Thursday, July 2, 2015

Minyak naik lagi.. TQ PM

Sehari dua ni terkejut lagi dengan isu minyak. Naik lagi. Dulu dah tuun sikit tu pon sebab minyak global turun. Sekarang minyak global stabil. Xde naik xde turun. Tapi gomen kite tetap naikkan juga. 

Betullah golingan atasan ni x penah isi minyak pakai duit sendiri kot, tu yang diorang rase diorang x terbeban dengan kenaikan kos bahan api ni.

Apatah lagi dengan kebodohan menteri yang keluarkan statement yang lebih bodoh daripada pendapat seekor anjing. 

"KFc penuh, saya x nampak pon bebanan kenaikan harga minyak?"

Lebih jurang macam tu la katanya. Tak ke korang rase bangang dengan statement menteri lahabau kat atas?? Apa kaitan mihyak dengan KFC?? maslan ni memang hampehhhhh~


Wednesday, July 1, 2015

Puisi Untuk TheA

Ku tulis kan puisi
Bicara tentang cinta
Mengubat kamar hati 
Ku yang lara

Yang mendamba kasih 
Dari mu oh TheA

Ku hias kain putih 
Yang kau berikan dulu
Dengan bintik-bintik kasih
Benang kesetiaan

Yang kini kian pudar
Hany kerna mu TheA

Dengarkan lah 
Bicara hati ku
Yang mendamba kasih suci
Hanya dari mu
Hanya dari mu 
Ohhh TheA



* tunggulah puisi ini di lagukan. Hehe dah lama tak karang puisi. Gitar pun dah lama gua tak petik. 

Wednesday, June 24, 2015

"Again when The Syndrome cought all over my mind"


Shoul i colour back myBlog and put it back on the track ?

From the day i was thinking about it, but still no decision!!

Damn!!~

Friday, December 20, 2013

Anjing

Gua ingat ape tadi
Gua buat bodo
Gua bawa je motor kriss 110 modenas
Gear 4 tak turun
Pulas
Pulas
Pulas
Tak pergi-pergi
Gua dah cuak
Anjing hujung kaki
Gua pulas lagi

Rupanya anjing tu saje je takutkan 



Kui3x


*panik sangat nak tukar gear pon tak keruan!! PANIK!!

Wednesday, December 11, 2013

Merah-merah pekat itu hati, Hitam pon boleh jadi

Itu merah-merah
merah pekat-pekat
tapi kalau marah
hitam kilat-kilat

itu bentuk love
semua orang suka
cantik nampak marvalous
tapi masih ada duka

itu lembut-lembut
duduk atas perut
kalau ia serabut
satu badan jadi semput-semput

tu lah nama hati
hati diri ini
sekali ia mati
nahas pada diri

Suami... isteri... anak.... dan... dot dot dot....


Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.
Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.

Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."

Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"
Ayah: "Silakan."

Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"

Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."
Anak: "Itu je?"

Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."
Anak: "Wah..nak tahu.."

Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."
Anak: "Apa dia?"
Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."

Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"
Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."
Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."

Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.
Seketika, si anak tersedar dari mimpi.
Linangan air mata hangat mengalir di pipi.
Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.
Nasihat ayah bonda kekal di hati.

cerita: Muhammad Rusydi

Racisme : antara sedar dan tidak

Kalau ada accident,
"melayu ke cina?"
"melayu ke cina?"

Apa?? India takde accident ke??
tu la ayat dalam Lawak Ke Der punya show. Haris Iskandar yang cakap. Betul jugak kalau pikir2 kan balik ye dak??

Racisme yang gua maksudkan kat sini yang di luar kesedaran kita, macam Haris Iskandar tu cakap la...

Pagi tadi gua dengan biras gua pergi servis kereta. Ayat gua:

" Aok nak serbis mane kete aok ni?? Keda melayu ke cina??"
Tak ke racis gak tua?? Hahaha apa?? India takde workshop ke??  Then aku terpikir balik, betul la ni la yang di katakan racisme yang ada tapi kita tak sedar. Walaupun remeh tapi bagi aku kalau melibatkan kaum2 macam ni tetap boeh menimbulkan masalah. Bagi aku la.

Sebelum pergi servis kete tu pulak, gua pergi minum dengan dia. Sekali lagi gua tanya:

"Aok nak minum mane? Kedai melayu ke mamak??"
Tak ke racis gak tua??  Then aku terpikir balik, betul la ni la yang di katakan racisme yang ada tapi kita tak sedar. Walaupun remeh tapi bagi aku kalau melibatkan kaum2 macam ni tetap boeh menimbulkan masalah. Bagi aku la.

Aku kopi pes jek ayat tu sebab malas nak tulis panjang2. Nak berak dulu!!

Apa2 pun entry ni gua saje je timbulkan hal ni. Sebenarnya takde ape pun selagi niat kita bukan untuk racisme kan?? Melayu?? Cina ?? India?? Pakistan?? Asli??? suka hati laaaaa mana nak piley..... 
SAYA MUSTI PILEY!!


*_*

Saturday, December 7, 2013

Terupdate!!

Something dari adek beradik biras aku.
Banjir punye cerita. Hope semua kawan2 berdoa untuk mangsa banjir...

ALLAHHUAKHBAR~

Status Update
By Noami Kariff

MY BANJIR EXPERIENCE

dec 3rd - kereta dah tak boleh keluar taman. Air dah paras peha di laluan masuk taman. Ada rumah2 yg dah dimasuki air. Beras n lauk pauk satu apa pun takde kat umah. Mengharung air yang arusnya sangat kuat kluar tuk beli stok makanan. Bertiga with sister n her husband bwa knapsack satu sorang. Tinggalkan mak sorang2 kat umah. Walked ke jalan utama about 2 km. A friend of my sister tnggu kat situ. Siap2 bli balik smula ke rumah air makin dalam. Arus makin laju. Tp alhamdulillah setel bab stok makanan. Sampai umah elektrik dah diputuskan. Lewat petang ramai orang dah mula pindah. Ada lori kontena ikan datang menyelamat. At night my auntie (stay at the same taman) pun dah pindah. Air dah penuh kat smua jalan2 taman. Umah kwsn tnggi sket so i thought mmm air tak masuk umah kot. Jauh lagi air ngan umah. Tp padang dpn umah air dah sparuh padang. Ok takpe tido ajelah.

dec 4th -

 5am orang bagi salam bgtau air dah naik. With emergency light suluh dpn umah. Ya Allah air dah ada kat laman umah. Dah sparuh porch. Cepat2 my BIL alihkan kereta2 kami ke kwsn yg lbih tnggi. Angkat barang2 apa yg patut. Tinggikan washing machine n freezer. Air naik sangat cepat. Sedang2 mengemas air dah masuk rumah. 

6.30am kluar dari rumah. Harung ke ke kwsn lbih tnggi. Bawa kucing2 skali. Pimpin mak yang tak berapa kuat nak harung arus. Arus betul2 lalu atas porch. Air melimpah ke padang dpn umah. Bunyi mcm waterfall. Sangat kuat. Satu taman dah penuh air. Jalan2 yg rendah sket air dah paras pinggang. Called 991. Katanya bomba sedang dlm perjalanan. Harung air ke lorong yg dekat sket dgn jalan kluar. Dengan budak2 bujang prmpuan rumah sebelah kami pimpin mak. 1 jam tnggu masih takde tanda2 org nk dtg mnyelamat. Harung smula air ke kwsn tnggi td. Bimbang mak berendam air lama sangat. 

10am - auntie yg dah slamat kluar called. Bgtau suh pegi kat dpn umah dia. Bot2 org kampung dtg menyelamat. Skali lagi harung air. Kali ni air paras pinggang. Arus sangat laju. Kereta banyak tenggelam. Kayu2 projek bina umah kedai hanyut hentam kereta2. Bunyi2 alarm tak yah cakap lah. Dari pagi taman meriah dgn bunyi alarm kereta. Ada 2 bot yang kluar masuk. Tpi orang yg nak diselamatkan sangat ramai. Alhamdulillah kami lepas mak pergi dulu. Time tu tawakkal pd Allah smoga mak slamat. Yg naik bersama mak seorang makcik tua, ibu n anak kecik serta seorang orang istimewa. 
Bot kedua masuk. Katanya bomba dah nak datang menyelamat. Tp bomba akan terus melalui terusan sampai jalan utama. Bimbangkan mak yang dah berada di luar kami minta adik tu hantar kami dulu. Kami naik bot. Ber empat. Me, my sis n her husband n seorang pakcik. Sungguh2 tawakkal kpd Allah. Ya Allah selamatkanlah kami. Sparuh pjalanan alhamdulillah rasa lega. 
Tiba2 ombak air bot masuk dalam bot ikut dpn. Kami menjerit. Bot skelip mata terjunam dalam air. Allah saja yg tahu perasaan waktu tu. Ya Allah... takutnya. Sungguh2 takut. Me my sis tetap duk dlam bot yg dah berada dlm air. Tak bergerak. Keras!! Tangan kiri kanan pegang bot. Bayangkan air dgn adik2 bwk bot yg tinggi tu paras leher dia. Kami yg rendah ni?? Nauzubillah. Adik2 tu and my BIL tarik bot yag tnggelam tu ke tmpt yg dah di tambun tanah. Ok kat sini air paras pinggang. Me n my sis turun. Org2 tpi jalan dah jerit suh slamatkan kami. Bomba ada tepi jalan. Tngok kami!! Kami angkat bot kluarkan air. Adik2 tu cuba hidupkan enjin. Tak hidup!! Ya Allah. 
Ada 2 orang bangla dgn bot plastik yang di kayuh dtg ke arah kami. DIKAYUH!!! No engine!! Sungguh2 tak brani nak naik. Do we have choice?? My sis n her husband naik dulu. I memang tak nak naik. Takutnya Ya Allah!! Hoping enjin bot idup balik. Tolonglah idup!!! Tapi tak idup2. Me watching my sis bot. Bot my sis naik tu berpusing2 di tempat yg sama. Sorang bangla turun tolak, sorang sorang paddle. My sis pun paddle skali. Her husband tarik tiang signboard yg ada kat tpi jmbatan, terusan paip besar yg ada kat tpi jambatan. Kalau termasuk ke dalam terusan tu, Ya Allah... tak tau nak cakap apa. Arus memang super duper laju. 

Me: enjin memang tak idup2. Adik2 tuh suh masuk dlm bot. Diaorg nak cuba tolak. Tolak2 pergi. Arus sangat laju. Adik2 tu cub tolak ke tepi pagar surau yg dah tak brapa nampak. Diaorg panjat meniti pagar surau sambil tarik bot. We waited there. Tunggu siapa??? Tak brapa lama kmudian bot bangla2 tu sampai. Nak ambil me n pakcik tu. Terpaksa naik. Nak tunggu sampai bila at situ? Ya Allah takutnya. Bot plastik tu!! Tawakkal dan berserah pd yang Maha Esa, naik juga bot tu. But this time bangla2 tu tak lalu kat jalan yg diorg bwak my sis n her husband td. Instead of lalu kat laluan atas jalan diorg pilih lalu kot trusan. Ya Allah boleh ke nak paddle lawan arus yg maha kuat tu?? Berserah. Paddle, paddle,paddle sampai ke seberang terusan. Tp arus tarik masuk trusan smula. Bot berpusing. 2 kali masuk ke terusan smula. Ya Allah. Mak my sis dah menjerit suh org tpi jalan tarik bot. Bangla tu tarik pokok2 liar tpi trusan tu. Alhamdulilah lega at least kitaorg dah berada atas kwsn darat. Bukan terusan!! Paddle, paddle, paddle kami sampai ke kwasan yg slamat. Alhamdulillah!! 

Kelip-kelip..!!