Tuesday, July 21, 2009

Semalam Bersama Paradoks II


Wow. Semalam yang hangat. Hangat dengan apa?? Yaaaa....... Hangat dengan budak2 Paradoks. Mimpi Dunia Gelap. Best..!!! Dulu Earth Hour. Best jugak walaupun tak sebesar yang ini.


*************************************************************************************
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Bukan senang nak dapat jemputan ke sesebuah majlis. Apatah lagi untuk menjayakan sebagai Penghibur. Semalam, Hari Ahad 19-Julai-2009 gua dengan kawan2 gua mengikuti satu program yang dijayakan oleh sebuah Pasukan Paradoks. Dulu gua dah ikut gak program pertama diorang iaitu malam Earth Hour, yang telah diadakan di Klang. Semalam gua ingat suasana macam dulu jugak. Sampai kat tempat kejadian iaitu Laman Budaya, Shah Alam, gua tengok dah tak macam dulu dah. Tahniah Bro Aloy dan kawan2 Paradoks. Walaupun baru dua kali kita jumpa, tapi gua rasa lu orang memang best la. Harap2 korang berjaya dengan nama Paradoks sampai bila-bila.

Apa yang best lagi, gua dapat jumpa dengan kawan blogger gua yang lain. Dark Ray dan Bias. Thanks la sebab korang macam ingat2 kat gua. Hahaha... Tapi gua tak sempat nak jumpa yang lain. Macam PatungCendana, gua dapat tau lu datang, tapi gua tak sempat nak jumpa. Lagi pun bro gua kasitau last2 minute. Tapi taktau la lu datang ke tak. Kawan2 blogger yang lain pun, gua nak jugak jumpa lu orang beb. Takpe, mungkin di masa dan program yang akan datang kita akan bertemu kan.

En Adam dan Bro aloy.. Lu orang memang best la buat benda2 macam ni. Dan terima kasih gak sebab lu orang kenal dengan guakan. Gua memang teharu la katakan. Terkejut juga tetiba En.Adam menyapa gua dengan nama KIMISAI....Hahahaha.....Thanks All..





*************************************************************************************
8.45 Laman Budaya.

Gua sampai dengan member gua. Daftar kemudian terus lepak2. Gua tanya pukul berapa mula..

"Dah nak mula dah. Jemput la masuk dengan kawan2."

Gua lepak dulu sebelum tu ngan kawan2 gua. Ya la, ada satu lagi penghibur yang datang atas undangan Aloy. Nama kumpulan tu LARA. Diorang memang gempak beb main akustik ni. Gua tabik spring beb.


*************************************************************************************
LARA

Ni kumpulan kawan gua, kawan abang gua dan kawan kepada kawan2 gua. Kumpulan ni gua tak pasti berapa orang tapi gua tau la yang diorang ni bekas budak satu sekolah dulu. Hari tu gua join diorang lepak masuk Battle Of The Band kat UKM. Perghh...!!! Gempak siot. Kumpulan lain susah2 main lagu bising2 metal la, rock kapak la. Tengok2 diorang jugak lepas masuk akhir. Padahal main lagu akustik je pun. Gempak tak ??!!!

LARA - Paan, Loco dan Panjang

Malam tu LARA merupakan kumpulan pertama yang membuat persembahan ataupun kita panggil Persembahan pembukaan. Biasa la tu. GUa dulu pun mula2 masuk program ni terus kena buat persembahan mula2 sekali. Cuak bebb..!!!

Lagu malam tu LARA main lagu sendiri satu, tapi gua tak tau tajuk. Yang Kedua lagu Bonda, lagu yang diorang dapat masuk akhir kat UKM dulu. Sedapp..!!! Akhir sekali lagu Kasih kot, dendangan Endang Estorina. Entah gua pun tak pasti. Lu tanya la diorang .
tu je la pasal LARA. Sapa2 nak kontek diorang nak undang wat show pun boleh. Bagitau je gua. Nanti pandai2 la gua ejas kan.


*************************************************************************************
Pasal Gua pulak.
Kumpulan gua pulak nama Siela, tapi dalam poster tu mesti korang baca lain sebab gua terlupa nak kasi ejaan yang betul kat penganjur. Tapi tak kisah la tu. Yang penting semua dah selamat. Kumpulan gua malam tu ader 4 orang.

1. Gua (kimisai)
2. Sathiaraj
3. Mirul

4. Siela


Gua- Siela - Sathiaraj - Amirul


Nama asal Siela sebab masa Earth Hour dulu kitorang guna nama Siela. Jadi taknak bagi orang yang dah tau tu kompius, so kitorang kekalkan la. Sorry banyak2...ok...!!! Hehehe..!!!

Hmmm.... Sebelum buat persembahan gua dan kumpulan gua dah sedia dah dengan 4 buah lagu. Bukan sedia berdiri tegak beb, tapi sediakan 4 lagu. Asalnya 6 takut kot2 tak cukup. Hahahaha...
Lagu kitorang sediakan termasuklah :

1. Hanya kau yang mampu -AIZAT AF
2. Putihnya lukisan itu - MUH
3. Bukan kerna nama - RAMLI SARIP

4. Better Man - Gua tatau sapa yang nyanyi



Tapi malam tu sebab masa tak mengizinkan gua dengan kumpulan gua terpaksa la persembahkan 2 lagu je iaitu lagu Putihnya lukisan itu dan juga Bukan kerna nama. Sebelum main gua keluar dulu berlatih buat kali terakhir, takut2 kot2 la terkantoi pulak. Dah la dulu masa Earth Hour tu kitorang main ala kadar je. Heheehe..Sorry Bro Aloy...!!!


Bukan Kerna Nama

Putihnya Lukisan


*************************************************************************************
Terima Kasih kitorang untuk korang....

Jutaan terima kasih keoada pihak penganjur yang telah menganjurkan program seumpama ini. Dan juga sebab sudi lagi jemput kitorang yang entah apa2 ni buat persembahan lagi. Bukan nak demand la kan, tapi lepas ni kalau ada lagi nak jemput boleh je....Hehehe... Jutaan terima kasih juga kepada penonton yang sudi menyokong kami malam tu walaupun korang tak kenal kitorang. Yang nyanyi sama2 malam tu best arrr....Gua macam tak caya pulak ada yang ikut nyanyi dua2 lagu. Walaupun gua sendiri tak nyanyi malam tu kan. Tapi best la korang kitorang yang kerdil ni nak dibandingkan dengan yang lain. Terima kasih gak kepada pihak pengajur yang bagi makansupport free sebab kitorang memang lapar yang amat sangat. Tak makan pun sebelum pergi. Hahaha....

Akhir kata kitorang suma harap korang akan berjaya la sampai bila2 pun. Jangan lupa kitorang yang bawah2 ni sudah la.. Hahaha... Good Luck Bro Aloy and Paradoks team.....



p/s: kepada sesiapa yang telah membuat rakaman pada malam itu sila hubungi saya (slurpy_nice@yahoo.co.uk) ataupun kol 013-6428972. Kalau nak jual CD yang korang rakam pun boleh. Jangan mahal2 dah la. Gua memang nak sangat CD ataupun rakaman tu. Pleaseeeeeeeee do inform me ok?? Thanks alot all of u guys....
Free Signature Generator


Friday, July 3, 2009

KBSM : Gua, mercun dan Cikgu Rapinho

Hari ni Jumaat. Gua nak balik Keratong 07 yang indah nan permai. Gua memang nak balik. Tak kira apa nak jadi, jadi la. Yang penting gua dapat sampai keratong 07 petang Jumaat ni jugak. Gua puasa hari ni.Gua nak sampai umah, tido2 dulu baru bangun bukak pose dengan mak dan keluarga tercinta. Maknanya, gua ponteng la kelas pagi tu. Ponteng perhimpunan kantoi dah dengan Hayat hari tu. Harap2 tak kantoi dah la. Hahaha..

Gua dah bersiap. Beg balik kampung gua letak kat surau sekolah memandangkan belakang surau la tempat yang gua nak melepaskan diri pagi Jumaat yang indah ni. Gua set time rehat gua cabut.

Dari luar nampak uniform sekolah gua yang baru gua gosok malam semalam sebelum tido. Tapi kat dalam, gua dah standby baju t-shirt askar, yang gua beli masa masuk Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Gua minat baju tu. Nampak maco...!!


"Kriiingggggg...!!!!"

Huh..!! Masa rehat. Gua kena cepat. Gua bergegas pergi ke surau. Dah sampai masa nak ponteng.


***************************************************************************************
SURAU; belakang tandas.

"PomPamPongPang..!!!!"

Berderau darah gua. Buduh betol diorang ni main mercun kat sekolah. Gua agak mesti Raphino tu datang jap lagi. gua cuak jugak takut nanti beliau datang, gua pulak yang kantoi nak balik kan. Puasa baru 3 hari dah main mercun ka??

Gua tengok sapa2 yang ada kat belakang surau. Ceh!! ingatkan sapa. Member2 gua jugak. nak join sekali tak boleh. Gua nak cepat. Naib baik gua dah rogger member gua budak luar, Amin, suruh dia standby nak amik gua cabut. Gua jengok2, tengok2, Fuh..!! nasib baik dah sampai. Senang kerja gua nanti.

Gua keluar surau. Tadi amik beg balik kampung. Sorok dalam bilik azan. Takut kena curi.

Gua sarung stokin.
Gua sarung kasut CONVERSE gua pulak.
Gua ikat kasut tu.

Gua bangun, angkat beg, terus mara ke belakag tandas, menuju ke pagar yang telah roboh. Sempat gak gua bertanya khabar dengan member2 gua yang sedang 'meyambut raya' tadi. Tak habis2 main mercun, putus tangan kang, jari ke, baru tau. Tu tak kisah, entah2 nanti datang si Raphino tu pulak, mampos dengan gua2 skali kena.

"Ok r Shah, Epul. Gua gerak dulu la. Nanti terlepas bas.." tegur gua sebagai ayat penamat.

"Mu balik naik bende K****??" tanya Epul (sedang koma di hospital sekarang ni, tolong doakan beliau sembuh)

"Gua naik bas Muadzam, tapi suruh Amin hantar sampai simpang Leban Condong. Bas dah jalan dah ni.." seloroh gua kembali.

Lepas salam, gua pun cabut. Baru je lepas panjat pagar roboh tadi, tiba...

"Hoi..!!! Nak ke mana tu??!!"

Gua kenal suara tu, gua cam sangat2. Sama macam suara yang jerit masa gua ponteng perhimpunan dulu.


Arrghhh...!!!! Raphino!!! Lari1..!!! Run for your life..!!! Die2 kill2.!!

Pantas gua pergi menyorok kat belakang tandas tepi pintu masuk kubur. Gua cuak. Gua nampak budak2 main mercun suma dah blah. Mungkin diorang selamat. Gua???

Gua tengok Amin rileks je kat pangkin kubur tu. Siap senyum2 lagi kat cikgu tu. Cikgu tu pulak boleh rileks tengok Amin. macam bukan pelajar die jek. Gua jeling Amin. Tanya cikgu kat mana??!!

"Cikgu datang sini, baik ko cabut sekarang..!! Dia datang tu. Dah panjat pagar dah...!!" kata Amin.

Huh??!!
Mampos aku..!!!

Dengan berbekalkan oksigen yang masuk, dan CO2 yang keluar, gua buka langkah seribu.

Zupppp.....Berdesup gua cabut. Macam Husin BOl tu. Laju nak mamapos gua lari. Tak toleh belakang. Siap angkat tangan tutup muka lagi, takut Raphino tu nampak. Tu takpe, yang gua tak tahan, ada pulak member2 gua yang dok bersidai buat gosip MELODI kat hujung makmal sains tu nampak gua cabot. Malu beb..!!! Jatuh standard dengan saham gua..!!!

"Laju weh..laju..!!"

Babi..!!! Siap bersorak lagi. Menate punye member. gua dah malu tahap cipan dah. Nasib baik muka gua tutup.

Gua sampai kat pasar. Gua rehat jap kat situ. Beg gua tinggal kat tandas kubur tadi. harap2 Raphino tak nampak beg tu. Gua SMS Amin. Suh dia amek beg gua.

Gua tunggu.
Amin datang amik gua.
Gua naik motor.
Amin menunggang.
Gua membonceng.

"Weh dia kejar tak gua lari tadi??" tanya gua kat Amin
"Die nak kejar, dia naik motor aku tadi. Tapi motor aku kan susah nak start. So dia tak jadi kejar," balas si pendek Amin (jangan marah Amin)

"Dia tanya tak sapa yang lari??"
"Tanya, tapi aku tak bagitau pun. Aku cakap tak kenal."

Bagus!! Alhamdulillah...!!



*************************************************************************************
Keratong; Umah gua; Masa bukak puasa;

"Tetetet..te..tet..."

SMS masuk. Telefon bimbit gua tu. Gua capai. Tekan show mesej.

"K****, ak dgr td Raphino tau spe yg lari dr sek td. Isnin ko jga2 r takut nnt die cr."

Huh??!!

Gua cuak.
Makan tak lalu.
Tapi du pinggan Mee Rojak gak habis.


*************************************************************************************
Sekolah; Isnin; Minggu depan;

"Sekian sahaja perhimpunan kita pada pagi ini,"

Tamat tanpa menyentuh sedikit pun hal yang berlaku Jumaat lalu..keh..keh..keh...

Gua selamat beb..!!!!

Free Signature Generator

Praktikum ; penyu, murid dan guru peletih (masalah disiplin)

...Praktikum: Praktikal Untuk Mengajar....

Gua guru pelatih. Tapi setiap kali praktikum gua jadi lain sikit. Guru peletih pulak. Nak buat macam mana kan, dah tanggungjawab. Gua praktikum kat sekolah Bt 09, jln Kajang-Cheras. Best jugak la sekolah tu kalau nak dibandingkan dengan sekolah praktikum fasa 1 dulu. tapi yang gua nak citer, bukan pasal gua, tapi pasal member gua.

Kes ni terjadi kat Pandan, atau lebih detailnya, Sekolah rendah Pandan Indah. Member gua ni macam gua jugak la, buat praktikum. Tapi belliau sesi petang, gua sesi pagi.

Kelmarin dulu hari pertama, OK je masa masuk kelas.
Kelmarin hari kedua, OK jugak gua dengar. mungkin baru lagi.
Semalam hari ketiga, OK lagi, tapi hampr meletup jugak kepala main dengan budak-budak ni.
Hari ini, hari keempat, Wow..!!! Member gua terkena beb..!!


"Assalamulakum cikgu!!!"
"Waalaikumussalam murid2. Semua duduk...." selamba je member gua jawab.

Sesi P&P pun berjalan dengan lancar (memang la lancar, dah RPH tak buat lagi, so takyah mengajar) Minggu pertama berkenalan je dulu dengan murid2. Sesi soal jawab macam polis dengan penjenayah pun bermula. Member gua kenalkan diri gak. Lepas tu taktau nak buat apa, member gua tanya murid2...


"Siapa ada binatang peliharaan kat rumah?? Kucing ke, kambing ke, tenuk ke...."

Diam..!!
Sunyi..!!
Sepi pulak..!!

Kelihatan kesemua murid2nya mengangkat tangan tanda menjawab soalan yang diberikan member gua. Sibuk nak menjawab semuanya.

"Kamu.." tegas member gua sambil menuding jari beliau yang debab tu ke arah murid di belakang sekali.


"Ayam"

"Kamu.."
"Kucing Siam.."

"Kamu pulak.."
"Kambing..!!"

Kah..kah..kah..berdekah budak2 gelak sebab kambing yang disebut murid tadi.


Disuatu sudut menghala ke sebelah kanan kelas, kelihatan murid yang beriya2 mengangkat tangan siap berdiri lagi nak jawab.


Member gua dah semangat nak tau..

- Monolog member gua-
"semangat je.. ade bela apa ni??"
"siput babi??"
"Kerengga??"
"Man babi..??"
"Ke bela babi je terus?"


Member gua dah pentoi kepala tak tahu kenapa semangata sangat budak nie nak jawab.

"Kamu kat hujung tu, jawab...." tegas member gua.


"Ada cikgu, saya bela penyu..!!"

Bzzzzzzzzz.........!!!!!!!!!!!

Tersentak jap member gua. Huh.!!Penyu??!! Gila ka apa??!!
Member gua dah panas, macam Teh O panas kat IRC cafe. Nak lempang, anak orang.

"Penyu??Kamu jangan main2 dengan cikgu.."
"Betul cikgu..!! Saya tak tipu..!!Penyu tu kecik je"

"Penyu ke kura2?? Mana ada penyu kecik, mesti bsar..!!"
"Eh!! Penyu kecil kot. Tapi macam kura-kura.."

"Kura2 la tu. Tak pun Labi2. Takkan kamu nak bela penyu pulak. Kat mana kamu amek penyu kecik tuh??" tanya member gua dengan penuh minat.

Budak tu pun sengih@ghenyih kat member gua. Member gua dah syak sesuatu dah.

"Tak tahu cikgu!!"


"Eh kenapa tak tahu?? Kan kamu cakap ada bela tadi!!" bentak member gua. Kepala dah la pusing. Budak ni pulak main2. Member gua panas lagi, macam air panas yang ada larutan garam melebihi takat didih. Hahaha...

Dengan selamba budak tu cakap kat member gua......

"Macam mana saya nak tau, saya tak beli lagi penyu tu....."

KAH...KAH...KAH...!!!! Satu kelas gelak....!!!!

Member gua camna??....hehehe

Lu pikir r sendiri..!!!!



Free Signature Generator

Kelip-kelip..!!