Malam tu sangat hening. Sunyi. Radio usang di dapur krukk krekk krukk krekk..!! Gua tak tahu apa yang berlaku. Gua ikut arahan ibu gua. Ibu cakap jangan bising. Gua senyap. Gua letakkan tangan gua kat bibir gua. Selang 30 minit gua dengar ada bunyi orang berjalan. Ramai-ramai. Gua amati sangat-sangat nada dan dialeg yang diorang pakai. SAH..!!~
Ini bagero Jepun ni. Patut ibu gua dsurh gua dok senyap. Ibu gua turut mendiamkan diri. Ramai pulak Jepun yang lalu-lalang. Abang gua, kakak gua, semua turut mengkakukan diri. Entah apa nasib kami. Kalau Jepun tu masuk rumah mau dipancungnye kepala keluarga gua?? Mak gua?? Kakak gua?? Entah-entah dah kene toron. Abang gua?? Takkan la pulak Jepun tu GAY nak toron lelaki lak kan??
Kami terus berwaspada. Entah-entah nanti Jepun tu ketuk pintu. Mampos...!! Di celah-celah daun papan dinding rumah gua yang usang, gua nampak segerombolan manusia. Dengar dialeknya sahaja sudah tau itu Jepun..!! Jepun bangsat..!! Gua panggil ibu gua. Biar die tentukan langkah seterusnya. Wahh..!! Dah macam Mission Impossible lak kan..?? Ibu gua hanya menunjukkan isyarat seperti RAMBO, iaitu mengarahkan gua ke tepi. Ibu anak RAMBO ni...!!
Selang 40 minit kemudian, tiba-tiba pintu rumah gua diketuk. Mak gua dah cuak. Gua dah cuak. Abang gua dah cuak. Akak gua dah cuak. Jiran gua je ok minum tuak. YE la asli kan ?? Juget-juget..!! Arhhhh..!! melalut pulak. Ok sambung balik.
Pintu rumah gua diketuk. Kuat sekali. Macam hendak menyerang kami sekeluarga. Lu orang pun tau lah jepun ni macam mana kan ?? Kalau tak dipancung kepala, mau dipancungnya kepala kecik gua. Perghhh..!! Takut beb. Ahh melalut lagi...!
Selang beberapa ketika pintu rumah gua tadi diketuk, ibu mengarahkan gua membuka pintu. Dan meminta agar mengatakan yang ibu tiada di rumah jika di tanya. Gua pun dengan perasaan penuh gundah gulana, perasaan sayangkan kepala kecil gua, gua terus melulu tanpa banyak bicara. Arahan seorang ibu jangan di bantah..!! Bahaya..!!
"Krekkkk..." bunyi ala-ala daun pintu dibuka.
Gua terkejut. Di hadapan gua, sekumpulan lelaki jepun diiringi Pak Jaber, Maksum Jamaliah, Abang Usop, Pak Munawer dan En Saufi selaku MA di kampung gua. Dan tetiba Pak Jaber bertanya.
"Mak kamu ade di rumah ??"
"Takde, kenapa Pak Jaber??" tanya gua gundah.
"Bukan ape, ni hah Mat-mat Jepun ni nak sangat makan durian kamu. Atey udah sampei sini mok kamu takde pulak. Takde rezeki la deme ni.." balas Pak Jaber, sedikit hampa.
"Owwh ye ke. Jap..!! Makkk..!! oOOooOo mak.. Ni Pak Jaber nak mintak durian kita ni ni" jerit gua sedikit lantang, tapi bukan derhaka tau. Gua anak soleh..!!
Mak gua berlari anak menuju ke depan dan mempelawa semua orang masuk. Lantas mak gua meminta akak gua memnyediakan minuman. Ah... Lega... Kami semua lega. Sebab??
Sebab bukan Jepun datang nak menyerang. Rupanya nak makan durian. Alamak..!! Gua lupa pulak yang gua sekarang ni kat zaman millenium. JEPUN pun dah jadi kawan karib MALAYSIA. Lupa da...!! 2010 kot?? Mana ade pancung-pancung dah kan ??
SELAMAT HARI MERDEKA SEMUA..!!~
p/s: JEPUN yang dulu musuh kita pun dah jadi kawan baik kan ?? Ini INDON yang dah lama kawan baik kita tibe-tibe nak cari gaduh kan ?? Palau..!!~