Yang sudi menjengah...TQ

Saturday, July 24, 2010

Keringat kering.. Hmm..-

Urghhh.. Semalam gua tak tidor. Macam mana yang gua tulis kat status BUKUWAJAH gua tu, macam tu la keadaan gua. Gua tak tahu kenapa gua tak tidor. Hahaha..

Tepat jam 7.00 pagi sesudah solat subuh, gua teruskan keringat gua yang ada untuk ke dobi di kawasan Bandar Permaisuri. Al-maklumlah gua punya mesin basuh rosak teruk. Mungkin TERMINATOR dah jahanamkan kot. Entah..!! Lepas jam 9, lepas gua letak barang-barang kat rumah, lepas gua minum kat mapley, terus gua ke kedai hardware mencari barang-barang yang perlu. Untuk apa??

Gua terpaksa ke sekolah untuk meneruskan projek yang telah gua rancang dengan Endang (kawan gua la..) Tapi sayang Endang tak dapat datang sebab keluar berpacaran dengan pasangannya. Harap tiada maksiat berlaku ye. Hahaha..

Satu tin SPRAY jenama CRYSTAL gua habiskan untuk melengkapkan awan larat pada hiasan dinding tangga pejabat sekolah tersebut. Puas hati gua dapat siapkan juga walaupun tak berapa cantik. Hampeh..!! Selesai sudahm gua ke HARDWARE semula, meneruskan niat kedua gua ubtuk menghias pasu gedabak di laluan masuk sekolah. 2 tin cat 1 liter pula gua beli, dan terus gua sapukan pada pasu gedabak tersebut. Pergghh..!! Penat ngok..!!~

Sebuah Chevrolate mewah memasuki perkarangan sekolah. Gua alihkan kereta gua yang menghalang laluan.

"Morning Madam.." tegur gua sebab dia orang besar sekolah GPK 1.

15 minit kendian, GPK 1 itu pun meluru ke arahku. Ahhh..!! mesti ade yang tak kena. naseb bek hiasan dinding dekat tangga sekolah tu die cakap cantik menarik tertarik. Sejuk sikit hati gua. Tapi ayat yang takleh bla....

" Nanti kalau u all sudah siap semua ni kalau boleh hiaskan lah sikit pejabat tu. Buat la kata-kata dekat cermin pejabat tu. Sikit je sempat kot??"

WTF. Gua tak sanggup. pergi ar mammmm....!!~

**************************************************************************************

Jaga datang kat gua. Nak sembang-sembang agaknya. Ye lah bosan menunggu di bilik kecil tu.

"Abang ni duda, isteri baru meniggal. Tapi tu la keluarga arwah. macam-macam masalah.." desas Gad tu. Gua mendengar. Gua kan pendengar yang baik walaupun gua lebih fokus pada kerja gua masa tu. Haha..~

"Ohhh.. sorry tak tahu bang. Ermm sakit pe?? Dan kenapa dengan keluarga mentua abang ??" gua perihatin la konon.

"Sakit kencing manis. Keluarga diorang nak amek hak jagaan anak2 abang siap dengan EPF arwah isteri abang. Abang tau lah abang tak tahu menulis,membaca, abang sekolah tak tinggi. Tapi abang tau la itu hak abang. Adik bayangkan mak mentua abang leh cakap macam ni, isteri tu yang lahirkan anak tu. So die la yang berhak amek anak tu. Kepala bapak die. Abis aku ni apa?? Bukan ke aku bapak kandung die?? Adek rase abang boleh menang tak nanti?? Abang takut abang kalah. Ye la abang ni bukan pandai tak macam diorang. Duit EPF tu bukan abang harap sangat, tapi ye la mesti boleh guna untuk anak-anak abang kan.Nak sekolah kan diorang lagi..."

Sebak gak la gua dengar rintihan mamat ni. Tapi nak buat macam mana kan. Gua nasihat mana yang patut. banyak jugak lah yang dia cerita kat gua, mungkin sebab gua ni BEST kot. Hahaha. Gua pun cerita lah apa yang patut sampai dia pun ade semangat nak naik mahkamah 1 0g0s ni. Ayat die yang gua takleh lupa ;

"Kalau adek dah bagi perangsang macam tu, abang lagi bersemangat nak lawan diorang ni. Sebab abang tahu abang tak de salah dan takkan kalah. Terima kasih adek..."

Wahh.. Gua kaunselor rupanya. Hahaha.. Mengenangkan balik kisah brader tadi terus gua terasa macammana lah kalau die kalah kan ?? Macam mana kalau mahkamah memihak kepada keluarga isterinya?? Ye lah anak-anak die semua mau hidup dengan dia, bukan dengan tok die.

Gua teruskan kerja tanpa perbualan die....~

**************************************************************************************
Lebih kurang jam 12.45, gua ke ikan bakar dengan SHawn di Kuchai Lama. Perghh.. !! Dah seminggu tak kena, rindu lak ikan bakar tu. Hahaha..~

Gua taram KELI sekor, Kerabu Mangga 2 senduk...
**************************************************************************************

Balik dari ikan bakar, gua melalui HIGHWAY dekat salak selatan. Tak berapa jauh di depan gua nampak macam ader benda berterabur di atas jalan. Berkilat-kilat.

"Kemalangan kot.. " bisik hati gua la.

sekali apa yang gua nampak, banyak tin-tin bergelimpangan di atas jalan. Rupa-rupanya tin minuman aluminium yang terkeluar dari plastik seorang warga emas. Banyak pulak tu. Kesian gua tengok. Lu orang bayangkan penat-penat pakcik/atok tu kutip mungkin untuk menyara anak die ke, keluarga die ke, tetiba jatuh tengah jalan. Lebuh raya pulak tu. Macammana dia nak kutip kalau dah semua kereta 120kmj kat ditu. Dengan sadisnya gua tengok die berhenti tepi jalan dengan badan yang sedikit senget (OKU agaknya) turun daripada kapcainya yang agak usang di mamah usia. sedih dan sebak jugak gua rase. Susah payah dia bekerja. Penat lagi. Jadi pulak macam tu. Tapi ade hikmah sebalik tu. Mungkin lepas kejadian tu, dia akan menag Jangan Lupa LIrik ke?? Menang POWER ROOT Siapa Ingin Jadi Jutawan?? Mungkin die menang Teka Silang Kata BH atau NSTP?? Sapa tahu kan ??

**************************************************************************************

Gua terus pulang ke rumah. Mandi, solat dan tidor...!! Jam 6.45 baru bangun. Palau tak gua??~






p/s:
~Yang paling seronok hari ni dapat cakap dengan ehem banyak kali sambil buat kerja. Syioooookkkkk maaaaaaaa.. Hepi3x.. Wink3x... \(*o*)/







1 comment:

cakap jek..

Kelip-kelip..!!