Wednesday, August 11, 2010

Malam Pertama Kawen nak pulak lu sambut..!!~

Ahh.. Alhamdulilah. Pejam celik pejam celik, dah Ramadhan balik, Gua pun tak terasa sangat kehidupan enjoy makan minum gua sebelum ni. Lain kali pejam celik pejam celik, last-last tak bangun-bangun. sedar dah "MAROBBUKA..!!"

Semalam malam pertama sambutan bulan Ramadhan. Ramai umat islam menyambut dengan menunaikan ibadah solat sunat Terawih. Ada yang buat 8 je, ada yang buat penuh. Tak kisahlah yang penting ikhlas dalam beribadat. Kan?? Kalau buat penuh pun, tapi niat nak menunjuk, baik lu tido je kat rumah.

**************************************************************************************
Malam Raya Pertama, macam macam lu sambut. Mat rempit suma lumba haram, buat itu buat ini. Orang kampung ada yang buat rumah terbuka lah, buat macam-macam lah. Yang Dato' apatah lagi. Yang orang kaya lahanat tak tahu malu tau pulak nak buka table ngan air kencing setan kan??

Malam perasmian syarikat ke kompeni ke apa-apa la, pandai pulak lu orang nak buat itu ini sambutan kan?? Nak buat kesyukuran la konon..!! Kenduri sana sini.

Tengok kalau malam pertama Piala dunia, silap-silap ade yang sanggup pergi samapi negara pak itam sebab apa?? Sebab PIALA DUNIA 4 Tahun sekali. Ade yang buat belanja besar kat kedai-kedai makan mapley. Kononnya nak sambut PIALA DUNIA. Wah..!! Boleh pulak..!!

Usha-usha kat rumah-rumah bujang pulak, Wahh... kalau ada hari lahir, bukan main parti lu buat kan ?/ samapi nak runtuh rumah..!!

Yang kapel pulak?? Hah..!! Siap ade ulangtahun lagi. Tu belum masuk la yang sambut VALENTINE tu. Dah tau dah VALENTINE tu kapir laknat, nak jugak sambut. Meriah lak tu makan kat restoran mahal-mahal.. Perghh..!!

Jeling kat rumah raja sehari pulak, perghh pandai lak lu orang nak sambut malam pertama kawen ek ?? Hahaha.. Kalau tak perlu sambut agak-agak ok tak ??

Malam Ramadhan?? Malam pertama bulan terbaik..!! Ramai pulak yang buat-buat tak tahu kan?? Yang dok kat rumah goyang kaki isap rokok, makan itu ini, tatau lak nak sambut macam mana kan ?? Apa salahnya kalau pergi buat ibadah terawih kejap kan ?? Kira sambutan lah tu. lambat nak menunggu datangnya RAMADHAN, last-last die datang lu orang buat bodo jek. Kalau benda tak berpekdah tu tau pulak lu orang nak sambut kan ?? Hah..!! Cakap pun tak guna. Pikirlah sendiri. Gua pun tak sempurna. Manusia macam tu lah. Tapi yang gua pelik gua nampak ade la makhluk yang muka memang gua nampak lah keislaman serta kemelayuan diorang. Tapi masa gua nak ke masjid semalam, sempat lak diorang jengah kat COFFIEBOX, bawah rumah gua. Wahhh sambutan RAMADHAN betul ni kan ...?? Hahaha.. Walaupun kita tak buat kenduri kendara pun sekurang-kurangnya biarlah kita menghargai RAMADHAN yang muli ni. Bukan susah pun, datang ke masjid dengan niat ikhlas, tunaikan kewajipan mana yang wajib, mana yang di tuntut serta yang sunat jika mahu. sekurang-kurangya kita menghargai kedatangan RAMDAHAN itu. Memanglah TERAWIH itu sunnat, tetapi alangkah baiknya jika kita sama-sama dapat mengimarahkan suasana MASJID. Pahala pun dapat.
**************************************************************************************

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & jangan ponteng pose k.. =)



نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

p/s:
Elaun gua masuk di hari pertama RAMADHAN. Inilah REZEKI gua tahun ni yang terbaik..!! Hehehe ~

3 comments:

  1. betol2x,,,kn,,teraweh kt ip ktorg wt 8 je,,ok la,,,dpt sauna free,,,hihiihih

    ReplyDelete
  2. isziey:
    ok la buat juga.. heheeh drpd tuan blog ni, 5 hr teraswal n 10 mlm terakhir jek ..haha

    hafis:
    selamat berpuasa juga.. ;-P

    ReplyDelete

cakap jek..

Kelip-kelip..!!