Yang sudi menjengah...TQ

Friday, July 3, 2009

Praktikum ; penyu, murid dan guru peletih (masalah disiplin)

...Praktikum: Praktikal Untuk Mengajar....

Gua guru pelatih. Tapi setiap kali praktikum gua jadi lain sikit. Guru peletih pulak. Nak buat macam mana kan, dah tanggungjawab. Gua praktikum kat sekolah Bt 09, jln Kajang-Cheras. Best jugak la sekolah tu kalau nak dibandingkan dengan sekolah praktikum fasa 1 dulu. tapi yang gua nak citer, bukan pasal gua, tapi pasal member gua.

Kes ni terjadi kat Pandan, atau lebih detailnya, Sekolah rendah Pandan Indah. Member gua ni macam gua jugak la, buat praktikum. Tapi belliau sesi petang, gua sesi pagi.

Kelmarin dulu hari pertama, OK je masa masuk kelas.
Kelmarin hari kedua, OK jugak gua dengar. mungkin baru lagi.
Semalam hari ketiga, OK lagi, tapi hampr meletup jugak kepala main dengan budak-budak ni.
Hari ini, hari keempat, Wow..!!! Member gua terkena beb..!!


"Assalamulakum cikgu!!!"
"Waalaikumussalam murid2. Semua duduk...." selamba je member gua jawab.

Sesi P&P pun berjalan dengan lancar (memang la lancar, dah RPH tak buat lagi, so takyah mengajar) Minggu pertama berkenalan je dulu dengan murid2. Sesi soal jawab macam polis dengan penjenayah pun bermula. Member gua kenalkan diri gak. Lepas tu taktau nak buat apa, member gua tanya murid2...


"Siapa ada binatang peliharaan kat rumah?? Kucing ke, kambing ke, tenuk ke...."

Diam..!!
Sunyi..!!
Sepi pulak..!!

Kelihatan kesemua murid2nya mengangkat tangan tanda menjawab soalan yang diberikan member gua. Sibuk nak menjawab semuanya.

"Kamu.." tegas member gua sambil menuding jari beliau yang debab tu ke arah murid di belakang sekali.


"Ayam"

"Kamu.."
"Kucing Siam.."

"Kamu pulak.."
"Kambing..!!"

Kah..kah..kah..berdekah budak2 gelak sebab kambing yang disebut murid tadi.


Disuatu sudut menghala ke sebelah kanan kelas, kelihatan murid yang beriya2 mengangkat tangan siap berdiri lagi nak jawab.


Member gua dah semangat nak tau..

- Monolog member gua-
"semangat je.. ade bela apa ni??"
"siput babi??"
"Kerengga??"
"Man babi..??"
"Ke bela babi je terus?"


Member gua dah pentoi kepala tak tahu kenapa semangata sangat budak nie nak jawab.

"Kamu kat hujung tu, jawab...." tegas member gua.


"Ada cikgu, saya bela penyu..!!"

Bzzzzzzzzz.........!!!!!!!!!!!

Tersentak jap member gua. Huh.!!Penyu??!! Gila ka apa??!!
Member gua dah panas, macam Teh O panas kat IRC cafe. Nak lempang, anak orang.

"Penyu??Kamu jangan main2 dengan cikgu.."
"Betul cikgu..!! Saya tak tipu..!!Penyu tu kecik je"

"Penyu ke kura2?? Mana ada penyu kecik, mesti bsar..!!"
"Eh!! Penyu kecil kot. Tapi macam kura-kura.."

"Kura2 la tu. Tak pun Labi2. Takkan kamu nak bela penyu pulak. Kat mana kamu amek penyu kecik tuh??" tanya member gua dengan penuh minat.

Budak tu pun sengih@ghenyih kat member gua. Member gua dah syak sesuatu dah.

"Tak tahu cikgu!!"


"Eh kenapa tak tahu?? Kan kamu cakap ada bela tadi!!" bentak member gua. Kepala dah la pusing. Budak ni pulak main2. Member gua panas lagi, macam air panas yang ada larutan garam melebihi takat didih. Hahaha...

Dengan selamba budak tu cakap kat member gua......

"Macam mana saya nak tau, saya tak beli lagi penyu tu....."

KAH...KAH...KAH...!!!! Satu kelas gelak....!!!!

Member gua camna??....hehehe

Lu pikir r sendiri..!!!!



Free Signature Generator

2 comments:

  1. bodoh gila. mcam nak kene telan je budak tu hahaha dahla pale pening tak buat RPH gagagagagag

    ReplyDelete
  2. tau takpe..
    kalau aku bukan telang, aku camak je dr tgkat 3 tu..

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!