Sunday, June 27, 2010

Gua mula rase takut..!!

Hah kalau gua tulis pasal jiwang-jiwang dan perasaan kat sini mesti lu orang kecoh-kecoh nak tau kan?? Haha.. rileks gua bukan artis yang femes-femes nak jadi gosip. Tapi kali ni memang gua nak tulis perkara yang berkaitan dengan perasaan gua. Bukan apa gua harap-harap sangat ade yang dapat membantu gua. gua rase sucks sangat sekarang ni. Dalam hal ni gua bukan lah nak menyalahkan sesiapa, tapi memang serius gua dah stat mula rase takut nak mengusha-mengusha pompuan. Tau kenapa?? Hah itu rahsia.

Ok kalau yang tu rahsia, yang ni gua bagitau kat lu orang. Ini memang kisah benar dalam hidup gua. Tak kiralah kalau adek ke mak abang gua ke yang baca. Yang penting gua nak bagitau cerita panas ni kat lu orang.

Mesti lu orang penah tertanya-tanya kan nak-nak kawan-kawan gua, KENAPA GUA TADAK AWEK sampai sekarang kan ??

Macam ni kisahnya. Dulu masa sekolah gua ade minat sorang minah tu. Gua kenal die pun waktu tingkatan 3. Nama? Rahsia la. Gua bagi hint je: E. Kalau dia baca entri ni dia tau la. =) Lepas gua tangkap lentok ngan minah ni, tetiba kawan gua pulak cakap dia nak usha minah tu. Gua pun dengan bangang nye terus menjadi penolong kanan kepada member gua tu. Padahal gua nak usha minah tu. Akhir sekali member gua dapat dia. Ok tak pengorbanan bangang yang gua buat ?? Hahaha.. Susah beb nak terima sebab dan akibat kebangangan diri sendiri.

Naik tingkatan 04 gua ade baek ngan sorang minah laen pulak. Hint = Dayah nama dia.Tengah dok syok-syok gua dengan dia dok tukar-tukar biodata, surat-surat la, tetiba gua kena pindah sekolah SMART, Kuantan. Mula-mula memang gua pun selalu kontek die. Lepas tu masing-masing tak tahu haluan masing-masing. Tapi kitorang tak bercinta ok..!! Padahal gua dok kat SMART tu pon seminggu je. Hahaa... Balik sekolah lama gua taktau apa sebab terus gua dengan dia dah macam tak kenal. Hahaha... tahun ni gua dengar die dah kawen. Alhamdulillah. Memang itu pun yang gua harapkan. Kebahagiaan Dalam Perpisahan bak kata Shahir AF8.

Lepas SPM gua bawa diri kerja kat JB. Tp alhamdulillah gua tak terlibat dengan perasaan langsung waktu tu. Sebab ?? Sebab gua pun tatau apa sebab dia.

Masuk je maktab perghhhhhh.....

Gua minat ngan sorang minah ni. Hint?? = A. Tapi minah tu minat kat orang len daaa... Gua pun suke ngan dia sebab muka dia macam member baek gua dulu je.

Lepas tu kan gua kenal ngan minah ni. Hint = S. Sapa yang dapat agak tu paham-paham je la ye. Memang la gua selalu keluar dengan dia. Dan memang hampir-hampir tangkap cintan beb. Tapi bila gua usha balik, muhasabah balik diri gua, gua mula pikir kan. Kenapalah gua mesti cintakan pompuan tu tapi atas dasar simpati. Sebab tujuan utama gua cuma nak try ubah hidup die je. Hidup die macam dah tak menentu bagi gua. Bagi gua la k. bagi die tatau la. Dan gua mintak maaf sangat sebab gua tak dapat nak balas cinta dia. Sebab gua rase cinta tak bermakna kalau setakat gua cintakan + simpati kan. Dan sekarang gua tau die dah berteman baru yang lebih baik dari gua. Semoga berbahagia.

Lepas tu gua kenal dengan budak UIA . Hint??= I . Kalau dia baca pun mesti die tau punye maksud gua ni. Mula-mula kes nya gua cuma nak tolong bagi semangat je kat die, sebab die baru je clash ngan balak dia. Tapi lama-lama rase macam syok pulak. Tapi tetap tak bercinta ok..!! Lepas tu selang bape bulan gua tau la pulak kan member lama dia minat kat dia. Dan sampai sekarang durang masih kapel. Hahaha gua membuat kebangangan yang ke dua selepas kebangangan pertama waktu sekolah dulu. Sekarang gua tengok diorang hepi n bahagia je. Tahniah . Harap ke jenjang pelamin k.

Ni yang terbaru. Eh ade lagi. Sebelum gua kenal budak UIA tu ade la gak kes satu lagi kat maktab. Tapi tu rahsia besar ooooooooooooo... Hint ?? = A jugak.. Tapi die awek member gua. Takleh kacau. =p Hahaha..

Ok2. Ni yang terakhir. Dan yang terakhir gua rase sebab waktu ni baru gua betul-betul bercinta rasenye.. Kalau gua nak mula balik pun gua rase lambat lagi. Sebab gua dah mula takut. dann takut. Dan takut lagi. =) gua kenal dengan sorang minah ni. Baek. Sayang gua sangat-sangat. Gua pun sayang die sangat-sangat. Sebab apa gua cakap kali ni gua bercinta..?? Sebab gua memang rase gua menyayangi die sangat-sangat. Ddan sayang gua terbalas. Tapi macam gua cakap la. mesti takleh jadi punya. memang ade sumpah kot. Hahaha.. Gua suke die, dan die suka gua. Tapi entah kenapa tetiba dia cakap dia macam tak sedia lagi. Gamaknya gua ni tak pandai jaga kot. Hahaha.. Padan muka gua. Takpelah, paling tidak pon gua dapat gak rase nikmat bercinta sekejap. =) Terima kasih awak. Dan awak harus tahu yang saya tak penah anggap apa-apa yang buruk even apa yang dah berlaku k =) Saya tetap menyokong dan hormat keputusan awak. Kalau betul pun awak tak sedia dengan saya, tapi awak kene bersedia untuk some1 yang better than me k darl =) Dan gua harap sangat yang dia akan ubah fikiran dia. =)



Hah. Dah puas hati semua pembaca gua?? Suma dah tau kan ??? Mana yang dah rase hilang orang yang tersayang tu mesti paham punye kan. Gua pun memang serius gua cakap gua baru nak stat bercinta. Dan sebab utama gua nak mula sebab harapan yang gua nampak depan mata, harapan yang menggunung memuncak tinggi. Last-last gua tatau apa jadi, gunung tu hancur tau. Hahaha..

Sebab tu gua takut nak bercinta dari dulu, sebab bila gua dah sayang seseorang tu, gua akan sayang betul-betul. dah memang gua takkan sia-siakannya. Dan kalau gua dah sayang seseorang tu macam mana gua nak lupakan dia kalau gua tak kamcing dengan dia ??sekarang gua kena hadapi balik apa yang ua takutkan dulu. Hahaha.. Doa kan untuk gua k??

Sebab tu gua pernah buat entri yang :

Gua pernah menyintai seseorang,
Gua pernah di cintai seseorang,
Tapi gua tak pernah bercinta.

Dan gua sentiasa berdoa yang cinta yang bakal gua terima lain waktu adalah cinta yang betul. I dont want banana fruit two time. Gua pun baru dapat rase macam mana orang putus, ditinggalkan or macam-macam lagi. Padahal gua rase gua tak bercinta pun lagi. Haha baru je nak mula, dah rase macam ni. Kalau yang dah lama macam mana la gamaknye kan?? Apa-apa pun gua akan cuba menjadi yang terbaik dalam bercinta, sebab gua takde pengalaman bercinta. Dan gua taktau macam mana nak mainkan perasaan seseorang, sebab durang pun sama dengan gua, ade perasaan. Kan?? Dan bukan senang untuk gua mainkan perasaan pompuan, nak jadi playboy ke, ingat senang ke weh?? Banyak kriteria-kriteria dia tau..!! Hahaha...



Gua ingat lagi member gua ade cakap :

"Nak cari CINTA memang senang, tapi nak mendapatkan KESERASIAN tu memang susah..."

p/s : itu yang gua takut tu..!! Dan takut lagi..!! Dan akan takuttttttttt........!!!!~


Wednesday, June 23, 2010

Sempena 11September (World Trade Centre runtuh )

Check List Saya Untuk Awak:


1. Berlatih lagu Another u. - OK

2. Bawa kereta slow-slow.- Ok

3. Tak panggil awak macam ex awak panggil awak. - Ok

4. Jaga privacy perhubungan. - Ok

5. Belajar untuk memujuk. - Still in progress (tak sempat lagi)

6. Lukis gambar awak. - Ok

7. Memasak untuk awak. - Still in progress ( tak sempat lagi )

8. Jangan mesej selalu, nanti awak cepat bosan dengan saya. - Ok

9. Nak pergi TC dengan saya. - Taksempat lagi.

10. Tak nakal-nakal. - Kompom la.

11. Sayang awak dalam-dalam. - Lagi kompom

12. Makan. - Ok
13. Bawa awak tengok show saya. - Tak sempat lagi.

15. Bawa awak tengok wayang. - Tak sempat lagi.

16. Belikan awak Elmo. - Still in progress

17. Sentiasa ingat awak. - Kompom sangat

18. Telefon awak sebelom tidur. - Ok

19. Ajar awak main gitar. - Tak sempat lagi.

20. Bawa awak ke tempat yang romantik. - Ok

21. Bawa awak ke tempat yang menjadi lambang kita bersama. Tak sempat lagi.

22. Beli Cloud9. - OK

23. ............... mungkin dah tak de kot. =)






Jadi kesimpulannya.. ~ I deserve it la kot... No wonder lah....

"Ayah, bila nak datang amek orang balik sekolah ??"

Syyssshhhhh.........(angin sepoi-seoi)


3 hari lepas satu dunia menyambut hari yang amat bermakna buat ibu no dua. Bapa lah senang kata. ramai yang wish kan kat bapa-bapa lu orang. Mesti besh. Gua lepak kat kampung cuti-cuti ni sambil-sambil gua dapat juga menghabiskan hari bapa gua dengan ibu dan keluarga gua yang tercinta. Sehari sebelum hari bapa ada satu kes.

"Nak tempah kek yang MakAndak buat hari tu . Nak sambut hari bapa."


Wah best nya. Siap tempah kek lagi untuk hari bapa. Mesti seronok lepak rumah sambil makan kek ngan ayah kan. Mak Andak pun buat lah kek tu, sambil di tolong anak-anaknya yang agak kreatif dalam menghias kek sampai mengarut jadinya. Hahahaha.. Tapi dalam seronok anak-anak itu menyiapkan kek, kita tak tahu apa perasaan diorang. Hanya yang ada ibu dan anak-anak sahaja. Tiasa kelibat bapa. Pun begitu, masih tetap dapat menutupi kesedihan bertahun lamanya keluarga itu tanpa bapa.


Sebelum tu juga gua ada terbaca dekat FB member gua, PC, yang menulis tentang suaminya. Status yang dia update tu memang gua dapat rasakan kesunyian dan kehilangan insannya yang tersayang. Memang yang tiada itu suami padanya, bapa untuk anak-anaknya, takkan sepupu pulak kan. Tapi bagi gua memang terlintas lah yang kesedihan menyelubungi suasana apatah lagi sewaktu hari-hari sebegitu. Macam masa sambutan raya, hari ibu, hari jadi seseorang dan macam-macam lagi. Tipulah kalau kita tak pernah berasa sedih atau kosong.

Buat PC, sabarlah k. Anda sememangnya tabah memandangkan anda masih mampu bergelar IBUBAPA. Bukan ibu sahaja walaupun lu adalah wanita.

Bagi yang masih meratapi kehilangan bapa yang tersayang, jangan lah bersedih lagi. Apa yang pergi tetap pergi dan memang takkan kembali. Keluarga makandak dah hidup lebih dari 15 tahun, MakAndak hidup tanpa suami, dan anak-anaknya hidup tanpa bapa tersayang. Namun mereka tetap tabah. Tahniah anak-beranak Makandak. Semoga sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.

Selamat Hari bapa untuk semua bapa-bapa. Bagi yang masih mempunyai bapa, jangan abaikan orang tua tu ok. Jangan hampakan mereka. Dan sentiasalah sayangi mereka selagi masih sempat dan masih bernafas. Jangan kelak lu orang meratapi kehilangan nya.

Orang yang perlu di sayangi :

#1 : ibu
#2 : ibu
#3 : ibu
#4 : Bapa..







Selamat hari bapa semua.....




p/s: Gua bersyukur sebab makandak tu tabah. Dan dia adalah IBU dan BAPA yang terbaik di dunia. SUMPAH..!!


l(*_*)/ Hooorey untuk Makandak...!!

Sunday, June 20, 2010

Puing-puing onak perasaan.

Takkan semua mata buta?? Takkan semua hidung tersumbat dengan mukus-mukus?? Takkan semua telinga pekak ?? Mulut busuk..?? Itu lu la beb.. !!

Puing-puing onak perasaan, macam-macam yang gua kaitkan. Bukan sehari dua gua hidup. Mungkin Maksom Lijah hidup lebih lama dari gua, dan lebih banyak pengalaman hidup. Mungkin juga Pakman Telor yang lebih dulu makan garam dari gua?? Lantak lah, nanti dia yang kena darah tinggi. Onak selalu je ade. Tapi kalau setakat onak, tidak mengapa. Jangan di tambah dengan duri yang tajam menikam. Cucuk ibu jari kaki pun sakit tau. Boleh kena kencing manis.. Hahaha..!! Sebab tu kita panggil onak duri. =)

Perasaan memang gua tak nafikan banyak memberi kesan dalam kehidupan kita. Man Babi pernah cakap kat gua yang.... Ok gua tipu. Man Laksa yang sebenarnya bagitau gua .... Ye la2 gua tipu lagi. sebenarnya gua sendiri yang nak cakap, perasaan boleh meragut segala-galanya dalam realiti kita. Ahhh.. !! Bohsan gila apa yang gua tulis ni. Ye sebab gua buhsan sangat sampai tahap nak ketuk ketampi je sebelum gua mandi. Ok berbalik pada persaan tadi. Perasaan emang sangat merbahaya kalu tidak dapat di kawal. Bukan sahaja orang muda, malah orang yang dah matang pun akan takut melalui detik melawan perasaan terutama jika perasaan itu memberontak. Ye macam remaja sekarang . Gua?? Gua dah tua ok. Dah dewasa, cuma muka je babyface. Hahaha..

Ok2 gua mengaku gua sekarang tengah pening dan buhsan sangat. Dah mabuk kepayang makan tapai dengan air Coke tadi. Gua pun tak tau naktulid apa sebab tadi gua tunggu IDM gua download software. Ok la gua chow.

Ingat ye: PUING_PUING ONAK PERASAAN = Hidup atau maut..!!!


p/s: gua ade perasaan, lu orang ?? Lu orang perasan je lebih..!!!



Friday, June 4, 2010

www.kimisai.com mungkin mimpi sahaja...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



****************************************(*_')****************************************
www.kimisai.com
************************************************************************************



Gua mungkin tak sehebat penulis-penulis blog yang lain. Tapi gua teringin sangat nak tulis sesuatu yang amat bermakna buat pembaca-pembaca. Bukan gua nak jadi glamour atau fees ke. TAK..!! Tapi bagi gua, kalau penulisan gua itu mendapat kritikan atau ulasan yang banyak, mungkin ianya meerupakan satu penghormatan bagi gua untuk meneruskan hasil-hasil tulisan gua. Walupun ade yang tidak menggemarinya, tapi bagi gua, sedikit peminta sahaja sudah cukup untuk gua meneruskan karya gua. Hasrat ini gua teruskan dengan niat dan keinginan gua untuk menulis di dalam blog yang berdomainkan nama sendiri. Gua nak cuba letak www.kimisai.com sahaja. Tapi tak tahu bila. Macam belum bersedia sahaja. Ermm barangkali mungkin hujung tahun ini ke memandangkan gua pun dah nak habis belajar =)

Luorang yang pernah menggunakan domain sendri rasa macam mana? Apa perbezaan. ..??


Thursday, June 3, 2010

Pokok itu kalau tak di siram baja....Kalau dah disiram baja selalu....

Pokok itu kembang membesar sebaik mungkin. Anugerah ALLAH pasti. Pokok itu di tepi rumah. Hampir dengan bilik tidur ku. Setiap hari akan ku keluar melihat pokok itu agar kelak pokok itu mengingati ku. Baja ku siram pada pokok itu. Ku harapkan ia akan berkembang. Pokok itu layu tiba-tiba. Ku siram baja lagi. Lagi. Lagi. Dan lagi. Pokok itu membesar kembali. Tinggi menunduk bumi. Menunduk ke rumah jiran. Apa perlu?? Sialan. Tunduk la ke sini, ke bilik ku. Di siram baja setiap hari, tetapi belot pada tuan mu sendiri...!! Persetan. Pokok itu... Semakin lama sukar untuk ku bercerita. Kerana... Pokok itu... Huermm... Pokok itu...........


Pokok itu layu jika tak disiram baja... Mekar ke lain pula bila disirami baja setiap hari..... Pokok....




p/s: dulu gua suka berkebun, tanam sayur gune kaedah hidroponik. Cubalah..!! Heheheh...~

Kelip-kelip..!!