Thursday, September 17, 2009
Lu kosong...wa kosong...lu satu...wa.....???
Macam main bola,
Lu skor 1 wa kosong,
Pastu wa skor 1 lu tak skor dah,
Kita seri,
Lu skor 2 wa 1,
Wa skor balik 1,
Kita seri,
Lu skor la berapa pun,
Wa pun skor la berjuta sekalipun,
Bila di luar padang,
Anggaplah ia cuma permainan,
Jadikannya 0-0 balik,
Walaupun hakikatnya,
Lu mungkin 5,
Wa mungkin 0,
Wa mungkin 5,
Lu mungkin 0.
Lu 0,
Wa pulak 5..6..7..8...,
Bila dah keluar padang,
0-0 balik,
Tamat episod itu.
Apa salahnya....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI
MAAF ZAHIR BATIN
0-0 ok..!!
***********************************
Tuesday, September 15, 2009
Entri luahan : aku mula menyukainya...
Aku mengaku,
Aku suka bersajak,
Walaupun berseorangan sahaja,
Aku suka memelodikan suatu puisi,
Walaupun tidak berteraskan teori-teori musik,
Aku suka menulis lirik,
Walaupun lirik aku seperti jelik,
Aku suka melagukan apa-apa saja lagu,
Walaupun suaraku tak semerdu buluh perindu.
Tapi...
Itu semua hanya sekarang,
Hanya setelah aku mampu berfikir,
Puisi dan sastera juga umpama pengukir,
Yang dapat meluakkan setiap benih kata-kata sehingga membentuk suatu arca,
Arca metafora yang membangkitkan tindak-tanduk pemikiran yang serius,
Arca pemikiran yang di perlukan untuk akal-akal yang di beri percuma,
Cuma tiada sudut 360 sahaja untuk di teroka dengan pandangan mata.
Aku mengakuinya,
Aku mula menyukainya.....
Saturday, September 12, 2009
Kita ke....
Kilang Kain di bina,
Kilang Mewarna kain pula di sebelahnya,
Mungkin sudah jodoh bertemu bersebelahan,
Pagi Isnin itu,
Sehelai kain putih di hasilkan,
Putih sesuci-suci lebaran di pagi syawal,
Putih bersih,
Tersusun rapi helaian-helaian benang menyusuri galur masing-masing,
"Siap juga kain putih ni. Susah nak di hasilkan."
"Itulah, cantik, bersih, putih dan suci lagi. Jangan cemarkannya.Ok??"
"Boleh kot. Nanti kita cuba corakkan dengan warna-warna yang indah.Dengan warna Harmoni."
"Baik."
Proses itu berlaku,
Sedikit demi sedikit warna di curah,
Sedikit demi sedikit lakaran di buat,
Sedikit demi sedikit sentuhan di buat.
Awas..!!
Salah curah warna,
Kotor nanti,
Tak indah,
Tak cantik,
Comot,
Carca merba nanti.
Awas..!!
Salah lakar nanti,
Tak cantik,
Kena padam,
Comot lagi.
Awas..!!
Salah bagi sentuhan,
Terkoyak,
Terabek,
Terobek,
Berlubang,
Sapa yang nak beli kan??
Sapa yang nak bawa pulangkan??
Sapa yang nak pakai??
Kalau indah,
"Cantiknya kain ni, lawanya. Tak cacat cela pun."
"Erm bolehlah kita padankan dengan songket ke, sutera lain ke, selendang ke. Tapi yang cantik-cantik la."
Kalau tak indah,
"Nape berlubang??Buang kan je la..Buat kain buruk."
"Erm nak padankan dengan kain ape ni??Susah nak padankan dengan songket. Bagi je ladengan tuala buruk tu. Jahitkannya."
Renung-renungkan...
Thursday, September 10, 2009
Sayangi Bahasa : Duduk depan.
Samad sekali lagi meluru masuk ke dalam teksi pakcik tempoh hari sebab dah lambat nak jumpa awek dia yang Jawa tu. Arrrgghhhh…!!!! Pakcik ni lagi.. Mesti ada syarat.
Samad : Pakcik, kenal saya lagi?
Pakcik : Kenal, ko
Samad : Ngaaa….!!!
Pakcik : Ko nak gi mana pulak ni?
Samad : Kampung Baru, RM 10
Pakcik : Aah. Tapi boleh tak ko duduk depan? Duduk belakang macam bos la
pulak.
Samad : Ok, jap pakcik.
Samad keluar dan meluru ke bahagian bonet depan teksi pakcik tersebut. Samad duduk atas bonet enjin teksi pakcik tu.
Samad : Takpe ke pakcik saya duduk depan macam ni? Boleh ke pakcik
memandu tu?
Pakcik : Ko babi..!!
Monday, September 7, 2009
Gua, hidup dan roda...??
Gua pun baru je terperasan,
Perasan tentang perjalanan hidup yang.....hmmm....
Kelmarin mungkin berulang semalam,
Semalam mungkin berulang hari ini,
Hari ni pulak mungkin berulang esok,
Esok mungkin akan berulang lusa,
Dan lusa pulak mungkinkah berulang tulat??
Tapi...
Mungkinkah 1 tahun akan datang telah pun berlaku 1 tahun yang lepas?? Mungkinkah 6 bulan yang akan datang telah terjadi 6 bulan yang lepas??
Begitu juga dengan dengan tulat, Mungkinkah sudah berulang kelmarin??
Lusa mungkinkah sudah berulang semalam??
Esok mungkinkah telah berulang hari ini??
Ada yang cakap,
Hidup umpama sebuah roda,
Tapi bagi aku tidak, Sebab roda ada banyak jenis,
Kalau roda tu tak digunakan??
Kalau roda perlukan 2, 3, 4, 5 dan selebihnya untuk bersama,
Tapi hidup perlukan seorang sahaja untuk berpasangan,
Walaupun kelonggaran mendapat 4 di kalangan lelaki,
Kalau hidup umpama roda impian macam mana??
Tapi prinsip pergerakan roda tu memang lah tepat dan azali,
Seperti dalam perjalanan hidup kita.
Ada yang cakap juga,
Hidup umpama besi,
Lama-lama berkarat dan terhapus,
Kalau besi di kimpal menjadi Body kereta,
Samalah macam manusia dilantik menjadi golongan atasan,
Kalau besi di biarkan berkarat??
Samalah macam manusia yang di pinggirkan.
Tapi besi tidak boleh kembali kebentuk dan sifat asalnya,
Hidup perlukan permulaan dan pengakhiran.
Ada yang cakap,
Hidup ni pulak macam laluan yang berliku,
Likuan berbengkang-bengkok,
Hanya kita yang lurus dapat melalui likuan itu,
Samaada menepati ataupun tidak,
Mengenai divider ataupun tidak,
Terbabas ataupun tidak,
Tapi kalau laluan berliku tu takda U-Turn??
Hidup perlukan hujung dan pangkal jalan.
Bagi aku hidup umpama roda juga,
Tapi roda yang sentiasa berputar,
Berputar sehingga rosak dan tidak berguna lagi,
Roda yang di buat daripada besi,
Roda yang biasa dan juga macam Rim Sukan,
Ada nilai atasan dan bawahan mengikut harga,
Yang melalui likuan yang berbengkang-bengkok,
Kalau salah lap,
Terbabas,
Terlanggar tepian,
Terbalik......
Hmm......Roda.........
Saturday, September 5, 2009
Sayangi bahasa : duit dahulu.
Samad meluru masuk ke dalam sebuah teksi sebab dah lambat nak jumpa awek Jawa dia yang cun melecun tu.
Samad : Pakcik, Kampung Baru pergi tak ?
Pakcik : Pergi nak tapi dengan satu syarat kalau nak naik teksi pakcik.
Samad : Apadia?
Pakcik : Pakcik tak pakai meter. Jadii anak kena bayar duit dahulu.
Samad : Bayar duit dahulu? Macam mana pakcik?
Pakcik : Laaaa….bayar la duit dahulu, baru pakcik jalan.
Samad : Kalau macam tu, takpe la pakcik, saya naik teksi lain je la.
Pakcik : Kenapa pulak? Rm 10 je la..
Samad : Saya tak ada duit dahulu pakcik. Duit sekarang ada la. Yang warna
merah tu. Yang dahulu punya saya tak tau.
Pakcik :Ko cibai..!!!
Thursday, September 3, 2009
Dakwah Skit...Nak jadi Jutawan???
SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.
SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA
SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA
MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.
SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00
SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00
SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!
PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00
WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!
NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA. SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?
NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.
WOW!!! BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?
BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?
SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!
BAGAIMANA DENGAN ANDA? MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.
TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?
ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.
TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.
JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!
*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.
SELAMAT BERPUASA,
SELAMAT BERAMAL,
SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......
Tuesday, September 1, 2009
Kerisauan Vs Kerisawan..!!!
Segamat ;
31 Ogos 2009 : 10.00 a.m
Gua hantar adik gua baik keretapi kat stesyen Segamat. Gua ditemani kawan gua Alin. Sampai Segamat jam 10.50. Keretapi adik gua baru bertolak dari Kluang.
Arrghhh..!!
kene tunggu sejam tu.
Gua tunggu.
Adik gua pun tunggu.
Alin pun tunggu..
Bosan..!!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Segamat;
31 Ogos 2009 : 12.05 p.m
"Keretapi dari Singapura ke Tumpat (Gua Musang gak kot) akan tiba sebentar lagi. Sila patuhi peraturan untuk mengelakkan sebarang kemalang. Terima kasih."
Pergh..!!
Lega beb..!!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Segamat;
31 Ogos 2009 : 12.10 p.m
" Elok-elok nanti sampai sana. Tipon mak tau bagitau dah sampai. Balik maktab nek teksi elok-elok." pesan gua kat adik gua ala-ala abang yang penyayang.
" Ye..!! Bye.." balas adik gua nak cepat masuk keretapi.
"Ponn...Ponnn...!!!"
Lega hati gua. Adik gua selamat naik keretapi. jadi gua boleh berangkat balik meneruskan perjalanan balik ke KL. Tapi gua kena tukar minyak hitam dulu. Dah lebih 300 km. Gua bergegas ke Taman Yayasan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Segamat;
31 Ogos 2009 : 1.05 p.m
Kereta dah siap. Rm 6o.0o. Tanpa buang masa gua terus bergegas mengharungi trafik jalanraya menuju ke destinasi gu. Kuala Lumpur.
Gua memandu.
Memandu lagi...
Dan gua masih memandu lagi..
Sampai ke Gemas.Stesyen keretapi Gemas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Gemas;
31 Ogos 2009 : 1.20 p.m
"Huh banyak nye orang lepak tepi jalan K****. Macam accident jek," seloroh member gua; Alin kat sebelah.
"Ye la kot. Tu siap ada polis lagi tu. Kes teruk ni dowh..!!" balas gua pulak dalam cubaan nak cakap loghat KL....Hahahah....
"Orang amik anak kat stesyen kot K****. Tu yang Ramai. Tapi ada polis pulak..ke.."
"Uiks...apa daaaa...."
Sampai tepat depan stesyen keretapi Gemas. Gua nampak keretapi. Memang la dah stesyen keretapi takkan gua nampak Kapal TLDM pulak kan. Tapi......




Gua kol adik gua.
"Tut...tut...tut...!!"
Tak angkat.
Gua kol lagi.
tak angkat jugak.
Gua risau. Kerisauan gua memuncak. Samapai nak jadi kerisawan dah. Kalau-kalau....
"Bang ni keretapi mana ye yang terbalik ni??" tanya gua kat mamat macha tepi jalan tu.
"Ini dari KL nak ke Kulai."
Pergghhh..!!!
Perrggghhhhhh...!!!!
Pergggghhhhhhhhhhhh...!!!!
NASIB BAIK BUKAN..!!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : kalau lu orang cuak tak macam aku..