Ambilkan kayu,
Pahatkan ia,
Bongkah bersegi di luak,
Sekeping hati di bentuk,
Sapukan ia dengan merah hati,
Kemasan berkilau suci nan murni...
Ambilkan paku,
Benamkan ia,
Sekeping hati di tusuk duri tajam si paku,
Sekeping Hati terluka,
Selaputkan ia dengan paku-paku,
Kemasan berkilau hilang tiada..
Ambilkan tukul,
Cungkilkan ia,
Satu persatu lubang dirobek dek paku,
Dan lubang-lubang semakin banyak,
Selaputkan ia dengan tepung-tepung putih,
Kurang kemasan, namun tertutup hati kini..
Ambilkan hati kayu,
Ambilkan paku-paku,
Jangan benamkan,
Tusukkan sahaja ke lubang robek itu.
Pasti mudah menusukkan??..
p/s: Hati luka jiwa lara gundah ada senda tiada suka duka... Gua tak paham.. ~_~
banyak nye paku..bak 3..gua nak buat penyakut baju..
ReplyDeleteini paku banyak bahaya loo
ReplyDeletepaku banyak2 buat apa??? adoiii
ReplyDelete