Sunday, September 26, 2010

Puding...

Pagi tu, sepatutnya suram seperti biasa. Tapi hari itu riuh rendah sedikit dengan penganjuran jamuan untuk guru-guru praktikal di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling. Gua pun, selaku guru 'konok-konon' di sekolah tersebut berasa amat terharu kerana majlis jamuan tersebut di buat oleh Panitia PENDIDIKAN KHAS (PK) di sekolah tersebut. Semua guru hadir. Gua pun tak lepaskan peluang untuk makan percuma kat jamuan tu.

Puding. Warna kuning menyerlah menarik selera gua. Gua amek 8 senduk bersaiz kecil tanpa niat tamak. Gua bawa duduk berhampiran dengan bilik kanak-kanak PK (autisme). Sedang gua menikmati puding tu, tiba-tiba seorang kanak-kanak PK menghampiri gua. Dalam hati gua berbisik "Ni budak PK ni. Mesti die nak makan juga. Tapi mana guru bimbingan dia.."

Semakin lama semakin dekat anak kecil itu menghampiri gua. Penuh semangat langkah die. Mungkin gembira nak makan percuma macam gua jugak. Selang beberapa saat, anak kecil itu sudah berada tepi gua. Dududk sebelah gua. Dan belum sempat gua nak bertanya apa-apa lantas anak kecil itu berkata:

"Cikgu makan apa cikgu??'
"Cikgu makan puding ni. Kamu nak ke??" balas gua dengan niat hendak semawa anak itu.

"OooOOoooo...puding. Mesti sedap...Tengok jap cekgu.."balas anak kecil itu balik sambil menarik mangkuk yang gua riba itu. Gua pun turunkan sikit bagi beliau tengok.

"Aah memang sedap. ...." belum sempat gua habiskan ayat gua, anak kecil itu bangun dan terus menuju ke meja yang terhidang pelbagai makanan yang sedap tu.

"Eh Kamu nak kemana tu..??" tanya gua sangsi.
"Nak amek puding lah cekgu. Kan cekgu cakap sedap.." balasnya petah.

Gua angguk. Beberapa minit kemudian anak kecil itu kembali duduk disebelah gua. Ditangannya ada semangkuk makanan dan sudu. Mungkin ingin kan sedikit perbualan, dia duduk rapat-rapat dengan gua.

"Errr....." belom sempat lagi gua nak cakap dengan anak itu, dia menghulurkan mangkuk yang dipegangnya tadi ke arah gua dan..

"Cekgu, puding....Sedapkan.." petah lagi anak kecil itu berkata.

Dengan sebak dan hibanya gua tersentap sekali. Di dalam mangkuk itu mengandungi Mee Goreng. Bukan puding yang macam gua makan. Kesian anak kecil itu. Tidak dapat membezakan sesuatu dengan tepat dan normal. macammana anak itu nak menikmati keseronokan hidup normal macam kita..?? Gua pun dengan perasaan sayu dan kesian tadi lantas menghulurkan puding gua tadi kepada anak kecil itu agar anak kecil yang kerkurangan itu dapat merasai nikmat sebenar apa yang dia inginkan.

"Takpelah budak, kat dunia ni memang lah lu serba kekurangan. Memang lu tak dapat bezakan itu ini. Tapi kat akhirat esok, memang ALLAH takkan membezakan apa-apa dengan lu. Jaminan kenikmatan syurga pasti lu akan rasai. Tempuhlah kehidupan cacat dan kurang lu itu dengan penuh tabah kerna di SANA nanti lu akan mendapat bekali-kali ganda kenikmatan berbanding kenikmatan di dunia ini...."




p/s:
Gua tak pernah selami hati mereka. Gua tak pernah selami jiwa mereka. Tapi gua tau hati dan perassan serta jiwa mereka tetap inginkan seperti yang kita inginkan. Mereka juga berhak untuk semua yang kita ada walaupun mereka begitu. Salam..!!~




7 comments:

  1. die confius tu
    mee goreng color kuing jugak..hehe

    ReplyDelete
  2. sedih ar bro ayat lu..
    huhu.. aku egt cerita lawak td, dah ready nak ketawa, sedih rupanya. huhu..
    )=

    ReplyDelete
  3. sedihnye,,,alangkah indahnya jika semuanya normal

    ReplyDelete
  4. zona:
    yeah...dah kita harus menerima mereka denganlebih istimewa...


    lea:
    btul..kelemahan sifat mereka yg harus dijaga.. ;)


    bro:
    haha igt citer lawak ek..nnt gua post yg lawak2.. ;)

    iez:
    alangakah normal nya jika semuanya sempurna.. ;)


    acab:
    hahah lu dah la cekgu PK kan..so baek lu jaga2...besar pahala weh.. ;)

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!