Kenapa dugaan berlaku?? Kelmarin baru aku bersama ko...Hari ni ko pergi selamanya...Ya Allah...Rahmatilah ROHnya...Amin...Al-Fatihah
**************************************************************************************
Khamis; 16.59 pmSeri Mas Condo."
Truttt..........truttttttttt"
phone gua berdering. Panggilan JAFNI.
"
Arghh...!!! Malas aku nak pergi jadi REFREE bola. KSPK plak tu. " angkuh gua menjawab dalam hati. Gua tahu JAFNI yang menelefon gua. Tapi bukan gua tak mahu jawab, tapi gua letih sangat. Baru je selesaikan amali Seni.
"
Takpe la Jep (JAFNI) Nanti aku pergi padang. Maaf la aku tak nak jadi reff untuk KSPK" seloroh hati gua lagi. Lagi pun petang nanti gua kena hantar baju Iqbal gak.Nak kena ambil kete Kadok pulak. Nanti gua jumpa lu kat sana.
Gua teruskan tido nyenyak gua tanpa menghiraukan panggilan beliau.
Letih..!!
Malas...!!!
KSPK...!!!!
*************************************************************************************
Khamis;18.46 pmPadang Institut Perguruan Ilmu KhasGua pinjam motor Endang. Modenas Kriss 100. Gua kerahkan tenaga dan khudrat gua menuju ke padang. Biar la apa nak jadi pun. Gua memang tak nak jadi
Reff..!! Gua bawa seluar pendek
Quickssilver, baju
Roma dan baju
Inter Millan. Baju yang Iqbal pesan kat gua
Sampai kat padang,...
"
Weh K****, hang nak duduk ka??" tanya Aichoo.
"
Boleh gak " balas gua yang baru je
park motor depan dia.
Gua meneruskan perbualan dengan Aichoo. Sambil-sambil tu gua layan gak perlawanan persahabatan bola sepak antara KSPK dengan budak-budak SIPMA IPGM.
"
Hang tak jadi reff ke kimie??" tanya Aichoo. Penuh hairan. Sebab JAFNI seorang je yang jadi
reff petang tu (penjaga garisan).
"
Hang kan dah tau aku kalau melibatkan KSPK...."
Belum habis gua cakap Aicho menyampuk plak,"
Haa..!! Aku tau aku tau. Lupe plak ko ade kes dengan diorang"
Tau pun.
Selesai perlawanan, gua tunggu JAFNI kat luar padang.
"
Weh sorry la bro aku letih dowh amali seni tadi. Ala ko sorang pun power pe jadi reff," gurau gua dengan JAFNI.
"
Ah ko memang, saje jek..Aku sorang je jadi..hahaha," balas beliau dengan nada gurau senda yang selalu dia buat dengan gua.
"
Aku tido la...Lagi pun ko bukan tak tau aku ngan KSPK kan..."
Gua teruskan perbualan dengan beliau sampai gua nak balik. Sebelum balik, gua sempat salam beliau.
Gua teruskan aktiviti gua kat padang.
Gua balik rumah.
*************************************************************************************
Sabtu; 00.00 a.m;Kedai nasi lemak meriah.Gua pergi makan dengan Kakcik. Tiba-tiba lapar nak makan nasi lemak pulak. Gua jumpa Shawn, Joe, Ajim dan member Shawn. gua bergurau senda dengan diorang semua. Tiba-tiba gua teringat nak mesej JAFNI ajak makan nasi lemak. Lepak malam-malam ni best gak.
*************************************************************************************
Ahad; 11.45 a.mSeri Mas Condo,"
Kimie, Jep (JAFNI) eksiden. Masuk ICU," beritahu Aus, housemate gua.
"
Ko bior betul?? Kat mana?? Bila??" gua teruskan soal siasat sebab tak percaya. Dah la siap parah lagi tu masuk ICU.
"
Kat Tangkak, pagi tadi, tapi sekarang hantar kat hospital Melaka, sebab dah dekat," balas Aus lagi.
"
Jef Jef..Laju kot die bawa.." sempat lagi gua tuduh dia. Bodoh betul gua.
Gua tido. Lepas tu bangun pergi
Jamuan 1 Malaysia DATO NAJIB kat bawah rumah gua.
*************************************************************************************
Ahad jugak; 18.15 p.mCondo gua gak."
K****, Jep (JAFNI) meninggal dah. Baru je. Rai bagitu aku," sekali lagi Aus membawa khabar berita.
"
Bior betul..!! Ko jangan main-main dowh.." balas gua secara kurang ajar sebab gua tak caya apa yang gua dengar.
"
Betulla. Baru je Rai tipon aku bagitau ," bentak Aus pulak,
Perrgghhh....!!!!!! lemah lutut gua beb. Bukan sebab kawen, tapi sebab berita hambar yang gua dengar ni.
Gua tak caya...
Gua cuba nak percaya jugak....
Bangsat...gua tak leh terima beb...
Sape nak percaya kan kawan baik dah pergi menemui ILLAHI.
*************************************************************************************
Ntah macam mane la
Family, awek dan kawan-kawan kelas dia. Gua yang rapat gitu-gitu je pon tak dapat terima kenyataan. Tapi sekarang dah ok dah sikit gua. Tapi still sebak lagi.
*************************************************************************************
Arwah JAFNI merupakan pelajar
OUM di INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS. Beliau yang bakal menghabiskan pengajian beliau di IPIK pada penghujung tahun initelah kembali ke Rahmatullah pada hari entri ini di post. Antara jam 5.00-6.30 petang tadi. Arwah adalah seorang pelajar yang ramah dan suka membantu rakan-rakan termasuk saya sendiri. Kehilangan beliau amat terasa dan amat memilukan kepada semua pelajar yang mengenali beliau. Terutama kepada pelajar-pelajar
OUM dan pelajar
IPIK.
Pemergian beliau juga amat terasa dan di tangisi kami semua iaitu
pemain-pemain bola sepak IPIK yang menyertai Liga Kuala Lumpur. Arwah merupakan
ketua pasukan kepada pasukan bola kitorang dan banyak menyumbang sepanjang penglibatan beliau dalam pasukan ini. Banyak kenangan yang mungkin sukar untuk di lupakan oleh kami semua.
Alhamdulillah, hasrat beliau untuk bermain bola dalam
LIGA KL,
Kagum dapat di capai sebelum meninggalkan kita.
Walaupun gua tak serapat mana dengan arwah, tapi kehilangan beliau tetap di rasai. Kalau dahulu selalu sahaja arwah ajak gua pergi cari barang-barang kereta. Pergi Putrajaya nak beli
Turbo time, pergi
Downtown tengok
spare-part Kelisa, dan macam-macam lagi. Hari tu beliau ajak gua cari antena kereta L2 yang panjang macam kat kereta kancil gua. Gua sempat ukur je saiz lubang kat tapak antena tu dengan dia. Tapi sekarang, tiada lagi sahabat baik yang hendak di ajak ke sana kesini mencari kereta, bersembang tentang bola, dan yang paling kerap, tiada lagi sahabat yang nak bergadoh (bergurau la) dengan kitorang tentang
Arsenal.
Kepada rakan-rakan seperjuangan diharapkan banyak berdoa, tabah, dan sabar atas semua yang berlaku. Semoga roh beliau di rahmati Allah. Yang pergi tetap pergi, yang hidup mesti teruskan. Sama-samalah kita memanjatkan doa dan
Al- Fatihah.
p/s: Takziah Buat Keluarga arwah. Harap bersabar dan tabahkan diri.