Sunday, February 28, 2010

~ Mimpi Pasar Malam Makan Hotdog ngan Burger kat Shah Alam...!! ~

Argghhh...!!!!

Kenapa gua menjerit?? Haaaa.. Sebab gua tak tau nak tulis apa mula-mula. Jadi suka hati gua la nak ketawa ke, menangis ke, apa ke??? Argghh...!!!!

Semalam gua berkunjung ke pasar malam kat Shah Alam, sibuk sangat, dah kalah Jom Heboh. Gua menyusuri celah-celah orang ramai yang berniat sama dengan gua. Gua jalan punya jalan, gua jumpa satu gerai. Perghh..!! Mengancam, ramai gila orang datang kat gerai tu. Gua perasan ada kain putih. ada orang nyanyi. Ada yang bersajak. Ada yang bercerita. Huh..!! Macam best. Gua pun singgah, ingat nak beli barang.

Kat depan gua nampak teguh berdiri seorang Brother iaitu Aloy. Sibuk orangnya menguruskan macam-macam. Gua toleh lagi. Gua nampak En.Adam. Macam penah gua nampak je semua ni. Gua toleh lagi. Wahh..!! Ramai lagi yang datang. Bias, Momo, Azza si sengal ( ahakz..). Sekali gua toleh lagi, gua perasan TripleXmalaya. sebelah dia pulak ada DarkRay bertocang dua. Arghhh..!! Kenapa semua ada ni. Ada apa program. Takkan semua berniaga kat Pasar Malam hanya kerana gua tak datang Nautika?? Gua pelik. Uiks..!! Wahyu dengan Zul pun ada.

Gua menyapa DarkRay. Tetiba dia cakap giliran gua nanti. Jadi gua kena sedia. Tiba-tiba gua tertoleh kat sekelompok pengunjung yang datang kat depan gua. Hahahaha... Gua tau dah sapa. PatungCendana, Addyaholix, Pentoi, Mamai, dan ada lagi la yang gua lupa nama. Senang cakap ramai la yang gua jumpa. ( Maaf tak sempat nak linkkan semua blog lu orang )

Tiba-tiba ;

" Ok tanpa membuang masa, kita mempersilakan sebuah band iaitu Salina..."

Gua pun tetiba amek gitar gua dan terus kedepan dengan kawan-kawan gua, Apit dan Paan. Gua pun mainkan satu lagu ; Luahan hasil ciptaan Apit 8 jam sebelum ke Pasar Malam ni. Tapi Apit yang nyanyi lah. Sebenarnya dua lagu yang kitorang sediakan, tapi gua tau lu orang buhsan kalau gua main banyak lagu. Lagi pun dah lewat dah kot. Senang cakap gua ni paham lu orang la. Hahahaa..

Habis je pasar malam tu, baru gua tau yang gua sebenarnya terlibat dalam sebuah program yang paling mantap bagi penggiat Seni di Malaysia. Santai dan Sempoi, itulah Mimpi anjuran Pakatan Paradoks yang telah memasuki kali ke-4 semalam. Gua setia bersama mereka selagi gua mampu.

Sebelum gua balik sempat gua berjumpa dengan semua yang gua kenal. Rasanya semua. Mana yang gua tak tegur mintak maaf lah. Sebab gua ni dah tua tak berapa nak ingat semua orang. Ahaks..!!!

Kredit gua bagi kat bro Aloy, pakatan paradoks yang sudi mengundang Salina sekali lagi untuk Mimpi ini. serta rakan-rakan seperjuangan yang lain. semua bloggers pun yang gua kenal ke, yang gua tak kenal ke, yang mengenali gua ke, yang tak mengenali gua ke, semua lah senang cakap. Terima Kasih banyak-banyak. Kita jumpa lagi di Mimpi 5 kalau berkesempatan dan di beri peluang. walaupun Mimpi hanya berlangsung 2 kali je setahun, gua tetap menyokong. =)





*Kalau giliran Salina awal sikit salina akan main 2 lagu. Walaupun tak sedap, yang penting Salina tetap Salina, bukan Halimah Jongang. Hahahaa...



Free Signature Generator

Free Signature Generator

11 comments:

  1. lerrr lu ade perform gak ke kimisai? gua x prasan.. gua lepas uncle mamai perform gua dah chalo'... hahaha.. gua x dapat tunggu sampai abes.. papepun good job la kat lu orng...

    ReplyDelete
  2. hahaha...tapi paling suka yg Aishah bt perform...

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak bro.... jodoh ada jumpa?

    ReplyDelete
  4. ops lagi satu,, lu agak agak bile brader zul tu nak perform pulak ye?

    ReplyDelete
  5. macam mimpikan...best dapat jumpa ramai-ramai sambil makan hot dog

    ReplyDelete
  6. lea :
    salina tu band gua.


    fhad:
    hahah ada la..tu la lain kali tunggu sampai habis gua men..hahah lain kali k klu ade peluang,...


    hujan:
    suka perfomen ke suke tgok aishah berkemban..hahhaa

    aloy_paradoks:
    haha jododh ada tp terlepas lagi la...welkam..len kali klu ade rezki gua perfom lagi k..

    aloy lagi:
    zul tu pemalu, klu perform taku gurl sangkut ngan lesung pipit die..

    mamai:
    mimpi basah tadak plk kan??klu tak lagi best..hahaha...mamai makan 3 kan hotdog..ahakz..

    ReplyDelete
  7. hahahaha....berkemban la best...

    ReplyDelete
  8. hujan:
    mmg best..gua dh tgok awl lg..
    hahaha

    encik adam:
    sama2 bro..len kali jmp lg..

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!