Aku adalah seorang pelajar sekolah seperti mana pelajar-pelajar lain di setiap sekolah...semua rutin harian ku sama sahaja.. cerita ni bermula semenjak sekolah rendah lagi di mana aku telah mula hilang tumpuan dalam pelajaran semenjak umurku 10 tahun lagi...semuanya berlaku dalam sekelip mata..aku sememngya seorang murid yang boleh dikatakan cemerlang kerana setiap peperiksaan mesti aku dalam golongan 1-3 sahaja bermula daripada darjah 1 lagi..
Namun tanpa di duga, peningkatan aku dalam pembelajaran tidak menghalang aku untuk berkenalan dengan 'R'...perkenalan kami bermula apabila aku bersama rakan-rakan ku bertemu di belakang sebuah kedai di tempat aku...apa lagi billa aku tengok R ni macam best jek aku pon try la ejas2 tengok sesuai ke tak dengan aku...selang 2-3 hari aku rase macam hidup kat syurga...indah nye hidup bersama dengan R...sehingga ke sekolah menengah pon kami masih setia antara satu sama lain...namun begitu aku tidak berani memberitahu ibu bapa ku kerana taku mereka akan marah dan tidak merestui perhubungan kami...
Bukan sahaja di sekolah, malah di semua tempat yang ku kunjungi aku akan sentiasa bersama dengan R ...malah di dalam kelas, di dalam semak, kantin sekolah, tandas dan kemana sahaja la aku akan bersama dengan R...kerana hidup aku begitu bahagie dengan si R yang keputih dan keperangan sedikit kulit nya..aku begitu teruja untuk hidup semati dengan R kerana aku tau die akan setia dengan ku walaupon aku dalam kesusahan (tiada wang belanja).
Setelah tamat persekolah Tingkatan 5, aku memulakan perkerjaan aku sebagai Kerani di sebuah pejabat (kerani stor). itulah di sebabkan perhubungan aku dengan si R, keputusan SPM aku agak mengejutkan kerana aku tidak dapta mencapai hasrat ibu bapa ku untuk ke menara gading..Aku pun tak tahu macam mane aku boleh ilang tumpuan billa bersama dengan si R..aku rasa bahagia dan indah sangat dunia ini..
Bila aku dah mula bekerja, aku pon mendapat gaji bulanan setiap bulan...lagi la senang aku nk keluar dengan R...ya la dah ader duit macam2 boleh aku buat dengan si R ni...cukup umor aku 25 tahun genaplah sudah usia perhubungan aku dengan si R selama 15 tahun...sekejap saje mase berlalu aku rasa..macam tak cukup stiap saat tika aku bersama R..tapi aku ingin shidup semati dengan si R...
Namun pada tanggal 31 Nov 2007, segala-galanya bagaikan kiamat buatku apabila aku terpaksa berpisah dengan R..Aku terlantar sakit di hospital kerana sakit yang amat teruk dan tenat...Bayangkan di saat aku memerlukan R, dia tiada di sisiku..Umpama menahan pedih sembilu di dalama hati aku...aku menangis saban hari kerana tidak berpeluang bersama R lagi...setiap kali aku memanggil namanya, setiap kali itu juga lah aku terpaksa berjauhan dengan nya...puas sudah ku nyatakan kepada kawanku, keluarga ku agar aku tidak boleh berpisah dengan R walaupun aku sakit...aku rindukan R..aku sayangkan R...aku nak sehidup semati dengan R...tolongla ....YA ALLAH....pedihnya aku rasa kalau R tiada disisi...aduhhh....
Segala-galanya bagaikan mimpi ngeri bagiku apabila suatu pagi yang suram, sewaktu ibu bapa ku bersama dengan ku di hospital. Doktor mengatakan hayatku tidak lama kerana barah paru2 yang aku hidapi terlalu teruk...doktor juga telah menasihatkan aku supaya meninggalkan R agar tiada perkara lain pula yang tidak diingini berlaku kelak..aku sedih dan kecewa...Si R yang dahulunya aku tatang bagai bidadari, bagai minyak yang penuh akhirnya hendak meninggalkan aku keseorangan di hospital ini...aku kecewa..!!!!
Tanggal 20 April 2008 adalah tarikh terakhir bagi ku hidup di dunia ini sebagai kekasih kepada R..Aku telah pergi dan kembali ke Rahmatullah pada usia yang amat muda...semuanya adalah di sebabkan R...
Surat ini aku tulis adalah untuk pengajaran kepada semua..aku tinggalkan di laci sebelah katilku di hospital supaya anak2 muda kelak tidak akan berkawan dan hidup bersama dengan si R...R kejam...R zalim...R Bangsat...semoga roh aku akan di cucuri rahmat hendaknya...doakan lah aku di sana semua...tolongla....akku berpesa buat kali terakhir ini bukan lah untuk mengata, tapi untuk renungan semua...semoga semua tidak mati cepat macam aku..
kepada keluarga....kirim salam pada sanak saudara dan rakan2...aku sayangkan kamu semua....
assalamualaikum..
yang benar,
mangsa R