Yang sudi menjengah...TQ

Sunday, February 28, 2010

~ Mimpi Pasar Malam Makan Hotdog ngan Burger kat Shah Alam...!! ~

Argghhh...!!!!

Kenapa gua menjerit?? Haaaa.. Sebab gua tak tau nak tulis apa mula-mula. Jadi suka hati gua la nak ketawa ke, menangis ke, apa ke??? Argghh...!!!!

Semalam gua berkunjung ke pasar malam kat Shah Alam, sibuk sangat, dah kalah Jom Heboh. Gua menyusuri celah-celah orang ramai yang berniat sama dengan gua. Gua jalan punya jalan, gua jumpa satu gerai. Perghh..!! Mengancam, ramai gila orang datang kat gerai tu. Gua perasan ada kain putih. ada orang nyanyi. Ada yang bersajak. Ada yang bercerita. Huh..!! Macam best. Gua pun singgah, ingat nak beli barang.

Kat depan gua nampak teguh berdiri seorang Brother iaitu Aloy. Sibuk orangnya menguruskan macam-macam. Gua toleh lagi. Gua nampak En.Adam. Macam penah gua nampak je semua ni. Gua toleh lagi. Wahh..!! Ramai lagi yang datang. Bias, Momo, Azza si sengal ( ahakz..). Sekali gua toleh lagi, gua perasan TripleXmalaya. sebelah dia pulak ada DarkRay bertocang dua. Arghhh..!! Kenapa semua ada ni. Ada apa program. Takkan semua berniaga kat Pasar Malam hanya kerana gua tak datang Nautika?? Gua pelik. Uiks..!! Wahyu dengan Zul pun ada.

Gua menyapa DarkRay. Tetiba dia cakap giliran gua nanti. Jadi gua kena sedia. Tiba-tiba gua tertoleh kat sekelompok pengunjung yang datang kat depan gua. Hahahaha... Gua tau dah sapa. PatungCendana, Addyaholix, Pentoi, Mamai, dan ada lagi la yang gua lupa nama. Senang cakap ramai la yang gua jumpa. ( Maaf tak sempat nak linkkan semua blog lu orang )

Tiba-tiba ;

" Ok tanpa membuang masa, kita mempersilakan sebuah band iaitu Salina..."

Gua pun tetiba amek gitar gua dan terus kedepan dengan kawan-kawan gua, Apit dan Paan. Gua pun mainkan satu lagu ; Luahan hasil ciptaan Apit 8 jam sebelum ke Pasar Malam ni. Tapi Apit yang nyanyi lah. Sebenarnya dua lagu yang kitorang sediakan, tapi gua tau lu orang buhsan kalau gua main banyak lagu. Lagi pun dah lewat dah kot. Senang cakap gua ni paham lu orang la. Hahahaa..

Habis je pasar malam tu, baru gua tau yang gua sebenarnya terlibat dalam sebuah program yang paling mantap bagi penggiat Seni di Malaysia. Santai dan Sempoi, itulah Mimpi anjuran Pakatan Paradoks yang telah memasuki kali ke-4 semalam. Gua setia bersama mereka selagi gua mampu.

Sebelum gua balik sempat gua berjumpa dengan semua yang gua kenal. Rasanya semua. Mana yang gua tak tegur mintak maaf lah. Sebab gua ni dah tua tak berapa nak ingat semua orang. Ahaks..!!!

Kredit gua bagi kat bro Aloy, pakatan paradoks yang sudi mengundang Salina sekali lagi untuk Mimpi ini. serta rakan-rakan seperjuangan yang lain. semua bloggers pun yang gua kenal ke, yang gua tak kenal ke, yang mengenali gua ke, yang tak mengenali gua ke, semua lah senang cakap. Terima Kasih banyak-banyak. Kita jumpa lagi di Mimpi 5 kalau berkesempatan dan di beri peluang. walaupun Mimpi hanya berlangsung 2 kali je setahun, gua tetap menyokong. =)





*Kalau giliran Salina awal sikit salina akan main 2 lagu. Walaupun tak sedap, yang penting Salina tetap Salina, bukan Halimah Jongang. Hahahaa...



Free Signature Generator

Free Signature Generator

Thursday, February 18, 2010

Pasar Malam kat Shah Alam???

Kata orang-orang putih, bukan berkulit putih je tau, gua ye la hitam, maksud gua yang berketurunan dan berbahasa INGGERIS, 'WEBsite'. Dulu gua tahu WEBsite ni untuk berkongsi cerita-cerita, informasi, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya walaupun gua waktu tu buat-buat tahu jek. Sampai sekarang pun bagi gua WEBsite memang bertujuan sebagai mana yang gua cakap tadi.

Tapi sekarang gua tau maksud sebenar WEBsite itu. Setelah lama tak beraktif dalam Bolg gua, mahupun rakan-rakan yang lain, maka gua baru mendapat satu petunjuk maksud sebenar WEBsite ni..

Nak tau maksud die??

tut..

tutt..

tuttt..

tutttt..





Kalau gua memang panggil Laman Sesawang. Lu orang gua tatau la. Walaupun maksud sebenarnya gua tatau.

So Laman Sesawang ni skang dah same dengan gua punya Blog. www.kimisai.blogspot.com
Blog ua tak hapdate, laman ni pun dah penuh sesawang. So Laman Sesawang sama jek dengan gua punya blog. Penuh SAWANG dah...Aduyai...
***************************************************************************************
Selalu gua turun kat area-area bawah rumah gue je dah ada pasar malam. Gua syok sama itu air kelapa akak muncit tu jual. Sedap menjilat jari hantu woo. Kadang-kadang gua beli Kuey Teow goreng abang RM2.50 tuh. Mintak campur dengan nasi goreng ataupun Mee goreng. pergghhh.. Gua tak kasi can...

Tapi baru-baru ni gua dapat info baru. Ada pasar malam lagi best. tak tau la best mana, tapi memang empak la klu lu orang nak tau. Siap ader persembahan artis-artis SDN.BHD lagi tu. Gua pun buat gak persembahan kot. Sebab gua pub SDN.BHD juga.Hahaha..

Kalau tak caya tengok kat bawah ni :




Kalau lu orang tak caya, lu orangboleh rujuk kat sini - http://pakatanparadoks.blogspot.com


Tak caya lagi?? lu datang la sendiri. Gua pun nak ade kerja ni daripada nak bagi lu orang percaya. mak gua suruh pergi kedai beli rempah kari Daging BABAS. Kalau nak join Pasar Malam Mimpi 4 tu datang ok..!!!

*p/s : Masih tak percaya??? Shit..!!! Percaya je la..Datang je senang.. Caya tak ?? Tak caya lagi?? Laaaa....Datang je.. Baca poster tu...!!


Kelip-kelip..!!