Friday, December 31, 2010

Mohd Saiful AZAM bin Rosli

Hah. Jangan ingat gua gay sebab letak nama lelaki dalam blog gua. Gua tetap stret ok!! Nama tu gua letak sesaje je.So kalau ade yang terase gua mintak maaf. Gua bangun tido pagi tadi lepas gua ke tandas terus terlintas nak letak nama ni dalam tajuk entri gua kali ni. Biar arrr....!!! Bukan Kak Limah nak marah pun. Abang Usopp dengan Hussein tak cakap apa-apa pun pun. Hah!!

Marah!!

Ok. Menjelang bebrapa jam je lagi kita nak meninggalkan alam 2010, so gua nak buat entri pasal tahun baru la. Baru la ikut tren. Hah!! Azam tahun baru, Biasa lah semua nak wish tahun baru dan berazam baru. Bagi holongan yang memenag bernama AZAM memang best. Sebab takyah tukar-tukar AZAM die tu. Kalau tukar leceh nak ke JPN. Hahaha. BODOH gua!! cakap pasal Tahun Baru je semua nak azam baru. So lu orang camne. Dah buat azam baru ke. Ye la biase kalau yang isap rokok nak berazam tamau isap dah tahun depan. Tapi yang gua tengok makin banyak di sedutnya lagi ada la. Yang berazam lepas tu nekad buat betul-betul tahniah la gua ucapkan. Memang berbaloi baloi baloi......~

Keci-kecik dulu ade jugak cekgu yang tanya gu apa azam baru gua. Tapi mase tu gua kecik lagi. Gua takde SPM. So gua jawab pun ntah apa-apa. Nak kasitau lu orang pun gua malu.

"Tapi sekarang tak. Abang ade wawasan!! Abang nak jadi penyanyi Rock. Macam Amy Syearch..!!" kata Hussein.

Saban hari gua rase macam senang je gua tukar azam. Padahal azam tahun lepas pun tak tertunai-tunai. Memanglah nama je azam, tak janji. Tapi kalau itu yang memberikan kebaikan apa salahnya kalau kite berharap benda tu menjadi kan. Kalau nak cakap pasal azam gua, gua tak penah tukar azam. Hah!! Bukan pasangan gay gua ok..!!

Azam gua:

Azam tahun 2011..... Nam tunaikan azam 2010
..................Azam tahun 2010..... Nam tunaikan azam 2009
....................................Azam tahun 2009..... Nam tunaikan azam 2008
..................................................Azam tahun 2008..... Nam tunaikan azam 2007
.................................................................Azam tahun 2007..... Nam tunaikan azam 2006
...............................................................................Azam tahun 2006.... Nam tunaikan azam ...errr

Azam tahun 2005 je yang lain.Ni sebab tahun ni bermula hidup gua dalam alam pendidikan walaupun tak semua orang nampak gua macam seorang pendidik. Hah! Gampettttt!! So azam gua pada tahun 2005 ni gua berazam nak ubah jiwa dan diri gua untuk menerima satu alam baru yang gua tak pernah terfikir pun masa kecik-kecik dulu. Gua nak ubah jiwa gua untuk menerima alam pendidikan sebagai seorang guru. Padahal mase sekolah dulu perangai setan! Tak hengat!!

Erm tu je la yang gua nak cakap. Yang lu orang baca rasa bosan sila keluar sekarang. Bukan tutup blog gua. Kuar dari rumah dan cari gaung terdekat terjun la. Kalau boleh jangan naik-naik dah. Nasihat berguna dari gua kan.





p/s:
Selamat Tahun baru kepada semua yang mengenali gua. Para pembaca yang gua tak bape nak kenal pun gua wish juga selamat tahun baru bro-bro dan sis-sis. Bro ok bukan BROK!!

Sunday, December 26, 2010

Orang kata, kata orang la kan, kata-kata orang tu...



Kata orang kan kadang-kadang kalau kita lalu kat tempat yang ala-ala seram kan, maknenya ade la sesuatu kat situ. Macam lu orang lalu bawah pokok besar ke kan. Kata orang la kan,Mesti kadang-kadang segala jenis bulu lu orang akan meremang kan mase kat bawah pokok tu. Takkan tak kot. Bedo'oh la. Tapi kalau pokok tu tepi Times Square ke, Pavilion ke gua tak tau la. Gua pun kadang-kadang ade gak terase macam tu. Lu orang??

Kata orang kan kadang-kadang benda tahyul mahyul ni dapat tolong kita bagi senang. tapi ni khurafat la bagi gua. Syirik segala tok nenek la. Macam cite Ngangkung. nak kaya punya pasal lupa tuhan. Lupa semua. Haramjadah punya perangai. Kata orang lakan, kalau ade orang yang gantung dirisampai mati a.k.a bunuh diri la, kita boleh amek tali die lepas tu lilit kat pinggang waktu nak pergi beli nombor. Nanti kompor kene 1st-3rd prize tak kira la 4D ke 6D ke. Magnum ke TOTO ke. Huishhhh!!~

Kata orang kan, kalau kita duduk kat tempat-tempat sunyi sorang-sorang kita jangan bayangkan apa-apa. Kalau tak nanti benda tu muncul. Habis tu kalau gua lepak sorang-sorang dalam bilik agak-agak kalau gua bayangkan Linda Onn datang tak dianya?? Harammm!! Tapi tak tau la plak kalau kes tu kes alam ghaib. kan-kan. kata oran kan kalau kita nak tengok hantu ke apa ke yang dalam alam lain kan, kita boleh buat satu cara ni. Tapi cara kamikaze la ni. Kalau lu orang buat kan nanti bukan setakat Hantu Kak Limah lu orang nampak, tapi hantu Janin, Damping malam, Histeria, semua cerita hantu kat Malaysia ni lu orang boleh tengok. Ok..!! Kata orang la kan, kita boleh sapu air mata kucing kat mata kita. kalau takde kucing kambing pun jadi la. Mana-mana la. Tapi jangan sapu air mata babi pulak, mati lu nak samak. Kalau dah sapu ada orang cakap akan nampak terus. Ada yang cakap nampak waktu malam n waktu gelap jek. Lu orang cuba la.

Kata orang kan, kalau letak sabun kat ketiak, biar satu malam esok boleh demam kora. kalau zaman kanak-kanak dulu kalau nak ponteng sekolah boleh la buat cara bangang ni. Gua tak pernah buat. Tapi orang yang cakap kat gua. Kata orang la. kalau nak lagi efektif boleh gigit sabun tu lepas tu kunyah slow-slow. Sikit jadi jangan banyak pulak. Mampos nanti gua tak payung insurans lu. Kata orang la kan.

Kata orang la kan, jangan dengar kata orang yang pinjam kata-kata dari orang lain. Macam sekarang ni, gua bagitau apa yang orang kata, kalau lu orang nak bagitau orang lain lu orang cakap kata orang lain pulak. Bukan lu yang kata. So kata orang jangan dengar lah kata orang yang bagitau pasal kata orang lain. Kalau orang lain tu pun bagitau dari kata-kata orang lain, baik lu orang tak payah dengar. Hahahaha..~


p/s: Gila..!!~

Sunday, December 19, 2010

Music atau Muzik ??

Kalau sebut muzik tanah air dengan muzik negara jiran mesti banyak perbezaan kan. Gua pun tak lah pandai sangat bab-bab ni. Tapi gua pun boleh bagi pendapat kan. Bukan takleh sokong muzik negara lain . Tapi kalau boleh ingatlah negeri sendiri jugak. Ala, kalau muzik tak best pun cuba-cuba la nak jadikan best kan. Ni bila sebut je lagu yang kurang mendapat pehatian rakyat-rakyat jelata semua jebik je. Apa salah dengar dulukan. Ntah-ntah masuk selera lu orang kan ?

Kalu nak cakap muzik atau lagu yang di cipta komposer tanah air kurang memuaskan, tak ikut trend, selera la apa lah, bukannya komposer-komposer tu tau selera lu orang. Gua bercakap ni sebab gua ade gak la dengar kawan-kawan gua kutuk lagu-lagu keluaran tanah air terchenta ni. Tapi pelik lah diorang kutuk tanpa dengar dulu lagu tu. Pastu gua tanya macam mana lepas diorang dengar lagu tu, mula la malu-malu anjing lak nak mengaku sedap. Masyakarat!!

Lu orang penah dengar tak budak ni ; 'Budak Baru Belajar Muzik' Budak ni suka sangat buat-buat lagu. Tapi banyak instrumental. Bila gua tanya budak ni dia jawab die takleh nak rakam sore die sebab dia tau takde kelayakan untuk di pasarkan. Kat pasar ikan pun tak laku, inikan pula pasaran komerSIAL ni kan. Haha..~

Semalam gua dengar lagi radio kegemaran gua iaitu SINAr Fm. Gua suka radio ni sebab die mengimbau nostalgia lama-lama. Lagu lama-lama. Cuma gua kureng dengan DJ die lah. Bukan tak suka, tapi gua lebih berminat mendengar celoteh DJ hot. SINAr ni gua suka sebab lagu jek. Banyak lagu-lagu tanah air yang di putarkan. Tak macam radio yang kononnya menarik suatu ketika dulu. Radio apa lagi, Radio ex-isteri Yusri KRU la. Kalau seminit tak putarkan lagu-lagu Indon mesti taksah. Agaknya kalau tak main lagu Indon kena ganyang gamaknye dengan mamat Indon kat sini. Macam mana nak menyokong MUZIK kan?? Kalau dah pasang MUSIC-MUSIC jek.

Macam X-Fresh lak gua suka gak. Sebab men kan lagu-lagu tanah air. Lagi la piorrr tempatannya. Tapi gua kurang mendengar sangat sebab lagu-lagu die banyak dari komposer-komposer indie kan. Telinga gua lebih terngiang-ngiangkan lagu-lagu lama macam lagu-lagu Rock Kapak, 60-an, 70-an dan yang lama-lama la senang citer.

Cakap banyak pun tak guna, sepak pun tak kena. Gua lebih suka dengar MUZIK tau daripada MUSIC. Terserahla kan kat lu orang sebab hati masing-masing kan. "Iye le kite ni takde SPM, iye dak??Hek eh!! Hek Eh!!" bak kata Awie@Hussein.


p/s:
Muzik untuk melayu dan MUSIC untuk antarabangsa. Jangan lupa tengok 'Budak Baru Belaja Muzik' tu ye. ;)

Tuesday, December 14, 2010

Menanti sebuah jawaban....

Bulan 12 dah. Dah nak masuk tengah bulan. Penempatan guru-guru pelatih ambilan sama dengan gua tak dapat lagi. Menanti sebuah jawaban. Baik tukar jadi menanti sebuah jamban!! Ye la. Kalau dah tunggu orang tengah berak nak-nak time perut memulas. Samalah macam kes ni. Hantu!!

Gua ade dengar cerita, tapi bukan cerita 2 Alam la. sebab cerita tu macam cilake. Cerita yang gua dengar ni tak bape sedap macam gua makan BlueBerry cheese Cake Sikret resepi punya. Ade ke desas desus gua dengar penempatan guru-guru akan datang lewat. Ok. Gua tak kesah sangat kalau lewat setakat 2-3 minggu. Tapi yang gua naik hangin sikit sebab ade yang cakap penempatan akan dapat bulan Jun 2011. Memang F....!!~

Mengharap gaji?? Kompom la kan. Gua berfikiran Mahathir OK. Bukan gua berfikiran macam Pak Jaber dan Pak Abu dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) arahan Mamat Khalid. Sapa cakap die tanak keje kerajaan, pergi terjun KLCC sekarang. Lu orang jangan percaya cakap Abang Ucop dalam cerita HKLBR tu..

"Itu le kamu, mengharap benor dengan sabsidi gomen.."

Dalam surat perjanjian dah ada termaktub yang penempatan akan dapat. Bermakna kat sini yang kuar-kuar je dari IPG yang terchenta ni terus dapat jadi cekgu. Hah!! Jangan janji tinggal janji. Kelak orang makin benci. Last-last semua lompat parti. Arghh!! Benci sembang pasal politik ni.


Menanti sebuah jawaban. Huh!! Tak pasti. Jangan dok harap, tapi kalau dah ada hitam putih boleh la jugak buat bukti untuk harapan yang menggunung kan. Hah! Bukan memprotes, tapi cuma kebimbangan gua makin memuncak. Sama memuncak macam nafsu Maria Ozawa. Terlampau memuncak. Sebab tak sabar nak tau sekolah mana yang bakal gua curahkan bakti walaupun ramai kawan gua yang masih tak percaya dengan kerjaya yang gua dah pilih ni.


Apsal gua tulis serabut macam ni??!! Arghh..!! Tido lagi baik. Hujung bulan ni gua tunggu dapat sekolah mana. Harap-harap dapat kat tempat yang gua pilih. Tolong jangan tanya negeri mana OK. Hahah. Kalau nak tanya tanya kat FORMSPRING gua kat tepi blog ni.


p/s:
PS 3 ke Xbox?? Hahaha dah jangan melalut. Gua seru Hantu Kak Limah kang baru lu orang kecut.

Friday, December 10, 2010

Lebih kurang Kontest gak la...

Gua ade satu pass FREE untuk dua tiket wayang. Kalau lu orang nak mesti buat apa gua suruh.


1. Jadi kawan gua dalam FACEBOOK gua yang ke 880. Atau lu orang boleh suruh member lu
orang jadi kawan gua yang ke 880.

2. Komen entri gua ni. Apa-apa komen janji tak kutuk gua. Bagitau nama FB lu orang.

3. Tunggu sampai gua umumkan...~

Kalau rase tak nak tak yah JOIN!!

p/s: hadiah tambahan berupa buku NOTA/catatan daripada FILEM KungFu Panda & IceAGE..

Tuesday, November 30, 2010

Peronda berjaket biru...!!

Jam 4 pagi lepas gua PunchOut kat tempat keje gua....

"Berat mata ku
Memerhati mu,
Fikiran buntu,
Mengenangkan mu,
Sesak nafas ku,
Melepaskan mu,
Di angin lalu............" -The Times

Tiba-tiba " Weh K**** merah lah..."

Gua dengan tanpa was-was menekan brek BabyBEK gua. Perlahan-lahan kereta berhenti.

"Owh lampu oren dah tu. Mesti hijau belah sini" bisik hati suci gua. Padahal tak benar. Lampu yang gua anggarkan kan hijau tak menyala. Kereta dah bergerak perlahan-lahan.

"vrommmm..!!!"

Gua teruskan perjalanan jugak.

"Damn!!!"

Tetiba kelibat Kereta Peronda WQN 9080 di seberang jalan laju meluncur untuk membuat pusingan U semata-mata nak mengejar BabyBEK gua. Gua perlahankan kereta. Peronda Berjaket Biru di belakang.
****************************************************************************************

"Lampu merah tu, kenapa langgar..."
"Tadi dah perasan, pastu la..bla..bla..bla...."

"Apsal gelak ?? Ingat adek beradik ke.."

Bla... Bla... Bla....

Macam-macam pertanyaan yang Peronda berjaket biru tu bagi. Nak psiko gua la konon. Gua tak kesah pon kalau nak sman gua ke apa ke, tapi brader tu kerek semacam. Ok gua terus terang yang brader tu dari Sabah. Sabahan bah!!! Dua-dua Sabahan. Tapi kenapa sorang je yang macam cilaka. Cakap kerek-kerek.

Ooo lu ade pistol kat pinggang, ade no siri kat dada yang kononnya bidang tu, lu ader jaket biru yang ntah bape minggu tak basuh, pastu kira lu boleh nk kerek la dengan orang awam??!! F..!!

Gua tau gua buat salah lampu merah. tapi pukol 4 pagi kot. Kadang-kadang jam 3-7 pagi pun gua perasan ader jugak peronda berjaket biru yang melanggar peraturan. Tak bagi signal, langgar lampu merah, dan macam-macam lagi. Kalau tetiba gua tahan lu orang pastu tanya kerek-kerek agak-agak boleh tak ?? Owh lupa gua bukan berjaket biru, ber no siri di dada malah tidak berPistol juga. Maaf..!! Gua tiada hak bersuara. Jari tengah la gua bagi. Ok??

Bukan gua cakap semua perronda berjaket biru. Tapi segelintir. Yang macam semalam yang tahan gua dengan member gua kan. Tak patut la cakap macam cibai. Tuduh gua gangster. Cakap macam. Setahu gua peronda-peronda berjaket biru semua ada SPM kan?? Semua terpelajar kan?? tapi apsal yang semalam yang 'memandu' Peronda WQN 9080 macam orang tak berpelaajaran jek?? Takde rase hormat langsung. Macam babi la senang gua cakap. Yang gua pelik nya, kelindan a.k.a pembantu die yang kat sebelah tak cakap apa pun. Takde kerek-kerek. Baik je. Siap bersembang gelak-gelak lagi.

Gua tau lu bagus, jadi peronda berjaket biru. Tapi gua lagi bagus. Gua cikgu. Pergi mampos la kalau nak cakap cekgu langgar peraturan. Nah jari tengah atas dahi lu..!!

Lu orang tau tak soklan-soklan yang kononnya membunuh la daripada peronda berjaket biru semalam?? Lu orang pikirlah sendiri....

1. " Ko bonzer ke??" - gua pelik apsal la bangang sangat peronda WQN 9080 tu semalam. Gua belajar kat maktab. Tak logik la gua jadi bonzer. Bangang tak?? Ader SPM tak soklan tu??

2. " Ko samseng eh??" - boleh plak kuar soklan tahap UPSR ni. F..!!

3. " Rambut tinggi terpacak.." -Uishhh dah jadi cekgu disiplin pulak. ade pulak kan akta kat Malaysia yang bagi kebenaran kat peronda berjaket biru ni nak sound-sound rambut. Mak gua pun tak kesah. Lu pulak nak buat-buat bagus. Padahal tak ganggu adek beradik tiri belah kakak ipar mak lu pun. :)

4. " Ko ni kan , kalau India (merujuk masyarakat INDIA di Malaysia) dah lama aku sepak tau. Ko India ke??" - kenyataan ni menunjukkan segelintir peronda berjaket biru bersikap prejudis. Tak 1 Malaysia langsung. Camna nak orang respek lu?? Lu tau tak kalaulah gua betul-betul India, dah lama gua rakam lepas tu hantar kat PM wat laporan yang lu tak ikut konsep 1 Malaysia langsung. Apsal?? Sebab India banyak buat Kes lu orang terus banned India la?? Macam la kawan-kawan lu dalam balai takde yang India. Tau la kulit gua hitaam. Bongok. Nak sebijik...!!

5. " Ko berdiri gigil macam ni, macam mat gian, ko nak aku bawa pegi balai buat urine?? Hormat la sikit..." - Ok terus terang untuk soklan susah ni. Atau pun penyataan gampang daripada seorang peronda berjaket biru. Gua pakai baju pagoda je men futsal, peluh-peluh gua tak sempat nak salin, Jam pulak pukol 4 pagi. ajak gua bersembang pulak kat luar kereta. Agak-agak lu orang la, jam 4 pagi tu matahari belah timur ke barat ?? Ke brader peronda jaket biru tu tak pernah belajar Sains?? Owh... Lupa, dia ada pistol di pinggang. Demn..!!

6. " Ko melayu kan?? Ish malu aku macam ni orang melayu tak pandai nak hormat..."- Ni memang kenyataan pedas macam KFC hot and Spicy. Lu dah la dari Sabah kan. Tak tau keturunan asli dayak kanibal mana, lu boleh pulak cakap orang melayu macam tu. cara lu cakap tu sebenarnya yang tak hormat orang. Gua sebagai melayu pun rase malu la sebab lu seorang Sabahan yang datang semenanjung cakap orang melayu macam tu. padahal lu hidup kat semenanjung dengan budak melayu gak kan?? Bodoh!!

7. " Ko orang susah ke orang senang?? kalau orang senang aku nak bagi je saman.." - Masa ni gua nak je jawab, 'Abang saman je bang. saya dah jadi cekgu tahun depan. Dah ade gaji. Saya bayar la'. Tapi memandangkan gua ni jenis yang hormat kepada orang yang tak hormat gua, so gua tak menjawab. Gua cakap orang susah. Padahal gua ade simpanan emas bernilai hampir RM400k dalam bank di Swizzland.

8. " Umo ko bapa?? 23 kan ?? 23 tahun je ko hidup tau. Aku kerja bukan baru. Sudah lama. Belajar la hormat orang.." - Percakapan ni langsung takde asas. Apa kene mengena umo dengan blajar hormat?? Apsal?? Sebab gua takde bapa dari kecik so kire gua tak cukop didikan??
Ok kalau macam tu, gua akansujud kat kaki lu kalau lu tak pernah terima duit tepi..!! kalau betul tak pernah lu tuntut kat akhirat apa yang gua cakap ni..!! FUCK!!

Lepas habis bermesra dengan abang peronda berjaket biru tu kan, ala yang yang bertubuh ala-ala Fahrin Ahmad tu, yang ader pistol kat pinggang ala-ala KOBOI tu, ala yang bawa Waja WQN 9080 yanag ala-ala Lancer tu, terus gua blah masuk kereta. Gua tak salam pun. Hahaha.

Pastu gua nampak member gua salam dengan peronda jaket biru yang baik tu. Gua pun keluar sebab nak salam gak. Sebab member dia tu bik. Sembang-sembang ramah. Tak kerek. Bukan macam si pemandu tu. Macam cilakak..!!
**************************************************************************************

Dalam kereta gua sambung kutuk balik peronda berjaket biru tadi. kutuk belakang biar banyak dosa sikit. :)

Gua pulang tanpa di ganggu oleh mana-mana peronda berjaket biru lagi.

"Gadisku dalam koma,
Seriuskah keadaannya,
Gadisku dalam koma,
Seriuskah situasinya...." - The Times






p/s:
Pasni kalau kene taahn dengan peronda berjaket biru gua ingat nak mintak saman terus jek. Kalau nak sembang-sembang tapi macam babi buat apa kan?? Buat sakit hati tambah dosa jek. Gua tak cakap semuaa peronda berjaket biru. segelintir je yang macam semalam tu. Naseb baik dia pakai Ves kuning, so gua tak nampak no siri dia. Kalau tak dah lama gua siarkan dalam blog gua ni. tak cukup lagi gua taip HM jarak jarak dan gua hantar ke harian Metro punya surat khabar. Tak cukup lagi gua hantar email dekat Buletin Utama. Bersyukur la gua tak tau nombor siri lu ok breder. FUCK U!!

Monday, November 29, 2010

"Awak... Awakkk... Awakkkk...!!"

***************************************************************************************
"Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Dengar lah ni awak,
Bukan senang kita nakdapat cakap dengan awak ni,
Awak dengar tak....??!!

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Awak tau tak kita kan,
Sayang sangat dengan awak,
Awak sayang juga kat kita kot,
Tapi kot-kot la....

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Dengarlah awak,
Kenapa awak buat Dunno jek..!!
Awak kene dengar tau...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kalau awak dah tak sayang kita lagi kan,
Kita tak kesah pun awak,
Sebab kita tau kita tak macam orang lain awak,
Kita ni biasa-biasa jek,
Kan awak kan...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Awak ni masih tak dengar kita ni kan,
Awak tau tak,
Memang kita harap sangat dengan cinta awak tau,
Sebab apa tau,
Sebab awak yang mula-mula cakap sayang kat kita,
Dan sebab awak juga yang membuatkan saya rasa bahagia awak,
Terima kasih awak...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Awak tak jawab pun saya cakap terima kasih..!!
Awak ni kenapa??
Pandang lah kita,
Awak ni saje je kan nak buat kita marah,
Ye lah,
Kita tak pandai pujuk kan...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...


Awak nak tau tak??
Mula-mula mase kita jumpa kan,
Awak ingatkan malam yang kita kasi satu barang tu kat awak kan,
Awak pun suka sangat sebab awak nak guna benda tu kan awak,
Awak takut markah awak kena tolak,
takut pensyarah marah kan..
Kita pun hantar barang tu kat awak,
Sebab kita dah mula sayang dengan awak tau,
Walaupun itu yang pertama jumpa awak,
Tapi kita dah kenal awak dalam FaceBook lagi..

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kalau tak nak dengar takpelah awak,
Kita tak nak pakse,
Tapi kita akan ingat apa yang kita pernah lalui dengan awak,
Tapi juga kita nak nasihatkan,
Awak kalau tak nak dengan mana-mana orang,
Awak kena bagitau,
Jangan letak harapan tau,
Sian orang tu nanti..

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita ingat lagi tau mase kita keluar jalan-jalan,
Awak mintak kita bawa awak kat tempat-tempat yang romantik,
Yang cantik permandangan die,
Kita pun bawa sebab kita sayang dengan awak.
Kita nak luangkan masa dengan awak..

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita rindu lah nak masak untuk awak,
Walaupun rasenye tak sedap pun masakan kita tu,
Tapi kita suka sebab awak cakap awak suka,
Tapi tak tahulah kalau awak buang mase kat rumah,
Memang kita buat dengan penuh kasih sayang awak...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita tak de masa banyak ni,
Tak tau la bila pulak dapat cakap dengan awak,
Lepas ni kita nak kena soal siasat dah awak,
Kalau ada peluang boleh la,
tapi awak tak layan kita pun awak...

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Ok lah awak,
Tuan kita pun dah panggil tu,
Kalau lambat sakit dapat malu dapat,
Kalau tak dapat jawab lagi la terseksa awak,
Kita takut ni,
Tapi takpelah,
Bukan kita dapat jumpa awak lagi pun..

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita halalkan makan minum awak tau,
Kita halalkan apa yang telah berlaku antara kita,
Kita jugak halalkan apa yang telah kita tolong awak,
Tapi,
Kita pun nak mintak halal dari awak,
Makan minum,
dan semua la yang berlaku,
Boleh tak awak??

Awak...
Awakkk...
Awakkkk...

Kita pergi dulu k awak,
Selamat tinggal,
Jaga diri awak tau awak..
Assalamualaikum...."
***************************************************************************************
Seketika kemudian...

"Marobbukaaaa..!!!"
"Allah..!!"
**************************************************************************************



p/s:
Sila jangan kaitkan dengan kontroversi agama dan sensitivitinya. Kisah di atas adalah ilusi dan bayangan penulis semata-mata untuk tujuan penulisan puisi. Terima Kasih....

Kelip-kelip..!!