Malam tu ribut memukul-mukul bumi Tuhan yang indah ini. Laut bergelora bagaikan tsunami yang kuat hendak melanda. Tsunami bukan Tsumawi. Semua rakyat jelata Tanah Melayu takut, cuak bercampur baur dengan risau. Takut akan bencana alam yang bakal menghentam mereka sekelip mata, atau mudah di panggil KIAMAT akan melanda. Benarkah?? Tetapi hari tu hari Isnin, mana ada kiamat hari Isnin. Kiamat hari Jumaat je. Pun begitu semua penduduk berasa amat takut dan gerun sangat sehingga ada yang terkencing dan terberak di dalam seluar.
Di sana sini kelihatan bangunan banyak yang runtuh. Menara berkembar mula menjadi solo. Menara DBP sahaja yang masih kekal. Memang tidak dapat di nafikan lagi hari tersebut sememangnya mengerunkan. Apatah lagi pancaran kilat di sana sini yang amat dahsyat sehingga menyebabkan pokok-pokok di sambar sehingga terbakar. Api marak menyala di seluruh hutan-hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan ini. Ramai manusia yang terkorban. Tidak kira usia umur, jantina, agama mahupun bangsa. Yang kaya, yang miskin, yang hina, yang mulia yang apa-apa sekalipun tidak di hitung lagi, tetap menjadi mangsa.
Yang berpolitik sibuk menjalankan tugas, mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua penduduk yang ada. Ribut-ribut yang melanda mura naik sheikh. Makin dahsyat dan bahaya. Namun teknologi yang tinggi, dengan perubahan zaman yang semakin global dan canggih kononnya, membantu semua rakyat untuk terus bernafas dan terselamat daripada bencana itu. Kepakaran anak watan di gunakan untuk menyelamatkan nyawa-nyawa dan populasi yang semakin pupus; manusia di akhir zaman. Sebuah terowong yag menghubungkan seluruh pelusok negara telah lama di bina, dan telah lama bersedia untuk menghadapi situasi ini. Maka semua rakyat girang tak terkira mendengarnya. Ramai yang ingin menyelamatkan diri, ramai yang ingin mendapatkan tempat di sana, untuk meneruskan kehidupan. Berpusu-pusu orang mendapatkan tempat di sana. Berebut-rebut. Ada yang terpijak. Ada yag terkorban. Malah ada jugak yang sempat makan sambil berlari menuju keterowong itu.
Gua?? Gua baru terima berita tentang terowong itu. Gua pun lantas bergegas. Peluang yang ada gua tak kan lepas dengan begitu sahaja. Gua mesti sapu bersih. Gua mahu selamat dan hidup bahagia. Gua tak kawen lagi.
Hari yang di nantikan telah tiba. Gua baru bangun tidur. Gua harus cepat sebelum orang lain mengambil tempat gua, atau istilah lainnya, potong garisan. Celik sahaja mata gua, gua melompat bangun, melihat sekeliling dengan niat yang satu, menuju ke terowong yang selamat untuk kehidupan yang akan datang. Tiba-tiba gua nampak kawan gua Muz tidur kat sebelah gua.
"Muz, lu tak nak ikot ke gua lari pergi ke terowong tu?? Kang tak pasal-pasal mati katak kat sini kot. .." ajak gua dengan nada cemas dan kelam-kelibut yang amat sangat.
"Terowong benda pulak ni?? Mati apa pulak ni?? Baru bangun dah mami ke..Aku baru balik dari Shah Alam ni. Ko pergi mandi dulu, nanti dah siap kejut aku. Takut lambat pergi sekolah. Ko kan ada kelas nak mengajar hari ini...." balas Muz selamba.
Aarrghhhh..!!!
p/s: ok apa citer Alice in Wonderland tu. Kreatif la..!!
ciss.. tula tido tak basuh kaki.
ReplyDeletemmg kreatif la citer lu
ReplyDeletewow..
ReplyDeletehahaha
misai, ape cer? haha
ReplyDeletewoahaha. aku ingt ade iras iras cite alice tadi.
haha.
boleh terbawak-bawak sampai ke mimpi tu...
ReplyDeletedilla john:
ReplyDeleteahakz..!! tu la penat kelam kabut bangun nk sdelamatkan diri..
mamai:
kreatif itu KBKK..hahhaha thanks bro..
azza:
wow?? teruja??mggu depan kuar wayang..ahakz..
kibakline:
ada la tu iras2...tak pasan ke..gua kan alice..hahaha
XXX:
ReplyDeleteahaha...ntah cmne blh termimpi...doa dah baca dah..heheh kaki siap sabuh lifebouy tuhh..
mana lubang arnab itu???!!!
ReplyDeletehujan:
ReplyDeletelubang arnab tu yg terowong tu la..hahaa