Yang sudi menjengah...TQ

Monday, August 30, 2010

Waktu tu gua kecik lagi.. Gua ingat lagi....~

Malam tu sangat hening. Sunyi. Radio usang di dapur krukk krekk krukk krekk..!! Gua tak tahu apa yang berlaku. Gua ikut arahan ibu gua. Ibu cakap jangan bising. Gua senyap. Gua letakkan tangan gua kat bibir gua. Selang 30 minit gua dengar ada bunyi orang berjalan. Ramai-ramai. Gua amati sangat-sangat nada dan dialeg yang diorang pakai. SAH..!!~

Ini bagero Jepun ni. Patut ibu gua dsurh gua dok senyap. Ibu gua turut mendiamkan diri. Ramai pulak Jepun yang lalu-lalang. Abang gua, kakak gua, semua turut mengkakukan diri. Entah apa nasib kami. Kalau Jepun tu masuk rumah mau dipancungnye kepala keluarga gua?? Mak gua?? Kakak gua?? Entah-entah dah kene toron. Abang gua?? Takkan la pulak Jepun tu GAY nak toron lelaki lak kan??

Kami terus berwaspada. Entah-entah nanti Jepun tu ketuk pintu. Mampos...!! Di celah-celah daun papan dinding rumah gua yang usang, gua nampak segerombolan manusia. Dengar dialeknya sahaja sudah tau itu Jepun..!! Jepun bangsat..!! Gua panggil ibu gua. Biar die tentukan langkah seterusnya. Wahh..!! Dah macam Mission Impossible lak kan..?? Ibu gua hanya menunjukkan isyarat seperti RAMBO, iaitu mengarahkan gua ke tepi. Ibu anak RAMBO ni...!!

Selang 40 minit kemudian, tiba-tiba pintu rumah gua diketuk. Mak gua dah cuak. Gua dah cuak. Abang gua dah cuak. Akak gua dah cuak. Jiran gua je ok minum tuak. YE la asli kan ?? Juget-juget..!! Arhhhh..!! melalut pulak. Ok sambung balik.

Pintu rumah gua diketuk. Kuat sekali. Macam hendak menyerang kami sekeluarga. Lu orang pun tau lah jepun ni macam mana kan ?? Kalau tak dipancung kepala, mau dipancungnya kepala kecik gua. Perghhh..!! Takut beb. Ahh melalut lagi...!

Selang beberapa ketika pintu rumah gua tadi diketuk, ibu mengarahkan gua membuka pintu. Dan meminta agar mengatakan yang ibu tiada di rumah jika di tanya. Gua pun dengan perasaan penuh gundah gulana, perasaan sayangkan kepala kecil gua, gua terus melulu tanpa banyak bicara. Arahan seorang ibu jangan di bantah..!! Bahaya..!!

"Krekkkk..." bunyi ala-ala daun pintu dibuka.

Gua terkejut. Di hadapan gua, sekumpulan lelaki jepun diiringi Pak Jaber, Maksum Jamaliah, Abang Usop, Pak Munawer dan En Saufi selaku MA di kampung gua. Dan tetiba Pak Jaber bertanya.

"Mak kamu ade di rumah ??"
"Takde, kenapa Pak Jaber??" tanya gua gundah.

"Bukan ape, ni hah Mat-mat Jepun ni nak sangat makan durian kamu. Atey udah sampei sini mok kamu takde pulak. Takde rezeki la deme ni.." balas Pak Jaber, sedikit hampa.

"Owwh ye ke. Jap..!! Makkk..!! oOOooOo mak.. Ni Pak Jaber nak mintak durian kita ni ni" jerit gua sedikit lantang, tapi bukan derhaka tau. Gua anak soleh..!!

Mak gua berlari anak menuju ke depan dan mempelawa semua orang masuk. Lantas mak gua meminta akak gua memnyediakan minuman. Ah... Lega... Kami semua lega. Sebab??

Sebab bukan Jepun datang nak menyerang. Rupanya nak makan durian. Alamak..!! Gua lupa pulak yang gua sekarang ni kat zaman millenium. JEPUN pun dah jadi kawan karib MALAYSIA. Lupa da...!! 2010 kot?? Mana ade pancung-pancung dah kan ??


SELAMAT HARI MERDEKA SEMUA..!!~


p/s: JEPUN yang dulu musuh kita pun dah jadi kawan baik kan ?? Ini INDON yang dah lama kawan baik kita tibe-tibe nak cari gaduh kan ?? Palau..!!~

Thursday, August 26, 2010

Pilih Rumput di padang yang paling cantik dan menarik hati kamu..

Salam Ramadhan al-Mubarak.

"Mula-mula saya jumpa dah cikgu rumput tu, tapi saya rasa ade lagi yang lebih cantik kat depan. Jadi saya melangkah lagi nak mencari yang lebih baik. Tapi last-last takde dah. Yang ade yang mula-mula tadi je. Tai cikgu tak bagi saya menoleh ke belakang"

Sangat memeberi makna cerita di atas. Gua pasti ramai yang sudah baca. Ramai yang sudah menonton di Youtube.com. Bagi gua pun cerita begitu besar implikasinya untuk kita. Jadi entri kali ni gua rase nak bagitau lu orang semua sesuatu. Gua rasa memang seakan-sakan jiwang, tapi mungkin bermakna kot. Entalah.
*****************************************************************************************

"Ala Mie, aku kira ok lah dah dapat awek yang dara lagi. Aku kan kuat toron orag gak. So dah dapat macam ni Best la kan. Takut gak kot-kot aku kawen dengan budak yang dah lobos.."

Pergghh..!! Memang menyengat. Kalau kaum hawa dengar quote ni depan-depan kompom durang akan rejam mamat ni dengan batu. Pedih kot. Dah pandai toron anak orang, pastu lu nak pulak teman sehidup semati lu yang baek-baek. Lu seelok-eloknya dapat yang soploh ribu kali kelobosan durang. Baru adil kan ? Karma itu wujud kan ?? Ramai yang masih terikir kan ?? Kalau orang tu baik akan mendapat asangan yang baik. Dan begitulah sebaliknya. Dalam ISLAM sekalipun ada mengatakan tentang tu. Tapi, bukan untuk menyangkal, bukan untuk menidakkan. Kebanyakkan kawan-kawan gua yang lahanat yang gua kenal perangai macam tupai ramai yang dapat bini baek punya. Siap alim lagi. Tulah manusia, bila dah dapat yang baik pun masih taknak bersyukur. Masih nak buat teruk-teruk. Terimalah apa yang ada tu sebaiknya. Ingat 4 perkara yang gua nak kongsi dengan lu orang ni:


Ianya satu ujian jika insan yang baik bertemu dengan insan yang teruk,
Ianya satu rezeki jika insan yang teruk bertemu dengan insan yang baik,
Ianya satu nikmat untuk insan yang baik bertemu insan yang baik,
Ianya satu balasan untuk insan yang teruk bertemu dengan insan yang sememangnya teruk..!!

Salam Ramadhan semua...~





p/s: Hidup jangan nak menipu diri sendiri. Tipulah manusia kanan dan kiri. Jangan tipu diri sendiri..

Wednesday, August 18, 2010

Status FB banyak nasihat ..!!~

Lu orang kenal perempuan berambut tebal ?? Hahaha. Kepada awek rambut tebal sila baca enti ini memandangkan lu ade hasrat ingin menonjol di dalam blog gua. =) Takpe identiti lu di rahsiakan.

:D

*****************************************************************************************
Balik kelas lempar beg. Awal lagi. Nak tidor?? Bukan stail gua. Stail gua amek laptop, men FB then buat keje. Bukak-bukak FB cuba-cuba usha status kawan-kawan. wahh.. Memang banyak yang hapdet. Ade yang tulis omputih lak. Tulis melayu kompon la kan.

Tapi yang menarik gua ada baca satu status tu. Tapi gua alih dalam bahasa melayu la.

"Beza antara sekolah dan hidup adalah di sekolah kita di berikan pengajaran dan di berikan ujian, tapi hidup pulak kita diberikan ujian yang akan memberikan kita pengajaran.."

Bagi memang mendalam. sangat-sangat mendalam. Gua rasa apa yang nak di sampaikan dalam kata-kata tu boleh membuatkan manusia sedar tentang kehidupan masing-masing. Bila sebut pasal kata-kata macam tu, gua teringat beberapa kata-kata teman gua yang gua rasa ada logiknya.

Gua kenal sorang gurl ni kat UIA, dan gua pernah dengar kata-kata dari beliau:

" Kalau cepat kita jatuh cinta dengan seseorang tu, semakin cepat hubungan ada masalah nanti."

Kalau lu orang pikir camne ek?? Gua memang percaya dan mula mendalami apa yang die cakap. Pergghh..!! Takut gak gua kot-kot nanti gua jumpa mana-mana aweks kan. Kejap je kenal lalu terus jatuh cinta. Hah?? Macam mana?? Gua dah terpengaruh dengan ayat dia tu. Lu orang rasa ok tak ayat kat atas?? Betul ke kalau kita kenal dan sayang seseorang tu dalam masa yang cepat, nanti cepat gak kita berpisah dengan die?? Arrgghh..!!

Tapi takpa. Lepas tu gua kenal ngan seseorang lagi. dah lama dah. Dia berfikiran sedikit dewasa lagi dari gua. Eh gua ni men kenal-kenal je kan. Memang TEMBOK BETUL lah. Lepas tu, gua cuba cakap kat dia ayat yang kat atas tu. terus dia balas kat gua:

"Awak, nak mencari cinta memang senang, tapi nak serasi memang susah..."


Dan bila gua pikir-pikir balik betul gak kan. Kalau nak banding dengan yang kat atas lagi tu, kan memang betul la, cinta memang kita mudah dapat tapi nak kekalkan keserasian cinta kita dengan pasangan kita memang susah kan. dan kalau lu orang pikir balik, betul juga. Kata-kata kat atas ni lagi bermakna.

Ok..!!

Mamat dengan Minah ni kenal dah lama gila. Oppss..!! Ni bukan kisah gua OK, takut kontroversi pulak kang..!! Sambung balik. Dah dekat 3 tahun kot Mamat ni usha si Minah ni sampai sanggup perabih duit die kat Minah tu. Genap 3 tahun, barulah si Minah ni terima si Mamat ni. Dan Cinta pun berputik setelah 3 tahun kenal. Tapi kan sepanjang diorang kenal, si Minah ni tak serasi dengan mamat ni. Mamat suka tengok wayang, Minah tak suka. Dia seuka jalan-jalan jauh-jauh ala-ala travel gitu. Walaupun 3 tahun dan kenal, kononnya dah kenal hati budi masing-masing, tiba-tiba diorang tak sefahaman. Nak-nak ulak si Minah tu pergi kerja kat negeri lain. Mencari pengalaman kononnya. Tup-tup dapat lak laki lain. Laki lain tu pulak, dah la serasi dengan dia, minat sama, hobi sama, jantina je lain..!! Habislah si Mamat ni kan?? Jadi, bagi gua kalau kita kenal seseorang tu dalam masa singkat pun, tapi persefahaman tu wujud, ada keserasian, tetap menjadi hubungan kan ?? Tapi pendapat masing-masing lah, ada yang nak macam tu ada yang nak macam ni. Bagi gua, gua rasa Penyataan yang kedua tu lagi bermakna kot. Tapi yang pertama tu ade logiknya juga. Tak ke gitu Encik SOFI..??? HEk Eh, Hek Eh..!!~



p/s: Apsal tetiba gua selalu hapdate pasal jiwang ni..?? Bohsan ahh... ~

Wednesday, August 11, 2010

Malam Pertama Kawen nak pulak lu sambut..!!~

Ahh.. Alhamdulilah. Pejam celik pejam celik, dah Ramadhan balik, Gua pun tak terasa sangat kehidupan enjoy makan minum gua sebelum ni. Lain kali pejam celik pejam celik, last-last tak bangun-bangun. sedar dah "MAROBBUKA..!!"

Semalam malam pertama sambutan bulan Ramadhan. Ramai umat islam menyambut dengan menunaikan ibadah solat sunat Terawih. Ada yang buat 8 je, ada yang buat penuh. Tak kisahlah yang penting ikhlas dalam beribadat. Kan?? Kalau buat penuh pun, tapi niat nak menunjuk, baik lu tido je kat rumah.

**************************************************************************************
Malam Raya Pertama, macam macam lu sambut. Mat rempit suma lumba haram, buat itu buat ini. Orang kampung ada yang buat rumah terbuka lah, buat macam-macam lah. Yang Dato' apatah lagi. Yang orang kaya lahanat tak tahu malu tau pulak nak buka table ngan air kencing setan kan??

Malam perasmian syarikat ke kompeni ke apa-apa la, pandai pulak lu orang nak buat itu ini sambutan kan?? Nak buat kesyukuran la konon..!! Kenduri sana sini.

Tengok kalau malam pertama Piala dunia, silap-silap ade yang sanggup pergi samapi negara pak itam sebab apa?? Sebab PIALA DUNIA 4 Tahun sekali. Ade yang buat belanja besar kat kedai-kedai makan mapley. Kononnya nak sambut PIALA DUNIA. Wah..!! Boleh pulak..!!

Usha-usha kat rumah-rumah bujang pulak, Wahh... kalau ada hari lahir, bukan main parti lu buat kan ?/ samapi nak runtuh rumah..!!

Yang kapel pulak?? Hah..!! Siap ade ulangtahun lagi. Tu belum masuk la yang sambut VALENTINE tu. Dah tau dah VALENTINE tu kapir laknat, nak jugak sambut. Meriah lak tu makan kat restoran mahal-mahal.. Perghh..!!

Jeling kat rumah raja sehari pulak, perghh pandai lak lu orang nak sambut malam pertama kawen ek ?? Hahaha.. Kalau tak perlu sambut agak-agak ok tak ??

Malam Ramadhan?? Malam pertama bulan terbaik..!! Ramai pulak yang buat-buat tak tahu kan?? Yang dok kat rumah goyang kaki isap rokok, makan itu ini, tatau lak nak sambut macam mana kan ?? Apa salahnya kalau pergi buat ibadah terawih kejap kan ?? Kira sambutan lah tu. lambat nak menunggu datangnya RAMADHAN, last-last die datang lu orang buat bodo jek. Kalau benda tak berpekdah tu tau pulak lu orang nak sambut kan ?? Hah..!! Cakap pun tak guna. Pikirlah sendiri. Gua pun tak sempurna. Manusia macam tu lah. Tapi yang gua pelik gua nampak ade la makhluk yang muka memang gua nampak lah keislaman serta kemelayuan diorang. Tapi masa gua nak ke masjid semalam, sempat lak diorang jengah kat COFFIEBOX, bawah rumah gua. Wahhh sambutan RAMADHAN betul ni kan ...?? Hahaha.. Walaupun kita tak buat kenduri kendara pun sekurang-kurangnya biarlah kita menghargai RAMADHAN yang muli ni. Bukan susah pun, datang ke masjid dengan niat ikhlas, tunaikan kewajipan mana yang wajib, mana yang di tuntut serta yang sunat jika mahu. sekurang-kurangya kita menghargai kedatangan RAMDAHAN itu. Memanglah TERAWIH itu sunnat, tetapi alangkah baiknya jika kita sama-sama dapat mengimarahkan suasana MASJID. Pahala pun dapat.
**************************************************************************************

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & jangan ponteng pose k.. =)



نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

p/s:
Elaun gua masuk di hari pertama RAMADHAN. Inilah REZEKI gua tahun ni yang terbaik..!! Hehehe ~

Friday, August 6, 2010

Karma itu wujud kan..??

"Ya Allah, keenapa kau tak pernah cakap yang kau dah tak suci?? Kau menipu abang selama ni ye..!!" mara Azli yang berang dengan sikap isteri barunya, Walaupun itu malam pertama banginya.

"Maafkan Syira bang, Syira tau Syira salah. Maaf bang. Ampunkan Syira bang...!!" rayu isteri barunya pula. Mungkin takut akan menjadi pengantin sehari je seperti yang telah di war-warkan oleh rakan sekerjanya.

Perlahan-lahan memori lama masuk ke benak fikiran Azli. Kisah jahatnya yang lalu mula menusuk terus laju ke dalam fikirannya. Fatimah, Khaisarah, Mun, dan ramai lagi. Bukanlah tidak terkira ramainya. Tapi itu lah apa yang pernah di lakukan. Merosakkan mahkota suci wanita. Kalau dulu kata-kata manisnya sentiasa membuatkan wanita-wanita jatuh ke dalam dakapannya sehingga sanggup ke ranjang. dosa terkutuk itu sering menjadi hobi bagi Azli.

Kata-kata kawannya mula terngiang-ngiang ke dalam telinganya.

"Li, ko jangan macam ni Li. Ko kene ingat, kalau ko boleh buat macam ni, orang len pun boleh buat macam ni kat awek ko, adek ko malah isteri ko pon tau.. !!"
****************************************************************************************
***************************************************************************************

"Maafkan saya, awak. Saya tak dapat memenuhi hasrat hati awak. Bukan saya tidak dapat menerima awak, tapi saya sudah ada yang lain sekarang..." luah si Faizal. Dia bingung dalam membuat keputusan. Anira yang dari tadi menangis kerana penolakan cinta lelaki idamannya itu berasa begitu perit untuk di terimanya.

"Awak, awak tak boleh buat macam ni. Saya sayang awak sepenuh hati saya... Awak pun pernah cakap akan sayang saya...Kan..?? awak, tolonglah...!!" rayu Amira lagi. sekian lama menanggung perasaan sayang dan cinta pada Faizal ini membuatkan Amira begitu sedih. Apa salahnya?? Apa yang telah di lakukannya sehingga di perlakukan begini??

Sayup-sayup Anira teringatkan apa yang penah di lakukannya. Kebetulan sbuah Proton Persona bewarna biru laut lintas di hadapannya. Melihatkan kereta itu, baru Anira teringat akan kisahnya dengan jejaka bernama Amri. Amri sememangnya menyintai Anira. Sepenuh hati. Malah Amri sanggup tidak bersama kawan dan rakan wanitanya semata-mata untuk menjaga hati Anira. Tidak seperti Faizal. banyak perbezaannya. Tapi demi cinta dan sayang kepada Faizal, sanggup Anira meninggalkan Amri yang sememangnya menyintainya. Hati manusia memang berubah-ubah. Namun ada batasnya.

"Maafkan saya Amri, saya memang sayangkan awak, tapi hati ini bukan untuk awak. Harap awak maafkan saya. Kita terpaksa berpisah di sini yaaa.. Maaf...!!" Itulah dialog yang mula terngiang dalam dirinya. Ya.. Seperti keadaan Anira dengan Faizal sekarang, begitulah apa yang pernah berlaku kepada Anira dan Amri dahulu.
**************************************************************************************
***************************************************************************************

Bayu yang meniup petang itu, begitu sejuk memaksa Aiman menyarungkan jaket kulitnya. Perasaannya yang dari tadi tidak tenteram membuatkannya semakin bingung. semakin resah. Tidak keruan. Aiman masih memikirkan. Apa yang hendak di lakukannya lagi. Puas sudah dia berusaha, namun semua hampa. Nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa lagi yang dapat dilakukannya.

Semalam kebetulan selepas Aiman bersama kekasihnya Sofia melalui jalan di Pudu, aiman bertemu dengan kawan karibnya. Syubahan. Syubahan memang seorang yang gilakan perempuan. Bukan sahaja perempuan nakal biasa, malah GRO, bohsia, pelacur dan seangkatan dengannya. Hanya PINK LADY je yang tidak masuk dalam senarai beliau. Tidak pernah pun terlintas di hati Syubahan kalau-kalau bahaya perbuatannya yang kotor itu.

" Woi Syub..!! Lu tak kenal gua dah ke?? Lu buat apa kat sini??"

"Man, sapa tak kenal jejaka macho geng-geng motor. Hahaha.. sihat?? Lu buat apa kat sini ???"

"Oh.. gua amek awek gua. Kenalkan Sofia. awek gua. Sofia, ni Sub, kawan I.."

Sofia yang dari tadi resah melihat wajah Syub berrpura-pura macam tidak kenal dengan Syub.

"Hai, I'm Sofia. Nice to meet u..." kata Sofia.

Mereka rancak berbual sehingga pagi menjelma. Tiga ke empat minuman habis. Sepanjang malam macam-macam cerita keluar dari mulut masing-masing. Dari cerita biasa sehinggalah ke cerita lucah dan macam-macam lagi.

Aiman menghantar Sofia pulang. Kegembiraan bersama Syub malam tadi terasa sehingga pelbagai cerita di bualkan tentang Sub kepada Sofia. Sofia hanya mengangguk, mungkin resah kalau-kalau die terlepas cakap.
____________________________________________________________________
Petang itu, Aiman terkejut dengan SMS daripada teman karibnya Syub..

"Man, baik lu jangan teruskan dengan Sofia Man, gua kenal die. Dia tu dulu lauk gua dengan kawan-kawan gua je. Dia tak sebaik yang lu sangkakan.."
____________________________________________________________________

Aiman terkedu. " Sofia lauk?? "
Dia mula terkenangkan kekasih lamanya Zura, yang di tinggalkannya terkontang-kanting kerana tidak suci lagi akibat di rogol bekas kekasihnya. Aiman mula teringat kata-kata yang di hamburkan kepada Zura. bagaimana dia menghina Zura.

"Ko ingat ko tu layak ke untuk aku?? Ko tu bekas orang je tau. Dulu ko menggatal sangat dengan si Roy tu..!! Maaf Zura, aku takleh terima ko macam ni. Ko dah tak suci ..!!"
**************************************************************************************


p/s:
Ini memang gua tujukan buat pasangan-pasangan yang hangat di lamun cinta... Maaf jika ada kebetulan yang tidak di sengajakan. Belajarlah untuk bersyukur dan setia. =)

Kelip-kelip..!!