takut kantoi. Dengan tetiba.......

"Hoi..!!Ponteng ke..!!Kenapa tak pergi perhimpunan??"

Aisyehman..!!!Kantoi la pulak. Kelihatan Cikgu Disiplin terhebat sekolah; Cikgu Ralphino. Dahsyat. Mampos aku dengan Hayat. Gua dnegan Hayat terus tersentak. Perbualan yang rancak sampai ke puncak. Cikgu Rhalpino pulak tegas terpacak macam nak bagi penyepak.

"Saya pening pala cikgu. Rasa macam nak demam," ujar gua sebagai alasan yang agak munasabah walaupun gua tau alasan tu dah ada dari zaman Neolitik lagi.

"Kamu pening pala, yang kamu pulak??!!" tegas Rapino lagi, tapi menuding jari telunjuk beliau yang kontot tu ke arah Hayat.

" Saya teman die cikgu, takut ada apa2. Sebab saya pon macam tak sihat je ni," balas Hayat.

"Dah2!! Kamu berdua jangan nak buat alasan. Sekarang pergi turun masuk perhimpunan. Tak pun nanti jumpa saya kat bilik disiplin. Pilih mana satu??" Lembut!!Tetapi sedikit tegas beliau memberi arahan kepada kami.

Gua dengan Hayat tanpa pikir panjang terus turun dan melangkah ke perhimpunan. Gua terpikir " Kalau pergi dah lamabat. Mesti cikgu2 tau gua ngan Hayat nak ponteng" Jadi gua pun mengusulkan pada Hayat..

" Yat, jom g surau la. Aku pun nak terberak ni. Nanti pergi perhimpunan burok muka lambat dah," cadang gua.
"Ok gak idea bangang ko tu. Jom!! aku pun dah lame tak pergi surau...Hahaha.." bala beliau dengan gelak syetan.

20 meter di sebalik bangunan blok makmal, 30 meter sebelum ke tapak perhimpunan, gua dengan Hayat belok ke kanan. Menukar arah dengan tujuan baru. Ke SURAU..!!! Port clear lepak..!! Siap leh skodeng..!! Wakakaka...

Laju kaki melangkah. Takut Rapino nampak. Takut pula kalau di kejarnya nanti. Gua sambung balik perbualan gua dengan Hayat yang terbantut tadi. Tapi gua selitkan sikit kutukan2 terhadap cikgu disiplin tadi. Kalau kutuk depan mau kena sula dengan rotan 1.65 meter beliau. Nak mampos??!!!

Sampai blok KH, gua dah sedai dah ngan Hayat. Nak lintas ke depan Perpustakaan. Sebelah kiri pejabat. Bilik disiplin da la kat situ beb. Hat-hati. Bahaya. Line clear. Gua pun lintas dengan Hayat. Cepat je kitorang melangkah. Baru je nak sampai depan perpustakaan, tiba2..

"Hoi..!! Nak kemana tuh?? Tadi dah ponteng pun nak p[onteng lagi ke..?!!" suara yang memang2 kasar dan lantang singgah kat cuping telinga gua dan Hayat, lalu di salurkan ke gegendang telinga, dan menjadi impuls yang seterusnya di hantar ke otak untuk di tafssir.

Mamposs..!!!! Rapino beb..!! Dah la tadi kantoi dalam kelas. Ni kantoi nak ke surau pulak. Nak ponteng pulak tu. Ucapan cikgu kat perhimpunan pun terhenti jap sebab dengar jerkahan si Rapino tadi. Dengan muka bengis seakan2 penjahat dalam citer SAW IV, Rapino datang kat kitorang. Cuak!! Dup dag dup!!

"Nak kemana pulak ni!! Tadi kat kelas pening pala. Ni apa pulak??!!" sergah beliau dengan suara melebihi 7 petala langit Wunan (citer komik Wira Tunggal)

"Err..."Huh??!! Tak terkata gua. Hayat apa tah lagi. Gua dengan Hayat sama je.
"Dah2!! Saya dua2 ader kat tapak perhimpunan sekarang jugak. Kalau tak siap kamu. Paham??!!" jerit lagi. Nak je gua cakap kan mulut die busuk. Tapi tak sampai hati beb. Kesian.

"Saya nak buang air besar cikgu. Sebab tu nak ke surau. Tak tahan dah ni, nak kuar dah.." cilok gua pulak. Padahal tadi tak nak berak pun. Dah kena jerkah baru rasa nak berak. Kecut perut beb. Cikgu Disiplin tu bai.

"Tandas belah sana rosak cikgu. Dah la ade bau rokok. Busuk pulak tu..!!" sokong Hayat pulak.
"Dah2!! Jangan nak kelentong. Kalau nak pergi tandas jugak pergi tandas sana. Ke kamu nak pergi masuk perhimpunan sekarang??!! Saya taknak kamu pergike surau. Saya tau kamu nak tidur kat sana ponteng perhimpunan kan..??!!" tuduh Rapino pulak sambil tunjuk ke arah tandas yang busuk macam ketiak dan mulut die tu.

Yeah!! Selamat!!Paling tak pun gua tak perlu pergi perhimpunan. Kalau gua masuk perhimpunan masa tu mesti bughok muka gua dengan Hayat. Mesti budak2 tau yang kitorang kantoi. Bab diorang dah dengarlantang suara si Rapino tadi. Gua pun berlalu bersama-sama dengan Hayat tadi menuju puncak AF!! Eh silap ke tandas.

Gua dah suka. "Nanti bleh lepak2 kat tandas lepas berak. Takyah pergi perhimpunan lagi," niat guadalam hati. Memang gua nak berak pun.

Lepas beberapa minit gua berak, gua pun kuar tandas siap betul2kan talipinggang lagi. Hayat berak tandas sebelah. Taktau apa yang die teran kan. Sebab die tak sakit perut pun.

Sunyi.
Sunyi lagi.,
Sunyi berterusan sehingga...

"Krekkkk..." daun pintu tandas gua selak. Mak aiiii..!!! Terpana gua sekejap. Gua nampak sesorang kat pintu masuk tandas. Badan besar!!! Gua ingat hantu. Hayat tak kuar lagi. Gua cuba lagi mengamati dalam kedaan cemas bercampu-baur dengan nikmat melepas tadi.

Nah ko..!!!! Luorang tau sapa??!!

CIkgu Rapino rupanya. Hahaha.. Rasional beliau berdiri kat situ???

Dah tentu nak tunggu aku dengan Hayat. Di nak tau betul ke tak gua dengan Hayat nak berak..HUHUHU

Sungguh bertanggung jawab beliau. Terima kasih Cikgu Rapino.
************************************************************************************
p/s:Tanpa guru siapalah kita. Aku tak tau nanti murid aku pulak buat apa kat aku. Pembalasan!!!Hidup umpama roda.Tubeless..Hehehe


Free Signature Generator

Free Signature Generator

Monday, June 22, 2009

Pian dan M.U.E.T

Salam.

Haa...kali ni gua tak cerita pasal Samad dah. Kali pasal kawan Samad pulak, si Pian. Harap lu orang tak marah dengan Samad tu OK...hehehe..Cerita ni Samad yangbagitau kat gua.
************************************************************************************

Sedang gua makan kuih pau ayam dengan donut J.Co kat level 6m, tetiba Samad tanya gua.

"K****, ko tau tak MUET?"

Huh??!! Sejak bila ko pikir pasal pelajaran pulak Samad ni. Biasa cerita pasal penyanyi je. Hahaha...Kemaruk karaoke dengan AF la katakan.. Tak pun lu pikir pasal jagung rebus lu jek.

"Tau la. Gua pun dah amek.Dapat pun ben # jek.." jawab gua ringkas beb. Malu..!!!

"Ko tau tak member aku ni, nama dia Pian, die amek MUET, pastu die dapat ben 1 je. Tapi kan dia dah ulang banyak kali . Dekat 10 kali dah kot. Dok ben 1 jugak.."

"Uiks??!! Biar betul Samad..!! Takkan mak bapak die tak marah kot?? Banyak pulak duit diorang nak bagi amek tiap2 tahun MUET tu. Bukan murah beb..." tanya gua kehairanan pulak.

"Yerr...!! Buat pe aku nak tipu ko. Aku mula2 pun pelik macam mana mak bapak dia tak marah. Mau dekat seribu gak tu dah soploh kali amek. " jelas Samad lagi.

Betol ke????

" Lu tak tanya ke Pian tu Samad?" tanya gua lagi.

" Dah!!Cuba lu teka apa dia cakap kat mak bapak dia??"

" Dia cakap die tak fokus kot."
"Tak!!"

"Tak pun dia cakap MUET ni susah macam nak buat char kuey teow!!"
"Tak la bodo..!!"

" Dia tak suka ko kot?? Ke mak bapak dia bukan benda hidup??"
" Ko memang babi K****!!!"

"Die suke amek MUET?? MuET itu HIV?? MUET musuh negara??"
"Tak la bangang..!!"

"Haaa..!!! dia cakap dia bukan omputih?? Kan???!!"
"Napa la bangang sangat ko ni.Senang je dia cakap tau..!!"


"Huh??!! Apa???"

"Setiap kali dapat keputusan MUET, dia bagitau mak ngan bapak dia yang ben 1 tu yang tinggi sekali. Yang ben 6 tu yang bodo2 punya. So mak bapak dia suka la soploh kali MUET soploh kali anak diorang cemerlang..Hahahah..."


Huh??!! Apa nie???!! Samad babi..!!!

p/s: jangan la main2 kan orang tua kita. Errr... Samad ker Pian tu yang buduh dan bangang??!! Ke gua yang bengong sebab dengar cerita Si Samad ni..

Hmm...

Free Signature Generator


teka la gua kat mana

Semalam gua kat keratong 07
hari ni gua kat Kuala Lumpur
Esok gua dah mula kelas kat KL..

haaaaaaaaa.........teka la gua kat mana skang..


p/s: gua kat Kuala Lumpur dah. nak update blog.Huhuhu..rindu all bloggerz..

Free Signature Generator


Monday, June 15, 2009

Samad kerja kat Maybank..




Bilik Mesyuarat.

4.30.

Petang tu sebelum masuk kerja, gua lepak dengan Samad dekat Meeting Room. Ada brieffing. Gua tanya Samad...

"Lu kan gua tengok dah tua takkan nak kerja wayang je bro. Nanti kawen lu nak pakai duit mana. Tak cukup beb..!!"
"Weh ko taktau ke aku ader kerja lain?? AKu tak bagitau ke. Siang aku kerja lain, malam baru masuk kerja sini," balas Samad dengan penuh yakin dah bangganya.

"Eh lu kerja apa bro?? Lu tak bagitau gua pun. Tak aci la beb..baik lu cakap..!!"
"Gua kerja kat Maybank Bandar Permaisuri. Saja je cari duit lebih. Tak cukup kalau kerja sini je bro."

"Lu kerja bahagian apa?? Kaunter ke, jaga ke..ke lu manager kat Maybank tu??" tanya gua lagi dengan penuh minat..

Fuh..!! Untung la sapa dapat Samad ni, kerja kat Maybank tu. Nak-nak mau 2-3 riban sebulan. Masuk gaji kerja wayang lagi..Hahaha..masyuk-masyuk..!!

"Ala aku kerja besa-besa jek. Aku duduk kat......." belum sempat Samad bagitau gua tentang kerja beliau, tiba-tiba Kak Long dengan Gopi masuk. Brieffing nak mula dah.

Bla...
Bla lagi...
Bla....bla....bla.....

Pergh..!!! Lame siot brieffing tadi. Siap kena teow kaw2 dengan MOD.

Hari tu berlalu tanpa gua mendapat jawapan daripada si Samad. Gua nekad esok gua nak pergi Maybank Bandar Permaisuri. Kot-kot boleh jumpa si Samad. Entah-entah beliau manager kat situ, boleh gua buat pinjaman. Hahahaha...

*************************************************************************************
Esok. Pagi nak masuk tengahari.
Depan Maybank Bandar Permaisuri.

Gua baru nak masuk Maybank, nak cari Samad. Tiba-tiba..

"Weh K****..!!!Ko buat apa kat sini??" sapa seseorang yang agak aku kenali suaranya ala-ala chipmunk tu.

Nah..!!! Si Samad..!!! Pelik bukan kat dalam Maybank, tapi depan Maybank.

"Weh Samad ko buat apa kat luar ni?? Ko bukan kerja dalam bank ke??" tanya gua pelik.
"Eh aku jual jagung rebus ni la. Tak nampak ke ?? Kan aku cakap aku kerja dekat Maybank. Aku bukan pekerja bank. SPM gred 8 nak kerja bank. Ni dekat Maybank la ni," balas Samad dengan nada merendah diri sambil membetulkan lagi spender beliau yang tersedut dek jubo sendiri.

Gua meneruskan borak-borak gua dengan Samad sambil makan jagung rebus beliau yang memang sedap tu. Percuma...!!!

Dalam hati gua, gua cakap..

"Takpe la Samad oi. Jual jagung pun halal jugak. Tak kaya pun janji lu tak nyusahkan mak bapak lu, lu tak jadi penyamun sudah. Jangan lu jual jagung curi sudah."

Gua amek iktibar beb selain gua amek 2-3 biji lagi jagung rebus beliau. Gua akan pastikan setiap perkataan dan ayat yang gua dengar dari Samad jelas dan tepat maknanya lepas ni....Hahahaha...

Free Signature Generator


Dont Judge a Book by Its cover..damn..!!!!




Isnin.

11.30 pagi.

Wayang takda orang lagi. Kerja takda. Gaji baru dapat semalam Ahad.

Gua dengan Samad nak ke Times Square. Ponteng kerja jap nak pergi beli barang. Lantak la Kak Long nak marah pun. Jangan kantoi sudah.

"Samad, nek motor la. Malas la nak naik tren ," cadang gua dengan agak serius.
" Ala nek motor nanti accident, susah la. Kantoi pulak dengan MOD. Nek tren la. Lama dah aku tak naik tren. Jom la. Sekali sekala je bro..." balas Samad dengan penuh keyakinan di dada beliau.

Gua pun on je la.


Dalam tren (Monorail menghala ke Plaza BB)
11.45.

Gua berdiri dengan Samad. Sit takda. Orang pun agak ramai.

"Huh..!! Buat la tren 2 tingkat," bisik hati gua, walaupun gua tau idea gua tu macam gampang.

3 orang budak dengan rambut balong ayam naik tren sekali dengan gua dan jugak si Samad. Diorang duduk. Gua buat tak layan ja. Kecoh gak mamat-mamat ni..!!

Nampak muka gangster beb.
Rambut balong ayam siap warna merah.
Tajam-tajam macam duri durian.
Rantai keliling pinggang, leher, tangan.
Siap tindik dekat hidung, kening.

"K****, ko tengok la diorang, entah spesis apa da. Macam anjing dah aku tengok. Ni mesti takda adab ni. Entah ada mak bapak ke tak la. Jangan-jangan mat PIT kot.." seloroh si Samad ni perlahan-lahan takut-takut kalau mamat-mamat ayam tadi dengar.


"Isk ko ni Samad. Tak baik tau. Lantak diorang la. Jangan kacau gua dengan lu sudah," balas gua.
"Ye K****, ko tengok la gaya diorang. Macam orang takda masa depan,"

"Biarla Samad oi. Nanti diorang pukul lu baru lu tau,"
"Ah...!! Dah pelesit tu pelesit la," degil..!! Masih nak menyibuk.

Tiba-tiba 2 warga emas masuk. Tua. Tapi tak uzur lagi. Damn..!!! Suma buat tatau. Yang duduk tamau bangun. Gua nak bagi sit macam mana kan. Gua pun berdiri.

Sunyi.
Sunyi lagi.
Sunyi lagi sampai kat depan gua, Samad dengan budak-budak ayam tadi.

Gua dah tunduk malu dah dengan Samad. Malu dengan warga kota dan muda-mudi yang tiada adab dengan orang yang lebih tua. Mana pergi lu orang punya adab ketimuran hah..???!!!

Tiba-tiba kagi..

"Jemput duduk makcik, pakcik. Lu tak larat berdiri tu," tegur salah seorang mamat ayam tadi.

Huh??Biar betul. Macam mimpi. Mamat-mamat ayam tadi semua bangun bagi sit diorang kat pakcik dan makcik tadi. Ya Allah. Betul ke ni??!!!

"Takpa la nak. Anak duduk la. Pakcik boleh tahan ni," balas pakcik tu pulak. Gua dah bengkek kan. Orang dah bagi duduk, duduk aje lah pakcik oi..

"Takpe pakcik, lu dah tua. Lu tak larat. Nanti sakit kat sini susah pulak kan. Takpa gua dengan member gua muda lagi. Kuat lagi," balas seorang lagi mamat ayam tadi. Walaupun agak kasar percakapan diorang, tapi bagi aku memang diorang berniat baik tu. Ada juga la rasa kemanusiaan dalam diri diorang.

Pakcik dengan makcik tadi duduk terus. Malas nak membantah.

"Terima kasih nak," balasnya ringkas.

Gua pun apa lagi, terus cuit Samad yang hampir-hampir terkejut dengan peristiwa tersebut. Samad tunduk malu sebab buruk sangka dengan diorang tadi.

Tapi yang lebih malu bukan gua dengan Samad, tapi warga-warga kota yang muda-mudi yang duduk tadi. Semua tunduk malu dengan mamat-mamat ayam tadi. Sampai je kat Plaza BB gua turun dengan Samad.

"Tu la Samad. Lain kali jangan menilai orang dari luaran ja. Kenal diorang dulu," tegur gua sambil senyum sinis dekat Samad.

Samad berlalu sambil membetulkan spender die yang tersedut ke dalam bontotnya...Hahaha...

Free Signature Generator


Gua dok bercuti lagi...

Salam semua...

Baru je habis sukan Wilayah a.k.a SWIP. Ok la dapat tempat ketiga. Merasa juga la Pingat gangsa. Baru ingat nak rancak menaip untuk blog, dah kena balik kampung balik. Kat mana lagi kalau bukan Felda Keratong 07 a.k.a Bandar Chanis kat Pahang. Gua kalau balik kampung je mesti susah nak masukkan entri baru. Malas dowh. Nak pergi Cyber Cafe lagi kan. Dah la mahal.

"Hahaha..hahhaha.."ketawa gua jahat masa menaip entri ni..

Apa-apa pun harap lepas dah balik ke KL nanti gua dapat masukkan enrti baru. ni pun sebab gua bawa mak gua pergi Segamat so ader la masa sikit nak singgah CC ni. Sapa-sapa yang biasa baca blog gua harap-harap korang tunggu la.

Oklah, bro dekat CC Snoopy ni pun dah bagi amaran keras dah kat gua. Jadi gua berangkat dulu la.

Kirimsalam kawan-kawan dan juga blogger2..

"hahahaha...hahahha...." ketawa gua lagi sambil cergas bergegas nak pergi amek mak gua..




Free Signature Generator

Free Signature Generator

Saturday, June 13, 2009

Award #1..tatau apa dia...



Syah(sembang sebentar bersama aku) telah memilih gua utk dpt award ni... sungguh terharu sekali walaupun gua tatau apa benda award2 ni..Award Oscar gua tau la.. heheheh.. sebelum tu ada task..

Task 1:
Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

Gua dah buat beb..!!!


Task 2: Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award. ...hahahahaha...tapi gua jahat..gua nak award je..gua tamau task2 tu..hahahaha.....jaht tak gua?? ...senang2 sape2 nak award ni amek je la..gua tak kesah..ngeh3...selamat beraward beb...thanks yang bagi award...gua tatau apa maknanya..hahahaha...halimatun....
Free Signature Generator

Free Signature Generator

The never ending story – episode #8

Terdahulu......


1.budaksetan
2.
budak "e"
3.
budak aloy
4.
budak paiseh
5.budak zul
6.budak kelantan

7.bukan budak-budak dah..ngeh3



- Daripada episode #7

aku boleh rasa tubuh aku yang aerodynamic membelah angin dengan stylonya…seronok gak tak payah nak kibas2 kepak…kan ada pilot…

perut aku agak sakit sikit sebab penuh dengan warga2 KL yang nak ke Kuantan…maklumlah…“Your Community Airline!”kan

dan perut aku bertambah sakit bila tengok muka pilot tu…macam muka babi stress je…

Tiba2 aku terdengar satu jeritan….

BABI!!!!!!!!!!

The never ending story – episode #8



Huh!!” Dengus diriku.

Sepi sebentar. Aku kaget. Bukan kadet.


Siapa yang memaki aku tadi??

Berani betul !!!

How dare u!bak kata omputih. Aku terkial2 mencari dimana bunyi itu.


Ya aku tahu. Dia di situ. Kecilnya. Kecil nak mampos..!!Ingatkan yang besar je berani nak sound2 aku. Nah kau..!!!

Rupa2nya Man Babi kelihatan marah sangat di bawah perut ku. Dengan muka merah padamnya sempat lagi beliau menoleh ke arahku sambil berkata..


Woi babi!! Tak nampak ke orang nak melintas ni? Main jalan je. Ingat jalan ni bapak ko yang punye??


Fuh!!

Marah betul si Man Babi ni. Dah la mentransformkan diri jadi siput babi. Tu pun kira ok la daripada jadi babi betul2. Kan??


Woit pundek!! Lu tu dah la kecik. Mana gua nak nampak beb!! Lain kali pasang la lampu macam binatang kelip2 tu. Baru gua nampak..Buduh..!!! Dah la jadi siput babi..!!”tegas aku pulak dalam nada yang agak tinggi, mungkin tinggi lagi daripada Am7. Man Babi diam seperti babi yang kehilangan aweknya, iaitu Babi gurl..


Sepi.

Sepi lagi.

Masih sepi..


Man Babi meneruskan pejalanan beliau menuju ke sarangnya di bawah kerusi di Balai Ketibaan di KLIA. Dengan kelemahan beliau sebagai binatang yang paling lembab, beliau masih belum sampai2 walaupun sudah 7 hari berjalan dari kawasan menunggu. Hahahah...padan muka ko man babi. Sapa suruh babi sangat. Kan dah jadi siput babi. Babi punya Man Babi...!!!


Pilot aku meneruskan perjalanan kami ke Kuatan. Melalui Lebuhraya Pluss. Dari arah KLIA dia belok ke kanan atau pukol 3. Hahaha..ada pulak jalan kat langit ni..Aiks??Ni jalan nak gi Cheras, cakap nak balik Pahang. Aku dah letih ni. Masuk ni dah 3 kali aku ulang alik dari Pahang ke KL. Servis tak juga. Kalau tukar enjin aku jadi turbo L2s ke, L5 ke VR4 ke, Mivec ke, sedap la jugakkan nak lenjan..Haahahah..padahal aku kapal terbang..


Tapi takpe. Aku tunggu apa tujuanya. Dan tiba2...


Hai..salam..nak ke mana” sapa sebuah lagi di sebelahku. Lembut suaranya. Cukup menggoda aku. Dulu masa jadi burung, dah nak dapat awek, rupanya Man Babi. Terus aku down. Harap2 inilah jodohku. Hahahahaha...ketawa aku dengan bangangnya.


Hai, salam nak ke Pahang tapi pilot buduh, salah jalan,” balas aku dengan nada macho ala2 Brad Pitt.


Erm sapa nama awak?? Boleh berkenalan??

Nama saya Your Community Airline, awak sapa nama??” balas aku malu2 babi.


Dengan selamba dia mejawab …


Saya M******* Airlines. But u can call me MAS je…”….



Tiba2 bersambung di sini.



Nasib la sapa dapat nih..ngeh3….





Free Signature Generator

Thursday, June 11, 2009

Marah betul si Samad tu (kisah 2)

"Arrghhh.....!!!!!"

Lagi sekali Samad menjerit dengan penuh kemarahan. Kali ni kemarahannya meningkat ke 9 petala langit. Dah la malu dengan kejadian pen beliau hilang. Ada pula masalah lain.

"Arrggghh...!!!!!"

Semua pekerja kat ofis dah hairan dah. apa kena si Samad ni. Semalam menjerit, hari ni menjerit, entah esok lusa menjerit lagi kot. Aduyai...

"Dah ada punchcard nak kacau punchcard orang gak. Aku dah letak kat tempatbetul, entah babi mana pulak yang alih. Gampang betul..!!" bentak si Samad.

Gua dalam hati dah menyumpah gak mamat ni. Tanya tak, nak maki2 lagi kan. Gua dengan perasaan sengalnya terus tanya...

"Lu apahala Samad??Asyik mrah2 dari semalam. Dah la semalam salah sendiri, nak maki2 lagi.. Aduyai..!!" tegur gua dengan harapan Samad akan reda dari kemarahannya.

" Entah gampang mana la yang amik punchcard aku. Aku dah la nak balik ni. Letih..!!! KO kot amek K****.."tuduh si Samad tu.

" Uiks, lu mat cakap pandang2 la..Gua tatau apa2 lu nak tuduh gua pulak..Lu tau tak dosa menfitnah ni lagi besar dari dosa membunuh.." tegas aku sambil teringat kata2 yang lebih kurang sama yang di ungkapkan oleh Ustaz Baharom kat Sekolah Rendah Agama Keratong 07 dulu.

Rancak gua dok bertekak dengan Samad tu, sampai pihak MOD dalam ofis pun dengar. Semua pasang telinga. Gua dah cuak. Semua dalam tu bos2 besar kitorang. Tapi tak cakap apa2 pulak. Kak Long , Mr Roy, Mr Ray, Gopi dan Kumar. Semua MOD yang pangkat besar2 belaka dalam ofis tak cakap apa2. Gua dah malas nak layan Samad. Gua ingat nak tolong cari, tetiba gua pulak yang tak tahan dengan beliau. Siap bertengkar lagi. Hahaha..

"Biippp biiippp...!!!"

Mr Ray keluar. Datang kat gua. Sambil tu masih kedengaran lagi suara si Samad yang marah2 dengan maki hamun lagi.

"Babi..!!"
"Celaka.."
"Haram jadah betul la.." Samad maki lagi.


Hohoho...ini dah kes berat. Samad ni dok maki hamun lagi macam dalam entry lepas.

Mr Ray tepuk bahu aku. Dia tengok Samad yang bising2 lagi. Lepas tu tanya aku...

"What was the fuck he yelling for??" amboi, cakap omputih pulak Mr Ray ni dengan aku.
"Entah la Sir. Saya pun tak tau. nak cari benda marah2. Lain kali tanya la dulu kan kat sapa2. Entah2 Kak Long ke amik punchcard tu nak kira gaji. Ini dok maki2," balas gua selamba je dalam Bahasa Melayu. Cintai bahasa kita beb. Gua pulak time tu dengan riak muka seakan2 golongan yang baik2. Hahaha.. Apa lagi beb, Mr Ray pun sokong gua la.


"Hey Samad, what wrong huh?" tanya pula Mr Ray kat Samad.
"Shitman, somebody took my punchcard. i dont know where is it now. I want go back sir. what the fuck man," balas pula Samad dalam Bahasa Inggeris. Amboi dah pandai cakap omputih si Samad ni. Depan2 Mr Ray pun nak marah2 siap maki2 lagi. Berani betul...!!

"Babi..!!"
"Celaka.."
"Haram jadah betul la sapa yang amek punchcard aku ni..."

Uiks!! Lagi sekali pula dia maki.

5 minit kemudian, Kak Long dengan Mr Roy keluar dari ofis pergi ke bahagian checkpoint. diorang datang kat aku dengan Samad. Aku kaget. Ada buat salah ke aku ?? Samad pulak buat2 muka mengampu dekat diorang.

Elehh...!!!

"K****, minta walkie talkie. Nak cakap sikit ni," kata Kak Lomg

Gua pon bagi, lepas tu pasang telinga apa yang nak di cakapkan.

Tiba2...

"Perhatian kepada semua steward, sapa2 yang nak balik boleh amik punchcard kat atas meja saya. Mana yang dah kat depan ofis tu saya dah buat kira2 gaji. Mana yang atas punchcard meja tu lepas punch letak balik. Saya belum buat kira2 gaji lagi," seloroh Kak Long sambil menjeling ke arah Samad yang dah merah padam muka dia. Nasib baik die hitam. Kalau tak...


Aku beredar dengan senyuman sinis di bibirku. Tanganku mencuit Brother yang ada di sebelahku...Hahaha..."Nah ko Samad..!!!!!!"


Free Signature Generator


Wednesday, June 10, 2009

Marah betul si Samad tu... (kisah 1)

Samad cepat2 turun dari tingkat 6M. Cergas die ke bahagian checkpoint. Dengan muka yang agak bengang dah marah die bergegas membuka semua laci yang ada.

"Gedegangg..!!!!" kuat betul bunyi laci yang di hempas masuk. Semua pekerja yang ada kat situ terkesima sebentar dek perangai Samad yang lain macam tadi. Gua pun dah tersentak sekejap.

"Apahal si Samad ni??" bentak hati gua. Jarang kejadian macam ni berlaku kat Samad. Nampak sangat ada sesuatu yang menggangu beliau.

Bingung....
Semua bingung....
CCTV pun naik bingung dah...

Tiba2..

"Babi..!!"
"Celaka.."
"Haram jadah betul la.."


"Ish..Kes berat ni..Nak tegur ke tak nak..." bisik hati gua lagi.


Selalu kalau beliau turun dari atas beliau akan berkaraoke sendiri sebab cita2 beliau nak jadi penyanyi. Pergi ujibakat Akademi Fantasia tapi tak lepas. So menyanyi sorang2 je la beliau.

Tiba2 lagi..

"Babi..!!"
"Celaka.."
"Haram jadah betul la.."

Gua dah tak tahan. Gua pun tanya.

"Apahal Samad?? Marah semacam jek. Macam hilang bini jek. Cari apa??" tegas gua dengan penuh kehairanan.

"Babi betul la.. Sapa la yang amik pen aku..Aku dah la kena tulis Piracy ni...nanti sir cek, mampos aku kena marah...bangsat betul la.." balas samad dengan nada yang agak tinggi dari biasa. Seperti tinggi sedikit dari nada A minor.

Tiba2 lagi...

"Babi..!!"
"Celaka.."
"Haram jadah betul la.."

Ish gua dah tak tahan. Nak je gua lempang beliau kan. Nak cari barang jangan la maki2 sampai pelanggan pun dengar. Malu la beb. Gua yang kat tepi pun naik malu beb. Pakai smart2 tapi mencarut tak tentu pasal.

Tiba2 lagi...

"Babi..!!"
"Celaka.."
"Haram jadah betul la.."

Ish..Gua memang tak tahan dah. Gua tanya kawan gua yang lain kenapa dengan mamat ni. Diorang cakap dari atas tadi asyik dok maki2. Budak2 tanya pun panas baran semacam je. Semua tak berani nak tegur apatah lagi bergurau senda.

Akhirnya gua pun nekad. Gua dah tak tahan dengan si Samad ni. Dok maki2. Gua pua terus meluru ke arah beliau, dan dengan tiba2...

"Gedebuk..!!!!" satu tamparan hangat yang agak kuat singgah di dada Samad. Dengan tidak semena2 terbatuk si Samad tadi.

Pelik!!!

"Tepuk dengan tangan ja. Kenapa sakit macam kena sesuatu??'

Di gosok2 dadanya. Ada benda..!!!

Pedih!!

Tiba2..!!

"Yeayyyy..!!!" jerit Samad.

Sebatang pen diangkat ke langit. Pen dari bahagian dada bajunya. Yang terselit dari pagi lagi. Pen yang di cari2 nya..

"Entah la Samad oi..."

Free Signature Generator

Kisah Malam Jumaat gua....hi..hiii..hiiiiii

Khamis ( malam Jumaat )
11.30 malam.
Di Simpang Klinik Felda Keratong 07.


"Aduyai, lambat tol budak2 ni datang. Cakap nak lepakpukul 11, ni dah pukul 11.30 malam dah ni. kalau tak nak lepak bagitau la awal2. bengan betul aku", rungut gua dalam hati la dah kawan2 cakap nak datang kol 11, tapi dah pukul 11.30 tak datang gak.

Gua dah la tengah boring kat rumah kan. Takkan nak ajak kucing kacuk parsi gua si 'BOM-BOM' tu pulak nak sembang. Nak taknak gua kena tunggu gak sampai jam menunjukkan pukol 11.50. Apa lagi dengan sekadar 3 je tahap kesabaran gua, terus gua belah dari situ. Dah la sorang2. Mampus gua kalau pontianak datang malam tu.

*******************************************************************************************
11.50 malam
Di tempat yang sama

"Cilakak punyer kawan, cakap nak lepak, last2 batang hidung pun tak nampak. Siap la korang esok. Gua tau la nak ajar korang . Taik betul..!! " marah gua lagi, tapi dalam hati je. nak marah kuat2 bukan ader orang lain pun.

" Baik gua pergi gayut dengan awek lagi bagus. Dapat gak lepaskan rindu yang terpendam. Hahaha dan ha lagi..." cakap gua sendirian sambil ketawa terbahak2 walaupun gua tau yang awek yang gua nak gayut tu bukan awek gua. gua memang perasan. Aduyai...

Gua pun terus berlalu pergi ke telefon awan berdekatan dengan kedai makan Pak Hashim.

*******************************************************************************************
11.57
Atas Motor Yamaha 100 kaler biru (sekarang dah Hitam)

"Hai, tengah2 malam ni janganla ada pulak yang datang mengacau. Gua dah la tak bran sangat sorang2 ni. Tapi takpe kot, malam Jumaat, mana ada hantu kuar. Kena perintah berkurung kat neraka..hahaha.."bisik hati gua lagi. Ya la, takkan bisik guna buah pinggang gua pulak kan.

Sambil menunggang sambil meliar je mata gua taku2 ada yang tak di undang nanti kan. Paham2 je la.

*******************************************************************************************
12.00 tengah malam
telefon awam kedai Pak Hashim

" Fuh, nasib baik tadak apa2 on the way tadi. telefon pulak kosong, pergghhh...memang rezeki gua la ni," bentak hati gua.

"Tapi pelik la, sunyi semacam je malam ni. Takkan mat2 pet pun pergi surau mengaji baca YASSIN gak..mustahil tuh," bentak hati gua lagi sekali.

Arghhhh... tak penting tu. Yang penting gua dah dapat peluang nak gayut dengan awek malam nie. Hahaha...puasnya..

Tut..tit..tet..tot..tuuut..tiit..tit..tut...ttet ; gua dail nombor telefon.

Tut tuutttttt.. 6 kali bunyi berulang

"Hello semekom, nak cari siapa?" sapa suara halus manis, manja. Itulah si Aishah, budak kuantan yang gua penah kenal, tapi jumpa baru sekali.

"Hello, w'salam. Nak cakap dengan Ecah, boleh?" ceh gua buat2 tanya pulak kan.

"Ecah la bercakap, ni siapa??"
" Ni k**** la. Tak kenal ke?'"

"Oh k****, dah agak dah tadi, kat mana ni?? Nape tipon ecah malam buta ni?"
"Haa..kenal pun, ingat dah lupe dah kat kite. Kat kampung, saja ja tipon malam2 nak hilangkan rindu, boleh?? ke awk dah mengantuk??"

"Tak la, boleh je. apa salahnya kan."
" Hoho..terima kasih...bla...bla...bla..," gua pun teruskan la menyembang dengan minah ni kan sampai dekat 30 minit jugak la.

Gua pun dah ngantuk kan. So gua pun nak habis kan perbualan gua dengan Ecah ni.

*******************************************************************************************
12.30 tengah malam
telefon awam kedai Pak Hashim

" Ni gayut tengah2 malam sorang2 ni tak takut ke kena kacau dengan hantu. dah la malam Jumaat ni kan. Nanti kena kacau nanti, padan muka ,"

" Hantu dah tido dah pun. Tak larat nak berjaga lewat malam. Lagi pun hantu takleh keluar malam2 jumaat ni. Kena rantai..hahahhaa..."

Berdekah gua ketawa sebab gua rasa lucu dengan kata2 gua yang agak celupar tadi. Padahal gua tengah kecut perut. Dah la tetiba ja Ecah ni boleh tanya macam tu pulak. Gua dah rasa semacam dah. Bulu dah meremang. Mata dah meliar. Dengan pantasnya gua pun terlepas cakap...


" Entah2 kite ni tengah bercakap dengan hantu tak..hahaha.."

Citt...celupar punya mulut. Bodoh juga gua waktu tu. Mulut amat celupar. Tapi yang peliknya, lepas gua cakap ayat tu, terus talian diam ja.

"Hello..hello..hello..." gua terus menghello kalau2 Ecah masih di talian.

Diam...
Diam....
Diam.....

Gua bengang. Tiba2 putus. Gayut tak puas lagi.

"Paakk..!!!" gua hempas gagang telefon gara-gara bengang dengan kejadian tadi.

"Pakkk..!!!" gagang jatuh dari pemegangnya. Terus ke tanah. Gua dah pelik. Tali gagang pendek, tapi kenapa jatuh terus ke tanah.

Gua angkat gagang tadi. Gua tengok tali die. Nahhhh....dah putus.....dengan siapa tadi aku gayut?

Ya Allah....

Arrghhhhhhhhhhhhh.....................................................................................

Free Signature Generator

Monday, June 8, 2009

Tips untuk mat rempit...

Assalamualaikum semua. Ni gua baru dapat satu surat dari member gua. Nama die Spark. Bukan Spark plug tu. Bukan jugak Kasut jenama Spark, tapi bekas mat rempit termahsyur kt KL. Ala yang penah berlakon dalam cerita Rempit tu..

Beliau baru keluar penjara. Jadi korang baca la surat yang beliau hantar ni. Untuk persatuan MAT Rempit...



************************************************************************************
Mat Rempit Nan Sempit,
1-9-1 Tmn Tenaga Raya,
cheras,
56000 Kuala Lumpur
_______________________________________________________________

Persatuan Mat2 rempit,
Menara Gading Maut,
190 km/j, Jln Yg Terpesong,
56000 Atas Langit. 31 Ogos 2009
_____________


Tuan / Puan,

Pekeliling Cara-cara Elak di Tahan Polis.
___________________________


Saya yang merujuk perkara di atas walaupun belum bercerai.

2. Surat ni gua nak tujukan buat mat2 rempit yang berleluasa kat luar sana tu tak kira la yang sepenuh masa ataupun yang separuh masa. Kat sini gua ader beberapa cara/petua yang boleh lu orang boleh gunakan untuk kebaikan luorang nanti. Gua nak bagitau beberapa cara macam mana nak elak daripada kena tahan polis masa sekatan jalan raya ke, tengah2 jalan ke, masa minum ke dan banyak lagi.

3. Diharapkan agar petua/cadangan ini adalah yang terbernas sekali memandangkan gua ni pun bekas mat Kepit. Eh silap..Mat Rempit.

4. Berikut adalah beberapa cadangan gua ;


Kalau kene tahan kat Roadblock 1- korang berhenti je motor, terus salam polis tu. Panggil Cikgu. Pas tu korang cepat2, jangan lambat2 tanya macam ni..

  • #1
  • "Semekom cikgu, tumpang tanya kat mana Balai polis Berdekatan. Saya nak buat report motor hilang",
  • ...haaa...sah2 dah polis tu ingat korang urgent ataupon bukan mat rempit sebab korang nak pegi balai polis kan. Mat Rempit polis je yang bawa diorang.

  • #2
  • "Semekom cikgu, mintak maaf la. Motor untuk 2 orang je. Nak tumpang tak boleh la. tak muat la.Cari teksi la ye.."
  • ...haaa....tengok, mesti polis tu malu dan terus biarkan korang blah sebab tak tahan dengan loya buruk korang..

  • #3
  • "Semekom cikgu, eh macam kenal la. Ni anak Pak Man Telor kan. Ala lame tak jumpa..bla...bla...bla...." sampai polis tu mengantuk..
  • ..haaa....senang2 je polis tu cakap "eh camne hang kenai aku plak?"...kalau betul la...kalau salah kena tibai r korang..hahaha

  • #4
  • "semekom cikgu..!! Tolong panggil ambulans, kucing saya BOM2 kat umah nak bersalin dah..tolong cik.."
  • ...haaaa....tengok mesti polis tu cuak nak mampos dengaor citer korang. Mesti die gelabah punya...pas tu time dia buat2 sibuk tu korang cabut la...

  • #5
  • "Semekom cikgu, tumpang tanya jap. Camana nak interview masuk PULAPOL?? Mak suh mintak la. Tapi tak tau nak mintak macam maner...tolong ye.."
  • ...haaaa....tengok la nanti polis tu bagi penerangan kat korang. Yela korang semangat nak jadi polis takkan dienak saman kot..apa daaa....



  • Ni kalau kene tahan tak pakai Helmet/topi keledar.
  • #1
  • " Semekom cikgu. Mintak maap sebab tak pakai helmet. Bukan apa tadi ader orang curi Helmet. Dah la helmet rumah Peel."..kalau korang kenal Peel la..hahha..kalau tak..paham2 je la...

  • #2
  • "Semekom cikgu, mintak maap sebab tak pakai helmet. Maklumlah, tido lapik beg Beras, kene bisul..cakit tau..huhuh..minta maaf yek..muahh2..."
  • ..mesti sejuk hati polis tu sebab korang bagi muahhh2 kat die..nak2 yang polis pompuan..hua3...

5. Diharapkan agar pihak2 persatuan Mat Rempit dapat menyebarkan surat pekeliling ini keran ianya untuk kebaikn lu orang jugak. Nanti kena tahan polis nyusahkan mak bapak pulak nak pegi jaminkat lokap. ok..!!!

6. Segala kerjasama pihak tuan amat di hargai..muahh2..

SEKIAN TERIMA KASIH.

Yang Tulus Ikhlas,

SPARK-kot

DANIEL SPARK B. AMAT PRO

************************************************************************************
di harapkan korang sume pikir la yang mane baek yang mane tak baek..hahahaha...buduh betul surat ni..


Free Signature Generator

Free Signature Generator

Anu anu.....

Ini Adalah Kisah Benar...

Pada zaman dahulu, tinggallah seorang pemuda miskin yang bernama Anu di sebuah Kampung yang diberi nama Kampung Keramat Sangat. Alkisahnya kampung tersebut berada di bawah jajahan Baginda sultan Munawa Al Munawer Putra Si Musawa Al Farah AF 2 dan lebih dikenali dengan nama Sultan Munir...Dengan kemiskinan yang amat sangat maka si Anu pon telah berkelakuan dengan amat baik sekali malah disegani oleh sekalian masyarakat setempat di situ. Kerjanya hanyalah menghantar sebiji nangka yang ranum untuk santapan Puteri Sultan Munawa iaitu Puteri Kesum Teratai Kembang di Parit atau lebih dikenali dengan nama Puteri Som..Bertahun2 lamanya si Anu bekerja dengan sultan, namun beliau masih tidak dapat melihat raut wajah puteri sultan tersebut yangdi katakan seksi, mantopppp dan sebagainya...Hajat di hati biarlah beliaua dapat melihat raut wajah gadis yang memesan nangkanya...Maklumlah, Si Anu ni miskin, macammana sultan nak bagi jumpa dengan puterinya...

Maka pada suatu hari, Si Anu telah meminta kebenaran daripada sultan untuk menghantar sendiri buah nangkanya kepada puteri.. Maka Si sultan pun membenarkan dengan beberapa syarat dikenakan. ..Apa lagi melompat riang la si Anu...Lalu di bwakannya sedulang isi nangka yang ranum dengan warna keemas-emasan ke dalam bilik tuan Puteri Som...Berdebar jantungnya, gugup ;takut-takut kalau tuan puteri tidak senang dengan kehadirannya...Segala syarat telah dipatuhi, harap-harap semuanya berjalan lancar...

eeekkkkkkk......pintu bilik Puteri Som di tolak...

"Wah indah benar biliknya, mesti seindah rupa tuannya juga"bisik hati si Anu..
"Jemput la masuk kanda Anu," sapa ramah tuan puteri...

Dipendekkan cerita, bermula hari tersebut, maka kedua-dua insan ini telah jatuh cinta...sehingga sepurnama lamanya mereka bermain cinta tanpa pengetahuan sultan... Nak kawin takut sultan tak bagi, maka dengan berlandaskan nafsu syahwat umpama syaitan maka keterlanjuran pun berlaku di situ...Perbuatan zina yang haram telah berlaku di antara dua insan yang hanya bergelar kekasih...sehinggalah suatu hari...

"Kanda, dinda mengandung",kata Puteri Som..
"Eh dinda tak makan Pil perancang yang kanda beri?" balas Si Anu...

"Tak,dinda ingin merasai bagaimana perasaan mengandung. Orang cakap seronok bergelar ibu," jelas puteri lagi...

Anu bingung..."kalau nak rasa mngandungpun bia la kawin dulu", bisik hatinya...Lalu dengan serta merta si Anu pun mencium puteri Som dan berkata " Ini sudah kes berat dinda, kita belum berkahwin, tapi dinda sudah mengandung, nanti apa kata baginda sultan??100 sebatan tu kalau kantoi ni dinda.." kata Anu dengan perasaan cuak..

Di pendekkan certa lagi, Si Anu ni pun lari meninggalkan Puteri dan tidak menghantar lagi nangka ke istana.. Sultan Munir pun pelik... Puterinya tidak lagi meminta nangka, tapi meminta untuk makan daging unta..mengidam..besa la tu... setelah enam purnama berlalu, perut tuan puteri makin membesar, sultan pun baru perasan tentang hal itu..

"sejak bila anak aku buncit??mengandung ke..dengan siapa??dah kawin ke die?? ish..ni yang musykil ni ", bisik hati baginda..lalu di tanyakan kepada anaknya Puteri Som..Ya, puteri Som ,mengaku yang dia telah mengandung.."Dengan Siapa??" tanya sultan ...Namun tiada jawapan...Puteri som hanya diam mebisu...Rahsia...Dengan berangnya, sultan menampar anaknya sehingga pipi yang putih melepak menjadi merah amat...Baginda pun beredar dari situ dan terus ke Balai Penghadapan istana baginda...Di panggilnya semua dayang-dayang dan juga pengawal istana untuk di kumpulkan kesemuanya...Setalah di soal selidik, akhirnya ramai saksi mengatakan bahwa Si Anu yang selalu keluar masuk bilik tuan puteri tak kira waktu...Pengawal2 sangkakan baginda telah membenarkan si Anu kesitu...lalu titah baginda kepada pengawal2 istana..

" Beta tak sangka Anu sanggup buat beta begini..Kamu pun!! Lalai..Kamu semua pengawal istana, patut dihukum...."sedang baginda sultan sedang berang hendak menghukum pengawal, tiba2 si Anu melintas di pintu istana..beluma sempat habis bertitah kepada pengawal, lalu baginda pun menjerit ...

"....tangkap Anu, cucuk dengan lembing....!!!"jerkah baginda..maka nak dijadikan cerita, para pengawal istana yang sedang takut2 itu pun menangkap ANU masing-masing kerana menyangkakan jeritan titah baginda itu tadi adalah hukuman kepada mereka..Maka dengan lembing di tangan, taat setia kepada sultan, mereka pun mnyucuk ANU mereka masing2....dan akhirnya..........

"AARRRRRGGGGGHHHHHHHHH...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

..dunia jadi kelam...




korang tau la kalau ANU korang kene cucuk dengan lembing..nak menyunat pon dah menangis kene cucuk dengan doktor..hahahaha


Free Signature Generator


Friday, June 5, 2009

SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...

SILA LIHAT ATTACHMENT UNTUK RUJUKAN ANDA...


KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT PLASTIK TU... ADA
(E476)




Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Oleh Dr. M. Anjad Khan
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan
Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat
semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan
produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan
Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh
sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada
juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya,
saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian
menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang
dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN
JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian
mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa
yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah
daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis
sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan
haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemaklemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut?
Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara)
kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi
tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi.
Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal
kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan
dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang
mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan
pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig
Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama
40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin
tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang
dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya
memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk
mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi.
Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan.
Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang
kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka
tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara
(civil war).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan
penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang
yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai
lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi
(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim
kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh
karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam.
Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat
serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara
Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui
oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan
dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan
multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut,
makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih
banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barangbarang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai
masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat
yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu
bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar
kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk
yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod
tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

EMULSIFIERS e-codes 1. 100 2. 110 3. 120 4. 140 5. 141 6. 153 7. 160 8. 161 9. 210 10. 213 11. 214 12. 216 13. 234 14. 252 15. 270 16. 280 17. 300 18. 301 19. 325 20. 326 EMULSIFIERS e-codes 21. 327 22. 334 23. 335 24. 336 25. 337 26. 422 27. 430 28. 431 29. 432 30. 433 31. 434 32. 435 33. 436 34. 440 35. 441 36. 470 37. 471 38. 472 39. 473 40. 474
EMULSI
e-co
41. 47
42. 47
43. 47
44. 47
45. 48
46. 48
47. 48
48. 49
49. 49
50. 49
51. 49
52. 49
53. 54
54. 570
55. 572
56. 63
57. 63
58. 904
59. 920
FIERS
des
5
6
7
8
1
2
3
1
2
3
4
5
2
1
5

SILA FORWARD UTK MEMBER2 YG LAIN...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM...

SEKIAN, WASSALAM



Free Signature Generator


Wednesday, June 3, 2009

Gua sedang bersenanng lenang cuti di KERAtONG

Assalamualaikum..

Gua sekarang memang takda masa nak update gua punye blog. So harap-harap sapa yang suka ke tak suka ke dengan blog gua harap-harap tunggu sampai gua balik KL ok.Jumaat ni gua sampai KL & insyaAllah malam tu gua update sikit hahaha dengan benda2 baru dari gua.

Walaupun borink kat kampung Gua ni tapi aku tetap nak balik sebab mak gua & fmly gua ader lagi kat sini. So takkan gua nak balik Terengganu pulak rumah Adhwa. KAN???

ok la mase pun dah tIme. Jadi gua kene chow dulu. Tunggu tau update dari gua yang sengal lagi bebal ni ok..Kim salam kawan2 blogger sume. hahahaha


SALAm...........

Free Signature Generatorr

Kelip-kelip..!!