Sebelum baca, baik pergi buat air, megi ke apa-apa je. Entri ni panjang gile kot..!!
Gua baru balik dari jumpa Fasha Sanda tadi. Gua ingat cun, dalam tv punyalah tiptop meletup, padahal macam Fasha Sandal jek. Smart lagi
.
Begitupun kalau lah gua mengenali fasha sebelum dia bergelar artis kompom gua pun terpikat. Hahaha... Apsal gua melalut?? Lu ingat gua suka melalut?? Gelak pulak, gua bagi pale lutut ni nak??
Isu sebenar yang gua nak sangat bagitau lu orang ni adalah isu yang sensitif bagi gua. benda ni dah lama dah berlaku, cuma ader segelintir golongan-golongan yang patut dapat jari tengah dari golongan gua ni je yang masih nak buat
palau. Korang tau buat palau tu apa?? Boleh la datang rumah gua, nanti gua terangkan.
Semalam isu hangat daripada biasa, isu gaji guru yang tidak setimpal dengan pekerjaan mereka. lah, itu lah inilah.. "What the Jari Hantu" la untuk yang tak puas hati. Kalau nak setimpal lu orang yang tak puas hati pergi la setimpalkan. Cuba jadi guru tengok, kalau tak meleleh peluh celah ketiak, celah tetek, celah bontot, celah pusat pun, takyah cakap la. Cikgu sekolah memandu pun peluh
kaw-kaw punya. Gua bukan saja-saja nak maki hamun. sama macam lu orang yang tak puas hati kan, ade sebab musabab yang bernas kan. Tapi lu lu orang tak pikir ke susahnya menjadi guru.
Jari hantu untuk mereka lagi...!!Kalau tak tahu macam mana cabaran, dugaan, ujian onak duri semalu, macam-macam lagi lah, jangan la asyik nak letak ketidakpuasan hati lu orang je. Guru-guru tak pernah pulak nak kacau periuk nasi lu orang kan. Duit gaji duit kerajaan, tak kacau duit OT lu orang pun kan.Kat sini gua bagitau kerja-kerja guru yang mencabar. Rock Climbing pun senang sikit tau..!!
#1
- pernah sekali tu kawan gua bagi budak pergi tandas, tandas sekolah tau bukan tandas awam. Pas keluar kelas dah bagi, murid yang terlibat tu pun pergi ke tandas. kawan gua tak tau pulak budak tu jalan kaki ke berlari ke. Sedar-sedar budak tu dah ada kat pejabat, bibir berdarah teruk, sebab baru lepas makan jalan Tar kat area sekolah.
Tup-tup mak bapak murid tu nak jumpa, nak salahkan guru. Lu orang pahamkah apa yang gua cakap?? Lu orang ingat senang ke nak uruskan budak yang mindanya hanya untuk bermain dan berseronok. Nakal dan degil apatah lagi. kalau tak paham pergi la lepak kat tandas petronas sorang-sorang sampai paham...!!
#2
- Budak, kalau tidak di bentuk dari kecik takkan nak bentuk masa kemaluan dah tumbuh bulu kan??Dah terlewat la namanya tu. Sama macam berkhatan, dah meningkat tua lagi susah nak potong. Budak-budak macam tu la. Kalau kita salah ajar, sampai ke tua la dia salah ikut denai hidup dia. jadi beban guru kat sini adalah untuk mendidik anak bangsa dan MENANGGUNG DOSA sendiri andai tersalah bagi pengajan untuk diorang. Lu orang yang gua bagi jari tengah ni tau ke benda tu semua?? kalau kita tak perasan benda yang salah tu, sapa yang tanggung?? Guru ke tukang sapu sampah sekolah ?? Cuba pikir macam manusia, jangan pikir macam siamang bertanduk.. (ader ke)
#3
- Ok , kerja dan beban guru yang lain, pernah tak lu orang terpikir yang guru bukan sahaja menanggung kerja mendidik anak bangsa, termasuk anak anda yang masih setahun jagung tu, tapi ada banyak lagi kerja yang kena siapkan di peringkat daerah, negeri dan sebagainya. Kalau lu orang pikir guru kerja hanya separuh hari, pernah tak korag tertanya-tanya dalam diri korang yang kononnya bagus sangat tu, apa guru buat di rumah?? Part time work? ; rezeki masing-masing. Duduk lepak mengongkek bini??; itu malam hari boleh buat. Balik mengankang tengok astro Ceria sambil pegang perut buncit??; itu untuk kite aje...!! Weh sedar la waktu kerja lu orang habis 5.30 petang, guru pulak kalau habis sekolah jam 2 petang pun banyak lagi komitmen lain. nak uruskan fail, PPD dan JPN pun banyak bagi tugasan , nak siapkan borang tu borang ni. Tu tak termasuk yang menanda kerja ujia, mesyuarat, uruskan hari sukan untuk anak-anak lu orang lagi.
Tup-tup masa yang terbuang sama macam lu orang balik dari opis...
#4
gua bukan nak bangga jadi guru dengan gred gaji yang agak tinggi berbanding buruh binaan di Timor Leste, tapi yang gua nak bangganya sebab guru ni bagi gua satu kerja yang paling mulia, kalau nak di bandingkan dengan kerja-kerja lain. Tapi gua tanak
admit benda tu bulat-bulat macam taik batu sebab dalam dunia ni semua kerja saling bergantung untuk periuk nasi masing-masing. Kalau lu orang pakai periuk nasi elektrik gua tatau la.Takde guru, susahla lu orang nak berjaya dalam dunia kan. Takde lu orang pula, takde la murid-murid kat sekolah, guru pun tak wujudlah. Yelah hasil benih lu orang la maka wujudnya kerja guru di sekolah. Kalau lu doktor, lu memang akan berjasa besar kalau selamatkan satu nyawa. Kalau lu peguam, lu memang berbakti ala-ala PJK yang Sultan Pahang selalu bagi tu kalau lu orang berjaya selamatkan kes-kes teraniaya. Kalau korang kontraktor, kompom lu orang akan di iktiraf orang paling berjaya sebab bina KLCC, KLIA, KL Tower dan macam-macam lagi. Kalau lu orang PM atau pun menteri-menteri apatah lagi kan amat-amat di hargai. Nama naik , pangkat naik, duit masyuk dan macam-macam lagi.
Tapi kalau lu orang jadi guru, sebelah kaki dah tentu ke neraka. Sebelah lagi kat syurga. Takder nye kedua-dua kaki kat syurga.. Sebab??? Sebab amanah yang guru pikul tu adalah benda yang paling berat sekali. Dalam hadith pun ader sebut pasal amanah ni. Kalau guru berjaya mendidik anak bangsa, Najib jadi PM, Obama jadi Presiden, AH Tong jadi Tan Sri, Pua Chukang jadi kontraktor, Bunkface jadi penyanyi, Chua Soi Lek dapat bertanding balik, eh tu silap. Patrick boleh ingat nama dia balik, SpongeBob lulus ujian memandu dengan Puan Puff, En Krab dapat untung jadi pengusaha restoran berjaya, Plankton plak berjaya dapatkan resepi Krebi Peti, semua tu ada ke guru yang naik nama?? Cuba lu orang pandang Malik Mohidin ek yang renang selat tu, lepas die balik Malaysia, ader ke orang-orang cakap "
Wah Hero Malaya ni, mesti cikgu die yang mendidik dia kan...!!" Walau pun benda tu tak
eksplisit, tapi tetap tak melibatkan nama guru. Ada guru pertikaikan..?? Yang Guru buat hanyalah bersandar depan TV tengok berita beliau sambil hirup kopi atau pun sambil menanda buku latihan murid. Pakaian?? Tentulah baju Pagoda dan kain pelekat cap Gajah Duduk, bukan Padini atau John Master macam lu orang pakai..!!
Sepatutnya bukan waktu kerja guru, bidang guru atau pun gred kerja guru yang menjadi ukuran untuk menentukan gaji mereka. Gua sendiri pun guru. Walaupun baru je praktikal, tapi gua dah merasai bahang kehangatan beban menjadi guru. Yang patut di pikirkan kat sini adalah amanah yang di pegang oleh guru itu sendiri. bayangkan betapa besarnya amanah itu. Andai amanah itu tidak di laksanakan, apakah hukum nya??
Jari tengah lagi sekali;Cakap banyak pun tak guna, benda ni memang akan sentiasa menjadi isu selagi ada yang belajar takat
Ijazah je, tapi nak buat isu dengan
PHD ( perasaan hasad dengki). Cukup-cukuplah asyik tak puas hati je dengan gaji guru. Lu nak mewah hidup nak gaji besar pandai-pandai la hidup. Ingat gaji cikgu ni besar sangat ke?? kene kursus mana-mana sekarang mana ada klem. Semua duit sendiri. Pikir-pikirlah. Tapi jangan pikir guna lutut, nanti gua angkat jari hantu tangan kiri pulak.
Harap-harap semua yang tak mengerti perkerjaan guru ni jangan la main lepas jek. Aysik-asyik nak sembur. kalau sembur mulut bau One Drop perfume ok juga, in bau longkang rumah Cik Joyah yang dah pindah ke Teluk Intan tu. Bertahun tak basuh. Busuk ya amat..!!
Gua akhiri ucapan ini dengan tasbih khifarah dan surah al-Asr...
P/s:
Tak semua guru makan gaji buta, yang betul-betul bertungkus lumus untuk anak lu orang pun lagi banyak kot. Kalau tak dah lama hancur Malaysia ni penuh dengan jenayah dan macam-macam lagi...!!!!