Yang sudi menjengah...TQ

Friday, December 31, 2010

Mohd Saiful AZAM bin Rosli

Hah. Jangan ingat gua gay sebab letak nama lelaki dalam blog gua. Gua tetap stret ok!! Nama tu gua letak sesaje je.So kalau ade yang terase gua mintak maaf. Gua bangun tido pagi tadi lepas gua ke tandas terus terlintas nak letak nama ni dalam tajuk entri gua kali ni. Biar arrr....!!! Bukan Kak Limah nak marah pun. Abang Usopp dengan Hussein tak cakap apa-apa pun pun. Hah!!

Marah!!

Ok. Menjelang bebrapa jam je lagi kita nak meninggalkan alam 2010, so gua nak buat entri pasal tahun baru la. Baru la ikut tren. Hah!! Azam tahun baru, Biasa lah semua nak wish tahun baru dan berazam baru. Bagi holongan yang memenag bernama AZAM memang best. Sebab takyah tukar-tukar AZAM die tu. Kalau tukar leceh nak ke JPN. Hahaha. BODOH gua!! cakap pasal Tahun Baru je semua nak azam baru. So lu orang camne. Dah buat azam baru ke. Ye la biase kalau yang isap rokok nak berazam tamau isap dah tahun depan. Tapi yang gua tengok makin banyak di sedutnya lagi ada la. Yang berazam lepas tu nekad buat betul-betul tahniah la gua ucapkan. Memang berbaloi baloi baloi......~

Keci-kecik dulu ade jugak cekgu yang tanya gu apa azam baru gua. Tapi mase tu gua kecik lagi. Gua takde SPM. So gua jawab pun ntah apa-apa. Nak kasitau lu orang pun gua malu.

"Tapi sekarang tak. Abang ade wawasan!! Abang nak jadi penyanyi Rock. Macam Amy Syearch..!!" kata Hussein.

Saban hari gua rase macam senang je gua tukar azam. Padahal azam tahun lepas pun tak tertunai-tunai. Memanglah nama je azam, tak janji. Tapi kalau itu yang memberikan kebaikan apa salahnya kalau kite berharap benda tu menjadi kan. Kalau nak cakap pasal azam gua, gua tak penah tukar azam. Hah!! Bukan pasangan gay gua ok..!!

Azam gua:

Azam tahun 2011..... Nam tunaikan azam 2010
..................Azam tahun 2010..... Nam tunaikan azam 2009
....................................Azam tahun 2009..... Nam tunaikan azam 2008
..................................................Azam tahun 2008..... Nam tunaikan azam 2007
.................................................................Azam tahun 2007..... Nam tunaikan azam 2006
...............................................................................Azam tahun 2006.... Nam tunaikan azam ...errr

Azam tahun 2005 je yang lain.Ni sebab tahun ni bermula hidup gua dalam alam pendidikan walaupun tak semua orang nampak gua macam seorang pendidik. Hah! Gampettttt!! So azam gua pada tahun 2005 ni gua berazam nak ubah jiwa dan diri gua untuk menerima satu alam baru yang gua tak pernah terfikir pun masa kecik-kecik dulu. Gua nak ubah jiwa gua untuk menerima alam pendidikan sebagai seorang guru. Padahal mase sekolah dulu perangai setan! Tak hengat!!

Erm tu je la yang gua nak cakap. Yang lu orang baca rasa bosan sila keluar sekarang. Bukan tutup blog gua. Kuar dari rumah dan cari gaung terdekat terjun la. Kalau boleh jangan naik-naik dah. Nasihat berguna dari gua kan.





p/s:
Selamat Tahun baru kepada semua yang mengenali gua. Para pembaca yang gua tak bape nak kenal pun gua wish juga selamat tahun baru bro-bro dan sis-sis. Bro ok bukan BROK!!

4 comments:

  1. still cont. ur azam..bagus2..hepi new year 2011.

    ReplyDelete
  2. asl x letak mohd saiful azam kamaruddin je

    ReplyDelete
  3. ekceli sape la yang reka pasal azam2 taun baru ni ek? kadang2 macam nonsense je.

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!