Yang sudi menjengah...TQ

Sunday, December 19, 2010

Music atau Muzik ??

Kalau sebut muzik tanah air dengan muzik negara jiran mesti banyak perbezaan kan. Gua pun tak lah pandai sangat bab-bab ni. Tapi gua pun boleh bagi pendapat kan. Bukan takleh sokong muzik negara lain . Tapi kalau boleh ingatlah negeri sendiri jugak. Ala, kalau muzik tak best pun cuba-cuba la nak jadikan best kan. Ni bila sebut je lagu yang kurang mendapat pehatian rakyat-rakyat jelata semua jebik je. Apa salah dengar dulukan. Ntah-ntah masuk selera lu orang kan ?

Kalu nak cakap muzik atau lagu yang di cipta komposer tanah air kurang memuaskan, tak ikut trend, selera la apa lah, bukannya komposer-komposer tu tau selera lu orang. Gua bercakap ni sebab gua ade gak la dengar kawan-kawan gua kutuk lagu-lagu keluaran tanah air terchenta ni. Tapi pelik lah diorang kutuk tanpa dengar dulu lagu tu. Pastu gua tanya macam mana lepas diorang dengar lagu tu, mula la malu-malu anjing lak nak mengaku sedap. Masyakarat!!

Lu orang penah dengar tak budak ni ; 'Budak Baru Belajar Muzik' Budak ni suka sangat buat-buat lagu. Tapi banyak instrumental. Bila gua tanya budak ni dia jawab die takleh nak rakam sore die sebab dia tau takde kelayakan untuk di pasarkan. Kat pasar ikan pun tak laku, inikan pula pasaran komerSIAL ni kan. Haha..~

Semalam gua dengar lagi radio kegemaran gua iaitu SINAr Fm. Gua suka radio ni sebab die mengimbau nostalgia lama-lama. Lagu lama-lama. Cuma gua kureng dengan DJ die lah. Bukan tak suka, tapi gua lebih berminat mendengar celoteh DJ hot. SINAr ni gua suka sebab lagu jek. Banyak lagu-lagu tanah air yang di putarkan. Tak macam radio yang kononnya menarik suatu ketika dulu. Radio apa lagi, Radio ex-isteri Yusri KRU la. Kalau seminit tak putarkan lagu-lagu Indon mesti taksah. Agaknya kalau tak main lagu Indon kena ganyang gamaknye dengan mamat Indon kat sini. Macam mana nak menyokong MUZIK kan?? Kalau dah pasang MUSIC-MUSIC jek.

Macam X-Fresh lak gua suka gak. Sebab men kan lagu-lagu tanah air. Lagi la piorrr tempatannya. Tapi gua kurang mendengar sangat sebab lagu-lagu die banyak dari komposer-komposer indie kan. Telinga gua lebih terngiang-ngiangkan lagu-lagu lama macam lagu-lagu Rock Kapak, 60-an, 70-an dan yang lama-lama la senang citer.

Cakap banyak pun tak guna, sepak pun tak kena. Gua lebih suka dengar MUZIK tau daripada MUSIC. Terserahla kan kat lu orang sebab hati masing-masing kan. "Iye le kite ni takde SPM, iye dak??Hek eh!! Hek Eh!!" bak kata Awie@Hussein.


p/s:
Muzik untuk melayu dan MUSIC untuk antarabangsa. Jangan lupa tengok 'Budak Baru Belaja Muzik' tu ye. ;)

1 comment:

  1. gua layan musik or muzik yang lunak kat telingga gua ajer

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!