Yang sudi menjengah...TQ

Tuesday, February 8, 2011

Tepuk dahi..

Haaaa semalam mesti lu orang bengang kan baca entri gua yang takde kaitan dengan tajuk. Hah kalau ade pon tak sampai besar jari kelingking pun yang berkaitan. hari ni hari kedua gua mengajar. dah jadi cekgu ni len plak rase. Bangga?? Memangla. dah la belajar setengah dekad, tunggu posting lak macam tunggu result SPM je. Hambar.

Hari ni selasa 8 feb. Bukan 8 mac ok. Heh! Melalut. Gua dapat pegang kelas 2Amanah. Pertama kali jage kehadiran budak2 kelas. Nak2 gua kena jage macha2. Perghhhh!! Menyirap syiot Kalau dulu mase praktikum senang je nak hidup kat sekolah. Ye la awak dapat waktu mengajar mase praktikum tak sampai besar buntut pun. Ini dah jadi cekgu hamekkkk lu. Besar bontot gajah wooo..~

Gua masuk kelas 2Amanah pagi tadi. Pendidikan Moral. Sah2 la macha2 je dalam kelas tu. Gua engat gua boleh handel la setakat 16 orang jek. Tup2 datang lagi 10 orang macha. Deyyy!!!! Mampos gua nak hendel cam ni. Gua buat2 tenang je. Padahal gua dah tepuk dahi dah.

Mase sejam tak bape terase sebab 30 minit awal dah gua klem dengan mase perhimpunan lagi. Tapi lagi 30 minit nak kontrol kelas tu memang azab!! Patut lah kerja guru ni separuh hari jek. Nak handel 26 orang murid macam nak hendel sukan komanwel huh.!!

SESI PERKENALKAN diri...
Macam biase gua poyo2 garang lah dalam kelas. Nak bagi gempak sikit gua tambah citer kat budak yang ua pernah lempang budak sampai berdarah mata. Insaf jap budak2 tu 3 minit. Pastu jadi balik muenye. Gua mintak masing2 kenalakn diri.

"Ok sebut Nama saya bla bla bla... Saya dari ....bla.. blaa... bla...."kata gua la ni.


Tiba kat mamat sorang ni memang strict. Dah la tak paham cakap Melayu, cakap mat salleh pun tak paham. Gua ni dah la tak penah amek bahasa Tamil nak terankan kat diorang.
Die cakap..
"Saya nama bla... bla.. bla.. Saya dari bla.. bla.. bla..."

Salah gua ke bagi contoh macam tu??Hahahha gua pikir lah sendiri kan..~


Sorang macha ni cakap macam ni.
"Saya nama Vinesh. Saya SETAPAK.."

Berdekah gak gua gelak. Tapi gua kontrol la. Yela. Cakap nak garang kan . Gua pun betulkan lah. Gua cakap..
"Chaaa, bukan saya nama. Nama saya la. Bukan saya Setapak. Saya sari Setapak..."

Macha tu pun betulkan la. Yang hampeh nye, die leh cakap macam ni..
"Nama saya Vinesh. Nama saya dari Setapak.."

Berdekah lagi la gua gelak. Member die sendiri pun gelak. Takpe lagi yang best nye mase gua cakap boleh guna bahase Inggeris.
"ok kelas, kamu boleh cakap bahasa Inggeris dengan cekgu.. Say my name is vinesh and i'm from Setapak..."

apa lagi dengar boleh merapu BI suke je sume. Macam menang loteri. Kena la kat macha ni.

"My name is Kishodevran. Saya from Setapak..."
Lagi kuat gua berdekah beb. Boleh pulak die rojakkan bahase kan. Gua kacitau die kalau nak cakap omputih cakap terus, jangan campur. Macha tu rileks je renyih sorang2 kat belakang. :)


Tapi apa2 hal pun memang tepuk dahi la kelas tu. cekgu laen termasuk GB, GPK pun dah bagi amaran awal2 pasal kelas tu. ye la kelas kedua hujung. Macha lak yang ramai kan.Budak semua pemulihan kan. Memang mencabar. so untuk hari-hari mendatang gua akan berusaha. iaitu berusaha untuk berdoa lebih panjang lepas solat subuh tu. Doa bagi gua tak tepuk dahi tiap2 kali masuk kelas diorang.


p/s:
kerja memang seronok. Warga sekolah semua menerima kedatangan gua. Terima kasih pihak sekolah semua yang baik dan memberi tunjuk ajar kat gua.

Monday, February 7, 2011

Banjir Besar..~



Gua lepak dekat satu restoran mamak ni. Area Cheras la gua syak. Gua order Teh O Limau suam sama roti bakar. Tetibe gua nampak surat khabar. Muka depan tertulis "Banjir Besar melanda selatan tanah air". Gua terkejut sebab tu area rumah gua. Gua pun baca sampai habis.

Sedang gua sedap melantak sambil mentelaah surat khabar tu, tetiba satu mamat ni datang tegur gua. Member gua rupanya. Die pun tanya kat gua...

"Mie bila posting..??" tanya member gua tu. Gua pun menjawab sambil buat muka skema ala-ala Garfield....

"Aku dah posting dah pun. Dah bergelar PENDIDIK dah pun. Senang cakap lu panggil gua cekgu la lepas ni...."


p/s:
Gua saje je nak bagitau hari ni hari pertama gua bergelar cikgu. Banjir?? Selingan je tu...~

Kelip-kelip..!!