Monday, June 15, 2009
Dont Judge a Book by Its cover..damn..!!!!
Isnin.
11.30 pagi.
Wayang takda orang lagi. Kerja takda. Gaji baru dapat semalam Ahad.
Gua dengan Samad nak ke Times Square. Ponteng kerja jap nak pergi beli barang. Lantak la Kak Long nak marah pun. Jangan kantoi sudah.
"Samad, nek motor la. Malas la nak naik tren ," cadang gua dengan agak serius.
" Ala nek motor nanti accident, susah la. Kantoi pulak dengan MOD. Nek tren la. Lama dah aku tak naik tren. Jom la. Sekali sekala je bro..." balas Samad dengan penuh keyakinan di dada beliau.
Gua pun on je la.
Dalam tren (Monorail menghala ke Plaza BB)
11.45.
Gua berdiri dengan Samad. Sit takda. Orang pun agak ramai.
"Huh..!! Buat la tren 2 tingkat," bisik hati gua, walaupun gua tau idea gua tu macam gampang.
3 orang budak dengan rambut balong ayam naik tren sekali dengan gua dan jugak si Samad. Diorang duduk. Gua buat tak layan ja. Kecoh gak mamat-mamat ni..!!
Nampak muka gangster beb.
Rambut balong ayam siap warna merah.
Tajam-tajam macam duri durian.
Rantai keliling pinggang, leher, tangan.
Siap tindik dekat hidung, kening.
"K****, ko tengok la diorang, entah spesis apa da. Macam anjing dah aku tengok. Ni mesti takda adab ni. Entah ada mak bapak ke tak la. Jangan-jangan mat PIT kot.." seloroh si Samad ni perlahan-lahan takut-takut kalau mamat-mamat ayam tadi dengar.
"Isk ko ni Samad. Tak baik tau. Lantak diorang la. Jangan kacau gua dengan lu sudah," balas gua.
"Ye K****, ko tengok la gaya diorang. Macam orang takda masa depan,"
"Biarla Samad oi. Nanti diorang pukul lu baru lu tau,"
"Ah...!! Dah pelesit tu pelesit la," degil..!! Masih nak menyibuk.
Tiba-tiba 2 warga emas masuk. Tua. Tapi tak uzur lagi. Damn..!!! Suma buat tatau. Yang duduk tamau bangun. Gua nak bagi sit macam mana kan. Gua pun berdiri.
Sunyi.
Sunyi lagi.
Sunyi lagi sampai kat depan gua, Samad dengan budak-budak ayam tadi.
Gua dah tunduk malu dah dengan Samad. Malu dengan warga kota dan muda-mudi yang tiada adab dengan orang yang lebih tua. Mana pergi lu orang punya adab ketimuran hah..???!!!
Tiba-tiba kagi..
"Jemput duduk makcik, pakcik. Lu tak larat berdiri tu," tegur salah seorang mamat ayam tadi.
Huh??Biar betul. Macam mimpi. Mamat-mamat ayam tadi semua bangun bagi sit diorang kat pakcik dan makcik tadi. Ya Allah. Betul ke ni??!!!
"Takpa la nak. Anak duduk la. Pakcik boleh tahan ni," balas pakcik tu pulak. Gua dah bengkek kan. Orang dah bagi duduk, duduk aje lah pakcik oi..
"Takpe pakcik, lu dah tua. Lu tak larat. Nanti sakit kat sini susah pulak kan. Takpa gua dengan member gua muda lagi. Kuat lagi," balas seorang lagi mamat ayam tadi. Walaupun agak kasar percakapan diorang, tapi bagi aku memang diorang berniat baik tu. Ada juga la rasa kemanusiaan dalam diri diorang.
Pakcik dengan makcik tadi duduk terus. Malas nak membantah.
"Terima kasih nak," balasnya ringkas.
Gua pun apa lagi, terus cuit Samad yang hampir-hampir terkejut dengan peristiwa tersebut. Samad tunduk malu sebab buruk sangka dengan diorang tadi.
Tapi yang lebih malu bukan gua dengan Samad, tapi warga-warga kota yang muda-mudi yang duduk tadi. Semua tunduk malu dengan mamat-mamat ayam tadi. Sampai je kat Plaza BB gua turun dengan Samad.
"Tu la Samad. Lain kali jangan menilai orang dari luaran ja. Kenal diorang dulu," tegur gua sambil senyum sinis dekat Samad.
Samad berlalu sambil membetulkan spender die yang tersedut ke dalam bontotnya...Hahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehehe...orang hensem tak semestinya baik kan?
ReplyDeletesamad ni selalu kena senyum sinis dgn kau kan?...ahahaha
aah
ReplyDeletemacam gua tak hensem tapi baik nak mamps..gagagaga
aah..Samad ni budak kacukan mak dengan bapakdie..makne nye dia kacok laki dengan pompuan, bukan pompuan2 dan bukan laki2..die spesel..
hehehe