Mereka juga manusia. Mereka juga insan biasa yang mahukan kehidupan sempurna. Andai itu yang menjadikan mereka sebegitu, biarlah. Sokonglah mereka. Berikan apa yang perlu. Wang ringgit?? Harta benda?? Tak perlu semua itu. Yang penting sokongan dan galakkan dari kita semua untuk mereka . Apa yang paling diperlukan adalah ilmu yang kita curahkan. Bagi gua, gua susah nak bezakan mereka dengan kita semua. Memang kalau dilihat pada kehidupan mereka, mereka daif, tidak smart, tidak hensem kotor, jijik, malah ada yang beranggapan mereka itu najis. Hanya kerna mereka tinggal di dalam hutan tidak berbaju dan tidak bermekap. Apa pentingnya semua itu??
2 hari lepas gua bersama budak-budak kelas gua mendalami kehidupan orang asli di Sungai Kiol, Jerantut, Pahang. walaupun sebenarnya tujuan kami ke sana adalah untuk mengadakan bengkel Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut.
**************************************************************************************
Selasa; 5 okt 2010
Dah siap semua kelengkapan, semua peralatan, surat menyurat dan segala makdatok, gua dan bebudak gua teruskan hasrat murni kitorang nak mengadaklan bengkel/karnival Pendidikan Seni Visual kat sekolah orang asli iaitu Sek.Keb. Sungai Kiol yang terletak di pedalaman Jerantut, Pahang.
Ni semua sebab nak lengkapkan amali semester 8 ni. Yelah, dah nak habis study kan . Sampa i je kat sana, tanpa kitorang duga, ade sambutan daripada warga sekolah. Sia apa bunga manggah. Turun je dari bas, gua pun berjalan menuju ke Guru Besar sekolah tu. salam punya salam samapai tak nampak ade persembahan sambutan untuk kelas kitorang. Pensyarah yang ikut pun tak sangka ade juga sambutan. Pihak diorang pun tak bagitau nak buat sambutan . Dah lah kitorang lewat 1 jam juga. Bayangkan bas nak masuk lalu denai2 alam menuju ke Sungai Kiol tu. Pergggg.!!! Yang ade lesen full bawak bas je layak k.
Selesai je upacara sambuatan, kitorang bergegas nak siapkan tugasan berikutnya. Alang-alang dah sampai mesti kene tinggalkan sesuatu ye tak ?? So dalam perancangan yang lepas kitorang akan menyiapkan satu mercu tanda kat sekolah tersebut. Cantik ke tak, naseb lah, yang penting ianya ikhlas dari pihak kitorang. Budak-budak pompuan lak sibuk mengemas bilik tetamu, buat hiasan, ceriakan dan macam-macam lagi. Lu orang tengok la hasilkerja kitorang. Nak cantum kan tayar je dah makan mase 2 jam. Hah..!! Tu la bebal sangat kat KL tanak pasang siap-siap..!! Sapa lah pengerusinye yek ?? Tettttt..!! Padahal gua . Hahaha.
Rabu 6 oktober 2010
Hah. Bermula episod sebenar kedatangan gua kat kampung ni. Lepas berbincang apa yang patut dengan guru-guru sekolah tersebut, jadi kami pun bercadang nak mulakan majlis jam 8 pagi kononya. Tapi lambat. Yela . masaa kat hotel tu ade yang bangun lambat. Ade yang bangun awal mandi lama. Ada yang bangun awal semayang je, mandi lambat. Jadi tungu punya tunggu last-last kol 7.30 baru nak gerak ke sekolah. Apa hal. Janji semalam nak gerak kol 6.30 pagi. Janji melayu, ni lah dia. Haha. Nak masuk ke sekolah tu saje dah makan mase 45 minit. Jalan denai la katakan . So kitorang sampai jam 8.45 mcam tu lah.
Samapai-sampai je terus buat kerja. Pasang apa yang patut, buat itu ini dalam kelam kabut. Takut tak sempat. Majlis nak mula jam 9.00 dah. Tup tup dah siap semua, majlis pun berjalan dengan lancar. Senang cakap sampai habis karnival/bengkel ni takde masalah yang di hadapi.
Asalnya memang lah untuk kanak-kanak tapi memandangkan orang kat sana tu tak penah buat aktiviti ni, so kitorang panggil diorang join sekali. Bukan main seronok sekali. Tengok la mamat tu.
Dah habis semua, kitorang bergeak balik ke KL jam 2.30 petang. Dan memandangkan masing-masing dah sangap nak makan IKAN PATIN tempoyak, semua serbu singgah ke TEMERLOH. Perghh brader.. Tak kasi Chan...
Jam 7.15 baru kitorang sampai ke KL.Bukan sebab jem, tapi sebab bas maktab gua body je lawa, enjin standard Kancil gua jek. Punya lah lama nak sampai KL. kalau nek kete dari Temerloh nak tak nak mahu dekat 1 jam setengah. Ni 4 jam saja dok kat higway karak tu. Hahah. Pengarah sila peruntukkan duit untuk bas baru. So harapkan semua berpuas hati la dapat ke sana. Maklumlah ini kan last projek kita bersama. Lepas ni masing-masing posting dah tak jumpe. Mesti gua akan rindu gile-gile. Kena pulak posting jauh-jauh. Tak tau bila lak dapat jumpa. Kalau ada salah dan silap sepanjang kat Jerantut tu gua mohon ampun k . Selaku pengerusi aktiviti, mesti ade yang lu oarang tak puas hati kan. Ok selamat maju jaya semua.
HIDUP ORANG ASLI. DESA KITAK HARUS DI JAGAK..!!~
Thanks to :
Budak-budak kelas gua G 8.1 (PSV) IPG Kampus Ilmu Khas
Ketua Jabatan PSV
Pensyarah penilai
Abang Khalil dan Abang Zaki selaku driver tip top IPIK
Warga sekolah SK Sungai Kiol, Jerantut
Jerantut Hill Resort
Warung Pak Ussof, Temerloh
*************************************************************************************
p/s :
Kalau pasni dapat posting kampung asli pun dah takde hal. Sebab dah ade pengalaman. Heheheh~