Yang sudi menjengah...TQ

Wednesday, June 23, 2010

"Ayah, bila nak datang amek orang balik sekolah ??"

Syyssshhhhh.........(angin sepoi-seoi)


3 hari lepas satu dunia menyambut hari yang amat bermakna buat ibu no dua. Bapa lah senang kata. ramai yang wish kan kat bapa-bapa lu orang. Mesti besh. Gua lepak kat kampung cuti-cuti ni sambil-sambil gua dapat juga menghabiskan hari bapa gua dengan ibu dan keluarga gua yang tercinta. Sehari sebelum hari bapa ada satu kes.

"Nak tempah kek yang MakAndak buat hari tu . Nak sambut hari bapa."


Wah best nya. Siap tempah kek lagi untuk hari bapa. Mesti seronok lepak rumah sambil makan kek ngan ayah kan. Mak Andak pun buat lah kek tu, sambil di tolong anak-anaknya yang agak kreatif dalam menghias kek sampai mengarut jadinya. Hahahaha.. Tapi dalam seronok anak-anak itu menyiapkan kek, kita tak tahu apa perasaan diorang. Hanya yang ada ibu dan anak-anak sahaja. Tiasa kelibat bapa. Pun begitu, masih tetap dapat menutupi kesedihan bertahun lamanya keluarga itu tanpa bapa.


Sebelum tu juga gua ada terbaca dekat FB member gua, PC, yang menulis tentang suaminya. Status yang dia update tu memang gua dapat rasakan kesunyian dan kehilangan insannya yang tersayang. Memang yang tiada itu suami padanya, bapa untuk anak-anaknya, takkan sepupu pulak kan. Tapi bagi gua memang terlintas lah yang kesedihan menyelubungi suasana apatah lagi sewaktu hari-hari sebegitu. Macam masa sambutan raya, hari ibu, hari jadi seseorang dan macam-macam lagi. Tipulah kalau kita tak pernah berasa sedih atau kosong.

Buat PC, sabarlah k. Anda sememangnya tabah memandangkan anda masih mampu bergelar IBUBAPA. Bukan ibu sahaja walaupun lu adalah wanita.

Bagi yang masih meratapi kehilangan bapa yang tersayang, jangan lah bersedih lagi. Apa yang pergi tetap pergi dan memang takkan kembali. Keluarga makandak dah hidup lebih dari 15 tahun, MakAndak hidup tanpa suami, dan anak-anaknya hidup tanpa bapa tersayang. Namun mereka tetap tabah. Tahniah anak-beranak Makandak. Semoga sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.

Selamat Hari bapa untuk semua bapa-bapa. Bagi yang masih mempunyai bapa, jangan abaikan orang tua tu ok. Jangan hampakan mereka. Dan sentiasalah sayangi mereka selagi masih sempat dan masih bernafas. Jangan kelak lu orang meratapi kehilangan nya.

Orang yang perlu di sayangi :

#1 : ibu
#2 : ibu
#3 : ibu
#4 : Bapa..







Selamat hari bapa semua.....




p/s: Gua bersyukur sebab makandak tu tabah. Dan dia adalah IBU dan BAPA yang terbaik di dunia. SUMPAH..!!


l(*_*)/ Hooorey untuk Makandak...!!

4 comments:

  1. selamat hari ayah utk ayah aku!!!

    ReplyDelete
  2. hujan:
    selamat hari juiga untuk ayah lu..hahah

    ReplyDelete
  3. sedeh! tahun pertama hari bapa tanpa beliau.
    untung yg masih punya yg boleh dipanggil bapa.

    ReplyDelete
  4. the girl;
    salam takziah... semoga anda tabah..gua dah 20 tahun tanpanya =)

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!