Aku suka tulis lirik. Aku suka tulis puisi yang tak puitis. Aku suka memetaforakan sesuatu yang ingin aku katakan. Aku suka menjadikan suatu hal benda itu sebagai suatu yang tersirat. Tapi aku tidak suka dan tidak mahu menghiperbolakan sesuatu perkara . Aku suka menjadikan suatu hal yang sederhana menjadi sebesar-besar dunia. Tapi bukan fitnah. Juga bukan gosip bodoh. Aku suka membuatkan suatu perkataan menjadi satu ayat yang lengkap apabila di gabungkan dengan perkataan lain. Aku juga suka menjadikan sesuatu ayat yang lengkap sebagai suatu kehairanan, suatu perkara yang pelik. Bolehkah aku katakan sebagai klise?? Aku juga sering meluahkan sesuatu perkara yang aku suka. Aku juga mampu meluahkan suatu perkara yang aku tidak suka. Bukan merujuk diriku kepada seni puisi dan seni penulisan. Tapi hanya untuk melambangkan betapa perasaan aku itu adalah sesuatu yang dapat di simpulkan serta di luahkan kepada kalian semua mahupun mereka di luar sana. Aku tidak memerlukan kata-kata puitis seperti seorang pujangga, seperti seoarang cendekiawan, seperti seorang penulis novel untuk berkata dan untuk menulis. Kerna aku tahu aku bukan seperti mereka. Memiliki anugerah sebaik-baik pengkarya. Memiliki kelebihan-kelebihan untuk menyoroti setiap jiwa dengan luahan kata-kata indah dan mesra pembaca. Dulu aku juga gusar akan kelebihan memiliki jiwa puitis dan berseni sastera. Dulu aku beranggapan sastera dan puisi hanya mainan karya agung dalam meningkatkan perlembagaan bahasa, perjuangan merdeka, kedaulatan di raja, kesempurnaan bermetafora dan sebagainya. Kerna kau alpa, aku leka, aku terlupa. Setiap manusia mempunyai naluri yang berbeza dalam setiap selera. Sumpah aku katakan, bukan mudah menjadi seperti mereka si pengkarya. Bukan mudah menghasilkan satu karya yang berwibawa seolah-olah manusia yang sedang berkata-kata, walhal ianya hanya kepingan kertas yang di penuhi dengan dakwat berlingkuran tulisan-tulisan puisi dan sastera. Walau apa pun, apa yang cuba kunyatakan di sini, biarlah diri kita bukan siapa, diri kita tidak seperti mereka, diri kita tiada anugerahnya, diri kita tiada puitisnya, asal setiap yang di lempar dalam kata-kata dapat di sampaikan mesej-mesej dan nasihat yang banyak gunanya. Peduli saja siapa yang membaca. Jangan nanti di murka-Nya, menyinggung agama, mengguris bangsa, mengkhianat negara, tak apa kan...??
Aku mengaku,
Aku suka bersajak,
Walaupun berseorangan sahaja,
Aku suka memelodikan suatu puisi,
Walaupun tidak berteraskan teori-teori musik,
Aku suka menulis lirik,
Walaupun lirik aku seperti jelik,
Aku suka melagukan apa-apa saja lagu,
Walaupun suaraku tak semerdu buluh perindu.
Tapi...
Itu semua hanya sekarang,
Hanya setelah aku mampu berfikir,
Puisi dan sastera juga umpama pengukir,
Yang dapat meluakkan setiap benih kata-kata sehingga membentuk suatu arca,
Arca metafora yang membangkitkan tindak-tanduk pemikiran yang serius,
Arca pemikiran yang di perlukan untuk akal-akal yang di beri percuma,
Cuma tiada sudut 360 sahaja untuk di teroka dengan pandangan mata.
Aku mengakuinya,
Aku mula menyukainya.....
aku pun suka...:-D
ReplyDeletepatung mmg r ske berpuitis..hahaha
ReplyDeleteikhlas nye entry ni..
ReplyDeletekeluar dari lubuk hati kau.,
tbe2 aku dapat rasakannya..
nice entry.
aku suke.=)
new url - azzalienasuziantie.blogspot.com
ReplyDeletenice entry :)
sastera a1 lah nie.
ReplyDelete:D
selamat berkarya :P
wah hebat...
ReplyDelete>_<
ape lg,buat buku terus la bro..heheheh...
ReplyDeletegenggam bara api, biar sampai jadi arang!
ReplyDeletebetulbetulbetul.. kita bukan nak jadi penyajak pemuisi tapi nak luahkan isi hati... ku pun baru dapat ilham sikit2 kih2 kih2 kih2... jom shoping same :-)
ReplyDeleteaku mungkin tak pandai berkata. tapi aku tahu perasaan tu.
ReplyDeletebaru nak komen..huhu
ReplyDeletelepas nih boleh lah plak menyanyikaannnyeee..hahaha
selamat berbuke :)
wah ! hebat...
ReplyDeleteaku suka :)
salam kimisai
ReplyDeleteaku sering datang kesini
cuma kali ini mohon maaf zahir batin dan
selamat beridul fitri yang akan menjelma...
sedih ramadhan sudah mahu meninggalkan kita...
ramai nye puji entri ni..
ReplyDeletemalas r gua nak puji da...
hahaha...
kimi ker ni??
ReplyDeletecam x cayer jek..haha
aku juga suka. aku suka puisi. aku suka puitis. aku suka sesuatu yang kadang memerlukan aku untuk berfikir.
ReplyDeleteaku tunggu puisi kau bro!
bagus.. teruskan... lu ada bakat muzik..
ReplyDeleteerk.....suda tukar ka..?
ReplyDeletelumut:
ReplyDeletethnks kawan.seikhlas mane aku meluahkannya, seikhlas itulah aku mengakuinya...
azzaliena:
thanks...dah masuk..hehehe...
didiey:
tapi kelas sains...haha..terima kasih..
sizuka chan:
terima kasih..puji2...
kelip-kelip:
bagi modal wa buat....amacam??? 50-50...haha
al-lavendri:
dah gennggam, tangn gu yg jadi percik...
sayu-pilu:
yeah..mmg stuju...bru pas g sogo...
nurain:
ko tatau berkata??sebab ko kelas aku dulu..hahaha
azzaliena:
huh??kembli lagi..hehehe...kebanykannya puisi yg sudah di lagukan...selamat berbuka..
cik yuki:
suka puisi ke ske gua??
fazir r:
terima kasih atas sokongan...selamat hari raya maaf zahir batin...
Dzul:
ReplyDeletehuh,..tak sayang adik..!!!
sir zul:
kimisai la..bkn kimie...
bro adyaholix:
huhu..jom sme2 ske...errrr jgn tggu sgt...bru2 jek nk bljr...
bro aloy:
thanks bro..bakt lu plk dlm teater..\
syafiqah:
thanks...nice komen too..
akupentoi:
tak tukar,...tapi bercampur...nk gak rase penulisan puisi ni..
nanti boleh ar bikin 1 puisi untuk event paradoks akan datang k..kasi gempak punyer..
ReplyDeletesaya suka awak jugak...
ReplyDeleteaku juga suka berpuisi menyampaikan isi hati
ReplyDeletesalam....lebaran,
ReplyDeleteanda memang seorang pengukir puisi...saya bangga mengenali anda.
nak ucap selamat hari raya gak.....maaf zahir batin...jangan main mercun....hehehhe....
ReplyDeletexxx:
ReplyDeleteinsya...puisi XXX...hahaha
bias:
bahaya..bahaya...waras???
hehehe
Paradoks:
thanks geng..lu orang mmg sempoi...selamat hari raya gak bro...
mamai:
ya..jiwa puisi juga bkn untuk di jual beli, tapi untuk di nikmati...
anak laut:
salam lebaran jg...pengukir puisi hanya akan lahir apabila pengukir lain memberi tunuuk ajar...terimas kasih anak laut,...
hujanbalikke langit:
terima kasih.. selamat hari raya gak..maaf zahir batin...
ape kate ko bwat novel..????
ReplyDelete