Wednesday, August 12, 2009

Entri luahan lagi : Dari kekasih buat kekasih...

Semalam bantalku basah, bukan dengan kebasahan air liur basiku, tapi basah dengan linangan hamburan air mataku yang jernih. Yang sekian lama tidak mengalir di kelopak mataku ini. Semalam juga aku tidak dapat tidur, mengenangkan mu.Folder imej mu ku selongkar, ku tatap sehingga kornea matau pedih menahan air mata dan menatapi raut wajahmu. Sakit..!!! Dari satu next ke next yag lain aku tekan. Semata-mata rindu padamu.

Sepi..
Sepi...
Sepi...

Semalam bukan lagi menjadi malam-malam seperti dahulu dan yang aku mimpikan selama ini. Semalam juga memberikan aku makna baru bagiku dalam seni percintaan dunia. Mungkin seni percintaan pertama sepanjang hayatku. Bukan kehendak dan kerelaanku ua untuk menjadi begini. Namun, aku juga manusia biasa yang sering di nodai masa-masa sukar dan perit yag mencemburui kebahagian yang memang aku impikan. Aku bukan batu yang hidup tapi hanya mampu diam membisu disepak diterajang oleh predator-predator lain.

Ya, mungkin apa yang aku coretkan ini, aku calitkan di dalam warkah khas ini akan membuatkan aku mengenangkan mu. Mungkin juga akan menyiksakan diri dan hatiku. Tapi tidak mengapa, mungkin jodoh kita bukan untuk bersama, tapi hanya untuk pertemuan singkat yang membuahkan bibit-bibit cinta dan kasih sayang yang begitu mendalam. Kalau dulu mungkin kata-kata bagai pinang di belah dua, tapi sekarang yang tinggal hanyalah durian yang di belah dua. YA, aku sayangkan kau. Setiap detik dan ketika kita bersama, membuatkan aku seperti terapung di awangan kayangan yang hanya menantikan dirinya sebuah masjid sebagai mahligai untuk kau dan aku bersatu bermadu kasih yang padu dan jitu. setiap saat dan minit yang kita lalui juga menambahkan rasa sayang dan cintaku kepadamu, rasa kasih di kalbuku, mungkin kau juga begitu. Tapi itu mungkin dahulu sebelum apa yang melanda kita semalam. Mungkin bagimu aku seperti lelaki lain yang hanya pandai bermain dengan kata- kata dan melukai hati mu selepas janji-janji dan sumpah setia yang pernah aku berikan. Tapi bagiku, Sumpah Demi Allah, tiada niat langsung ingin mempermainkan dikau. Apatah lagi ingin melihat kau bersedih, menangis, terluka. Sepanjang perkenalan kita, wjud atau tidak bibit-bibit cinta itu, tidak terlintas langsung di benak fikiranku, di ruang mindaku, apatah lagi jauh di pelosok hati ku, di kiri kanan otakku, untuk memainkan dan melukai perasaan mu yang suci dan bersih itu dalam menyayangiku. Untuk manyakitimu, apatah lagi??


Dengan lafaz Bismillah, aku memberitahumu apa yang telah pun aku beritahumu. Bukannya aku terasa atau berkecil hati, tapi aku mahu kau gembira dan bahagia selepas dari aku. Dan tidak lagi akan disakiti perasaanmu oleh cinta dan kasih sayangku padamu. Mungkin bagimu ianya sesuatu yang biasa apabila menyatakan yang kamu tidak lagi gembira bersamaku, tapi bagiku, begitu siksa sekali untuk menelan pahit dan kelat disebalik hamburan ayat-ayat pedih mu itu. Apatah lagi tatkala aku berada di alam fana cinta yang kali pertama terpalit di celah ruang hati naluriku ini walhal semakin jelik di perspektif hatimu. Maafkan aku. Mungkin juga kerna aku pendaang baru yang kosong memori dalam percintaan untuk mempertahankan mahligai fantasi kasih sayang kita bersama. Tapi lebih baik aku mengundurkan diri daripada terus dihimpit rasa bersalahku yang semakin hari semakin menyakiti perasaan mu. Mengundur diri ini bukanlah bermakna tiada lagi sillaturrahim antara kita, tapi ada batasnya melalui status yang kita pernah labelkan dahulu. Aku cuma harapkan agar kau dapat menerima pemergianku dan tabah melalui hari-hari yang mendatang tanpaku disisimu sebagai teman yang istimewa.

Sekian lama ada saja di celah-celah assemblaj hatimu dan hatiku seribu keretakan dan pelbagai perkara yang seakan-akan mahu memisahkan kita. Namun aku tabah dalam mempertahankan kesucian diantara cinta dan sayang kita. Aku tekad dalam toleransi dan pertimbangan untuk meneruskan apa yang terbaik dan bahagia buat kita berdua. Mungkin dahulu pernah aku katakan tiada kenangan sepanjang perkenalan kita, kerna bagiku kenangan sebelum diijabkabulkan adalah yang paling amat menyiksakan. aku takut untuk menghadapi saat-saat suram dan perit seperti saat sekarang. Aku takut..!! Mungkin aku bukan lelaki yang gentleman la katakan sebab aku menangis di hadapanmu. Tapi aku minta maaf kerana itu satu kewajipan bagiku untuk meluahkan rasa sedih yang menyelubungi perasaanku dan kalbuku. Kerna aku terlalu menyayangimu dan sesungguhnya aku juga sebenarnya tidak rela dengan perpisahan ini. Walaupun bagiku perpisahan ini juga boleh bertukar menjadi pertemuan dan peluang kedua bagi ku, namun amat pedih untukku menerimanya walaupun untuk sesaat. namun apakan daya, takdir telah melaungkan seruan yang amat-amat aku takuti dan geruni.


B, semalam juga sebelum aku dapat melelapkan mataku, aku terbuka pesanan ringkas darimu. sebak, sedih, pilu, siksa dan pelbagai lagi perasaan yang mencengkam hati dan naluriku ini. Namun aku tidak boleh menyesal dengan semua ini kerana ssungguhnya ada hikmah yang lebih besar disebalik apa yang berlaku. Dan aku tahu serta yakin, ALLAH itu maha berkuasa dan mengasihani, malah mampu untuk mengubah segala-galanya. Mungkin terdapat lagi kekasih yang bakal menggantikan aku, yang lebih berpekerti mulia, mampu membimbing mu ke jalan yang lebih diredhai dan dirahmati. MUngkin Dia telah pun tercipta untukmu, tapi bukan aku. Mungkin dengan pengunduran diriku ini dapat memberikan ku sedikit ketenangan dalam menempuhi kehidupanku ini. Walaupun bukan padaku, tapi padamu juga. Mungkin ianya dapat membutkan hatimu lebih teguh selepas ini, tiada lagi jerit perit hatimu jika aku tiada disisimu.

Jangan bimbang sayang, selagi termaktub di dalam buku-Nya, aku adalah tercipta untukmu, maka akan bersatu juga kita walaupun bukan di dunia yang nyata ini, di akhirat kelak INSYAALLAH. Hanya apa yang ku minta agar kau percaya pada Qada' dan Qadar setiap kejadian yang Maha Agung itu. Aku sentiasa mendoakan apa yang terbaik dan yang mudah buatmu dan juga diriu. Malah lebih ku pinta bagi pihakmu kerna aku lebih menyayangimu.

Tatkala aku menekan setiap huruf-huruf di komputer ini, seribu pemikiran dan pertimbangan wujud di benak fikiranku. Mengalir lagi air mata iini. Betapa sayangnya aku padamu. memang tidak dapat aku gambarkan. Mungkin benar apa yang orang lain katakan, menulis dari hati adalah berbeza, malah baru sekarang aku dapat merasakan perbezaan itu. Menulis dengan linagan air mata yang bercucuran. Demi ALLAH, perkara ini juga memang ingin ku hindari dari mula kita berkenalan dan bertentangan mata. Tapi apakan daya, kekuatanku terhadap galur-galur tiang yang menahan cinta kita dan sayangku padamu telah rapuh ditelan rasa pedih dan perit yang mendalam. Aku terlalu lemah untuk membuat keputusan ini. Kerna aku tau kita saling menyintai dan saling menyayangi. Tapi....


Selesai bercakap denganmu semalam, lantas terus ku capai pelikatku.Bergegas aku ke tandas dan cergas melaksanakan tanggungjawabku terhadap Nya. Aku berwuduk sambil menangis mengharapkan agar Dia dapat meredakan ketegangan perasaan ku yang kian memuncak ini. Harpan untukku mengadapNya dengan khusyuk juga musnah seketika. aku tidak berdaya untuk melupakanmu walupun untuk seketika. Lemah pergerakanku. sujud terakhirku aku menangis sepuas-puasnya. Aku mula takut kalau-kalau itu membatalkan sembahku terhadapnya.

Selesai solat Isya' aku teruskan dengan gagahkan tubuhku untuk meneruskan solat istikharah pula. dengan harapan agar mendapat petunjuk dan hidayah daripada apa yang aku lalui hari itu. Aku menangis dalam setiap langkah pergerakanku. Doaku juga kuiringi degan linangan-linangan air mata.

Perlahan-lahan ku angkat tangan dan berbisik dalam doaku..


"Ya Allah, kalau benar bukan dia yang telah kau ciptakan untuk melengkapkan hidupku, maka kau tunjukkanlah jalan untuk kami lalui hari yang mendatang tanpa berasa sakit dan siksa ya Allah. Janganlah kau sekali-sekali mengizinkan aku berpelakuan buruk dalam menentukan hala tuju perhubungan kami ini. Aku lemah dalam menbuat keputusan, hanya Kau sajalah tempat aku meminta petunjuk dan hidayah."

B, bukan pintaku ini untuk selama-selamanya. Mungkin pertemuan semula kita di suatu hari yang lain nanti akan menjadikan kita sepasang Adam dan Hawa yang begitu bahagia dan diredhai. apa yang ku harapkan agar kau tabah dan kuatkan semangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan sekali-kali kau lupa pada-Nya. Mintalah apa saja kepada-Nya, sesunggunya Dialah yang menentukan segalanya. Jika benar kita akan bersama, di dunia lain pun akan di tetapkan oleh-NYa. Jangan seskali kau menghancurkan dirimu hanya kerna peristiwa ini. Aku percaya padamu dan keyakinanmu. Dekatkan dirimu dengan-Nya, maka akan mudahlah segala urusanmu. Maafkan aku dengan keputusan ini. Maafkan aku dengan segala apa yang telah kita lakukan bersama, apa yang ku lakukan di belakang mu, di hadapanmu, halalkan apa sahaja yang berkaitan denganku padamu, halalkan apa sahaja yang tercalit tentangku pada dirimu. Maafkan setiap perilaku dan perbuatanku padamu, walau sebesar zarah sekalipun. Padaku, apa saja yang berkaitan dengan dirimu aku halalkan dan maafkan. Aku relakan apa sahaja yang pernah kita lakukan bersama. Maafkan aku sayang..!!!


Maafkan aku..!!!


Ikhlas dari hati,

IJOI

30 comments:

  1. wah..dasyat..
    memang terseksa kalau berpisah time masing-masing masih sayang-menyayangi...

    jangan bagi aku nangis lagi..huhu

    ReplyDelete
  2. apa apa apa apa berlaku ni bro.. apa berlaku...

    ReplyDelete
  3. Naddy:
    huhuhu..jgn r nangis...entri je pon..hehe




    Bro Aloy:
    huhu..sedikt kekecewaan disitu nampaknya..hehe..xda pa la bro...

    ReplyDelete
  4. apesal nihh weh??
    hope ko kuat x)
    kalo ade jodoh antara korang..
    tak kemana...

    ko kena kuat hadapi semua nih k X)

    ReplyDelete
  5. azzaleana:
    huhu..gua memang kuat..tapi....hehehe..thanks..xda pa la..

    ReplyDelete
  6. re : weh alang2 suke...tlg jawabkan exam hari sabtu eh..hahaha...

    tabah k XD

    ReplyDelete
  7. Mungkin bagimu ianya sesuatu yang biasa apabila menyatakan yang kamu tidak lagi gembira bersamaku,

    ayat diatas buat aku keliru...kalau begitu kisahnya...kau yang perlu tabah...bukan dia...dia takkan rasa apa2 sebab memang itu yang dia mahu...confused aku...

    ReplyDelete
  8. akhirnya tercurah jugak isi hati...

    ReplyDelete
  9. dude, aku time clash memang xsanggup nk tulis kt blog... dasat la ko ni...

    ReplyDelete
  10. selamat jalan sayang...wa tumpang sedih

    ReplyDelete
  11. u??napa nie...u jgn la sedey2 ok..kuatkn semagt u 2.....dah la...xnk r sedey2...huuhu

    ReplyDelete
  12. azzaliena:
    gua suka sabtu bukan untuk jawab exam..hahaha


    Bias:
    Bapak jiwang bukan aku, tapi KARAT..



    Patungcendana:
    gua memang nak tabah, tapi bukan TABAH pembaca berita TV3 tuh..hhhahahaha..
    keliru??
    menjadi buntu??
    arah yang inigin kutuju..opssss...!!!




    HH
    curahan hati bermakna melepaskan diri dari belenggu misteri hati..



    Niijiusan:
    aku sanggup kerna tak sanggup pendam..!! merana beb..hehehe...


    Mamai:
    haha..selamat jalan romeo...lu tumpang sedey??jangan2...ingat ni prebet sapu ke nak tumpang2..ngeh3...



    Honeybunny:
    takda pala Ila..juz nk test hati dan perasaan...hehehe..

    ReplyDelete
  13. yela tu.......len mcm jah u neh...uhuuh..u??tau x sapa B i??B i u knl jgk tau..uhuhu

    ReplyDelete
  14. xda len macam la...hahah

    hmm..sape b u tu yg bertuah tuh???gtau i plsss...

    ReplyDelete
  15. hidup takkan selalu macam yang kita mahu. kita takkan selalu dapat apa yang kita suka. kadang kita perlu suka apa yang kita dapat bro!

    bila kau jatuh, kemudian kau bangun. itu lebih hebat dari kau langsung tak pernah jatuh. bila kau pernah jatuh, pengalaman kau bertambah. hidup kau akan lebih hebat. sebab kau tahu perasaan semasa jatuh. dari kau terus hanyut dengan bahagia yang kau dapat tanpa pernah rasa nikmat jatuh.

    gud luck bro!

    ReplyDelete
  16. azzaleana:
    hehe..menn ngek2 plk..tq



    Bro Adyyaholix:
    thnks.. itu yg membuatkan gua tabah serta tabah malah akan tabah lagi..
    hahaha...gua sandarkan prinsip bangun selagi boleh untuk mengatasi apa jua kemelut..thanks...

    ReplyDelete
  17. cinta datang cinta pergi...jike ade jodoh panjang adalah rezeki...ape2 pun kite kene tabah...

    ReplyDelete
  18. ya..betul tuh..tahniah kerna berjaya meyakinknku...huhu...

    ReplyDelete
  19. dia...dia...dia.....ihiihihihi...ala....u pn knl dia..kita pnh minum semeja dgn dia.uhuuhuhuhuu...egt ag x??uhuuhuh

    ReplyDelete
  20. knl2./..yg kt Giant tu kn??
    huhuhu..u jge die elok2....nmpk cam good boy..

    ReplyDelete
  21. hurm....thnx tau...tah la..km pn xtau cmne ley hbgn serius cmne.......tp d prob is along la.....dia still kco idop i n xkn lpskn i even dia tahu i ada b....

    ReplyDelete
  22. ala u cme pikirkan wat da best... n dont even2 u try utk kmbli pada along...

    skli je u terjebak balik dengan die, seribu kenangan akan kembli dan menguris persaan u...

    ReplyDelete
  23. tol tu apa u ckp...mimie n nurul pn ckp cm tu tau.....semua xbg i kembali kt along...tp i kesian dia...da mcm org gila tau dia tu....i pn da suka kt b...tp tu la...da byk dugaan la u...hurm....

    ReplyDelete
  24. jgn bercinta atas dasar kesian, bercinta bukan untuk bersimpati, sedarlah cinta hanya datang dari hati bukan untuk simpati..cinta untuk simpati bukan dari hati, tapi sesuka hati...bila2 blh datang dan pergi..akhirnya??? sakit yang mnylubungi hati...

    ReplyDelete
  25. ok...i mmg dgn B skrg...tp u>?? B da hilang..mana dia pergi U???sedey la....xtentu arah i...

    ReplyDelete
  26. yeah bagus satu pengakuan yg berani dan akan memberitahu along.. semoga dia mnydarinya..

    B tak hilang, hanya masa inginkan dia ke suatu tmpat dimana akan mnguatkan lagi cintanya terhadap u...dia tak hilangnya..kalau dah tercipta untuk takkan hilang pelangi walau terik dah menyelubungi hari...sabar dan banyak berdoa...

    ReplyDelete
  27. i pn harap cm tu..mbe2 i pn pesan gitu...surh i think positive....i will try...tp b da hilang 24 jam dh neh....i risau la.....

    ReplyDelete
  28. ye ikut pesan member mne yg berguna...

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!