Monday, November 29, 2010

"Awak... Awakkk... Awakkkk...!!"

***************************************************************************************
"Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Dengar lah ni awak,
Bukan senang kita nakdapat cakap dengan awak ni,
Awak dengar tak....??!!

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Awak tau tak kita kan,
Sayang sangat dengan awak,
Awak sayang juga kat kita kot,
Tapi kot-kot la....

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Dengarlah awak,
Kenapa awak buat Dunno jek..!!
Awak kene dengar tau...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kalau awak dah tak sayang kita lagi kan,
Kita tak kesah pun awak,
Sebab kita tau kita tak macam orang lain awak,
Kita ni biasa-biasa jek,
Kan awak kan...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Awak ni masih tak dengar kita ni kan,
Awak tau tak,
Memang kita harap sangat dengan cinta awak tau,
Sebab apa tau,
Sebab awak yang mula-mula cakap sayang kat kita,
Dan sebab awak juga yang membuatkan saya rasa bahagia awak,
Terima kasih awak...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Awak tak jawab pun saya cakap terima kasih..!!
Awak ni kenapa??
Pandang lah kita,
Awak ni saje je kan nak buat kita marah,
Ye lah,
Kita tak pandai pujuk kan...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...


Awak nak tau tak??
Mula-mula mase kita jumpa kan,
Awak ingatkan malam yang kita kasi satu barang tu kat awak kan,
Awak pun suka sangat sebab awak nak guna benda tu kan awak,
Awak takut markah awak kena tolak,
takut pensyarah marah kan..
Kita pun hantar barang tu kat awak,
Sebab kita dah mula sayang dengan awak tau,
Walaupun itu yang pertama jumpa awak,
Tapi kita dah kenal awak dalam FaceBook lagi..

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kalau tak nak dengar takpelah awak,
Kita tak nak pakse,
Tapi kita akan ingat apa yang kita pernah lalui dengan awak,
Tapi juga kita nak nasihatkan,
Awak kalau tak nak dengan mana-mana orang,
Awak kena bagitau,
Jangan letak harapan tau,
Sian orang tu nanti..

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita ingat lagi tau mase kita keluar jalan-jalan,
Awak mintak kita bawa awak kat tempat-tempat yang romantik,
Yang cantik permandangan die,
Kita pun bawa sebab kita sayang dengan awak.
Kita nak luangkan masa dengan awak..

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita rindu lah nak masak untuk awak,
Walaupun rasenye tak sedap pun masakan kita tu,
Tapi kita suka sebab awak cakap awak suka,
Tapi tak tahulah kalau awak buang mase kat rumah,
Memang kita buat dengan penuh kasih sayang awak...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita tak de masa banyak ni,
Tak tau la bila pulak dapat cakap dengan awak,
Lepas ni kita nak kena soal siasat dah awak,
Kalau ada peluang boleh la,
tapi awak tak layan kita pun awak...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Ok lah awak,
Tuan kita pun dah panggil tu,
Kalau lambat sakit dapat malu dapat,
Kalau tak dapat jawab lagi la terseksa awak,
Kita takut ni,
Tapi takpelah,
Bukan kita dapat jumpa awak lagi pun..

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita halalkan makan minum awak tau,
Kita halalkan apa yang telah berlaku antara kita,
Kita jugak halalkan apa yang telah kita tolong awak,
Tapi,
Kita pun nak mintak halal dari awak,
Makan minum,
dan semua la yang berlaku,
Boleh tak awak??

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita pergi dulu k awak,
Selamat tinggal,
Jaga diri awak tau awak..
Assalamualaikum...."
***************************************************************************************
Seketika kemudian...

"Marobbukaaaa..!!!"
"Allah..!!"
**************************************************************************************



p/s:
Sila jangan kaitkan dengan kontroversi agama dan sensitivitinya. Kisah di atas adalah ilusi dan bayangan penulis semata-mata untuk tujuan penulisan puisi. Terima Kasih....

7 comments:

  1. awak jawab dengan baik yer... kita x mahu awak sakit, atau salah.

    ReplyDelete
  2. zona:
    insy tak salah..doakan lah.. ;)

    cgg:
    erkkk rahsia :) hehehe

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah dia dengar jika ada yang membacanya

    ReplyDelete
  4. anis:
    sobb??? kenapa.. tak sedey la entry ni ahaks.. ;p


    seri:
    insy..mengharapkan..:P


    strawbwrry:
    yela... tak caya?? tanya pak munamer.. eh apa yang ye ke ??

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!