Saturday, July 24, 2010

Keringat kering.. Hmm..-

Urghhh.. Semalam gua tak tidor. Macam mana yang gua tulis kat status BUKUWAJAH gua tu, macam tu la keadaan gua. Gua tak tahu kenapa gua tak tidor. Hahaha..

Tepat jam 7.00 pagi sesudah solat subuh, gua teruskan keringat gua yang ada untuk ke dobi di kawasan Bandar Permaisuri. Al-maklumlah gua punya mesin basuh rosak teruk. Mungkin TERMINATOR dah jahanamkan kot. Entah..!! Lepas jam 9, lepas gua letak barang-barang kat rumah, lepas gua minum kat mapley, terus gua ke kedai hardware mencari barang-barang yang perlu. Untuk apa??

Gua terpaksa ke sekolah untuk meneruskan projek yang telah gua rancang dengan Endang (kawan gua la..) Tapi sayang Endang tak dapat datang sebab keluar berpacaran dengan pasangannya. Harap tiada maksiat berlaku ye. Hahaha..

Satu tin SPRAY jenama CRYSTAL gua habiskan untuk melengkapkan awan larat pada hiasan dinding tangga pejabat sekolah tersebut. Puas hati gua dapat siapkan juga walaupun tak berapa cantik. Hampeh..!! Selesai sudahm gua ke HARDWARE semula, meneruskan niat kedua gua ubtuk menghias pasu gedabak di laluan masuk sekolah. 2 tin cat 1 liter pula gua beli, dan terus gua sapukan pada pasu gedabak tersebut. Pergghh..!! Penat ngok..!!~

Sebuah Chevrolate mewah memasuki perkarangan sekolah. Gua alihkan kereta gua yang menghalang laluan.

"Morning Madam.." tegur gua sebab dia orang besar sekolah GPK 1.

15 minit kendian, GPK 1 itu pun meluru ke arahku. Ahhh..!! mesti ade yang tak kena. naseb bek hiasan dinding dekat tangga sekolah tu die cakap cantik menarik tertarik. Sejuk sikit hati gua. Tapi ayat yang takleh bla....

" Nanti kalau u all sudah siap semua ni kalau boleh hiaskan lah sikit pejabat tu. Buat la kata-kata dekat cermin pejabat tu. Sikit je sempat kot??"

WTF. Gua tak sanggup. pergi ar mammmm....!!~

**************************************************************************************

Jaga datang kat gua. Nak sembang-sembang agaknya. Ye lah bosan menunggu di bilik kecil tu.

"Abang ni duda, isteri baru meniggal. Tapi tu la keluarga arwah. macam-macam masalah.." desas Gad tu. Gua mendengar. Gua kan pendengar yang baik walaupun gua lebih fokus pada kerja gua masa tu. Haha..~

"Ohhh.. sorry tak tahu bang. Ermm sakit pe?? Dan kenapa dengan keluarga mentua abang ??" gua perihatin la konon.

"Sakit kencing manis. Keluarga diorang nak amek hak jagaan anak2 abang siap dengan EPF arwah isteri abang. Abang tau lah abang tak tahu menulis,membaca, abang sekolah tak tinggi. Tapi abang tau la itu hak abang. Adik bayangkan mak mentua abang leh cakap macam ni, isteri tu yang lahirkan anak tu. So die la yang berhak amek anak tu. Kepala bapak die. Abis aku ni apa?? Bukan ke aku bapak kandung die?? Adek rase abang boleh menang tak nanti?? Abang takut abang kalah. Ye la abang ni bukan pandai tak macam diorang. Duit EPF tu bukan abang harap sangat, tapi ye la mesti boleh guna untuk anak-anak abang kan.Nak sekolah kan diorang lagi..."

Sebak gak la gua dengar rintihan mamat ni. Tapi nak buat macam mana kan. Gua nasihat mana yang patut. banyak jugak lah yang dia cerita kat gua, mungkin sebab gua ni BEST kot. Hahaha. Gua pun cerita lah apa yang patut sampai dia pun ade semangat nak naik mahkamah 1 0g0s ni. Ayat die yang gua takleh lupa ;

"Kalau adek dah bagi perangsang macam tu, abang lagi bersemangat nak lawan diorang ni. Sebab abang tahu abang tak de salah dan takkan kalah. Terima kasih adek..."

Wahh.. Gua kaunselor rupanya. Hahaha.. Mengenangkan balik kisah brader tadi terus gua terasa macammana lah kalau die kalah kan ?? Macam mana kalau mahkamah memihak kepada keluarga isterinya?? Ye lah anak-anak die semua mau hidup dengan dia, bukan dengan tok die.

Gua teruskan kerja tanpa perbualan die....~

**************************************************************************************
Lebih kurang jam 12.45, gua ke ikan bakar dengan SHawn di Kuchai Lama. Perghh.. !! Dah seminggu tak kena, rindu lak ikan bakar tu. Hahaha..~

Gua taram KELI sekor, Kerabu Mangga 2 senduk...
**************************************************************************************

Balik dari ikan bakar, gua melalui HIGHWAY dekat salak selatan. Tak berapa jauh di depan gua nampak macam ader benda berterabur di atas jalan. Berkilat-kilat.

"Kemalangan kot.. " bisik hati gua la.

sekali apa yang gua nampak, banyak tin-tin bergelimpangan di atas jalan. Rupa-rupanya tin minuman aluminium yang terkeluar dari plastik seorang warga emas. Banyak pulak tu. Kesian gua tengok. Lu orang bayangkan penat-penat pakcik/atok tu kutip mungkin untuk menyara anak die ke, keluarga die ke, tetiba jatuh tengah jalan. Lebuh raya pulak tu. Macammana dia nak kutip kalau dah semua kereta 120kmj kat ditu. Dengan sadisnya gua tengok die berhenti tepi jalan dengan badan yang sedikit senget (OKU agaknya) turun daripada kapcainya yang agak usang di mamah usia. sedih dan sebak jugak gua rase. Susah payah dia bekerja. Penat lagi. Jadi pulak macam tu. Tapi ade hikmah sebalik tu. Mungkin lepas kejadian tu, dia akan menag Jangan Lupa LIrik ke?? Menang POWER ROOT Siapa Ingin Jadi Jutawan?? Mungkin die menang Teka Silang Kata BH atau NSTP?? Sapa tahu kan ??

**************************************************************************************

Gua terus pulang ke rumah. Mandi, solat dan tidor...!! Jam 6.45 baru bangun. Palau tak gua??~






p/s:
~Yang paling seronok hari ni dapat cakap dengan ehem banyak kali sambil buat kerja. Syioooookkkkk maaaaaaaa.. Hepi3x.. Wink3x... \(*o*)/







Tuesday, July 20, 2010

31 Julai 2010: 50CENT buat persembahan kat CentralMarket - PLORE II

Salam bahagia, salam sejahtera dan salam manja untuk aweks-aweks yag sedang baca blog gua yang tak berapa nak hampeh ni. Gua terkejut sebenarnya sebab gua ader berita tergempar. Lebih gempar daripada Majalah Kartun Gempak. Lu orang tau tak apa yang berlaku 31 Julai 2010 ni nanti..?? Hah..!! Sah dah tak tahu kan . Kalau lu orang nak tau ader persembahan Jalanan yang besh akan diadakan di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Program yang di namakan PLORE ini adalah salah satu usaha yang di jalankan oleh pertubuhan PARADOKS. Program ni adalah yang kedua setelah yang pertama telah di adakan pada tahun lepas bulan 12 kalau tak silap gua. Program ini di namakan PLORE (PLORE II tahun ni).

Gua cuma tolong sebarkan berita je. Walaupun gua tak berapa terlibat dengan pakatan ini. Hahaha.

Kalau lu orang nak tau lagi sila baca sendiri ok poster kat bawah ni. Ini yang gua dapat. Poster ini dikemaskini mengikut bilangan persembahan yang semakin bertambah. =) Sila tumpukan pada persembahan yang ke-12 ye. Itulah 50CENT.



Di jemput semua ramai-ramai hadir memeiahkan program ini. Di jangkakan hampir 10,000 orang mungkin memenuhi ruang legar CM tu nanti. Jadi sila datang cepat ye. Dan masuk adalah percuma.








p/s:
Gua harap PARADOKs tak kisah gua promot ni kat blog gua ok ?? Hahaha.. Bro Aloy, boleh kan gua promot ..?? Boleh kan ..??

Friday, July 16, 2010

Samad: "Arghhh..!! Ketumbuhan,,,!! Tolong...!!"

Malam itu Samad gua lihat ceria sangat sampai muka berseri-seri ala-ala JeniferLopes gitu. Gua ingat die hepii sebab awek jawa punya bapak dah sudi terima dia sebagai menantu. almaklumlah, kes dulu tak lekang-lekang laki dari bingit telinga Pak Jawa tu. Tepat jam 9.00 Malam, tanpa segan silu Samad ajak gua dengan member-member gua minum. Cuti kerja la katakan. OFFDAY kata omputih. Penat semalam kerja layan pengunjung setia GSC tak hilang lagi, jadi malam ni la kitorang nak layan buang semua.

"Aneyyy..!! Tongkat ali ais 2..!! Cepat mari arr..!!" kata Samad pada aney yang di kenali sebagai Hajar di kedai Rizkhan ( bawah rumah gua jek ). Kedai tu bukak 24-7 tau..!!

"Wokey siap..!!" balas si Hajar.

"Samad ni angau apa nak mintak tongkat ali sampai 2.." sampuk gua tapi dalam hati la. hati Samad kene jaga beb. Ahaks..


Kitorang meneruskan sembang longkang kitorang dengan penuh kegembiraan ibarat Gajah Dapat Tebu (Karamsing sekali). Rancak punya rancak, semua tak perasan, jam sudah jam 12 malam. Fuhhh 3 jam di kedai mamak. naik meluat dah mamak tu tengok kitorang, nak-nak si Samad, muka huduh macam siput sedut. Jam 12 lebih kitorang menuju pulang ke rumah sewa gua yang berada di tingkat 8, rumah tu 17 tingkat semuanya...

**************************************************************************************

Jam 9 pagi sesedah subuh gajah gua, tiba-tiba.........

"Arghhhhhhhhhh......!! Tolong..!! Gua ade ketumbuhan..!! Tolong..." jerit samad meemcah keheningan pagi yang indahlah kononnya.

Semua terpinga-pinga bangun. Yang sedang mimpi basah pun tak jadi nak mimpi. Gua apatah lagi.Gua lantas lari menuju ke Samad.

"Mana ketumbuhan lu Samad?? " tanya gua la, konon-konon caring..

Dengan muka ala-ala crazy frog, Samad pun..........

"Tu..." kata Samad sambil menunjukkan jari telunjuknya ke bahagian sulitnya yang menonjol walaupun tak berapa panjang gua rase....


OK..!! Samad Babi..!!~





p/s: Len kali jangan minum tongkat ali sebelum tidor. Esok pagi kompom ketumbuhan. KOMPOM..!! ;-p

Monday, July 12, 2010

Kata mak kena lah dengar, baru berkat..!!

"Pergilah mandi dulu. Emi tu nanti lambat mula lah nak bawa laju nanti." ujar mak gua pada pagi Ahad semalam. 11.07.2009. Gua dengan penuh batu atas kepala dengan kedegilan gua, gua tetap berdegil. Semacam kata-kata mak gua gua henjut keluar ikut telinga kiri. Derhaka..!! hahaha..

Tepat jam 7.45 pagi, gua mula menekan pedal minyak KancilVitara gua dengan penuh perasaan agar sempat gua membeli tiket keretapi untuk adik gua. Tekan punya tekan, akhirnya....






Naseb baik penulis blog ni selamat. Kalau tak dah lame blog ni bersawang. Hahaha.. Alhamdulillah lepas tayar meletup gua dapat kontrol pergerakan kereta. =)

Dan pada masa yang sama, tak pasal-pasal gua lepas geram dengan menukarkan ke-empat tayar sebab khuatir tayar lain pula yang buat hal..







p/s: bawa kete hati-hati, macam gua. BUkan salah gua tayar pancit. Hahaha..





Sunday, July 11, 2010

Tahniah my bro..

Hari sabtu memang meriah dengan berita kegembiraan bagi keluarga Makandak. Wahhh.. Sedar tak sedar dah dua orang anak die bertunang. Bulan 12 2009 yang lepas, Kaklong bertunang. Maaf lah gambar tak sempat nak upload. Yang kali ni my bro bertunang memang gua nak upload gambar bagi lu orang tengok. Tapi bukan tengok perbezaan kulit gua tau..!! Tengok kemeriahan majlis pertunangan abang gua. Jom layan gambar2 kat bawah ni.


KancilVitara menyumbang tenaga dan pengorbanan. =)























Rumah cincin tunang..ahazk..



Hantaran.. ;p









MakAndak dan konco-konconya....




Pink di Balas Biru lembut =)





























Kedua-dua keluarga ;-)




Gua bila la nak bertunang ?? Kalau boleh gua tamau tunang2 ni. Gua nak terus nikah jek. Kawen dah banyak kali .. ;-P hahaha...




Abang Yie (sepupu) dan Abang On Gua (yang bertunang)



KakSyah, Makandak, Naah, Makngah


Anja (anak sepupu) dengan KAKAK (kaklong)





AdekIrah Mok, Abang AG palau, Kakcik Mok, Kaklong si tukang jahit, Naah (sepupu)


Adek gua, Makgua (MakAndak) dan GUA..!!~



OK. Lepas gua sekeluarga pergi majlis tu, kitorang sambung lak makan-makan kat Johan's Tomyam area Senawang. Wahh. Kelas gitu, dah lama tak lepak sekeluarga macam ni. Dan kredit untuk jiran gua ; KAKYati yang sempat menyimpang bersama kitorang. Hahaha....



Kat sini gua nak ucapkan banyak-banyak tengkiu kat jiran gua yang sudi menyelesakan diri masing-masing untuk datang bersama menemani mak gua MakAndak ke majlis tersebut. Bagi kredit besau-besau kat Encik Zambri dan AVANZAnya, AbangYie dan keluarganya serta WISHnya, AbangSyam bersama KIA Spectra dan keluarganya dan semua yang terlibat termasuklah keluarga bakal akak ipar gua. makan memang sedap. Nasi ayam kateriing mana ntah. Siap dengan bubur-bubur lagi.. Pergghhh..!! Gua tak kasi cannn..!!!~







p/s: sapa nak jadi calon tunang gua?? Dan calon Kawen?? Ermm... Ada??Ada??

Tuesday, July 6, 2010

"Semalam Yang Hangat Bangat..!!"

Semalam yang hangat..!! Perghh gempak tak tajuk entri gua?? Besh kan?? Tau sebabanya..??

RUMAH :
Budak umah gua tanya:
"Hai, hepi je Mie. Macam ade something jek..!!"
Gua balas:
"Ada laa..mana leh bagitau...!!"

7E:
Member gua tegur gua:
"Mana mie?? Rushing-rushing jek...!!"
Gua jawab :
"Ada laaa..mana leh bagitau...'

DALAM KERETA:
Telefon bimbit gua SAMSUNG i780 berbunyi:
"Mie, adda mana?? Jom la lepak shisha...!!"
Gua jawab:
"Jap agi la. Gua sibuk ni..."
Dia tanya lagi:
"ko dengan sapa tu ??"
Gua jawab lagi:
"Ada laaaaa...mana leh bagitau hang..!!"



Semalam gua dapat mesej dari seseorang. Hahaha lu orang mana tau. Gua je tau. Budak umah gua pun tatau. Mesej tu cakap mintak tolong gua belikan sesuatu untuknya. apa lagi bukan main berbunga-bunga la hati gua kan; sebenarnya dapat jumpa dia lagi. Walaupun sekejap gua rase hepi sangat. Sebab gua dah lama tak jumpa dia. Dan dia telah melakukan perkara yang paling gua suka jika bersamanya. Terima kasih ye. Gua terlampau teruja sampai jalan dekat area-area rumah dia pun gua sangkut-sangkut. Padahal gua selalu jalan situ...!!

Akhirnya selamat gua menghantar kepadanya 2biji roti jagung, Teh O ais, 4 tin air cincau dan makanan kegemarannya ; CLOUD 9..... (*_*)





"P/s : I love U" .Serius pun..!!... Eh ni tajuk filem ni....!!

Thursday, July 1, 2010

Kelapa dan orkid..!! Saya nak balik duit saya..!! Kes gua seronok semalam ..!! l(^o^)/

Wah dalam hari-hari lepas nek sem baru ni kan, gua nak bagitau lu orang. Semalam gua seronok sangat sebab gua dapat jumpa dan bersama dengan seseorang. Al-maklumlah gua kan dok bercuti selama 3 minggu. Gua bawa die naek kereta, hantar dia pulang. Wahhhhhhhh..!! Mentang-mentang air-cond kancil Viatara a.k.a BabyBEK gua dah semakin sejuk menjelang musim panas kat Malaysia ni. Gua seronok tahap kawan-kawan lu orang tengah dok syok pekena syabu. Hahaha..

Ye la, nikan mainan perasaan gua, bila dapat jumpa seseprang yang gua suka takkan gua tak seronok kan.

Sebab gua seronok sangat, sampai gua lupa lirik lagu "Mentari Merah di ufuk Timur", nyanyian Amy Search..!! Warghhhhhhhhhhh......!! besh dowh lagu tu. Serius pun. Dulu mula-mula gua dengar rasenye macam besa jek. Tapi lama-lama dengar makin syok pulak. Last-last gua sanggup cari kord lagu tuh. Hahaha.. Amacam?? Besh tak gua??

Sebenarnya gua post entri ni nak bagitau hal semalam je, yang gua hepi gila babi sebab dapat jumpa si dia =). Yang serita lirik kat atas tu selingan je sebab nak bagi macam panjang la entri ni. Hahaha..


"Kalau tak suka, tolong tutup telinga," kata Raja Azura a.k.a Kak engku.

"Kalau tak suka baca, tolong tutup mata, korek bontot OK..!!" kata gua pulak a.k.a Tengku Kimisai




P/s: PS gua tak penah men ok..!!!~

Kelip-kelip..!!