Sunday, October 11, 2009

Nak nangis...: Gua, JAFNI dan ajal....





Kenapa dugaan berlaku?? Kelmarin baru aku bersama ko...Hari ni ko pergi selamanya...Ya Allah...Rahmatilah ROHnya...Amin...Al-Fatihah

**************************************************************************************
Khamis; 16.59 pm
Seri Mas Condo.



"Truttt..........truttttttttt" phone gua berdering. Panggilan JAFNI.

"Arghh...!!! Malas aku nak pergi jadi REFREE bola. KSPK plak tu. " angkuh gua menjawab dalam hati. Gua tahu JAFNI yang menelefon gua. Tapi bukan gua tak mahu jawab, tapi gua letih sangat. Baru je selesaikan amali Seni.

"Takpe la Jep (JAFNI) Nanti aku pergi padang. Maaf la aku tak nak jadi reff untuk KSPK" seloroh hati gua lagi. Lagi pun petang nanti gua kena hantar baju Iqbal gak.Nak kena ambil kete Kadok pulak. Nanti gua jumpa lu kat sana.

Gua teruskan tido nyenyak gua tanpa menghiraukan panggilan beliau.


Letih..!!
Malas...!!!
KSPK...!!!!

*************************************************************************************
Khamis;18.46 pm
Padang Institut Perguruan Ilmu Khas

Gua pinjam motor Endang. Modenas Kriss 100. Gua kerahkan tenaga dan khudrat gua menuju ke padang. Biar la apa nak jadi pun. Gua memang tak nak jadi Reff..!! Gua bawa seluar pendek Quickssilver, baju Roma dan baju Inter Millan. Baju yang Iqbal pesan kat gua

Sampai kat padang,...

"Weh K****, hang nak duduk ka??" tanya Aichoo.
" Boleh gak " balas gua yang baru je park motor depan dia.

Gua meneruskan perbualan dengan Aichoo. Sambil-sambil tu gua layan gak perlawanan persahabatan bola sepak antara KSPK dengan budak-budak SIPMA IPGM.

"Hang tak jadi reff ke kimie??" tanya Aichoo. Penuh hairan. Sebab JAFNI seorang je yang jadi reff petang tu (penjaga garisan).

"Hang kan dah tau aku kalau melibatkan KSPK...."

Belum habis gua cakap Aicho menyampuk plak,"Haa..!! Aku tau aku tau. Lupe plak ko ade kes dengan diorang"

Tau pun.
Selesai perlawanan, gua tunggu JAFNI kat luar padang.

"Weh sorry la bro aku letih dowh amali seni tadi. Ala ko sorang pun power pe jadi reff," gurau gua dengan JAFNI.

" Ah ko memang, saje jek..Aku sorang je jadi..hahaha," balas beliau dengan nada gurau senda yang selalu dia buat dengan gua.

"Aku tido la...Lagi pun ko bukan tak tau aku ngan KSPK kan..."


Gua teruskan perbualan dengan beliau sampai gua nak balik. Sebelum balik, gua sempat salam beliau.

Gua teruskan aktiviti gua kat padang.

Gua balik rumah.


*************************************************************************************
Sabtu; 00.00 a.m;
Kedai nasi lemak meriah.

Gua pergi makan dengan Kakcik. Tiba-tiba lapar nak makan nasi lemak pulak. Gua jumpa Shawn, Joe, Ajim dan member Shawn. gua bergurau senda dengan diorang semua. Tiba-tiba gua teringat nak mesej JAFNI ajak makan nasi lemak. Lepak malam-malam ni best gak.


*************************************************************************************
Ahad; 11.45 a.m
Seri Mas Condo,

"Kimie, Jep (JAFNI) eksiden. Masuk ICU," beritahu Aus, housemate gua.
"Ko bior betul?? Kat mana?? Bila??" gua teruskan soal siasat sebab tak percaya. Dah la siap parah lagi tu masuk ICU.

"Kat Tangkak, pagi tadi, tapi sekarang hantar kat hospital Melaka, sebab dah dekat," balas Aus lagi.

"Jef Jef..Laju kot die bawa.." sempat lagi gua tuduh dia. Bodoh betul gua.


Gua tido. Lepas tu bangun pergi Jamuan 1 Malaysia DATO NAJIB kat bawah rumah gua.

*************************************************************************************
Ahad jugak; 18.15 p.m
Condo gua gak.

"K****, Jep (JAFNI) meninggal dah. Baru je. Rai bagitu aku," sekali lagi Aus membawa khabar berita.

"Bior betul..!! Ko jangan main-main dowh.." balas gua secara kurang ajar sebab gua tak caya apa yang gua dengar.

"Betulla. Baru je Rai tipon aku bagitau ," bentak Aus pulak,

Perrgghhh....!!!!!! lemah lutut gua beb. Bukan sebab kawen, tapi sebab berita hambar yang gua dengar ni.

Gua tak caya...
Gua cuba nak percaya jugak....



Bangsat...gua tak leh terima beb...
Sape nak percaya kan kawan baik dah pergi menemui ILLAHI.

*************************************************************************************
Ntah macam mane la Family, awek dan kawan-kawan kelas dia. Gua yang rapat gitu-gitu je pon tak dapat terima kenyataan. Tapi sekarang dah ok dah sikit gua. Tapi still sebak lagi.
*************************************************************************************




Arwah JAFNI merupakan pelajar OUM di INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS. Beliau yang bakal menghabiskan pengajian beliau di IPIK pada penghujung tahun initelah kembali ke Rahmatullah pada hari entri ini di post. Antara jam 5.00-6.30 petang tadi. Arwah adalah seorang pelajar yang ramah dan suka membantu rakan-rakan termasuk saya sendiri. Kehilangan beliau amat terasa dan amat memilukan kepada semua pelajar yang mengenali beliau. Terutama kepada pelajar-pelajar OUM dan pelajar IPIK.

Pemergian beliau juga amat terasa dan di tangisi kami semua iaitu pemain-pemain bola sepak IPIK yang menyertai Liga Kuala Lumpur. Arwah merupakan ketua pasukan kepada pasukan bola kitorang dan banyak menyumbang sepanjang penglibatan beliau dalam pasukan ini. Banyak kenangan yang mungkin sukar untuk di lupakan oleh kami semua. Alhamdulillah, hasrat beliau untuk bermain bola dalam LIGA KL, Kagum dapat di capai sebelum meninggalkan kita.

Walaupun gua tak serapat mana dengan arwah, tapi kehilangan beliau tetap di rasai. Kalau dahulu selalu sahaja arwah ajak gua pergi cari barang-barang kereta. Pergi Putrajaya nak beli Turbo time, pergi Downtown tengok spare-part Kelisa, dan macam-macam lagi. Hari tu beliau ajak gua cari antena kereta L2 yang panjang macam kat kereta kancil gua. Gua sempat ukur je saiz lubang kat tapak antena tu dengan dia. Tapi sekarang, tiada lagi sahabat baik yang hendak di ajak ke sana kesini mencari kereta, bersembang tentang bola, dan yang paling kerap, tiada lagi sahabat yang nak bergadoh (bergurau la) dengan kitorang tentang Arsenal.

Kepada rakan-rakan seperjuangan diharapkan banyak berdoa, tabah, dan sabar atas semua yang berlaku. Semoga roh beliau di rahmati Allah. Yang pergi tetap pergi, yang hidup mesti teruskan. Sama-samalah kita memanjatkan doa dan Al- Fatihah.
















p/s: Takziah Buat Keluarga arwah. Harap bersabar dan tabahkan diri.

29 comments:

  1. takziah.. bykkn berdoa utk dia..

    ReplyDelete
  2. mr.sembang:
    insyaAllah..banyak berdoa....al-fatihah..




    setiakasih:
    al-fatihah....

    ReplyDelete
  3. yup..al-fatihah
    mesti ader..kenangn beb..
    sedey gile.......!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. sbr la k
    doakn arwah..
    xbek sdih bpnjgn
    Allah lbh sygkn dia

    ReplyDelete
  5. siela:
    yeah..yg hidup kene teruskn..

    ReplyDelete
  6. sedihnya..
    innalillah..

    moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh..

    ReplyDelete
  7. nursarah87:
    insya...skali la doakan...
    sedih, memang sedih giler...

    ReplyDelete
  8. Innallillah..

    Jafni dh meninggal?
    I kenal dia..masa mula2 sama2 hijau lg kt dunia maktab ni..mmg dia suka m'usik, ramah..

    Moga rohnya dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  9. hanim:
    ya....kami semua mula2 tak caya...tp itulah kenyataan...doakan yg terbaik utknya...

    ReplyDelete
  10. al fatihah semoao rohnya dicucuti rahmat

    ReplyDelete
  11. Innalillah...muda sangat lagi, Allah lebih sayangkan dia. Moga dia aman di sana. AMIN

    ReplyDelete
  12. anniecute:
    ya..ajal maut bile2 jek...kene gigit semut pon bleh meniinggalkan..amin..

    ReplyDelete
  13. aku penah kehilangan kawan lelaki.dia nakal, suke kacau time kat skolah.bile dengar dia meninggal, aku tak percaya, sedih gile.walaupun tak rapat, tapi kehilangan dia sampai sekarang aku tak boleh terima.


    innalillah wa innailaihi rojiun.

    ReplyDelete
  14. aku blh rasakn prasaan awek dia.. situasi yg sama blaku.. sejarah berulang lagi.. moga arwah dirahmati ALLAH, smoga awek dia tabah & semoga family dia trima kenyaan ini dgn seadanya.. perit sgt perit, tp pcya dia hdup dlm hati kita semua.. :(

    ReplyDelete
  15. alfatihah...

    kimi....kalau sedih....menangis lah..:-(

    ReplyDelete
  16. takziah untuk keluarga arwah.

    al-fatihah.

    ReplyDelete
  17. berair airmata aku bace entry ni.
    smp x terkata....
    aku cuma mendoakan kesejahteraan dia disana..

    lastly meleleh gak airmata aku.
    ok aku kesat dah.

    ReplyDelete
  18. takziah...semoge roh nye di rahmati oleh NYE..dan di golongkan bersame orang2 yg beriman..amin.

    ReplyDelete
  19. sabar weh.
    sabar.
    :)

    ReplyDelete
  20. salam..

    salam takziah pada awarah..moga rohnya dicucuri rahmat oleh allah swt..

    saya faham perasaan saudara..kerana saya pernah mengalami situasi yg sama spt mana yg saudara rasa..

    sabarlah..

    ReplyDelete
  21. naddy:
    ye mmg susah utk di terima....tp itulah takdir....kene trima gak....




    ecah:
    kalau kwn2 pon dah mcm nak gile, awex die lagi la....tp alhamdulillah awex die selmt....






    Patung:
    thanks....dah puas dah nangis...



    Farah:
    thanks



    Lumut:
    sekadar berkongsi kenagan...nangis boleh, jgn meraung...


    Kelip-kelip:
    terima kasih orang kampung...




    XXXmlay:
    amin....


    Sakinah:
    alhamdulillah, gua dapat sabar dgn ketentuannya.




    anak laut:
    salam...ye mmg skr dtrima...



    broaloy:
    al-fatihah kembali....

    ReplyDelete
  22. kimi..bagus ko buat post pasal arwah ni.. even skrg ni mata aku berair lagi..classmate aku dah kurang sorang..dia byk tlg aku masa mula2 aku pindah rumah sewa..

    ReplyDelete
  23. ->piske<-
    tabahkan ati..aku yang x rapat langsung ni pun mmg sebak dengar pemergian Allahyarham..tekejut...kaku..x dapat nk digambarkan..kawan sendiri.bukan org lain..penah gurau senda..semoga Allah menerima amalannya dan meletakkannya di kalangan orang yang beriman...insyaAllah...Al-Fatihah.. =(

    ReplyDelete
  24. izrul iskandar:
    ye aku phm..aku tak sekelas pun dah down gile babai kan..korang lagi la..same la..die byk bersama kita kan..menolong..harap segala amalan tolong menolong dia akan di terima utk die terus berada di kalangan org beriman...Nipong, aku ngan die sllu kuar cr brg kete, tapi pasni..hmm tatau la...bola pon tatau cmne gak pasni..maen tanpa dia...tatau r..tak dengar sore die kan...




    hafiz:
    piske, amin...semoga doa lu akan di kabulkan..mmg tak rapat, tapi dah family kan...satu maktab...aku tengok famly die...ya allah...kalau aku lah..tak dapat time kot, stkat mmber mcm ni pon dah tak tentu arah dah aku..aku sllu men bola ngn die. event bkn clsmate, housemate, tp die tetap rapat ngn budak bola...semoga semua kebaikan di sana akan di anugerahkan kepadanya........

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!