Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARAI JADI BUAT TERISTIMEWA (SAYANGKU)

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi MALAYSIA,
Selamat Hari Jadi,


Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu MALAYSIA,
Allah Selamatkan Kamu,

Tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana berjaya mempertahankan kedaulatan MALAYSIA sampai harijadi yang ke 52. Jadi sama-samalah kita mendoakan agar perpaduan ni berkekalan dan takkan ada yang cuba untuk memecahbelahkannya...

MERDEKA.
MERDEKA..
MERDEKA...

Friday, August 28, 2009

Public Holiday ....


Ingat, jangan salahkan sesiapa. hehehehee...... 




 Penyimpan Mohor2 Besar...Yang Besar2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ... 
untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA : 
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!! 
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn !!! 
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!! 
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!! 
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn awek siang malam - Bukan yang bagi line!! 
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!! 
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!! 
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan yang dok cucuk!! 

Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda. 
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi.... 
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!.. 
Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime.... 

Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he 

Thursday, August 27, 2009

Samad jumpa bapa mertua...JAWA??!!

Kawan gua si Samad dapat awek Jawa. Penant usha tahun lepas, setahun tu nak dapat. Awek tu selalu datang tengok wayang. Jadi selalu la juga kena usha kan.. genap setahun 5 bulan, dapat!!

 

Samad bangga..!!!

Awek Jawa cun melecun..!!!

 

“Jelesnya gua dengan Samad tu. Dapat awek cun melecun. Padahal dia tak hensem mana pun. Muka macam crazy frog ada la…” bisik hati jahat gua yang tak berapa busuk.

 

Satu hari….

 

K****, malu aku siot…!! Malu besar beb..!! Dah la dengan bakal bapa mertua aku pulak tu…!!

Malu apehal pulak lu ni?? Lu betulkan spender lu depan dia ke..??

 

“Takda la.. Ko pun tau bapa awek aku tu kan Jawa. Cakapnya pun pekat. Semalam aku pergi jumpa dia kat rumah dia. Awek aku suruh daaa…!!!”

Lepas tu??” gua menyampuk.

 

“Dia tanya aku pasal semayang, tapi aku tak paham sangat pe yang dia cakap.”

Lepas tu??!!” sampuk gua kagi.

 

“Tiba-tiba dia tanya……”

 

“ Anaknya, lepas zuhurnya apa?? Tapi dia tanya dlam loghat Jawa la..!!”

“ Laaaa…lepas zuhur kan asar. Lu tak tau ke??”

 

“Buduh..!! Aku tau. Masalahnya, aku tak paham sangat dia cakap jadi aku jawab benda lain. Kalau aku paham aku jawab je yang betul. Malu beb..!!”

 

“Habis tu lu jawab apa??”

Singapore..!!!”

 

p/s: samad samad…..

Friday, August 21, 2009

Samad nak sahur pulak??!!!

Pagi itu...

" Samad, bangun sahur..!!! Dah nak subuh nie..!!"
"Huarrgghhhh..!!! Yela2, nak bangun la ni..!!" balas Samad spontan bengang di kejut kakaknya. baru nak mimpikan Laila awek jawa..

"Pergi basuh muka tu, burok dah kakak tengok. Mamai je muka."
"Tak yah la.. Nak makan terus.. Nak tidur balik jap lagi..!!" lagi sekali Samad menjawab dengan nada mamai (bukan mamai blogger k..!!)

1 minit kemudian...

"Kak!! Nape nasik ni bau ikan bilis jek ?? nak makan macam mana??!! Macam nasi kucing jek..!!!" marah si Samad.

Bengang nasi tak sedap.
Bau ikan bilis.
Macam nasi kucing.

" Ya Allah Samad!! yang kamu pergi makan nasi kucing tu kenapa?? Tu ha nasi kakak dah letak dah. Tu la mamai lagi. Suruh basuh muka tak nak , degil...!!!"








Pendek jek...
Sebab ramai yang post entri pose nie, jadi gua pun....


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA BLOGGERZ & UMAT ISLAM
SEMOGA DI BERKATI DAN DI RAHMATI


SULIT: Salahkah gua post entri macam ni?? HEHEHE...

Tuesday, August 18, 2009

KBSR : Gua, Bonda dan Rempah Kari

Bonda gua suruh gua pergi kedai. Gua tengah sedap layan gitar kapok keluaran KAPOOK kat ruang tamu. Malas tul..!!



12.30 pm ; Ruang Tamu;

"K****, tolong pergi kedai jap belikan mak rempah kari daging satu. Mak nak masak gulai ni,"
"Yela-yela jap lagi orang pergi," balas gua sambil mengangkat kaki gua yang berat dan agak busuk.



12.40 pm; Dapur:

"Mak nak rempah kari dagingkan?? Lain-lain??"
"Lailahaillallah...Tak pergi lagi budak ni. Orang nak masak ni..!!Ye rempah kari daging satu..Cepat..!! mak nak masak ni..!! Rempah kari daging tau."

"Yela-yela nak pergi la ni..!! Basuh muka ngan rambut jap tadi," balas gua.





12.50 pm; Pintu dapur rumah gua;

"Rempah kari dagingkan mak??"
"Ye sayang oii..!!! Tak pergi lagi??"

"Nak pergi la ni ," pandai gua menjawab.

Dah sampai motor. Gua hidupkan enjin motor Yamaha Y100 gua edaran Ah Leong Motor cawangan Segamat, Johor. JBU 1*** no plat motor gua. Dulu kaler merah. Pastu tukar biru. Sekarang dah jadi hitam.

"Prenggg..!!!"

Sebelum pergi "Rempah kari daging kan mak?"
"Ya Allah..Ye..!!!" mak gua dah panas.

Gua pecut. Nak cepat. Pukul 1 nak tengok berita TV 1. Warta Tengah hari. Takut terlepas..!!





12.55 pm ; Dalam perjalanan;

" Ooo mak kau..!! Cilakak punya biawak. Kacau daun betul la. Gua tengah nak merempit g kedai pun nak kacau ke," marah gua pada biawak yang gua tak penah kenal pun, tapi cuba untuk bergurau dengan gua secara kasar. Dah la dari dulu tak pandai lintas jalan. Babi punya biawak.


Gua teruskan perjalanan. Nak beli rempah kari daging.
Sampai kedai.
Gua order....




1.05 pm; pintu dapur ;

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..dah beli?"

"Dah.. Ni dia rempah kari ikan BABAS.." balas gua konfiden...!!!

Monday, August 17, 2009

Polis tu...

Baru balik dari sekolah. Hati tenang, takyah nak jaga EXAM dah. Keje pun takyah nak buat. Minggu last praktikum.

Sedang gua naik motor dengan member gua, Endang gua nampak la satu kete polis ni. Nampak lampu biru petak kat atas kereta peronda tu, kereta WAJA. Sah kereta polis peronda. Gua nampak dari depan VELO lagi. Gua nak suruh dah kawan gua hati-hati, al maklumlah polis kat sebelahkan. Sampai satu simpang, gua nampak kereta polis tu laju je masuk simpang tu. Signal tak bagi, tanda dia nak belok pun tak bagi. Paling tak pun hulur la tangan lambai-lambai buat macam nak amek lesen dulu. Dah la polis. Kalau mat pet ke, mat rempit ke, mat jais munfasil ke, mat asli ke, takpe la kan. Ini polis pun buat peangai macam tu. Apatah lagi orang awam kan.

"Endang. lu tengok tu. Dah la polis, naik kete polis lagi, masuk simpang pun tak bagi signal," seloroh gua kat member gua.

"Bia la, diorang kan polis, berkuasa," balas Endang.


Sampai kat satu simpang tiga, Endang belok kiri.
Lampu merah.
Tapi dah tadak kereta, terus dia belok kiri. Dah duduk pun LANE kiri kan.
Belok je la.
Polis kat belakang gua, gua dengan Endang buat rileks je la.



"Tootttt..!!! Toottt...!!!!"

Babi..!!!
Ah sudah siren bunyi. Tau dah. Endang perlahankan motor.

"Tadi lampu apa tadi kat simpang tu??" tanya peronda berjaket biru tadi. Gerek seihhh...

"Merah," jawab gua.

"Ntah bang, tak pasan," jawab Endang.

"Tadi lampu merah, kenapa jalan juga?" tanya mamat kerek tu lagi.
"Ni Cikgu ke ni?" kawan dia pulak menyampuk.

"Aah. Baru balik sekolah," pantas gua jawab.

"Cikgu kena tau la peraturan macam tu," kerek lagi dia jawab.

"Minta maaf bang, tak perasan tadi,"

"Ha lain kali tengok lampu merah ke hijau. Peraturan tetap peraturan," kerek bangsat.


Gua berlalu dengan Endang dengan seribu caian dalam hati. Maki-maki pun gua sertakan sekali biar padan dengan muka mamat berjaket biru tadi. Kan dah kena kutuk belakang. Yang gua panas sangat bukan apa, yang diorang tak bagi signal tadi takpe pulak kan?? Mencari kesalahan orang lain ke bang?? Sendiri buat salah ok pulak ek??

Bukan gua nak burukkan, tapi tolonglah, gua tak suka la nak cari kesalahan orang lain, tapi salah sendiri tutup kan. Pikirlah.

Mula dari saat tu, gua tak behenti gelak. Gua sambung kutuk bro berjaket biru tadi dengan penuh perasaan kat rumah. Sambil gua post entri ni gua gelak juga. Babi kan.....

Thursday, August 13, 2009

Sayangi Bahasa: Dedikasi

Hari ni gua nak ajar sikit makna perkataan DEDIKASI.

Tau DEDIKASI ??
Ni jawapan salah seorang budak sekolah rendah

Guru :Samad, tolong berikan saya contoh ayat menggunakan perkataan DEDIKASI.

Murid :Pagi tadi Daddy kasi duit lebih untuk saya belanja di sekolah.



Renung-renungkan dan fikir-fikirkan semua...


Entri Luahan Lagi laaa... : BaYa

BaYa..

Rindu pulak,

Tapi....

BaYa,
Sayangku kembali,
Tapi tetap bukan seperti dulu,


BaYa ku,
Niat di hati tamau api dengan panggang,
Tapi dah jadi langit dengan bumi,
Apakan daya....

"BaYa...Terima Kasih Banyak-banyak..."


p/s: jangan marah ek gua punya entri jiwang2. Gua tengah melayan perasaan. Sape tak suka, tolong tutup telinga...Hahahahaha....

Wednesday, August 12, 2009

Entri luahan lagi : Dari kekasih buat kekasih...

Semalam bantalku basah, bukan dengan kebasahan air liur basiku, tapi basah dengan linangan hamburan air mataku yang jernih. Yang sekian lama tidak mengalir di kelopak mataku ini. Semalam juga aku tidak dapat tidur, mengenangkan mu.Folder imej mu ku selongkar, ku tatap sehingga kornea matau pedih menahan air mata dan menatapi raut wajahmu. Sakit..!!! Dari satu next ke next yag lain aku tekan. Semata-mata rindu padamu.

Sepi..
Sepi...
Sepi...

Semalam bukan lagi menjadi malam-malam seperti dahulu dan yang aku mimpikan selama ini. Semalam juga memberikan aku makna baru bagiku dalam seni percintaan dunia. Mungkin seni percintaan pertama sepanjang hayatku. Bukan kehendak dan kerelaanku ua untuk menjadi begini. Namun, aku juga manusia biasa yang sering di nodai masa-masa sukar dan perit yag mencemburui kebahagian yang memang aku impikan. Aku bukan batu yang hidup tapi hanya mampu diam membisu disepak diterajang oleh predator-predator lain.

Ya, mungkin apa yang aku coretkan ini, aku calitkan di dalam warkah khas ini akan membuatkan aku mengenangkan mu. Mungkin juga akan menyiksakan diri dan hatiku. Tapi tidak mengapa, mungkin jodoh kita bukan untuk bersama, tapi hanya untuk pertemuan singkat yang membuahkan bibit-bibit cinta dan kasih sayang yang begitu mendalam. Kalau dulu mungkin kata-kata bagai pinang di belah dua, tapi sekarang yang tinggal hanyalah durian yang di belah dua. YA, aku sayangkan kau. Setiap detik dan ketika kita bersama, membuatkan aku seperti terapung di awangan kayangan yang hanya menantikan dirinya sebuah masjid sebagai mahligai untuk kau dan aku bersatu bermadu kasih yang padu dan jitu. setiap saat dan minit yang kita lalui juga menambahkan rasa sayang dan cintaku kepadamu, rasa kasih di kalbuku, mungkin kau juga begitu. Tapi itu mungkin dahulu sebelum apa yang melanda kita semalam. Mungkin bagimu aku seperti lelaki lain yang hanya pandai bermain dengan kata- kata dan melukai hati mu selepas janji-janji dan sumpah setia yang pernah aku berikan. Tapi bagiku, Sumpah Demi Allah, tiada niat langsung ingin mempermainkan dikau. Apatah lagi ingin melihat kau bersedih, menangis, terluka. Sepanjang perkenalan kita, wjud atau tidak bibit-bibit cinta itu, tidak terlintas langsung di benak fikiranku, di ruang mindaku, apatah lagi jauh di pelosok hati ku, di kiri kanan otakku, untuk memainkan dan melukai perasaan mu yang suci dan bersih itu dalam menyayangiku. Untuk manyakitimu, apatah lagi??


Dengan lafaz Bismillah, aku memberitahumu apa yang telah pun aku beritahumu. Bukannya aku terasa atau berkecil hati, tapi aku mahu kau gembira dan bahagia selepas dari aku. Dan tidak lagi akan disakiti perasaanmu oleh cinta dan kasih sayangku padamu. Mungkin bagimu ianya sesuatu yang biasa apabila menyatakan yang kamu tidak lagi gembira bersamaku, tapi bagiku, begitu siksa sekali untuk menelan pahit dan kelat disebalik hamburan ayat-ayat pedih mu itu. Apatah lagi tatkala aku berada di alam fana cinta yang kali pertama terpalit di celah ruang hati naluriku ini walhal semakin jelik di perspektif hatimu. Maafkan aku. Mungkin juga kerna aku pendaang baru yang kosong memori dalam percintaan untuk mempertahankan mahligai fantasi kasih sayang kita bersama. Tapi lebih baik aku mengundurkan diri daripada terus dihimpit rasa bersalahku yang semakin hari semakin menyakiti perasaan mu. Mengundur diri ini bukanlah bermakna tiada lagi sillaturrahim antara kita, tapi ada batasnya melalui status yang kita pernah labelkan dahulu. Aku cuma harapkan agar kau dapat menerima pemergianku dan tabah melalui hari-hari yang mendatang tanpaku disisimu sebagai teman yang istimewa.

Sekian lama ada saja di celah-celah assemblaj hatimu dan hatiku seribu keretakan dan pelbagai perkara yang seakan-akan mahu memisahkan kita. Namun aku tabah dalam mempertahankan kesucian diantara cinta dan sayang kita. Aku tekad dalam toleransi dan pertimbangan untuk meneruskan apa yang terbaik dan bahagia buat kita berdua. Mungkin dahulu pernah aku katakan tiada kenangan sepanjang perkenalan kita, kerna bagiku kenangan sebelum diijabkabulkan adalah yang paling amat menyiksakan. aku takut untuk menghadapi saat-saat suram dan perit seperti saat sekarang. Aku takut..!! Mungkin aku bukan lelaki yang gentleman la katakan sebab aku menangis di hadapanmu. Tapi aku minta maaf kerana itu satu kewajipan bagiku untuk meluahkan rasa sedih yang menyelubungi perasaanku dan kalbuku. Kerna aku terlalu menyayangimu dan sesungguhnya aku juga sebenarnya tidak rela dengan perpisahan ini. Walaupun bagiku perpisahan ini juga boleh bertukar menjadi pertemuan dan peluang kedua bagi ku, namun amat pedih untukku menerimanya walaupun untuk sesaat. namun apakan daya, takdir telah melaungkan seruan yang amat-amat aku takuti dan geruni.


B, semalam juga sebelum aku dapat melelapkan mataku, aku terbuka pesanan ringkas darimu. sebak, sedih, pilu, siksa dan pelbagai lagi perasaan yang mencengkam hati dan naluriku ini. Namun aku tidak boleh menyesal dengan semua ini kerana ssungguhnya ada hikmah yang lebih besar disebalik apa yang berlaku. Dan aku tahu serta yakin, ALLAH itu maha berkuasa dan mengasihani, malah mampu untuk mengubah segala-galanya. Mungkin terdapat lagi kekasih yang bakal menggantikan aku, yang lebih berpekerti mulia, mampu membimbing mu ke jalan yang lebih diredhai dan dirahmati. MUngkin Dia telah pun tercipta untukmu, tapi bukan aku. Mungkin dengan pengunduran diriku ini dapat memberikan ku sedikit ketenangan dalam menempuhi kehidupanku ini. Walaupun bukan padaku, tapi padamu juga. Mungkin ianya dapat membutkan hatimu lebih teguh selepas ini, tiada lagi jerit perit hatimu jika aku tiada disisimu.

Jangan bimbang sayang, selagi termaktub di dalam buku-Nya, aku adalah tercipta untukmu, maka akan bersatu juga kita walaupun bukan di dunia yang nyata ini, di akhirat kelak INSYAALLAH. Hanya apa yang ku minta agar kau percaya pada Qada' dan Qadar setiap kejadian yang Maha Agung itu. Aku sentiasa mendoakan apa yang terbaik dan yang mudah buatmu dan juga diriu. Malah lebih ku pinta bagi pihakmu kerna aku lebih menyayangimu.

Tatkala aku menekan setiap huruf-huruf di komputer ini, seribu pemikiran dan pertimbangan wujud di benak fikiranku. Mengalir lagi air mata iini. Betapa sayangnya aku padamu. memang tidak dapat aku gambarkan. Mungkin benar apa yang orang lain katakan, menulis dari hati adalah berbeza, malah baru sekarang aku dapat merasakan perbezaan itu. Menulis dengan linagan air mata yang bercucuran. Demi ALLAH, perkara ini juga memang ingin ku hindari dari mula kita berkenalan dan bertentangan mata. Tapi apakan daya, kekuatanku terhadap galur-galur tiang yang menahan cinta kita dan sayangku padamu telah rapuh ditelan rasa pedih dan perit yang mendalam. Aku terlalu lemah untuk membuat keputusan ini. Kerna aku tau kita saling menyintai dan saling menyayangi. Tapi....


Selesai bercakap denganmu semalam, lantas terus ku capai pelikatku.Bergegas aku ke tandas dan cergas melaksanakan tanggungjawabku terhadap Nya. Aku berwuduk sambil menangis mengharapkan agar Dia dapat meredakan ketegangan perasaan ku yang kian memuncak ini. Harpan untukku mengadapNya dengan khusyuk juga musnah seketika. aku tidak berdaya untuk melupakanmu walupun untuk seketika. Lemah pergerakanku. sujud terakhirku aku menangis sepuas-puasnya. Aku mula takut kalau-kalau itu membatalkan sembahku terhadapnya.

Selesai solat Isya' aku teruskan dengan gagahkan tubuhku untuk meneruskan solat istikharah pula. dengan harapan agar mendapat petunjuk dan hidayah daripada apa yang aku lalui hari itu. Aku menangis dalam setiap langkah pergerakanku. Doaku juga kuiringi degan linangan-linangan air mata.

Perlahan-lahan ku angkat tangan dan berbisik dalam doaku..


"Ya Allah, kalau benar bukan dia yang telah kau ciptakan untuk melengkapkan hidupku, maka kau tunjukkanlah jalan untuk kami lalui hari yang mendatang tanpa berasa sakit dan siksa ya Allah. Janganlah kau sekali-sekali mengizinkan aku berpelakuan buruk dalam menentukan hala tuju perhubungan kami ini. Aku lemah dalam menbuat keputusan, hanya Kau sajalah tempat aku meminta petunjuk dan hidayah."

B, bukan pintaku ini untuk selama-selamanya. Mungkin pertemuan semula kita di suatu hari yang lain nanti akan menjadikan kita sepasang Adam dan Hawa yang begitu bahagia dan diredhai. apa yang ku harapkan agar kau tabah dan kuatkan semangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan sekali-kali kau lupa pada-Nya. Mintalah apa saja kepada-Nya, sesunggunya Dialah yang menentukan segalanya. Jika benar kita akan bersama, di dunia lain pun akan di tetapkan oleh-NYa. Jangan seskali kau menghancurkan dirimu hanya kerna peristiwa ini. Aku percaya padamu dan keyakinanmu. Dekatkan dirimu dengan-Nya, maka akan mudahlah segala urusanmu. Maafkan aku dengan keputusan ini. Maafkan aku dengan segala apa yang telah kita lakukan bersama, apa yang ku lakukan di belakang mu, di hadapanmu, halalkan apa sahaja yang berkaitan denganku padamu, halalkan apa sahaja yang tercalit tentangku pada dirimu. Maafkan setiap perilaku dan perbuatanku padamu, walau sebesar zarah sekalipun. Padaku, apa saja yang berkaitan dengan dirimu aku halalkan dan maafkan. Aku relakan apa sahaja yang pernah kita lakukan bersama. Maafkan aku sayang..!!!


Maafkan aku..!!!


Ikhlas dari hati,

IJOI

Friday, August 7, 2009

Entri luahan lagi kot - aku bosan, jadi aku menulis..

Aku bosan, jadi aku menulis,
Takkan aku nak isap rokok?
Sebab aku bukan perokok....

Aku bosan, jadi aku menulis,
Takkan aku nak melepak?
Sebab aku bukan kaki lepak...

Aku bosan, jadi aku menulis,
Takkan aku nak clubbin'?
Sebab aku bukan kaki clubbin'...

Aku bosan, jadi aku menulis,
Takkan aku nak buat maksiat?
Sebab aku bukan kaki maksiat...


Aku bosan, jadi aku menulis,
Takkan aku nak......TIBA-tiba...!!!


"Baik ko pergi berzikir ke, baca Quran ke, mayang sunat ke..!! Malam Jumaat ni..Ke ko ni bukan kaki Ibadat??!!"

"Yela2, aku g mayang Isya' jap.."

Gaaaaa......






p/s: Gua bosan jadi gua menulis, kalau lu orang ???

Free Signature Generator

Free Signature Generator

Tuesday, August 4, 2009

Entri LUAHAN - Pinta Ashinta

Makan cukop..
Minum cukop..
Tidur cukop..
Rehat cukop..
Belajar cukop..
Duit pun cukop...

.........
.............
....................!!!!


ZZZZ...ZZZZ...zzzz...zzzzz....zzzzzz..................

.........
............
...................!!!!

Booommmm...!!!!!!!
Booooommmmm....!!!!!
Boooooooommmmm....!!!!

Arghhhh.....Apa lagi?!
Aku dah bohsan!!

Esok macam mana??!!
Ulang dari awal...........



Free Signature Generator

Free Signature Generator

Sunday, August 2, 2009

Lame gile tak update..!!!!!

"Ting Tong"

Salam semua...

Kepada pembaca-pembaca yang berkenaan dan yang tidak berkenaan, ada beberapa pengumuman disini:

Bukan menyepi tanda dah pergi,
Bukan menyendiri tak mau berseri,
Bukan memencil tak mau di panggil,
Bukan menyorok tak mau seronok....

Sungguh sibuk betul 3-4 minggu ni. Gua tatau apa yang sibuk sangat. Kalau sibuk badan tu lain la kan.Tau tak sibuk badan??Busy-body la.
sekarang ni gua tengah praktikal (praktikum) jadi banyak kerja yang gua nak kena bereskan dulu. Lepas praktikum ni InsyaAllah gua nak aktif balik dalam menghantar bahan-bahan baru dalam blog gua ni ok.
Kepada sesiapa yang dah biasa baca blog gua, gua harap lu orang dapat bersabar sedikit masa lagi. Berikan gua ketengan yang hakiki dan azali untuk gua menyiapkan tugasan gua yang bakal menentukan masa depan gua.
Kepada yang tak minat dengan blog gua, tak pon yang menyampah harap-harap lu orang berseronok dengan ketiadaan gua sepanjang beberapa minggu ni.

"Sekian, Terima Kasih"

"Ting Tong"

Free Signature Generator

Kelip-kelip..!!