Yang sudi menjengah...TQ

Sunday, December 26, 2010

Orang kata, kata orang la kan, kata-kata orang tu...



Kata orang kan kadang-kadang kalau kita lalu kat tempat yang ala-ala seram kan, maknenya ade la sesuatu kat situ. Macam lu orang lalu bawah pokok besar ke kan. Kata orang la kan,Mesti kadang-kadang segala jenis bulu lu orang akan meremang kan mase kat bawah pokok tu. Takkan tak kot. Bedo'oh la. Tapi kalau pokok tu tepi Times Square ke, Pavilion ke gua tak tau la. Gua pun kadang-kadang ade gak terase macam tu. Lu orang??

Kata orang kan kadang-kadang benda tahyul mahyul ni dapat tolong kita bagi senang. tapi ni khurafat la bagi gua. Syirik segala tok nenek la. Macam cite Ngangkung. nak kaya punya pasal lupa tuhan. Lupa semua. Haramjadah punya perangai. Kata orang lakan, kalau ade orang yang gantung dirisampai mati a.k.a bunuh diri la, kita boleh amek tali die lepas tu lilit kat pinggang waktu nak pergi beli nombor. Nanti kompor kene 1st-3rd prize tak kira la 4D ke 6D ke. Magnum ke TOTO ke. Huishhhh!!~

Kata orang kan, kalau kita duduk kat tempat-tempat sunyi sorang-sorang kita jangan bayangkan apa-apa. Kalau tak nanti benda tu muncul. Habis tu kalau gua lepak sorang-sorang dalam bilik agak-agak kalau gua bayangkan Linda Onn datang tak dianya?? Harammm!! Tapi tak tau la plak kalau kes tu kes alam ghaib. kan-kan. kata oran kan kalau kita nak tengok hantu ke apa ke yang dalam alam lain kan, kita boleh buat satu cara ni. Tapi cara kamikaze la ni. Kalau lu orang buat kan nanti bukan setakat Hantu Kak Limah lu orang nampak, tapi hantu Janin, Damping malam, Histeria, semua cerita hantu kat Malaysia ni lu orang boleh tengok. Ok..!! Kata orang la kan, kita boleh sapu air mata kucing kat mata kita. kalau takde kucing kambing pun jadi la. Mana-mana la. Tapi jangan sapu air mata babi pulak, mati lu nak samak. Kalau dah sapu ada orang cakap akan nampak terus. Ada yang cakap nampak waktu malam n waktu gelap jek. Lu orang cuba la.

Kata orang kan, kalau letak sabun kat ketiak, biar satu malam esok boleh demam kora. kalau zaman kanak-kanak dulu kalau nak ponteng sekolah boleh la buat cara bangang ni. Gua tak pernah buat. Tapi orang yang cakap kat gua. Kata orang la. kalau nak lagi efektif boleh gigit sabun tu lepas tu kunyah slow-slow. Sikit jadi jangan banyak pulak. Mampos nanti gua tak payung insurans lu. Kata orang la kan.

Kata orang la kan, jangan dengar kata orang yang pinjam kata-kata dari orang lain. Macam sekarang ni, gua bagitau apa yang orang kata, kalau lu orang nak bagitau orang lain lu orang cakap kata orang lain pulak. Bukan lu yang kata. So kata orang jangan dengar lah kata orang yang bagitau pasal kata orang lain. Kalau orang lain tu pun bagitau dari kata-kata orang lain, baik lu orang tak payah dengar. Hahahaha..~


p/s: Gila..!!~

No comments:

Post a Comment

cakap jek..

Kelip-kelip..!!