Saturday, October 2, 2010

Kawen..?? Cuak.....

Nyaman je petang tu di Taman Tasek Titiwangsa. Hari raya. Memang ramai yang keluar balik ke kampung. Setakat berlari anak keliling tasek tu, baik balik kampung jumpa ayah bonda tercinta,lagi berpahala. Haji Deris bersama konco-konconya laju bergegas ke sekitar tasek. Hari puasa ke 29 memang cepat-cepat sahaja Hj Deris nak habiskan kerja. Nak berbuka la katakan. Di kelingnye sekitar tasek, ada kelibat dua ekor belangkas. Hah..!! Mengena..!! Kat tasek pun ada belangkas..!!

"Haaa.!! Assalamualaikum...Suprise..!!" jerkah Hj Deris dengan konconya.
"Waalaikumsalam..!!" Kelam kabut belangkas tu bangun. Pelukan sayang tadi terus dilepaskan. Nak kontrol la konon.

"Ni dah kawen ke belom?? Duduk peluk..!! Hahhh..??!!" tegas Hj Deris sebagai hero.
"Errk... Kawen dah abang, nikah cadangnya hujung tahun ni.." selamba je mamat tu jawab. Tau lah penghuni neraka. Kontrol-kontrol la nak jawab.

Akibat jawapan yang kurang tepat itu, Hj Deris dengan kuasa Veto nya menikahkan belangkas tadi di pejabatnya serta merta. Wali??!! Wali Hakim la. Takkan Wali Band?? Hahahaha... pasal wali tu lu tanya Hj Deris sendiri.
_____________________________________________________________________

Dan semalam merupakan hari pertama Man Toya menjadi suami Suhaidah. Bahagia. Pengantin baru la katakan. Sebelum ni rintangan dan onak duri memang pedih. Apatahlagi Man Toya bukan jenis kuat agama. Di tanya dengan pak mentua die Hj Kamsan, jenuh nak menjawab. Peluh satu badan Man Toya.

"Ace kamu bace surah An-Nas acik nak dengor sikit.." pinta Hj Kamsan menguji IQ Man Toya.
" Erkkk... saya tak ingat lah Haji.." balas Man Toya dengan jahilnya.

"Atey, surah apa yang kamu boleh baca?? Surah An-Nas yang pendek pun tak buleh menghapal nye.." lantang sedikit Haji Kamsan bertegas.
"Erkkk.. surah ni saya tau la..."

"Hah baca lah.." Haji Kamsan menyampuk.
"Qul 'A'uzubirabbinnassss....."

Pangg..!! Sekali Haji Kamsan tepuk dahi daaa. Tergaman Haji Kamsan kejap. Itu takpe lagi. Masa nak akad nikah dulu, Man Toya pun ada menunjukkan kejahilannya. Cuak punya pasal, semua tak jadi. Gugup. Tu yang gua takut. Hahaha. Macam-macam boleh terjadi tau. Man Toya apatahlagi. Gabra tahap gaban la.


"Cuba kamu istighfar saya nak dengar.." kata Kadi Dusun Tengah.
"Ok..Erkk.. Allahhummasollia...."belom sempat Man Toya habiskan, Kadi pun menyampuk.

"Haihhh..!! Itu selawat keatas Nabi..!! Saya suruh kamu Istighfar..!!" lantang Kadi bersuara kerana bengang. Dah besar-besar pun tak tahu istighfar.

Dengan pantas, akibat nak kontrol malu, ManToya menepuk dahi sendiri dengan kuat dan berkata:

"Astaghfirullahhalaziimmmmmmmmmmmmmm..!!" panjang dan jelas sebutannya.
"Hah..!! Itu lah istighfar.. Iskkk..Iskk..Iskk.." balas Kadi bengang.
____________________________________________________________________

Mungkin semalam akibat keletihan menghadapi gabra diri, ManToya baring sahaja di katil di samping isterinya Suhaidah. Waktu zohhor dah hampir. ManToya belum mandi. Suhaidah juga belum. Penat katanya belayar. Ibu dan bapa nya pula sibuk diluar rumah. Menguruskan isi-isi rumah yang masih lagi bersepah selepas kenduri semalam.

"Allahhuakbar Allahhuakbar..." azan berkumandang merdu irama sang bayu menyelaputi gegendang telinga.

ManToya dah kelamkabut. Mandi belum lagi.

"Ahh, baek cepat-cepat mandi. Nanti solat siap-siap, mesti bapak mentua aku suka..." bisik hatinya comel.

Lalu di gapainya tuala yang sedikit hapak tadi dan bergegas ke bilik mandi. Selang 20 minit ManToya mandi wajib barangkali, dia pun bergegas menyarungkan kain dan baju melayunya. Hensem..!! Tapi malangnya, keluar sahaja dari bilik, sudah tersergam indah hamparan sejadah mengikut haireki solat berjemaah. Haji Kamsan sudah bersila di bahagian kanan. Melangkah sahaja si ManToya tadi ke sejadah, lantas terus Haji Kamsan iqamah dengan niat agar ManToya terus menjadi imam secara OTOMATIK. Bergetar-getar kaki ManToya. Di kontrolnya agar nampak macam biasa sahaja. Di belakang Haji Kamsan, keluarganya menjadi jemaah yang lain.

"Allahhuakbar.." Lantang suara ManToya. MErdu, maklumlah, johan karaoke Kuala Lumpur masa dia belajar dulu. Dan tiba-tiba, dengan yakinnya dan lantangnya....

"Bismillahhirrohmanirrohim....... Alhamdulillahhirobbilalamin....."

Tersembul juga tahap IQ ManToya ni.......

2 comments:

  1. haish.
    bukan senang nak dapat suami beriman, berakal, berduit.adeh~

    ReplyDelete
  2. besar tanggungjawab seorang suami

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!