Yang sudi menjengah...TQ

Wednesday, June 10, 2009

Kisah Malam Jumaat gua....hi..hiii..hiiiiii

Khamis ( malam Jumaat )
11.30 malam.
Di Simpang Klinik Felda Keratong 07.


"Aduyai, lambat tol budak2 ni datang. Cakap nak lepakpukul 11, ni dah pukul 11.30 malam dah ni. kalau tak nak lepak bagitau la awal2. bengan betul aku", rungut gua dalam hati la dah kawan2 cakap nak datang kol 11, tapi dah pukul 11.30 tak datang gak.

Gua dah la tengah boring kat rumah kan. Takkan nak ajak kucing kacuk parsi gua si 'BOM-BOM' tu pulak nak sembang. Nak taknak gua kena tunggu gak sampai jam menunjukkan pukol 11.50. Apa lagi dengan sekadar 3 je tahap kesabaran gua, terus gua belah dari situ. Dah la sorang2. Mampus gua kalau pontianak datang malam tu.

*******************************************************************************************
11.50 malam
Di tempat yang sama

"Cilakak punyer kawan, cakap nak lepak, last2 batang hidung pun tak nampak. Siap la korang esok. Gua tau la nak ajar korang . Taik betul..!! " marah gua lagi, tapi dalam hati je. nak marah kuat2 bukan ader orang lain pun.

" Baik gua pergi gayut dengan awek lagi bagus. Dapat gak lepaskan rindu yang terpendam. Hahaha dan ha lagi..." cakap gua sendirian sambil ketawa terbahak2 walaupun gua tau yang awek yang gua nak gayut tu bukan awek gua. gua memang perasan. Aduyai...

Gua pun terus berlalu pergi ke telefon awan berdekatan dengan kedai makan Pak Hashim.

*******************************************************************************************
11.57
Atas Motor Yamaha 100 kaler biru (sekarang dah Hitam)

"Hai, tengah2 malam ni janganla ada pulak yang datang mengacau. Gua dah la tak bran sangat sorang2 ni. Tapi takpe kot, malam Jumaat, mana ada hantu kuar. Kena perintah berkurung kat neraka..hahaha.."bisik hati gua lagi. Ya la, takkan bisik guna buah pinggang gua pulak kan.

Sambil menunggang sambil meliar je mata gua taku2 ada yang tak di undang nanti kan. Paham2 je la.

*******************************************************************************************
12.00 tengah malam
telefon awam kedai Pak Hashim

" Fuh, nasib baik tadak apa2 on the way tadi. telefon pulak kosong, pergghhh...memang rezeki gua la ni," bentak hati gua.

"Tapi pelik la, sunyi semacam je malam ni. Takkan mat2 pet pun pergi surau mengaji baca YASSIN gak..mustahil tuh," bentak hati gua lagi sekali.

Arghhhh... tak penting tu. Yang penting gua dah dapat peluang nak gayut dengan awek malam nie. Hahaha...puasnya..

Tut..tit..tet..tot..tuuut..tiit..tit..tut...ttet ; gua dail nombor telefon.

Tut tuutttttt.. 6 kali bunyi berulang

"Hello semekom, nak cari siapa?" sapa suara halus manis, manja. Itulah si Aishah, budak kuantan yang gua penah kenal, tapi jumpa baru sekali.

"Hello, w'salam. Nak cakap dengan Ecah, boleh?" ceh gua buat2 tanya pulak kan.

"Ecah la bercakap, ni siapa??"
" Ni k**** la. Tak kenal ke?'"

"Oh k****, dah agak dah tadi, kat mana ni?? Nape tipon ecah malam buta ni?"
"Haa..kenal pun, ingat dah lupe dah kat kite. Kat kampung, saja ja tipon malam2 nak hilangkan rindu, boleh?? ke awk dah mengantuk??"

"Tak la, boleh je. apa salahnya kan."
" Hoho..terima kasih...bla...bla...bla..," gua pun teruskan la menyembang dengan minah ni kan sampai dekat 30 minit jugak la.

Gua pun dah ngantuk kan. So gua pun nak habis kan perbualan gua dengan Ecah ni.

*******************************************************************************************
12.30 tengah malam
telefon awam kedai Pak Hashim

" Ni gayut tengah2 malam sorang2 ni tak takut ke kena kacau dengan hantu. dah la malam Jumaat ni kan. Nanti kena kacau nanti, padan muka ,"

" Hantu dah tido dah pun. Tak larat nak berjaga lewat malam. Lagi pun hantu takleh keluar malam2 jumaat ni. Kena rantai..hahahhaa..."

Berdekah gua ketawa sebab gua rasa lucu dengan kata2 gua yang agak celupar tadi. Padahal gua tengah kecut perut. Dah la tetiba ja Ecah ni boleh tanya macam tu pulak. Gua dah rasa semacam dah. Bulu dah meremang. Mata dah meliar. Dengan pantasnya gua pun terlepas cakap...


" Entah2 kite ni tengah bercakap dengan hantu tak..hahaha.."

Citt...celupar punya mulut. Bodoh juga gua waktu tu. Mulut amat celupar. Tapi yang peliknya, lepas gua cakap ayat tu, terus talian diam ja.

"Hello..hello..hello..." gua terus menghello kalau2 Ecah masih di talian.

Diam...
Diam....
Diam.....

Gua bengang. Tiba2 putus. Gayut tak puas lagi.

"Paakk..!!!" gua hempas gagang telefon gara-gara bengang dengan kejadian tadi.

"Pakkk..!!!" gagang jatuh dari pemegangnya. Terus ke tanah. Gua dah pelik. Tali gagang pendek, tapi kenapa jatuh terus ke tanah.

Gua angkat gagang tadi. Gua tengok tali die. Nahhhh....dah putus.....dengan siapa tadi aku gayut?

Ya Allah....

Arrghhhhhhhhhhhhh.....................................................................................

Free Signature Generator

9 comments:

  1. betul ke kejadian 2?waa..sungguh seram..

    ReplyDelete
  2. betul la yana...
    takkn tipu..muka putih berseri mane bleh tipu..hohoho

    try r gayut kat public fon pukol 12 tgh malm n mlm jumaat,...ngeh3

    ReplyDelete
  3. Public fon tu guna tekNologi bluetooth kooot...

    ReplyDelete
  4. huhuh
    kalau ader pon dah lame hilang gagang die..wawawa..thnks drop here shallot

    ReplyDelete
  5. btol ke kish ne???cm xcya je...uhuhu

    ReplyDelete
  6. ermmm
    honey bunny, ni kisah benar tau...tadak tipu2 maa...wakaka

    u pun tau i muke berseri tadak tipunye..ngeh3

    ReplyDelete
  7. eeee..if btol..menakotkn la...uwawawawawa

    ReplyDelete
  8. honey bunny
    memang menakutkan u...tak pasal2 kene kaco..tu laniat jahat..ngeh3..

    ReplyDelete
  9. mender la lu beb.. kalO ganggang putus, da tentu la lu cakap ngan kliwon & the geng tuh.. wakakaka

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!