Yang sudi menjengah...TQ

Friday, August 6, 2010

Karma itu wujud kan..??

"Ya Allah, keenapa kau tak pernah cakap yang kau dah tak suci?? Kau menipu abang selama ni ye..!!" mara Azli yang berang dengan sikap isteri barunya, Walaupun itu malam pertama banginya.

"Maafkan Syira bang, Syira tau Syira salah. Maaf bang. Ampunkan Syira bang...!!" rayu isteri barunya pula. Mungkin takut akan menjadi pengantin sehari je seperti yang telah di war-warkan oleh rakan sekerjanya.

Perlahan-lahan memori lama masuk ke benak fikiran Azli. Kisah jahatnya yang lalu mula menusuk terus laju ke dalam fikirannya. Fatimah, Khaisarah, Mun, dan ramai lagi. Bukanlah tidak terkira ramainya. Tapi itu lah apa yang pernah di lakukan. Merosakkan mahkota suci wanita. Kalau dulu kata-kata manisnya sentiasa membuatkan wanita-wanita jatuh ke dalam dakapannya sehingga sanggup ke ranjang. dosa terkutuk itu sering menjadi hobi bagi Azli.

Kata-kata kawannya mula terngiang-ngiang ke dalam telinganya.

"Li, ko jangan macam ni Li. Ko kene ingat, kalau ko boleh buat macam ni, orang len pun boleh buat macam ni kat awek ko, adek ko malah isteri ko pon tau.. !!"
****************************************************************************************
***************************************************************************************

"Maafkan saya, awak. Saya tak dapat memenuhi hasrat hati awak. Bukan saya tidak dapat menerima awak, tapi saya sudah ada yang lain sekarang..." luah si Faizal. Dia bingung dalam membuat keputusan. Anira yang dari tadi menangis kerana penolakan cinta lelaki idamannya itu berasa begitu perit untuk di terimanya.

"Awak, awak tak boleh buat macam ni. Saya sayang awak sepenuh hati saya... Awak pun pernah cakap akan sayang saya...Kan..?? awak, tolonglah...!!" rayu Amira lagi. sekian lama menanggung perasaan sayang dan cinta pada Faizal ini membuatkan Amira begitu sedih. Apa salahnya?? Apa yang telah di lakukannya sehingga di perlakukan begini??

Sayup-sayup Anira teringatkan apa yang penah di lakukannya. Kebetulan sbuah Proton Persona bewarna biru laut lintas di hadapannya. Melihatkan kereta itu, baru Anira teringat akan kisahnya dengan jejaka bernama Amri. Amri sememangnya menyintai Anira. Sepenuh hati. Malah Amri sanggup tidak bersama kawan dan rakan wanitanya semata-mata untuk menjaga hati Anira. Tidak seperti Faizal. banyak perbezaannya. Tapi demi cinta dan sayang kepada Faizal, sanggup Anira meninggalkan Amri yang sememangnya menyintainya. Hati manusia memang berubah-ubah. Namun ada batasnya.

"Maafkan saya Amri, saya memang sayangkan awak, tapi hati ini bukan untuk awak. Harap awak maafkan saya. Kita terpaksa berpisah di sini yaaa.. Maaf...!!" Itulah dialog yang mula terngiang dalam dirinya. Ya.. Seperti keadaan Anira dengan Faizal sekarang, begitulah apa yang pernah berlaku kepada Anira dan Amri dahulu.
**************************************************************************************
***************************************************************************************

Bayu yang meniup petang itu, begitu sejuk memaksa Aiman menyarungkan jaket kulitnya. Perasaannya yang dari tadi tidak tenteram membuatkannya semakin bingung. semakin resah. Tidak keruan. Aiman masih memikirkan. Apa yang hendak di lakukannya lagi. Puas sudah dia berusaha, namun semua hampa. Nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa lagi yang dapat dilakukannya.

Semalam kebetulan selepas Aiman bersama kekasihnya Sofia melalui jalan di Pudu, aiman bertemu dengan kawan karibnya. Syubahan. Syubahan memang seorang yang gilakan perempuan. Bukan sahaja perempuan nakal biasa, malah GRO, bohsia, pelacur dan seangkatan dengannya. Hanya PINK LADY je yang tidak masuk dalam senarai beliau. Tidak pernah pun terlintas di hati Syubahan kalau-kalau bahaya perbuatannya yang kotor itu.

" Woi Syub..!! Lu tak kenal gua dah ke?? Lu buat apa kat sini??"

"Man, sapa tak kenal jejaka macho geng-geng motor. Hahaha.. sihat?? Lu buat apa kat sini ???"

"Oh.. gua amek awek gua. Kenalkan Sofia. awek gua. Sofia, ni Sub, kawan I.."

Sofia yang dari tadi resah melihat wajah Syub berrpura-pura macam tidak kenal dengan Syub.

"Hai, I'm Sofia. Nice to meet u..." kata Sofia.

Mereka rancak berbual sehingga pagi menjelma. Tiga ke empat minuman habis. Sepanjang malam macam-macam cerita keluar dari mulut masing-masing. Dari cerita biasa sehinggalah ke cerita lucah dan macam-macam lagi.

Aiman menghantar Sofia pulang. Kegembiraan bersama Syub malam tadi terasa sehingga pelbagai cerita di bualkan tentang Sub kepada Sofia. Sofia hanya mengangguk, mungkin resah kalau-kalau die terlepas cakap.
____________________________________________________________________
Petang itu, Aiman terkejut dengan SMS daripada teman karibnya Syub..

"Man, baik lu jangan teruskan dengan Sofia Man, gua kenal die. Dia tu dulu lauk gua dengan kawan-kawan gua je. Dia tak sebaik yang lu sangkakan.."
____________________________________________________________________

Aiman terkedu. " Sofia lauk?? "
Dia mula terkenangkan kekasih lamanya Zura, yang di tinggalkannya terkontang-kanting kerana tidak suci lagi akibat di rogol bekas kekasihnya. Aiman mula teringat kata-kata yang di hamburkan kepada Zura. bagaimana dia menghina Zura.

"Ko ingat ko tu layak ke untuk aku?? Ko tu bekas orang je tau. Dulu ko menggatal sangat dengan si Roy tu..!! Maaf Zura, aku takleh terima ko macam ni. Ko dah tak suci ..!!"
**************************************************************************************


p/s:
Ini memang gua tujukan buat pasangan-pasangan yang hangat di lamun cinta... Maaf jika ada kebetulan yang tidak di sengajakan. Belajarlah untuk bersyukur dan setia. =)

5 comments:

  1. bahaya betul pmpn zaman skrg nie...kna pandai pilih..so..kita pn kna bgus jgak kalo nk dpt yg bgus2..wah..bek plak aku nie..

    ReplyDelete
  2. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. begitu juga sebaliknya

    ReplyDelete
  3. wa...i xsempat nak baca habis lagi..but starting dah berjaya curi hati i..i will read more bila i free..nice

    ReplyDelete
  4. raaf:
    hahah bukan pompuan je derr laki pon kene pandai pilih.. haha

    seri:
    erkk pikirkan balik nnt yek.. ader entriyg menyusul pasal ungkapan tu,,, =)

    insyirah:
    ok baca2 dan jangan lupa klik nuffnang.. hahah

    ReplyDelete
  5. salam..
    apsal entri byk cite cmni jek.. ???
    heheheh just curious jek..

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!