Yang sudi menjengah...TQ

Tuesday, December 14, 2010

Menanti sebuah jawaban....

Bulan 12 dah. Dah nak masuk tengah bulan. Penempatan guru-guru pelatih ambilan sama dengan gua tak dapat lagi. Menanti sebuah jawaban. Baik tukar jadi menanti sebuah jamban!! Ye la. Kalau dah tunggu orang tengah berak nak-nak time perut memulas. Samalah macam kes ni. Hantu!!

Gua ade dengar cerita, tapi bukan cerita 2 Alam la. sebab cerita tu macam cilake. Cerita yang gua dengar ni tak bape sedap macam gua makan BlueBerry cheese Cake Sikret resepi punya. Ade ke desas desus gua dengar penempatan guru-guru akan datang lewat. Ok. Gua tak kesah sangat kalau lewat setakat 2-3 minggu. Tapi yang gua naik hangin sikit sebab ade yang cakap penempatan akan dapat bulan Jun 2011. Memang F....!!~

Mengharap gaji?? Kompom la kan. Gua berfikiran Mahathir OK. Bukan gua berfikiran macam Pak Jaber dan Pak Abu dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) arahan Mamat Khalid. Sapa cakap die tanak keje kerajaan, pergi terjun KLCC sekarang. Lu orang jangan percaya cakap Abang Ucop dalam cerita HKLBR tu..

"Itu le kamu, mengharap benor dengan sabsidi gomen.."

Dalam surat perjanjian dah ada termaktub yang penempatan akan dapat. Bermakna kat sini yang kuar-kuar je dari IPG yang terchenta ni terus dapat jadi cekgu. Hah!! Jangan janji tinggal janji. Kelak orang makin benci. Last-last semua lompat parti. Arghh!! Benci sembang pasal politik ni.


Menanti sebuah jawaban. Huh!! Tak pasti. Jangan dok harap, tapi kalau dah ada hitam putih boleh la jugak buat bukti untuk harapan yang menggunung kan. Hah! Bukan memprotes, tapi cuma kebimbangan gua makin memuncak. Sama memuncak macam nafsu Maria Ozawa. Terlampau memuncak. Sebab tak sabar nak tau sekolah mana yang bakal gua curahkan bakti walaupun ramai kawan gua yang masih tak percaya dengan kerjaya yang gua dah pilih ni.


Apsal gua tulis serabut macam ni??!! Arghh..!! Tido lagi baik. Hujung bulan ni gua tunggu dapat sekolah mana. Harap-harap dapat kat tempat yang gua pilih. Tolong jangan tanya negeri mana OK. Hahah. Kalau nak tanya tanya kat FORMSPRING gua kat tepi blog ni.


p/s:
PS 3 ke Xbox?? Hahaha dah jangan melalut. Gua seru Hantu Kak Limah kang baru lu orang kecut.

7 comments:

  1. jawaban or jawapan????

    aku confuse sampai sekarang

    sama gak ngan nenas or nanas

    ReplyDelete
  2. sabar je la. kami (ipta fakulti pendidikan) pun seminggu mula kerja baru dapat penempatan. cuti sekolah ada lagi 3 minggu

    15 nov 2010- keluar keputusan penempatan
    22 nov 2010- daftar (terus kerja)

    ReplyDelete
  3. kimi..
    mmg dorg suke wat cite2 m'debarkan psl posting lewat ni..mcm kitorg yg 1st batch ni hari tu la..

    tp..mmg sakit jiwa pun tggu2 lama mcm ni..

    ReplyDelete
  4. haha bleh plak kan kemarahan memuncak macam nafsu kat makcik maria ozawa ye bang...haha

    kau cikgu aper?

    -jawab kat blog aku-

    tkot nanti aku terlupa nak baca balik komen kat siini.heee

    ReplyDelete
  5. lumut:
    bengang macam lagu mantera.. penah dengar?? rujuk utube.. bukan porntube tau!!

    ReplyDelete
  6. lumut:
    apsal invited je blog lu?? aduyaiii!!

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!