Monday, March 29, 2010

Lumut.. Luahan Hati gua buat lu LUMUT...

Hahahah tamau dah gua cakap banyak. Gua pun pertama kali masuk LUMUT punya kontes. Dulu tak masuk, bro gua je masuk siap menang ag. Ahakz..!!



Pertama:





Kedua:
"PEREMPUAN itu tak patot berada ditengah-tengah adik dan abang kerana perempuan itu patut berada di NEW ZEALAND."

"Cepat masuk Kelas Lumut..!! KAng gua piap belakang kang..." kata Guru disiplin sekolah Lumut.


Hadiah untuk lumut:

Lumut dan gigi emasnya.





p/s: Kalau gua menang gua share kat lu RM 25 kredit yang gua menang tu, nak?? Hahahahah

Sunday, March 28, 2010

Lepas bergelap di Mimpi, gua bergelap di bawah KLCC..




Semalam ( Sabtu ; 27 Mac 2010 ) semua orang tau kan adalah sambutan hari bergelap. Bukan bergelap dalam bilik jek. Tu bagi yang kapel2 boleh la bergelap dalam bilik. Tepat jam 8 mlm gua menuju ke bawah KLCC. Tau apa itu KLCC?? Bukan KLMU tau. Bukan juga KLIA. KLCC iaitu Menara Berkembar Kuala Lumpur, ala yang kembanr siam bahagian bontot tu...

Gua amek kesempatan lepas dari pergi servis kereta dengan BeshFren gua, gua menuju ke PWTC nak tengok pameran buku. Ni kali ke-3 dah gua pergi. Tengok punya tengok gua menuju ke MOY. Nak cari koleksi Lambok Bedtime Story punya. memang febret gua beb. Gua sanggup labur duit nk dapatkannya. Tapi malang itu memang tidak berbau berbanding dengan ketiak gua. Ketiak gua ok la bau sikit. Ahak..!!

Lepas pergi PWTC gua menuju ke menara kembar siam tadi nak tengok die bergelap, macam yang tahun lepas. Gua lenjan WQF laju2 sebab dah lambat kot. Padahal baru kol 8 jek.

Sedang gua lepak dengan Miss Donut ni, gua tetiba teringat dengan kisah gua bergelap di MIMPI Gelap, bersama-sama dengan Paradoks. Ala yang anjurkan MIMPI tu. Ingat tak ??
Ni kes minum air semut la ni tak ingat. Memang betul la kenangan tu memang yang terbaik la. Bukan sebab gua dapat masuk tv macam Bro Aloy, dalam Astro Awani, tapi sebab bermula dari situ la gua kenal dengan semua-semua yang terlibat dengan Paradoks, MIMPI, blog-blog dan sebagainya. Kalau lu orang tak ingat, tengok gambar kat bawah ni.

Ni pulak Video gelap. Saja nak mengamit kenangan... !! Ahakz..!! Hidup Paradoks...!!



Jadi di kesempatan gua nak ucapkan Selamat Ulang Tahun untuk Paradoks, MIMPI dan apa-apa yang berkaitan la yek. Semoga lu orang menjadi sesuatu yang bukan sahaja ada sesuatu, tetapi menyebarkan sesuatu dengan satu perjuangan yang ada sesuatu matlamat. Hahahaha berapa banyak sesuatu daa....

Gua tamatkan hari cuti minggu gua ni dengan aktiviti menonton filem KL DRIFT yang ala-ala Toyol Drift tu. BUkan Tokyo Drift tau. Serius gua cakap citer tu gua tengok org drift dengan kereta-kereta jek. Jalan citer hampeh sikit la. MissDonut pun tidor je kat sebelah, bosan katanya.








p/s: MIMPIlem harap-harap gua dapat buat yang terbaik. Thanks again to Paradoks & the Gang..!!






Wednesday, March 24, 2010

.....kimisai.blogspot di BukuWajah......


Salam semua. Ini adalah pengumuman penting. Barang siapa hendak menjadi pengikut blog kimisai yang hampeh ni, boleh la ke laman BukuWajah ( Facebook ) untuk menjadi pengikut. Bukan apa saja nak cuba buat FanPage ni. Bila ramai yang ikut, sejuk je hati. Seronok sangat.


Apa-apa cadangan atau komen ke, kutukan ke, kritikan ke, boleh la melalui BukuWajah kimisai atau pun ke komen terus. =)


Klik je gambar di atas atau ke laman di bawah:

http://www.facebook.com/pages/Blog-Kimisai/388693872929?ref=sgm


Salam...

Tuesday, March 23, 2010

Kimisai In WONDERLAND...



Malam tu ribut memukul-mukul bumi Tuhan yang indah ini. Laut bergelora bagaikan tsunami yang kuat hendak melanda. Tsunami bukan Tsumawi. Semua rakyat jelata Tanah Melayu takut, cuak bercampur baur dengan risau. Takut akan bencana alam yang bakal menghentam mereka sekelip mata, atau mudah di panggil KIAMAT akan melanda. Benarkah?? Tetapi hari tu hari Isnin, mana ada kiamat hari Isnin. Kiamat hari Jumaat je. Pun begitu semua penduduk berasa amat takut dan gerun sangat sehingga ada yang terkencing dan terberak di dalam seluar.

Di sana sini kelihatan bangunan banyak yang runtuh. Menara berkembar mula menjadi solo. Menara DBP sahaja yang masih kekal. Memang tidak dapat di nafikan lagi hari tersebut sememangnya mengerunkan. Apatah lagi pancaran kilat di sana sini yang amat dahsyat sehingga menyebabkan pokok-pokok di sambar sehingga terbakar. Api marak menyala di seluruh hutan-hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan ini. Ramai manusia yang terkorban. Tidak kira usia umur, jantina, agama mahupun bangsa. Yang kaya, yang miskin, yang hina, yang mulia yang apa-apa sekalipun tidak di hitung lagi, tetap menjadi mangsa.

Yang berpolitik sibuk menjalankan tugas, mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua penduduk yang ada. Ribut-ribut yang melanda mura naik sheikh. Makin dahsyat dan bahaya. Namun teknologi yang tinggi, dengan perubahan zaman yang semakin global dan canggih kononnya, membantu semua rakyat untuk terus bernafas dan terselamat daripada bencana itu. Kepakaran anak watan di gunakan untuk menyelamatkan nyawa-nyawa dan populasi yang semakin pupus; manusia di akhir zaman. Sebuah terowong yag menghubungkan seluruh pelusok negara telah lama di bina, dan telah lama bersedia untuk menghadapi situasi ini. Maka semua rakyat girang tak terkira mendengarnya. Ramai yang ingin menyelamatkan diri, ramai yang ingin mendapatkan tempat di sana, untuk meneruskan kehidupan. Berpusu-pusu orang mendapatkan tempat di sana. Berebut-rebut. Ada yang terpijak. Ada yag terkorban. Malah ada jugak yang sempat makan sambil berlari menuju keterowong itu.

Gua?? Gua baru terima berita tentang terowong itu. Gua pun lantas bergegas. Peluang yang ada gua tak kan lepas dengan begitu sahaja. Gua mesti sapu bersih. Gua mahu selamat dan hidup bahagia. Gua tak kawen lagi.

Hari yang di nantikan telah tiba. Gua baru bangun tidur. Gua harus cepat sebelum orang lain mengambil tempat gua, atau istilah lainnya, potong garisan. Celik sahaja mata gua, gua melompat bangun, melihat sekeliling dengan niat yang satu, menuju ke terowong yang selamat untuk kehidupan yang akan datang. Tiba-tiba gua nampak kawan gua Muz tidur kat sebelah gua.


"Muz, lu tak nak ikot ke gua lari pergi ke terowong tu?? Kang tak pasal-pasal mati katak kat sini kot. .." ajak gua dengan nada cemas dan kelam-kelibut yang amat sangat.


"Terowong benda pulak ni?? Mati apa pulak ni?? Baru bangun dah mami ke..Aku baru balik dari Shah Alam ni. Ko pergi mandi dulu, nanti dah siap kejut aku. Takut lambat pergi sekolah. Ko kan ada kelas nak mengajar hari ini...." balas Muz selamba.


Aarrghhhh..!!!



p/s: ok apa citer Alice in Wonderland tu. Kreatif la..!!


Wednesday, March 10, 2010

Entri tertunggak : Puisi Gua di Lagukan.....

Salam Semua....

Gua dah mengantok sangat. Tapi gua gagahkan juga diri gua untuk menyelitkan satu entri yang agak bagus bagi gua. Bagi lu orang lantak la nak cakap apa pun. Hahaha..


Kalau lu orang masih ingat entri gua yang bertajuk DIA, lu orang mesti taktau kan yang entri ni telah di beri nafas baru oleh blogger lain iaitu NAZ. Beliau telah tanpa rasa gugupnya telah melagukan puisi tersebut mengikut kesukaan belliau. Lirik asal dia ubah sikit sebab susah nak masuk dengan melodi. Aku pun tatau macam mana nak lagukan puisi ni. Tapi mamat NAZ ni berjaya gak. Jadi gua terima kasih la kat beliau sebab sudi ambil puisi gua yang tak seberapa ni untuk di lagukan. Walaupun tak masuk Juara Lagu, MTV apatah lagi kan, semoga lagu ini dapat di terima ramai. Sapa nak buat persembahan guna laguni pun boleh. Gua bagi. Tapi NAZ gua tatau la kan.




Selamat Mendengar..


DIA


G Em C
Dia tak perlu tersenyum
D G Em C D
Di di sebalik raut wajahnya
G Em C
Aku lihat kepuasan
D G Em
Abadi kasih sejatinya
C D
sentiasa di hati ku

G Em C
Dia tak perlu ketawa
D G Em C D
Di setiap ukir bibirnya
G Em C
Aku lihat dia bangga
D G Em
Gigih menunjang kejayaanku
C D
Korban jiwa dan raga

Em C D G
Dia tak perlu menangis
Em C D G
Di setiap tingkahnya berlalu
Em C D G
Aku sedar setiap kesilapan
Em C D G
Sentiasa kau berikan kemaafan

C D G Em
Dia tak perlu apa-apa lagi
C D G Em
Di segenap raut wajahnya
C D G Em
Ku panjatkan doa pada Illahi
Em C D G
Ku pohon sejahtera untuknya

C D G Em
Dia tak perlu apa-apa lagi
C D G Em
Di setiap mimpi ku temuinya
C D G Em
Terima kasih buat dirinya
Em C D G
Melahir membesarkan ku di dunia






Monday, March 8, 2010

"Ali Baba..!! Macam Babi Perangai"

"Apa hal saya pulak yang kena kol sponsor ni ?? Awak kan S/U sukan sekolah. awak la kol."

" Apa yang saya tahu kejayaan Sukan Tahunan sekolah ni bergantung pada awak S/U sukan..!!"

" Awak tetapkan lah nak mesyuarat ke tak. Awak kan S/U sukan sekolah.."

Orang mintak lu kol sebab ko ader nama dan pengaruh. Kalau setakat pegang jawatan je buat apa tak buat kerja kan?? Gua pun bengang. Dah la tak nak buat kerja macam jawatan lu, lu nak pulak ali baba kan orang bawahan pulak. Bangang ke apa. Lu sedar tak kalau lu yang kol senang sikit nak dapat sponsor untuk Sukan Tahunan Sekolah. Tak la macam S/U sukan yang kol. Tandatangan lu kalau nak di banding dengan S/U sukan tadi sah-sah la lagi baik kan. Lagi senang orang nak bagi apa-apa.

"Eh kenapa nama dengan nombor telefon saya kat bawah nama guru besar ni?? Ni salah ni. nanti parents diorang kol saya pulak tengah-tengah malam. Saya kan tak pergi perkhemahan tu.."

Apa ke bodoh la lu ni. Lu kan orang atasan dalam setiap program yang di anjurkan oleh pihak sekolah. Kalaupun program tuh kecil-kecilan je, tapi dah bahagian koko lu kena la amek peduli sikit. Ni macam gampang tau tak. Dah la hal rumah sukan ni nampak lu macam endah tak endah jek. Pastu lu pulak tak nak nak buat itu buat ini, baik lu jadi jaga sekolah jek. Tak yah nak wat keje banyak. Jaga je pintu pagar tu.

Lu jangan ingat kalau lu punya pelajaran tinggi lu boleh arah orang sesuka hati. Lu dah buat kawan-kawan lu jadi machai tau tak. Jadi balachi. dah semua orang tak suka dengan lu. Lu tak sedar ke. Bangang betul la.

Dah la cakap banyak tak guna, sepak pun tak kena, jadi baik lu pikirlah sendiri. Jangan la nak jadi ali baba sangat. Tanggungjawab tetap tanggungjawab, Kalau tak nak terima tanggungjawab baik tak payah amek jawatan tu. Bukan besar pun gaji. Elaun rm 50 je lebih. Buang masa keje sampai kol 5 lak tu.


" Gua tak la bagus, tapi gua rasa gua boleh jadi lagi bagus dari lu..!! Itu gua yakin..!!Sebab gua sedar akan diri gua..!! "










p/s: Lu orang tau kan tugas GPK Koko kat sekolah??

Friday, March 5, 2010

Dalam Hati Ada Taman..

" Dulu aku kau puja,
Dulu aku kau cinta,
Dulu aku sang juara,
Kini roda telah berputar..."

Masih terngiang lagu tu di telingaku. Aku masih terkenangkan memoriku yang masih bergelimpangan di taburan benak otakku. Biarpun bukan mudah untuk meluahkan walau sejemput isi yang terbuku di dalam hati. Semangatku, fikiran ku, nafasku, ingatanku, malah bau ku semua hanya ku lepaskan dengan jinak untuk dirimu.

Semalam mengingatkan aku kepada dia, dia yang pernah menjadi sesuatu yang bermakna, bukan sahaja bercahaya di dalam hatiku, tetapi sesuatu yang dapat memberiku seribu ilham sejuta rasa. Bukan sayang, bukan kasih, tetapi rasa cinta yang mungkin membibitkan banyak rasa bunga-bunga cinta, damai hati yang mengiurkan perasaan ku untuk bersama mu selamanya.

Selangkah kaki ku menapak, untuk menjejakimu,
Senafas dada ku menyedut, untuk terus bersamamu...


"Akulah sang mantan..
Akulah sang mantan..."


"Weh bangunlah pergi mandi. Nanti lambat pulak nak pergi sekolah. RPH pun ko tak siap lagi.." kejut Endang yang mellihat gua dalam keadaan mamai.






P/s: Sepanjang hari gua tersenyum....

Kelip-kelip..!!