Rambut panjang, tapi tak ikal mayang.
Panjang mengurai mencecah lantai.
Mencecah lantai hitam di atas.
Perang menyerlah di bawah bahhu.
Sapa yang tidak mengenali Rapanjel. Puteri di Jawa, puteri berambut panjang. Jika di bandingkan dengan Film Harry Potter pon kompom lagi panas cerita Rapanjel. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan cerita Kecoh Betul lakonan Nabil Raja Lawak.
Putera Kencana Lestari saudagar yang mahsyur. Belayar ke serata dunia, menjulang nama di mata dunia. Hati terpaut dengan Rapanjel. Dulu pernah sekali Fauziah Gaus usha Kencana ni, tapi tak dihiraukan. Sebab hatinya pada Rapanjel. Kemana pergi, biarpun ke Tanah Eropah sekalipun, masih di ingat pada Rapanjel. Namun mata tidak pernah bertentang. Hampa..
Putera Bidara Anak KAsturi Peri, putera saudagar Tanah Semenanjung. Saudagar alam mahsur saksama, baik pekerti. Pernah dulu melabur dalam ASB tanah Melayu. Berlipat ganda untungnya. Tapi hatinya sama dengan Kencana. Meminati Rapanjel yang berambut panjang dan tebal. Kasar tu tak tahu la pulak. Sayangnya tetap utuh walau pernah di usha oleh Fazura mase berdagang di Downtown Cheras. Namun mata tidak pernah bertentang jua. Hampa jua...
Sufian Akmal, pendeta dari Tanah Melayu yang menetap di sekitar Jawa Barat. Kacak dan tampan seperti Putera-putera. Hati juga terpikat dengan Rapanjel kerana kecewa dengan sikap Beyonce yang lebih memilih penyanyi berkulit gelap. Namun Sufian telah mempunyai kekasih hati. Bagaimana hendak bermadu kasih dengan Rapanjel?? Sudahlah ada kekasih, sayang pula melebihi diri kepada Rapanjel.
Rupanya, ketiga-tiga pemuda tidak bertepuk sebelah tangan. Rapanjel menerima sayang dah kasih mereka dengan hati yang terbuka luas seluas Dewan Semarak Felda. Tau..?? Jadi jika Rapanjel berminat dengan salah seorang mereka ini, maka mereka akan dapat bersama,
Di pendekkan cerita, alkisah pemerintahan Raja Petra Senandung Pundek iaitu kepunyaan Ayahanda Rapabjel. telah di serang lanun-lanun dari tanah Aceh. Musnah. Semua harat benda negara musnah, ibarat kata Karam Singh Walia, pengacara TV3 tu, "disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga". Kalau susu tu dalam botol, kira rosak susu dalam botollah. Ahh..!! Mengarut pulak. Di akhir peperangan itu, Rapanjel telah diculik oleh si penjahat yang bengis dan kejam, Yang tidak berhati perut. Rapanjel telah di kurung di menara yang tinggi. Tiada pintu masuk, tiada ruang untuk Rapanjel melarikan diri. Rapanjel ketakutan. Rapanjel mengharapkan kehadiran ketiga-tiga jejaka idaman untuk menyelamatkannya,
Berita peperangan disebarkan melalui Facebook atau laman bukuwajah. Berita Rapanjel diculik juga amat hangat dan panas. Ramai yang LIKE page tu. Ketiga-tiga pemuda tersebut mula mengatur langkah-langkah bangang mereka untuk menyelamatkan Rapanjel. Segala peralatan, strategi dirancang rapi menggunakan Microsoft Excel Enterprise keluaran Microsoft. Setelah berkurun lama menyiapkan strategi, maka hari yang ditunggu-tunggu tiba, Ketiga-tiga jejakan tersebut telah bersatu untuk menyelamatkan Rapanjel,.
Suasana sunyi di Menara kurungan Rapanjel. Hening malam itu amat membuatkan ketiga-tiga pemuda tadi untuk berhati-hati. Sesampai je di Menara Kurungan tersebut, mereka memanggil Rapanjel, Kerjasama yang di tunjukkan mereka tak ubah seperti Adiwira WONDERPET yang di tayangkan di Tv9 pada setiap hari Jam 2.30 petang.
"Bagaimana kamu hendak naik?? Menara ini tinggi sekali.." bicara Rapanjel.
"Ya, kamu hulurkan rambutmu yang ikal dan panjang mengurai itu ke bawah. Dan salah seorang dari kami akan mengambil mu di atas nanti..." balas si pendeta a.k.a Sufian Akmal.
Kalakian di lemparkan terus rambutnya Rapanjel. Panjang mengurai sehingga mencecah lantai. Gedebuk..!! Tersentak mereka bertiga. Dengan niat untuk bergurau di saat-saat genting, Rapanjel telah memekik:
"Barangsiapa di antara kanda bertiga yang berjaya menyelamatkan dinda, maka dinda akan meninta ayahanda dinda mengahwini dia kapan perang berakhir..."
Apa lagi, berebut-rebut ketiga-tiga jejaka adiwira tadi memanjat rambut Rapanjel. Si Rapanjel yang bangang tadi terus terpekik kesakitan akibat rambutnya di panjat 3 orang sekaligus. Panjang-panjang juga, tapi dah nama pun rambut, kompom la sakit kan. Jeritan-jeritan tadi tidak dihiraukan jejaka tersebut kerana mereka masih membayangkan malam pertama bersama Rapanjel kelak jika dapat menyelamatkan puteri itu. Lantas, akibat daripada gopoh - gapah tersebut, tiba-tiba Rapanjel yang tidak dapat bertahan lagidi tarik (jatuh) ke bawah. Gedebuk..!! Kuat sedikit bunyi nya daripada bunyi rambutnya yang jatuh, Tergamam..!! Rapanjel terkorban di tempat kejadian akibat kebangangngan nye sendiri. Mayatnya dihantar ke Hospital untuk di bedah siasat. Adiwira-adiwira itu tadi pula ditangkap kerana bunyi bising yang terhasil sewaktu situasi genting tadi. Di pendekkan cerita, lagenda ini berakhir dengan entah apa-apa. Semua hero dan heroin dalam lagenda ini mati. Hahahahaha....
p/s:
Ala lagenda ni macam cerita dongeng Princess Rapunzel mat salleh tu,, Tau kan ??
hahahhaha......mati semuanya....
ReplyDeleteini genre romantic tragedy ya....macam cerita shakespeare...hehehe...aku LIKE...:-)
ReplyDeletehujan:
ReplyDeletemati la pngahkhiran yg adil..hahaha
PC:
like??so kene share...selamat hr raya PC..lame tak berhubung..dother sihat ?? hahaha
doter semua sihat...hehe...aku pun jarang update blog sekarang...busy plus inspirasi agak kurang...huhuhu
ReplyDeletehahahaha....
ReplyDeletesangat bangang rapunjel tue :p
p.c:
ReplyDeletewah ske dgr pasl doter kamu a.k.a gua nk usha..hahaha ala busy2 pun smp hapdate 1-2 entri pa ada hal kan?? banyakkan inspirasi dengn termenung di atas mangkuk cumel itu...tandassssss...
lea:
nased bek lu tak sekepala dengan rapanjel itu..haha