Yang sudi menjengah...TQ

Tuesday, April 20, 2010

Paku di dinding hati.. ~_~


Ambilkan kayu,
Pahatkan ia,
Bongkah bersegi di luak,
Sekeping hati di bentuk,
Sapukan ia dengan merah hati,
Kemasan berkilau suci nan murni...

Ambilkan paku,
Benamkan ia,
Sekeping hati di tusuk duri tajam si paku,
Sekeping Hati terluka,
Selaputkan ia dengan paku-paku,
Kemasan berkilau hilang tiada..

Ambilkan tukul,
Cungkilkan ia,
Satu persatu lubang dirobek dek paku,
Dan lubang-lubang semakin banyak,
Selaputkan ia dengan tepung-tepung putih,
Kurang kemasan, namun tertutup hati kini..

Ambilkan hati kayu,
Ambilkan paku-paku,
Jangan benamkan,
Tusukkan sahaja ke lubang robek itu.
Pasti mudah menusukkan??..









p/s: Hati luka jiwa lara gundah ada senda tiada suka duka... Gua tak paham.. ~_~




Wednesday, April 14, 2010

Sebelum remaja di belai ibu bapa...



"Semalam suasana menyayat hati tatkala gua menonton Chanel TV3 Dekat di hati ku. Berita yang sangat membuatkan jiwa kita insan yang bergelar khalifah ini cukup hiba. Memang banyak cerita dan kisah yang pernah kita dengar, lihat, tonton malah ada yang hadapinya dengan realiti yang sungguh ngeri dan kejam. "

GUA TAIP AYAT DI ATAS DENGAN PENUH PERASAAN. SILA HAYATINYA..!!



"Pejamkan mata, renungkanlah kembali"


"Mayat bayi baru lahir di temui di dalam tong sampah.."

Cilakak punya orang yang buat. Sudah meninta, tak mahu menjaga. Sudahlah berdosa, kejam pula, sikap macam binatang haram. Gua tak nak menyalahkan sesiapa dalam hal ni. Laki ke perempuan ke semua sama je. Ye..!! Anu je yang berbeza. Tapi sebab berbeza ituah yang menyebabkan kes-kes kejam macam ni berlaku. Macam magnet; Utara + Selatan = Bercantum. Kita insan yang berperanan meneruskan kehidupan untuk zaman-berzaman dengan berteraskan keamanan, kebahagiaan, ketakwaan, kejujuran dan banyak lagi nilai-nilai murni yang harus ataupun wajib ada dalam diri kita semua.






Gua tau mungkin banyak gambar di atas tu lu orang pernah lihat, pernah tengok dan baca kisahnya. Tapi gua saje nak masukkan entri ni dan gambar-gamabr tu sebab gua rasa memang patut gua luahkan yang gua bengang dan sedih sangat. Kejam ke dunia ni sampai binatang-binatang yang buat kerja kat atas tu tak sanggup menghadapinya?? ; banyakkan amalan lah..!!



" Biasalah semua manusia tidak sempurna..!!"

Gila ke apa?? Pepatah tu memang sesuai, tapi boleh tak bayangkan kalau kesalahan yang kita buat tu melampaui batas sebagai seorang insan?? Bukan hak kita untuk membuat satu perkara sewenang-wenangnya. Gua sendiri ada buat silap, tapi gua tak rasa ianya sekejam Binatang-binatang ni.



"Sebelum remaja di bela ibu bapa, di beri apa yang di pinta....
Sesudah remaja dia kenal dunia, tanak ikut cakap ibu bapa..!!
"

Hah..!! Inilah akibatnya. Kecik-kecik taknak mampos..!! Besar-besar dah la menyusahkan orang, kejam pulak tu. Kalau mak bapak lu orang tau lu orang buat kerja gampang ni kan, sah-sah diorang pun taknak lahirkan lu orang tau tak..!! Baik pakai kondom je kalau tau lu orang nak lahir..!!




Bro & Sis :

"Pandai buat, pandai tanggung. Nah sekarang, pandai buat memang pandai tanggung. Tapi tanggung dosa kaw-kaw. Dah la tak tau bila nak bayar dosa besar berzina tu, ni pulak pergi topup dengan dosa kat atas tu..!! Hah..Makin banyak la kredit nak masuk neraka kan..??!!"


P/S ;


"Maaf andai gambar-gambar tidak menyenangkan dan meloyakan ; REALITI..!!"

Sunday, April 4, 2010

Angelina Jolie berbogel?? Gua tak percaya..!!

**********************BACA BIAR HABIS BARU PAHAM..!!***************************


Tajuk kat atas tu memang nampak gampang kalau lu orang dah selesai baca. Sebab dia lu orang pun boleh pikir sendiri.


Ok, mula-mula gua nak mintak maap dengan geng PARADOK. Sebab?? Sebab gua nak tulis entri ni pasal event diorang ; MIMPilem. Sebab gua ader terlibat. Sebab gua pun buat persembahan malam tu. Terima kasih juga gua nak bagi dekat geng PARADOKS sebab sudi menjempuat kami lagi untuk persembahan ala-ala bukan MJ. Gua sanggup tolak show gua ( Berlin ~ ahaks..) semata-mata untuk malam 24 April 2010 ni. Jadi lu orang yang tengah baca entri ni pun kena la berkorban sikit untuk menghadirkan diri lu orang kan. Bukan susah bawak je perut. Mesra, Cepat & Adil. Eh silap tu slogan PDRM kan?? Ntah gua pun tatau.

Bukan setakat lu dapat tengok filem free je, tapi dapat tengok kawan-kawan bloggerz buat persembahan akustik. Bukan senang. Kalau pergi jauh-jauh sampai GENTING HIGHLAND pun tak dapat tengok tau. dekat je dekat Dutamas. Tak tahu jalan?? Bukak je GoogleMap. Taip je TUBE8. Kompom tak keluar sebab tu laman web lucah...!! Lu taip je Solaris Dutamas, kompom keluarnya. Gua pun dah cuba buat.

Ni event ni adalah yang ke Lima untuk band gua kalau nak di kira dari event MIMPI #1 ( DUNIA GELAP). Apa yang menarik dengan event ni ialah persembahan daripada band gua. Nampak tak Akustik tu yang bernama SALINA ttu?? Itu lah band gua. Kalau lu orang ingat gua yang nyanyi alamatnya memang kiamat la dunia hiburan. Gua cuma bermain alatan muzik yang secocok dengan jiwa gua je. Yang nyanyi dah tentulah penyanyi gua.


Kalau nak tahu kat atas tu pasal apa, lu orang baca lah sendiri ok:

Majlis : MIMPilem (MIMPI ver Short Filem)

Tarikh : 24 April 2010

Tempat : Solaris Dutamas, Mount Kiara (Belakang Masjid Wilayah)

Jam : 8.00 malam

Tiket : Percuma

Keterangan : Sebanyak 6-7 short filem dari para pelajar seni dan
penggiat bebas akan dipertontonkan. Diantara short filem
itu juga akan diselang seli dengan persembahan akustik
pada setiap sesi.


http://pakatanparadoks.blogspot.com/2010/04/produk-terbaru.html

http://pakatanparadoks.blogspot.com/




Friday, April 2, 2010

Jari tengah untuk orang tu..

Sebelum baca, baik pergi buat air, megi ke apa-apa je. Entri ni panjang gile kot..!!

Gua baru balik dari jumpa Fasha Sanda tadi. Gua ingat cun, dalam tv punyalah tiptop meletup, padahal macam Fasha Sandal jek. Smart lagi Chapalrella astro Citra Chanel 132.

Begitupun kalau lah gua mengenali fasha sebelum dia bergelar artis kompom gua pun terpikat. Hahaha... Apsal gua melalut?? Lu ingat gua suka melalut?? Gelak pulak, gua bagi pale lutut ni nak??

Isu sebenar yang gua nak sangat bagitau lu orang ni adalah isu yang sensitif bagi gua. benda ni dah lama dah berlaku, cuma ader segelintir golongan-golongan yang patut dapat jari tengah dari golongan gua ni je yang masih nak buat palau. Korang tau buat palau tu apa?? Boleh la datang rumah gua, nanti gua terangkan.

Semalam isu hangat daripada biasa, isu gaji guru yang tidak setimpal dengan pekerjaan mereka. lah, itu lah inilah.. "What the Jari Hantu" la untuk yang tak puas hati. Kalau nak setimpal lu orang yang tak puas hati pergi la setimpalkan. Cuba jadi guru tengok, kalau tak meleleh peluh celah ketiak, celah tetek, celah bontot, celah pusat pun, takyah cakap la. Cikgu sekolah memandu pun peluh kaw-kaw punya. Gua bukan saja-saja nak maki hamun. sama macam lu orang yang tak puas hati kan, ade sebab musabab yang bernas kan. Tapi lu lu orang tak pikir ke susahnya menjadi guru.




Jari hantu untuk mereka lagi...!!

Kalau tak tahu macam mana cabaran, dugaan, ujian onak duri semalu, macam-macam lagi lah, jangan la asyik nak letak ketidakpuasan hati lu orang je. Guru-guru tak pernah pulak nak kacau periuk nasi lu orang kan. Duit gaji duit kerajaan, tak kacau duit OT lu orang pun kan.Kat sini gua bagitau kerja-kerja guru yang mencabar. Rock Climbing pun senang sikit tau..!!

#1
- pernah sekali tu kawan gua bagi budak pergi tandas, tandas sekolah tau bukan tandas awam. Pas keluar kelas dah bagi, murid yang terlibat tu pun pergi ke tandas. kawan gua tak tau pulak budak tu jalan kaki ke berlari ke. Sedar-sedar budak tu dah ada kat pejabat, bibir berdarah teruk, sebab baru lepas makan jalan Tar kat area sekolah. Tup-tup mak bapak murid tu nak jumpa, nak salahkan guru. Lu orang pahamkah apa yang gua cakap?? Lu orang ingat senang ke nak uruskan budak yang mindanya hanya untuk bermain dan berseronok. Nakal dan degil apatah lagi. kalau tak paham pergi la lepak kat tandas petronas sorang-sorang sampai paham...!!

#2
- Budak, kalau tidak di bentuk dari kecik takkan nak bentuk masa kemaluan dah tumbuh bulu kan??Dah terlewat la namanya tu. Sama macam berkhatan, dah meningkat tua lagi susah nak potong. Budak-budak macam tu la. Kalau kita salah ajar, sampai ke tua la dia salah ikut denai hidup dia. jadi beban guru kat sini adalah untuk mendidik anak bangsa dan MENANGGUNG DOSA sendiri andai tersalah bagi pengajan untuk diorang. Lu orang yang gua bagi jari tengah ni tau ke benda tu semua?? kalau kita tak perasan benda yang salah tu, sapa yang tanggung?? Guru ke tukang sapu sampah sekolah ?? Cuba pikir macam manusia, jangan pikir macam siamang bertanduk.. (ader ke)

#3
- Ok , kerja dan beban guru yang lain, pernah tak lu orang terpikir yang guru bukan sahaja menanggung kerja mendidik anak bangsa, termasuk anak anda yang masih setahun jagung tu, tapi ada banyak lagi kerja yang kena siapkan di peringkat daerah, negeri dan sebagainya. Kalau lu orang pikir guru kerja hanya separuh hari, pernah tak korag tertanya-tanya dalam diri korang yang kononnya bagus sangat tu, apa guru buat di rumah?? Part time work? ; rezeki masing-masing. Duduk lepak mengongkek bini??; itu malam hari boleh buat. Balik mengankang tengok astro Ceria sambil pegang perut buncit??; itu untuk kite aje...!! Weh sedar la waktu kerja lu orang habis 5.30 petang, guru pulak kalau habis sekolah jam 2 petang pun banyak lagi komitmen lain. nak uruskan fail, PPD dan JPN pun banyak bagi tugasan , nak siapkan borang tu borang ni. Tu tak termasuk yang menanda kerja ujia, mesyuarat, uruskan hari sukan untuk anak-anak lu orang lagi. Tup-tup masa yang terbuang sama macam lu orang balik dari opis...

#4
gua bukan nak bangga jadi guru dengan gred gaji yang agak tinggi berbanding buruh binaan di Timor Leste, tapi yang gua nak bangganya sebab guru ni bagi gua satu kerja yang paling mulia, kalau nak di bandingkan dengan kerja-kerja lain. Tapi gua tanak admit benda tu bulat-bulat macam taik batu sebab dalam dunia ni semua kerja saling bergantung untuk periuk nasi masing-masing. Kalau lu orang pakai periuk nasi elektrik gua tatau la.Takde guru, susahla lu orang nak berjaya dalam dunia kan. Takde lu orang pula, takde la murid-murid kat sekolah, guru pun tak wujudlah. Yelah hasil benih lu orang la maka wujudnya kerja guru di sekolah. Kalau lu doktor, lu memang akan berjasa besar kalau selamatkan satu nyawa. Kalau lu peguam, lu memang berbakti ala-ala PJK yang Sultan Pahang selalu bagi tu kalau lu orang berjaya selamatkan kes-kes teraniaya. Kalau korang kontraktor, kompom lu orang akan di iktiraf orang paling berjaya sebab bina KLCC, KLIA, KL Tower dan macam-macam lagi. Kalau lu orang PM atau pun menteri-menteri apatah lagi kan amat-amat di hargai. Nama naik , pangkat naik, duit masyuk dan macam-macam lagi.

Tapi kalau lu orang jadi guru, sebelah kaki dah tentu ke neraka. Sebelah lagi kat syurga. Takder nye kedua-dua kaki kat syurga.. Sebab??? Sebab amanah yang guru pikul tu adalah benda yang paling berat sekali. Dalam hadith pun ader sebut pasal amanah ni. Kalau guru berjaya mendidik anak bangsa, Najib jadi PM, Obama jadi Presiden, AH Tong jadi Tan Sri, Pua Chukang jadi kontraktor, Bunkface jadi penyanyi, Chua Soi Lek dapat bertanding balik, eh tu silap. Patrick boleh ingat nama dia balik, SpongeBob lulus ujian memandu dengan Puan Puff, En Krab dapat untung jadi pengusaha restoran berjaya, Plankton plak berjaya dapatkan resepi Krebi Peti, semua tu ada ke guru yang naik nama?? Cuba lu orang pandang Malik Mohidin ek yang renang selat tu, lepas die balik Malaysia, ader ke orang-orang cakap " Wah Hero Malaya ni, mesti cikgu die yang mendidik dia kan...!!" Walau pun benda tu tak eksplisit, tapi tetap tak melibatkan nama guru. Ada guru pertikaikan..?? Yang Guru buat hanyalah bersandar depan TV tengok berita beliau sambil hirup kopi atau pun sambil menanda buku latihan murid. Pakaian?? Tentulah baju Pagoda dan kain pelekat cap Gajah Duduk, bukan Padini atau John Master macam lu orang pakai..!!

Sepatutnya bukan waktu kerja guru, bidang guru atau pun gred kerja guru yang menjadi ukuran untuk menentukan gaji mereka. Gua sendiri pun guru. Walaupun baru je praktikal, tapi gua dah merasai bahang kehangatan beban menjadi guru. Yang patut di pikirkan kat sini adalah amanah yang di pegang oleh guru itu sendiri. bayangkan betapa besarnya amanah itu. Andai amanah itu tidak di laksanakan, apakah hukum nya??

Jari tengah lagi sekali;

Cakap banyak pun tak guna, benda ni memang akan sentiasa menjadi isu selagi ada yang belajar takat Ijazah je, tapi nak buat isu dengan PHD ( perasaan hasad dengki). Cukup-cukuplah asyik tak puas hati je dengan gaji guru. Lu nak mewah hidup nak gaji besar pandai-pandai la hidup. Ingat gaji cikgu ni besar sangat ke?? kene kursus mana-mana sekarang mana ada klem. Semua duit sendiri. Pikir-pikirlah. Tapi jangan pikir guna lutut, nanti gua angkat jari hantu tangan kiri pulak.


Harap-harap semua yang tak mengerti perkerjaan guru ni jangan la main lepas jek. Aysik-asyik nak sembur. kalau sembur mulut bau One Drop perfume ok juga, in bau longkang rumah Cik Joyah yang dah pindah ke Teluk Intan tu. Bertahun tak basuh. Busuk ya amat..!!

Gua akhiri ucapan ini dengan tasbih khifarah dan surah al-Asr...


P/s:
Tak semua guru makan gaji buta, yang betul-betul bertungkus lumus untuk anak lu orang pun lagi banyak kot. Kalau tak dah lama hancur Malaysia ni penuh dengan jenayah dan macam-macam lagi...!!!!





Kelip-kelip..!!