Tuesday, July 21, 2009

Semalam Bersama Paradoks II


Wow. Semalam yang hangat. Hangat dengan apa?? Yaaaa....... Hangat dengan budak2 Paradoks. Mimpi Dunia Gelap. Best..!!! Dulu Earth Hour. Best jugak walaupun tak sebesar yang ini.


*************************************************************************************
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Bukan senang nak dapat jemputan ke sesebuah majlis. Apatah lagi untuk menjayakan sebagai Penghibur. Semalam, Hari Ahad 19-Julai-2009 gua dengan kawan2 gua mengikuti satu program yang dijayakan oleh sebuah Pasukan Paradoks. Dulu gua dah ikut gak program pertama diorang iaitu malam Earth Hour, yang telah diadakan di Klang. Semalam gua ingat suasana macam dulu jugak. Sampai kat tempat kejadian iaitu Laman Budaya, Shah Alam, gua tengok dah tak macam dulu dah. Tahniah Bro Aloy dan kawan2 Paradoks. Walaupun baru dua kali kita jumpa, tapi gua rasa lu orang memang best la. Harap2 korang berjaya dengan nama Paradoks sampai bila-bila.

Apa yang best lagi, gua dapat jumpa dengan kawan blogger gua yang lain. Dark Ray dan Bias. Thanks la sebab korang macam ingat2 kat gua. Hahaha... Tapi gua tak sempat nak jumpa yang lain. Macam PatungCendana, gua dapat tau lu datang, tapi gua tak sempat nak jumpa. Lagi pun bro gua kasitau last2 minute. Tapi taktau la lu datang ke tak. Kawan2 blogger yang lain pun, gua nak jugak jumpa lu orang beb. Takpe, mungkin di masa dan program yang akan datang kita akan bertemu kan.

En Adam dan Bro aloy.. Lu orang memang best la buat benda2 macam ni. Dan terima kasih gak sebab lu orang kenal dengan guakan. Gua memang teharu la katakan. Terkejut juga tetiba En.Adam menyapa gua dengan nama KIMISAI....Hahahaha.....Thanks All..





*************************************************************************************
8.45 Laman Budaya.

Gua sampai dengan member gua. Daftar kemudian terus lepak2. Gua tanya pukul berapa mula..

"Dah nak mula dah. Jemput la masuk dengan kawan2."

Gua lepak dulu sebelum tu ngan kawan2 gua. Ya la, ada satu lagi penghibur yang datang atas undangan Aloy. Nama kumpulan tu LARA. Diorang memang gempak beb main akustik ni. Gua tabik spring beb.


*************************************************************************************
LARA

Ni kumpulan kawan gua, kawan abang gua dan kawan kepada kawan2 gua. Kumpulan ni gua tak pasti berapa orang tapi gua tau la yang diorang ni bekas budak satu sekolah dulu. Hari tu gua join diorang lepak masuk Battle Of The Band kat UKM. Perghh...!!! Gempak siot. Kumpulan lain susah2 main lagu bising2 metal la, rock kapak la. Tengok2 diorang jugak lepas masuk akhir. Padahal main lagu akustik je pun. Gempak tak ??!!!

LARA - Paan, Loco dan Panjang

Malam tu LARA merupakan kumpulan pertama yang membuat persembahan ataupun kita panggil Persembahan pembukaan. Biasa la tu. GUa dulu pun mula2 masuk program ni terus kena buat persembahan mula2 sekali. Cuak bebb..!!!

Lagu malam tu LARA main lagu sendiri satu, tapi gua tak tau tajuk. Yang Kedua lagu Bonda, lagu yang diorang dapat masuk akhir kat UKM dulu. Sedapp..!!! Akhir sekali lagu Kasih kot, dendangan Endang Estorina. Entah gua pun tak pasti. Lu tanya la diorang .
tu je la pasal LARA. Sapa2 nak kontek diorang nak undang wat show pun boleh. Bagitau je gua. Nanti pandai2 la gua ejas kan.


*************************************************************************************
Pasal Gua pulak.
Kumpulan gua pulak nama Siela, tapi dalam poster tu mesti korang baca lain sebab gua terlupa nak kasi ejaan yang betul kat penganjur. Tapi tak kisah la tu. Yang penting semua dah selamat. Kumpulan gua malam tu ader 4 orang.

1. Gua (kimisai)
2. Sathiaraj
3. Mirul

4. Siela


Gua- Siela - Sathiaraj - Amirul


Nama asal Siela sebab masa Earth Hour dulu kitorang guna nama Siela. Jadi taknak bagi orang yang dah tau tu kompius, so kitorang kekalkan la. Sorry banyak2...ok...!!! Hehehe..!!!

Hmmm.... Sebelum buat persembahan gua dan kumpulan gua dah sedia dah dengan 4 buah lagu. Bukan sedia berdiri tegak beb, tapi sediakan 4 lagu. Asalnya 6 takut kot2 tak cukup. Hahahaha...
Lagu kitorang sediakan termasuklah :

1. Hanya kau yang mampu -AIZAT AF
2. Putihnya lukisan itu - MUH
3. Bukan kerna nama - RAMLI SARIP

4. Better Man - Gua tatau sapa yang nyanyi



Tapi malam tu sebab masa tak mengizinkan gua dengan kumpulan gua terpaksa la persembahkan 2 lagu je iaitu lagu Putihnya lukisan itu dan juga Bukan kerna nama. Sebelum main gua keluar dulu berlatih buat kali terakhir, takut2 kot2 la terkantoi pulak. Dah la dulu masa Earth Hour tu kitorang main ala kadar je. Heheehe..Sorry Bro Aloy...!!!


Bukan Kerna Nama

Putihnya Lukisan


*************************************************************************************
Terima Kasih kitorang untuk korang....

Jutaan terima kasih keoada pihak penganjur yang telah menganjurkan program seumpama ini. Dan juga sebab sudi lagi jemput kitorang yang entah apa2 ni buat persembahan lagi. Bukan nak demand la kan, tapi lepas ni kalau ada lagi nak jemput boleh je....Hehehe... Jutaan terima kasih juga kepada penonton yang sudi menyokong kami malam tu walaupun korang tak kenal kitorang. Yang nyanyi sama2 malam tu best arrr....Gua macam tak caya pulak ada yang ikut nyanyi dua2 lagu. Walaupun gua sendiri tak nyanyi malam tu kan. Tapi best la korang kitorang yang kerdil ni nak dibandingkan dengan yang lain. Terima kasih gak kepada pihak pengajur yang bagi makansupport free sebab kitorang memang lapar yang amat sangat. Tak makan pun sebelum pergi. Hahaha....

Akhir kata kitorang suma harap korang akan berjaya la sampai bila2 pun. Jangan lupa kitorang yang bawah2 ni sudah la.. Hahaha... Good Luck Bro Aloy and Paradoks team.....



p/s: kepada sesiapa yang telah membuat rakaman pada malam itu sila hubungi saya (slurpy_nice@yahoo.co.uk) ataupun kol 013-6428972. Kalau nak jual CD yang korang rakam pun boleh. Jangan mahal2 dah la. Gua memang nak sangat CD ataupun rakaman tu. Pleaseeeeeeeee do inform me ok?? Thanks alot all of u guys....
Free Signature Generator


Friday, July 3, 2009

KBSM : Gua, mercun dan Cikgu Rapinho

Hari ni Jumaat. Gua nak balik Keratong 07 yang indah nan permai. Gua memang nak balik. Tak kira apa nak jadi, jadi la. Yang penting gua dapat sampai keratong 07 petang Jumaat ni jugak. Gua puasa hari ni.Gua nak sampai umah, tido2 dulu baru bangun bukak pose dengan mak dan keluarga tercinta. Maknanya, gua ponteng la kelas pagi tu. Ponteng perhimpunan kantoi dah dengan Hayat hari tu. Harap2 tak kantoi dah la. Hahaha..

Gua dah bersiap. Beg balik kampung gua letak kat surau sekolah memandangkan belakang surau la tempat yang gua nak melepaskan diri pagi Jumaat yang indah ni. Gua set time rehat gua cabut.

Dari luar nampak uniform sekolah gua yang baru gua gosok malam semalam sebelum tido. Tapi kat dalam, gua dah standby baju t-shirt askar, yang gua beli masa masuk Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Gua minat baju tu. Nampak maco...!!


"Kriiingggggg...!!!!"

Huh..!! Masa rehat. Gua kena cepat. Gua bergegas pergi ke surau. Dah sampai masa nak ponteng.


***************************************************************************************
SURAU; belakang tandas.

"PomPamPongPang..!!!!"

Berderau darah gua. Buduh betol diorang ni main mercun kat sekolah. Gua agak mesti Raphino tu datang jap lagi. gua cuak jugak takut nanti beliau datang, gua pulak yang kantoi nak balik kan. Puasa baru 3 hari dah main mercun ka??

Gua tengok sapa2 yang ada kat belakang surau. Ceh!! ingatkan sapa. Member2 gua jugak. nak join sekali tak boleh. Gua nak cepat. Naib baik gua dah rogger member gua budak luar, Amin, suruh dia standby nak amik gua cabut. Gua jengok2, tengok2, Fuh..!! nasib baik dah sampai. Senang kerja gua nanti.

Gua keluar surau. Tadi amik beg balik kampung. Sorok dalam bilik azan. Takut kena curi.

Gua sarung stokin.
Gua sarung kasut CONVERSE gua pulak.
Gua ikat kasut tu.

Gua bangun, angkat beg, terus mara ke belakag tandas, menuju ke pagar yang telah roboh. Sempat gak gua bertanya khabar dengan member2 gua yang sedang 'meyambut raya' tadi. Tak habis2 main mercun, putus tangan kang, jari ke, baru tau. Tu tak kisah, entah2 nanti datang si Raphino tu pulak, mampos dengan gua2 skali kena.

"Ok r Shah, Epul. Gua gerak dulu la. Nanti terlepas bas.." tegur gua sebagai ayat penamat.

"Mu balik naik bende K****??" tanya Epul (sedang koma di hospital sekarang ni, tolong doakan beliau sembuh)

"Gua naik bas Muadzam, tapi suruh Amin hantar sampai simpang Leban Condong. Bas dah jalan dah ni.." seloroh gua kembali.

Lepas salam, gua pun cabut. Baru je lepas panjat pagar roboh tadi, tiba...

"Hoi..!!! Nak ke mana tu??!!"

Gua kenal suara tu, gua cam sangat2. Sama macam suara yang jerit masa gua ponteng perhimpunan dulu.


Arrghhh...!!!! Raphino!!! Lari1..!!! Run for your life..!!! Die2 kill2.!!

Pantas gua pergi menyorok kat belakang tandas tepi pintu masuk kubur. Gua cuak. Gua nampak budak2 main mercun suma dah blah. Mungkin diorang selamat. Gua???

Gua tengok Amin rileks je kat pangkin kubur tu. Siap senyum2 lagi kat cikgu tu. Cikgu tu pulak boleh rileks tengok Amin. macam bukan pelajar die jek. Gua jeling Amin. Tanya cikgu kat mana??!!

"Cikgu datang sini, baik ko cabut sekarang..!! Dia datang tu. Dah panjat pagar dah...!!" kata Amin.

Huh??!!
Mampos aku..!!!

Dengan berbekalkan oksigen yang masuk, dan CO2 yang keluar, gua buka langkah seribu.

Zupppp.....Berdesup gua cabut. Macam Husin BOl tu. Laju nak mamapos gua lari. Tak toleh belakang. Siap angkat tangan tutup muka lagi, takut Raphino tu nampak. Tu takpe, yang gua tak tahan, ada pulak member2 gua yang dok bersidai buat gosip MELODI kat hujung makmal sains tu nampak gua cabot. Malu beb..!!! Jatuh standard dengan saham gua..!!!

"Laju weh..laju..!!"

Babi..!!! Siap bersorak lagi. Menate punye member. gua dah malu tahap cipan dah. Nasib baik muka gua tutup.

Gua sampai kat pasar. Gua rehat jap kat situ. Beg gua tinggal kat tandas kubur tadi. harap2 Raphino tak nampak beg tu. Gua SMS Amin. Suh dia amek beg gua.

Gua tunggu.
Amin datang amik gua.
Gua naik motor.
Amin menunggang.
Gua membonceng.

"Weh dia kejar tak gua lari tadi??" tanya gua kat Amin
"Die nak kejar, dia naik motor aku tadi. Tapi motor aku kan susah nak start. So dia tak jadi kejar," balas si pendek Amin (jangan marah Amin)

"Dia tanya tak sapa yang lari??"
"Tanya, tapi aku tak bagitau pun. Aku cakap tak kenal."

Bagus!! Alhamdulillah...!!



*************************************************************************************
Keratong; Umah gua; Masa bukak puasa;

"Tetetet..te..tet..."

SMS masuk. Telefon bimbit gua tu. Gua capai. Tekan show mesej.

"K****, ak dgr td Raphino tau spe yg lari dr sek td. Isnin ko jga2 r takut nnt die cr."

Huh??!!

Gua cuak.
Makan tak lalu.
Tapi du pinggan Mee Rojak gak habis.


*************************************************************************************
Sekolah; Isnin; Minggu depan;

"Sekian sahaja perhimpunan kita pada pagi ini,"

Tamat tanpa menyentuh sedikit pun hal yang berlaku Jumaat lalu..keh..keh..keh...

Gua selamat beb..!!!!

Free Signature Generator

Praktikum ; penyu, murid dan guru peletih (masalah disiplin)

...Praktikum: Praktikal Untuk Mengajar....

Gua guru pelatih. Tapi setiap kali praktikum gua jadi lain sikit. Guru peletih pulak. Nak buat macam mana kan, dah tanggungjawab. Gua praktikum kat sekolah Bt 09, jln Kajang-Cheras. Best jugak la sekolah tu kalau nak dibandingkan dengan sekolah praktikum fasa 1 dulu. tapi yang gua nak citer, bukan pasal gua, tapi pasal member gua.

Kes ni terjadi kat Pandan, atau lebih detailnya, Sekolah rendah Pandan Indah. Member gua ni macam gua jugak la, buat praktikum. Tapi belliau sesi petang, gua sesi pagi.

Kelmarin dulu hari pertama, OK je masa masuk kelas.
Kelmarin hari kedua, OK jugak gua dengar. mungkin baru lagi.
Semalam hari ketiga, OK lagi, tapi hampr meletup jugak kepala main dengan budak-budak ni.
Hari ini, hari keempat, Wow..!!! Member gua terkena beb..!!


"Assalamulakum cikgu!!!"
"Waalaikumussalam murid2. Semua duduk...." selamba je member gua jawab.

Sesi P&P pun berjalan dengan lancar (memang la lancar, dah RPH tak buat lagi, so takyah mengajar) Minggu pertama berkenalan je dulu dengan murid2. Sesi soal jawab macam polis dengan penjenayah pun bermula. Member gua kenalkan diri gak. Lepas tu taktau nak buat apa, member gua tanya murid2...


"Siapa ada binatang peliharaan kat rumah?? Kucing ke, kambing ke, tenuk ke...."

Diam..!!
Sunyi..!!
Sepi pulak..!!

Kelihatan kesemua murid2nya mengangkat tangan tanda menjawab soalan yang diberikan member gua. Sibuk nak menjawab semuanya.

"Kamu.." tegas member gua sambil menuding jari beliau yang debab tu ke arah murid di belakang sekali.


"Ayam"

"Kamu.."
"Kucing Siam.."

"Kamu pulak.."
"Kambing..!!"

Kah..kah..kah..berdekah budak2 gelak sebab kambing yang disebut murid tadi.


Disuatu sudut menghala ke sebelah kanan kelas, kelihatan murid yang beriya2 mengangkat tangan siap berdiri lagi nak jawab.


Member gua dah semangat nak tau..

- Monolog member gua-
"semangat je.. ade bela apa ni??"
"siput babi??"
"Kerengga??"
"Man babi..??"
"Ke bela babi je terus?"


Member gua dah pentoi kepala tak tahu kenapa semangata sangat budak nie nak jawab.

"Kamu kat hujung tu, jawab...." tegas member gua.


"Ada cikgu, saya bela penyu..!!"

Bzzzzzzzzz.........!!!!!!!!!!!

Tersentak jap member gua. Huh.!!Penyu??!! Gila ka apa??!!
Member gua dah panas, macam Teh O panas kat IRC cafe. Nak lempang, anak orang.

"Penyu??Kamu jangan main2 dengan cikgu.."
"Betul cikgu..!! Saya tak tipu..!!Penyu tu kecik je"

"Penyu ke kura2?? Mana ada penyu kecik, mesti bsar..!!"
"Eh!! Penyu kecil kot. Tapi macam kura-kura.."

"Kura2 la tu. Tak pun Labi2. Takkan kamu nak bela penyu pulak. Kat mana kamu amek penyu kecik tuh??" tanya member gua dengan penuh minat.

Budak tu pun sengih@ghenyih kat member gua. Member gua dah syak sesuatu dah.

"Tak tahu cikgu!!"


"Eh kenapa tak tahu?? Kan kamu cakap ada bela tadi!!" bentak member gua. Kepala dah la pusing. Budak ni pulak main2. Member gua panas lagi, macam air panas yang ada larutan garam melebihi takat didih. Hahaha...

Dengan selamba budak tu cakap kat member gua......

"Macam mana saya nak tau, saya tak beli lagi penyu tu....."

KAH...KAH...KAH...!!!! Satu kelas gelak....!!!!

Member gua camna??....hehehe

Lu pikir r sendiri..!!!!



Free Signature Generator

Friday, June 26, 2009

Gua dah lambat pergi kerja

Gua dah janji dengan bos nak datang awal sebab ader function filem AUSTRALIA tajaan salah satu air kencing syaitan ; ARAK. Gua tak suke sebenarnya, tapi dah gua makan gaji kan, jadi nak taknak kena la juga kerja. Samad dah kol tanya kat mana. Gua tak tau nak jawab ape. Motor ok, badan sihat tapi gua lambat gak. Sebab apa??!!Tunggu mamat nie; PIAN..!!!

Pian..!!
Pian..!!!
Pian..!!!!

Perghhh...!!! Mamat ni kalau berciap memang macam babi nak pergi pasar. Gua dah 10 minit tunggu. Tak siap2 lagi. Nak marah dah besar. Dah la menumpang orang pulak, buat lambat lagi. Kang tak pasal2 gua pulak yang kena sekali. Gua dah panas!! Baran gua dah menyentap nak maki beliau.

"Woi mangkuk!! dah la tu. nak bersiap apa lagi. Dah lambat ni," jerit gua walaupun gua cuma berada 2 kaki dari pintu bilik beliau.

"Ok2...Dah siap..!! Jom, dah lambat gila ni..!!!" balas Pian.

Uiks, boleh pulak dia cakap macam tu. Gua yang tunggu dia. Pian Babi..!!!

Gua dengan Pian pun turun la pergi kat parking motor. Gua amek helmet. Pian pun amek helmet. Gua duduk, tekan butang hidupkan skuter EGO keluaran YAMAHA milik member gua. Lupa bagitau skuter kaler hitam. Kadok punya. Belum sempat gua nak ajak Pian naik, tiba2 beliau bersuara..

"K****, bagi aku bawak la. Aku dah lambat ni,"
"Apahal pulak. Ko lambat aku pun lambat. Sama je la sapa bawak pun," balas gua dengan penuh kehairanan.

Dengan muka yang serius gila babi, macam babi tengah jawab MUET, Pian terus duduk kat tempat penunggang. Gua terpaksa ke belakang. Gua pelik.!!! Pelik lagi..!!!

Huh.!! Sampai tempat kerja. lambat 30 minit dari jadual asal. Sampai parking motor, gua tanya Pian lagi. Muka gua memang ketat habis la bengang punya pasal dengan Pian tadi.

"Pian, apahal lu nak sangat bawak motor ni tadi?" tanya gua.
"Ko takpa, asal masuk kerja malam. Lambat takpa. Aku ni memang kena masuk sekarang. Tak leh lambat. So aku kena bawa motor" Pian jawab.

Pelik..!!
Pelik gampang..!!

"Huh??!! So apa kaitannya dengan masuk kerja lambat?" tanya gua lagi dengan tahap kehairanan gila memuncak.

Dengan selamba, siap senyum sinis lagi Pian jawab:

"Kalau aku dok depan, aku sampai dulu. Kalau aku dok belakang, ko yang bawak motor nanti ko yang sampai dulu. So sekarang ni aku yang sampai dulu. Aku awal sikit la dari ko.Paham??"


Walaupun gua tergelak jugak, tapi gua sempat bagi bonus penyepak kat bontot Pian tu. Pian babi..!!!




Free Signature Generator

Wednesday, June 24, 2009

KBSM : Gua, Hayat dan Cikgu Rhalpino

*Ini bukan kisah lucu;tapi kisah benar..!!!Sekadar berkongsi pengalaman..Hahaha...!!
************************************************************************************
Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin;
Tingkatan 5B

Gua penat. Ngantuk. Pening. Apa yang mampu gua buat??!! Lepak kelas la. Malas gua nak pergi perhimpunan pagi2. Dah la tiap2 hari. Bosan gua. Bukan gua je, semua pelajar bosan. Cikgu pun bosan. Kalau tukang kebun tu kena pergi gak, memang die pun bosan. Kucing yang kat kantin pun bosan gak. Argghhh..!!!Aku dah melalut.

Selasa; 07300 -

Gua tengah lepak sorang2 malas nak pergi perhimpunan. Nak tido.!! Semalam gua fly samapi kol 3. Tak tahan. Nak tido gak. Tetiba datang member gua. Bukan Samad!! Tapi Hayat.

"Woi K****!! Ooooo...ponteng ea..tak ajak aku pun..!!" tegur Hayat dengan nada perlahan walaupun ader tanda seru kat situ. Ye la taku kantoi pulak . Perhimpunan dah la bawah kelas gua je.

Argghh..!!! Babi..!!! Baru nak tido. Takpa, naseb baik Hayat. Bestfren. Ada gak yang sudi menemani gua kan.

"Gua letih la Yat. Lu semalam blk fly lamabat ngan gua takkan tak letih?"
"Arhhh mu alasan je. Aku rileks je,"

"Rileks tengkoghak ko!! Hahaha..kalau ko rileks wat pe tak pergi perhimpunan.."
"Hehehe..biasa la bro,"ujarnya lagi.

Lepas 6-7 minit perhimpunan bermula, gua masih lagi rancak berborak dengan Hayat. Suara perlahan. Takut kantoi. Dengan tetiba.......

"Hoi..!!Ponteng ke..!!Kenapa tak pergi perhimpunan??"

Aisyehman..!!!Kantoi la pulak. Kelihatan Cikgu Disiplin terhebat sekolah; Cikgu Ralphino. Dahsyat. Mampos aku dengan Hayat. Gua dnegan Hayat terus tersentak. Perbualan yang rancak sampai ke puncak. Cikgu Rhalpino pulak tegas terpacak macam nak bagi penyepak.

"Saya pening pala cikgu. Rasa macam nak demam," ujar gua sebagai alasan yang agak munasabah walaupun gua tau alasan tu dah ada dari zaman Neolitik lagi.

"Kamu pening pala, yang kamu pulak??!!" tegas Rapino lagi, tapi menuding jari telunjuk beliau yang kontot tu ke arah Hayat.

" Saya teman die cikgu, takut ada apa2. Sebab saya pon macam tak sihat je ni," balas Hayat.

"Dah2!! Kamu berdua jangan nak buat alasan. Sekarang pergi turun masuk perhimpunan. Tak pun nanti jumpa saya kat bilik disiplin. Pilih mana satu??" Lembut!!Tetapi sedikit tegas beliau memberi arahan kepada kami.

Gua dengan Hayat tanpa pikir panjang terus turun dan melangkah ke perhimpunan. Gua terpikir " Kalau pergi dah lamabat. Mesti cikgu2 tau gua ngan Hayat nak ponteng" Jadi gua pun mengusulkan pada Hayat..

" Yat, jom g surau la. Aku pun nak terberak ni. Nanti pergi perhimpunan burok muka lambat dah," cadang gua.
"Ok gak idea bangang ko tu. Jom!! aku pun dah lame tak pergi surau...Hahaha.." bala beliau dengan gelak syetan.

20 meter di sebalik bangunan blok makmal, 30 meter sebelum ke tapak perhimpunan, gua dengan Hayat belok ke kanan. Menukar arah dengan tujuan baru. Ke SURAU..!!! Port clear lepak..!! Siap leh skodeng..!! Wakakaka...

Laju kaki melangkah. Takut Rapino nampak. Takut pula kalau di kejarnya nanti. Gua sambung balik perbualan gua dengan Hayat yang terbantut tadi. Tapi gua selitkan sikit kutukan2 terhadap cikgu disiplin tadi. Kalau kutuk depan mau kena sula dengan rotan 1.65 meter beliau. Nak mampos??!!!

Sampai blok KH, gua dah sedai dah ngan Hayat. Nak lintas ke depan Perpustakaan. Sebelah kiri pejabat. Bilik disiplin da la kat situ beb. Hat-hati. Bahaya. Line clear. Gua pun lintas dengan Hayat. Cepat je kitorang melangkah. Baru je nak sampai depan perpustakaan, tiba2..

"Hoi..!! Nak kemana tuh?? Tadi dah ponteng pun nak p[onteng lagi ke..?!!" suara yang memang2 kasar dan lantang singgah kat cuping telinga gua dan Hayat, lalu di salurkan ke gegendang telinga, dan menjadi impuls yang seterusnya di hantar ke otak untuk di tafssir.

Mamposs..!!!! Rapino beb..!! Dah la tadi kantoi dalam kelas. Ni kantoi nak ke surau pulak. Nak ponteng pulak tu. Ucapan cikgu kat perhimpunan pun terhenti jap sebab dengar jerkahan si Rapino tadi. Dengan muka bengis seakan2 penjahat dalam citer SAW IV, Rapino datang kat kitorang. Cuak!! Dup dag dup!!

"Nak kemana pulak ni!! Tadi kat kelas pening pala. Ni apa pulak??!!" sergah beliau dengan suara melebihi 7 petala langit Wunan (citer komik Wira Tunggal)

"Err..."Huh??!! Tak terkata gua. Hayat apa tah lagi. Gua dengan Hayat sama je.
"Dah2!! Saya dua2 ader kat tapak perhimpunan sekarang jugak. Kalau tak siap kamu. Paham??!!" jerit lagi. Nak je gua cakap kan mulut die busuk. Tapi tak sampai hati beb. Kesian.

"Saya nak buang air besar cikgu. Sebab tu nak ke surau. Tak tahan dah ni, nak kuar dah.." cilok gua pulak. Padahal tadi tak nak berak pun. Dah kena jerkah baru rasa nak berak. Kecut perut beb. Cikgu Disiplin tu bai.

"Tandas belah sana rosak cikgu. Dah la ade bau rokok. Busuk pulak tu..!!" sokong Hayat pulak.
"Dah2!! Jangan nak kelentong. Kalau nak pergi tandas jugak pergi tandas sana. Ke kamu nak pergi masuk perhimpunan sekarang??!! Saya taknak kamu pergike surau. Saya tau kamu nak tidur kat sana ponteng perhimpunan kan..??!!" tuduh Rapino pulak sambil tunjuk ke arah tandas yang busuk macam ketiak dan mulut die tu.

Yeah!! Selamat!!Paling tak pun gua tak perlu pergi perhimpunan. Kalau gua masuk perhimpunan masa tu mesti bughok muka gua dengan Hayat. Mesti budak2 tau yang kitorang kantoi. Bab diorang dah dengarlantang suara si Rapino tadi. Gua pun berlalu bersama-sama dengan Hayat tadi menuju puncak AF!! Eh silap ke tandas.

Gua dah suka. "Nanti bleh lepak2 kat tandas lepas berak. Takyah pergi perhimpunan lagi," niat guadalam hati. Memang gua nak berak pun.

Lepas beberapa minit gua berak, gua pun kuar tandas siap betul2kan talipinggang lagi. Hayat berak tandas sebelah. Taktau apa yang die teran kan. Sebab die tak sakit perut pun.

Sunyi.
Sunyi lagi.,
Sunyi berterusan sehingga...

"Krekkkk..." daun pintu tandas gua selak. Mak aiiii..!!! Terpana gua sekejap. Gua nampak sesorang kat pintu masuk tandas. Badan besar!!! Gua ingat hantu. Hayat tak kuar lagi. Gua cuba lagi mengamati dalam kedaan cemas bercampu-baur dengan nikmat melepas tadi.

Nah ko..!!!! Luorang tau sapa??!!

CIkgu Rapino rupanya. Hahaha.. Rasional beliau berdiri kat situ???

Dah tentu nak tunggu aku dengan Hayat. Di nak tau betul ke tak gua dengan Hayat nak berak..HUHUHU

Sungguh bertanggung jawab beliau. Terima kasih Cikgu Rapino.
************************************************************************************
p/s:Tanpa guru siapalah kita. Aku tak tau nanti murid aku pulak buat apa kat aku. Pembalasan!!!Hidup umpama roda.Tubeless..Hehehe


Free Signature Generator

Free Signature Generator

Monday, June 22, 2009

Pian dan M.U.E.T

Salam.

Haa...kali ni gua tak cerita pasal Samad dah. Kali pasal kawan Samad pulak, si Pian. Harap lu orang tak marah dengan Samad tu OK...hehehe..Cerita ni Samad yangbagitau kat gua.
************************************************************************************

Sedang gua makan kuih pau ayam dengan donut J.Co kat level 6m, tetiba Samad tanya gua.

"K****, ko tau tak MUET?"

Huh??!! Sejak bila ko pikir pasal pelajaran pulak Samad ni. Biasa cerita pasal penyanyi je. Hahaha...Kemaruk karaoke dengan AF la katakan.. Tak pun lu pikir pasal jagung rebus lu jek.

"Tau la. Gua pun dah amek.Dapat pun ben # jek.." jawab gua ringkas beb. Malu..!!!

"Ko tau tak member aku ni, nama dia Pian, die amek MUET, pastu die dapat ben 1 je. Tapi kan dia dah ulang banyak kali . Dekat 10 kali dah kot. Dok ben 1 jugak.."

"Uiks??!! Biar betul Samad..!! Takkan mak bapak die tak marah kot?? Banyak pulak duit diorang nak bagi amek tiap2 tahun MUET tu. Bukan murah beb..." tanya gua kehairanan pulak.

"Yerr...!! Buat pe aku nak tipu ko. Aku mula2 pun pelik macam mana mak bapak dia tak marah. Mau dekat seribu gak tu dah soploh kali amek. " jelas Samad lagi.

Betol ke????

" Lu tak tanya ke Pian tu Samad?" tanya gua lagi.

" Dah!!Cuba lu teka apa dia cakap kat mak bapak dia??"

" Dia cakap die tak fokus kot."
"Tak!!"

"Tak pun dia cakap MUET ni susah macam nak buat char kuey teow!!"
"Tak la bodo..!!"

" Dia tak suka ko kot?? Ke mak bapak dia bukan benda hidup??"
" Ko memang babi K****!!!"

"Die suke amek MUET?? MuET itu HIV?? MUET musuh negara??"
"Tak la bangang..!!"

"Haaa..!!! dia cakap dia bukan omputih?? Kan???!!"
"Napa la bangang sangat ko ni.Senang je dia cakap tau..!!"


"Huh??!! Apa???"

"Setiap kali dapat keputusan MUET, dia bagitau mak ngan bapak dia yang ben 1 tu yang tinggi sekali. Yang ben 6 tu yang bodo2 punya. So mak bapak dia suka la soploh kali MUET soploh kali anak diorang cemerlang..Hahahah..."


Huh??!! Apa nie???!! Samad babi..!!!

p/s: jangan la main2 kan orang tua kita. Errr... Samad ker Pian tu yang buduh dan bangang??!! Ke gua yang bengong sebab dengar cerita Si Samad ni..

Hmm...

Free Signature Generator


teka la gua kat mana

Semalam gua kat keratong 07
hari ni gua kat Kuala Lumpur
Esok gua dah mula kelas kat KL..

haaaaaaaaa.........teka la gua kat mana skang..


p/s: gua kat Kuala Lumpur dah. nak update blog.Huhuhu..rindu all bloggerz..

Free Signature Generator


Monday, June 15, 2009

Samad kerja kat Maybank..




Bilik Mesyuarat.

4.30.

Petang tu sebelum masuk kerja, gua lepak dengan Samad dekat Meeting Room. Ada brieffing. Gua tanya Samad...

"Lu kan gua tengok dah tua takkan nak kerja wayang je bro. Nanti kawen lu nak pakai duit mana. Tak cukup beb..!!"
"Weh ko taktau ke aku ader kerja lain?? AKu tak bagitau ke. Siang aku kerja lain, malam baru masuk kerja sini," balas Samad dengan penuh yakin dah bangganya.

"Eh lu kerja apa bro?? Lu tak bagitau gua pun. Tak aci la beb..baik lu cakap..!!"
"Gua kerja kat Maybank Bandar Permaisuri. Saja je cari duit lebih. Tak cukup kalau kerja sini je bro."

"Lu kerja bahagian apa?? Kaunter ke, jaga ke..ke lu manager kat Maybank tu??" tanya gua lagi dengan penuh minat..

Fuh..!! Untung la sapa dapat Samad ni, kerja kat Maybank tu. Nak-nak mau 2-3 riban sebulan. Masuk gaji kerja wayang lagi..Hahaha..masyuk-masyuk..!!

"Ala aku kerja besa-besa jek. Aku duduk kat......." belum sempat Samad bagitau gua tentang kerja beliau, tiba-tiba Kak Long dengan Gopi masuk. Brieffing nak mula dah.

Bla...
Bla lagi...
Bla....bla....bla.....

Pergh..!!! Lame siot brieffing tadi. Siap kena teow kaw2 dengan MOD.

Hari tu berlalu tanpa gua mendapat jawapan daripada si Samad. Gua nekad esok gua nak pergi Maybank Bandar Permaisuri. Kot-kot boleh jumpa si Samad. Entah-entah beliau manager kat situ, boleh gua buat pinjaman. Hahahaha...

*************************************************************************************
Esok. Pagi nak masuk tengahari.
Depan Maybank Bandar Permaisuri.

Gua baru nak masuk Maybank, nak cari Samad. Tiba-tiba..

"Weh K****..!!!Ko buat apa kat sini??" sapa seseorang yang agak aku kenali suaranya ala-ala chipmunk tu.

Nah..!!! Si Samad..!!! Pelik bukan kat dalam Maybank, tapi depan Maybank.

"Weh Samad ko buat apa kat luar ni?? Ko bukan kerja dalam bank ke??" tanya gua pelik.
"Eh aku jual jagung rebus ni la. Tak nampak ke ?? Kan aku cakap aku kerja dekat Maybank. Aku bukan pekerja bank. SPM gred 8 nak kerja bank. Ni dekat Maybank la ni," balas Samad dengan nada merendah diri sambil membetulkan lagi spender beliau yang tersedut dek jubo sendiri.

Gua meneruskan borak-borak gua dengan Samad sambil makan jagung rebus beliau yang memang sedap tu. Percuma...!!!

Dalam hati gua, gua cakap..

"Takpe la Samad oi. Jual jagung pun halal jugak. Tak kaya pun janji lu tak nyusahkan mak bapak lu, lu tak jadi penyamun sudah. Jangan lu jual jagung curi sudah."

Gua amek iktibar beb selain gua amek 2-3 biji lagi jagung rebus beliau. Gua akan pastikan setiap perkataan dan ayat yang gua dengar dari Samad jelas dan tepat maknanya lepas ni....Hahahaha...

Free Signature Generator


Kelip-kelip..!!